Sabtu lepas, teruja dengan catatan ringkas Merbah Kunyit tu, koi dengan anak sulung serta anak kedua koi bertolak ke kawasan anak sungai sebelah kebun getah yang melekat dengan taman perumahan koi. Pisau panjang dari dapur, benang duku saiz wak-wak, anak ikan kembung dan otak koi menjadi bekalan kami untuk membuat operasi menjerat wak-wak pada hari itu.
Wira Hitam tahun 2005 koi berhenti di bahu jalan betul-betul sebelum jambatan yang merentasi anak sungai tersebut. Koi dan anak-anak terjun tiruk ke tanah bersemak sebelah anak sungai untuk menjayakan operasi. Setelah 15 minit ke hulu ke hilir mencari batang kayu yang sesuai untuk dibuat batang jerat bidas (jerat sembat mengikut varian kampung Dzul Menerung), namun tiada ketemu.
"Abang, kakak, jom pegi tempat lain, takde kayu aa sini..", laung koi membuat ajakan.
Abang dan kakak bergegas meragas semak naik semula ke bahu jalan.
Wira Hitam koi pandu ke arah longkang besar dan dalam, di mana koi dapat lihat banyak batang pokok sebesar dua ibu jari yang sesuai untuk dibuat penyembat wak-wak.
"Mau melambung 14 meter ke udara ni..kuikui", gelak hati koi..
Kami menurunkan semula kelengkapan ringkas kami. Kawasan itu memang sering koi lihat wak-wak sering melintas jalan menuju paya di seberang sana.
"Peluang baeek ni..", hati koi berangan lagi..
Tiba-tiba koi membalingkan pisau panjang gaya the Ninja, siri alihsuara Jepun tahun 80-an yang koi amat minati ke arah pokok acasia yang terletak di tepi longkang besar. Berapa banyak pokok pisang mok koi tumbang gara-gara siri tersebut. Itu belum diambilkira pokok-pokok jambu batu mak long koi di Perak Utara yang koi amuk sebaik sahaja mendarat..kuikui
Dan tidak dapat koi lupa Munusamy menggelepar dengan kapcainya gara-gara lembing koi menyipi ke pokok pisang dan laju menusuk ke celah-celah rim lidi kapcai beliau. Koi pun apa kurangnya, menggelepor koi lari berkubu ke dalam bilik tidur koi kuikui....
"Hebaaaattt...", laung abang dan kakak serentak..
Koi bertambah bangga.. pisau panjang koi cabut.
"Itu baru satu cara, abi masa kecik dulu berlatih hari-hari baling pisau macam ninja.. tengok ni..dari bawah..", terang koi dengan penuh semangat kepahlawanan..
"Sasukaaaaa!!...", laung koi separa kuat..
"Cepelum!", jawab longkang besar kepada koi..
Petang itu para pemandu di Bandar Tasik Kesuma fasa belakang memandu berlalu dengan muka syak wasangka melihat koi dan anak-anak mengail pisau panjang yang tak kunjung naik.... sambil anak koi yang sulung bertanya..
"Abi..sekarang abi kekurangan latihan ye?"..
kuikuikui
BalasPadamItula bahana Childhood Time Revisited..kuikui
BalasPadamFadh..kui,kui jugek ..aok tu yanc lama tok mengupdate..kuikui
uzair la tu kalau tanya yang bukan2 haha.
BalasPadamthe ninja punya pasey koi sanggup tumpang umah jiran sbb kalah berkelahi dgn akak koi yg nak tengok siaran lain. sasuka dan tokugawa akhirnya mati di akhir siri. bayang2 mereka sentiasa dilihat merayau2 keliling kg selepas kematian mereka..
Hahaha...
BalasPadamD-z,
BalasPadamuzair la tu..aok yanc jaranc2 jumpa dia pun pening menjawab soalan dia.. aok bayancla koi ayoh dia ni...kuikui
The Ninja memang legend!!!!!!
Jejaka..
Bila nok ngeteh sempanc J19 weh? kuikui
weh...pakai perangkap tikus jek...saiz besar sket...buh umpan padi...belambak aku dapat...dulu laaa...
BalasPadamTu la man..
BalasPadamdalam entry sebelum ni pun letak Atan rodonc koi tu pakei perangkap tikus je..
http://donlaurel.blogspot.com/2010/04/jerat-bidas-merbah-kunyit.html
Tapi wok2 ni raser dier..perghh!! org kampung machanc koi je yanc tau kuikui
Hebat tuh.
BalasPadamMr Koi... memang kenangan semasa lalu menjerat wak wak sangat seronok. itu lah zaman kita .sekarang nak makan wak wak boleh dapat lagi ke? goreng belada wak wak memang menyelerakan.
BalasPadamSaya orang yang tanya pasal sawit patah pucuk di makan kumbang.Apa pun selamat semua.....
Pokli..
BalasPadamsaja-saja je mengenang kisah lama...
konon2 nak ajor anak buat jeras bidas..tak kisah la kalau tupai yang kena hehe
En ismail..
memang wak-wak tak terkata sedapnya..
pagi tadi balik dari Pahang, saya lalu di jalan kecik tepi kebun getah yang menghubungkan kg sasapan batu rembau dengan Bdr Tsk kesuma, terserempak Punai tanah, cantik, hijau berkilat ekornya.. Koi ingat nak tangkap gambar elok2 dan videokan.. malas nak tangkap..sayang sangat nak makan kuikui
Kah.. kah.. kah... lawok2. Habih pokok pisang dek kerana sasuka....
BalasPadamBiaser aa echanc.. hanyut weh layan wok-wok ni..
BalasPadamsalam rodong...selamat berkenalan..
BalasPadambermula baca posting aok pasal jual beli tanah...
skang baca blog aok pulok! memang beh!
banyok mender buleh blaja ni..
kwn org Pekan hehe...
Dandai..
BalasPadamTerima kasih kerana sudi melawat blog koi..
mana yang baik tu aok amalkan la weh..
mana yg tok molek tu aok campok ke laut kuikui