Alhamdulillah..
Seperti yang telah hamba maklumkan dalam sms malam semalam, putera hamba Umar Nasif bin Mahadhir telah lahir ke dunia hasil kegigihan bonda Faridah binti Hamzah berjuang dari 7 pagi di bilik bersalin, 7.07 malam baru berhasil, dengan izin Allah. Jisim 2.5 kg dan panjangnya 48 cm. Belum boleh dipanggil tinggi sebab belum mampu berdiri sendiri. Namun koi hanya diberitahu setelah bertanya pada pukul 8.10 malam, dan hanya dibenarkan masuk untuk azan dan iqamah pada pukul 9.25 malam. Perlukan banyak penambahbaikan dari sudut ini, ini sudah kali kedua perkara ini berlaku kepada koi, pada tahun 2006 anak keempat dulu Umair Fayed hampir 3 jam selepas kelahiran baru koi boleh masuk untuk azan.
Senarai menunggu di dalam bilik bersalin
Walaubagaimanapun, Alhamdulillah bonda dan putera kecil sihat dan telah dibawa pulang ke rumah hamba di Beranang pada pukul 2.30 petang tadi.
Kekanda Nuzul Nasywa binti Mahadhir ceria menunggu kelahiran adinda Umar Nasif di luar bilik bersalin Hospital Kajang dari pukul 7 pagi 29/09/2012
Umar Nasif bin Mahadhir ketika berumur 2 jam
Terima kasih atas iringan doa dan solat hajat kaum keluarga dan sahabat-handai. Hanya Allah yang mampu membalasnya.. Moga Allah merahmati, memberkati dan meredhai seluruh umat Islam yang masih hidup mahupun yang telah kembali ke alam barzakh, juga yang belum dilahirkan.
Ameen.
p/s: Ramai yang telah menghantar SMS ke koi bertanyakan maksud Nasif. Ejaan Arabnya ialah ناصف yang bermaksud adil, berkelakuan yang sepatutnya. Nama ini popular di Syria dan Lubnan, namun terdapat ramai tokoh-tokoh terkenal yang bukan dari sana yang juga menggunakan nama Nasif, Nassif, Nassef dan pelbagai jenis ejaan lagi. Jadi kombinasi Umar Nasif menggambarkan hasrat dan doa koi serta isteri untuk melihat anak ini menjadi pemimpin yang adil seperti Umar Abdul Aziz. Ameen.
Assalam,
BalasPadamTahniah rodong...semoga menjadi anak yang soleh yang akan berbakti kepada ibu bapa, keluarga dan Islam.
Mabruk alaikuma....
BalasPadamAhlan wa sahlan wa marhaban bika ya Umar Nasif...x sabar nak tgk lsecara life....insyaallah kami akan jengok waktu cuti akhir thn nnti....
Wa ilalliqo'....
Alhamdulillah...tahniah...
BalasPadamcuma kawan tak puas hati bab service aokme tu...
3 anak kawan lahir di hospital selayang...semua kawan dapat sambut sendiri dengan mata kepala kawan...cuma kawan terkilan tak dapat sambut satu-satunya anak dara kawan...itu pun lahir di hospital kuantan...satu-satunya juga anak jati pahang...
cuma persoalannya...kenapa ada undang-undang ini (suami boleh masuk) di sesetengah hospital sahaja...dalam keadaan isteri sedang bertarung nyawa yang amat memerlukan sokongan suami disisi...
Alaikumsalam fadh..
BalasPadamAlhamdulillah..
InsyaAllah jadi anak yang soleh..Ameen..
Terima kasih kak ayu..
BalasPadamDatanglah..
Rumah kami sentiasa terbuka untuk kunjungan seluruh ahli keluarga dan sahabat handai..
Boleh buat BBQ pulok kali ni..hehe
Ma'assalamah...
Terima kasih Az..
BalasPadamHey masuk tengok sekali tu koi tokleh kata mende la.. memang polisi demeh..
Cuma koi mohon diberi peluang azan lebih awal..
Harap pihak hospital mendengar keluhan rakyat marhaen seperti kami :)
Goner-goner pun, secara keseluruhan koi ucapkan tahniah kepada seluruh warga Hospital kajang yang telah bekerja memudahkan urusan rakyat Tanah Melayu dan Borneo..
Alhamdulillah..