Khamis, Ogos 30, 2012

DATO’BAHAMAN - ORANG KAYA SEMANTAN


DATO' BAHAMAN

DATO’BAHAMAN [ORANG KAYA SEMANTAN]
(Diambil dari blog Tengku Muhammad Rahman)
Kaitannya dengan ahli keluarga Long Gaffar.

Pada tahun 1892, Dato' Bahaman atau Orang Kaya Semantan, menyerang dan menawan semula Lubuk Terua (satu tempat yang termasuk di dalam wilayahnya) dari kekuasaan Inggeris.

Meletusnya penentangan Dato' Bahaman secara aktif terhadap Inggeris adalah akibat dari tindakan gegabah C. E. B. Desborough (Pemangku Pemungut Hasil Semantan) menangkap tiga orang pengikut Dato' Bahaman dengan tuduhan mengumpulkan hasil hutan tanpa izin. Penangkapan itu dilakukan ketika Desborough dan Townson (Merinyu Lombong) mengiringi satu pasukan Polis untuk memperkuatkan balai Polis di Lubuk Terua, dan membawa ketiga-tiga tawanan itu untuk diadili di Lubuk Terua juga. Menyedari tentang hal itu, Dato' Bahaman yang memang menentang keras pembinaan balai Polis di kawasannya itu dan percaya bahawa pasukan itu datang untuk menangkap beliau, telah menyerang pasukan Desborough itu, membunuh tiga orang, melukakan beberapa orang yang lain Ialu, membebaskan orang-orangnya. Selepas itu Dato' Bahaman dan pengikut-pengikutnya menawan Balai Polis Lubuk Terua dan memusnahkan gudang-gudang bekalan makanan dan barangan kepunyaan Syarikat Lombong bijih Bentong dan Raub.

Sebelumnya, Dato' Bahaman memang memusuhi Inggeris kerana menyekat dan menuduh beliau (dalam tahun 1889) memungut cukai secara haram dan memberi amaran, . bahawa penerusan memungut cukai secara tradisi adalah terlarang,sedangkan itu adalah hak tradisi beliau sebagai pembesar di daerahnya. Inggeris juga menuduh beliau (pada tahun 1890) menulis surat kepada Residen Selangor, W. E. Maxwell meminta supaya Semantan dipersatukan dengan Selangor. Walaupun beliau menyangkal tuduhan itu Sultan telah memerintahkan Orang Kaya itu mengadap baginda di Pekan. Orang Kaya itu enggan Ialu menghilangkan diri di dalam hutan di tengah-tengah masyarakat orang-orang asli yang memang bersahabat baik dengan beliau, tetapi keluar apabila mengetahui orang-orangnya ditangkap oleh pasukan Desborough, menyerang pasukan itu dan membebaskan orang-orangnya.

Berikutan daripada itu pada 24hb Disember, 1891, Tengku Mahmud (Tengku Besar) bersama-sama dengan 200 orang pengikutnya, dan Hugh Clifford bersama-sama dengan 60 orang Sikh di bawah pimpinan Kapten Summer telah mengaturkan gerakan untuk menyerang dan menangkap Dato' Bahaman dan orang-orangnya. Bagaimanapun gerakan ini menemui kegagalan setibanya di Kelubi kerana keengganan pasukan Melayu bekerjasama dengan pasukan polis Sikh.

Berpunca dari kegagalan itu "Gerakan Sultan" dilancarkan pada 22hb .Januari, 1892 dengan kekuatan 800 orang (140 daripadanya mempunyai senjatapi) yang dipimpin oleh Tengku Ali, Rodger (Residen Pahang), Panglima Garang Yusof, Saiyid Ali Badoh dan Abdullah dari Bera. Gerakan ini juga menemui kegagalan kerana selain daripada hanya dapat memusnahkan 11 buah kubu kecil termasuk Kubu Batu Ampar, jejak Dato' Bahaman tidak dapat dikesan dan tidak ada tanda-tanda yang memungkinkan Orang Kaya Semantan itu dan pengikut-pengikutnya yang terdekat akan tertangkap. Pada awal bulan Februari, 1892, keadaan tegang dianggap telah berakhir. Tidak terdapat sebarang aktiviti pihak Dato' Bahaman di sepanjang bulan Februari itu. Untuk sementara daerah Semantan diletakkan di bawah jagaan Abdullah Bera. Tiba-tiba, pada suatu hari dalam tahun 1892 Dato' Bahaman menyerang lagi dan berjaya menawan semula Lubuk Terua. Dalam serangan itu Abdullah Bera balik ke Bera dan Kubu Lubuk Terua dikawal oleh orang-orang dari Cempaka dan Buluh. Ternyata mereka bersimpati dengan gerakan penentangan Dato' Bahaman terhadap Inggeris.
Tok Peramu yang dikatakan ialah Dato' Bahaman yang pulang mengajar agama di Pahang, di kawasan Peramu, Kuantan. Berbeza dengan Mat Kilau yang diiktiraf Kerajaan Negeri pada tahun 1970, beliau meninggal dengan nama Tok Peramu.

Bagaimanapun, kejayaan Dato' Bahaman itu hanya sementara kerana tidak lama kemudian pihak Inggeris mengambil tindakan balas dengan menghantar satu pasukan seramai 300 orang yang diketuai oleh Tengku Ali, Clifford dan Wise (Majistret di Temerloh). Dato' Bahaman dan pengikut-pengikutnya terpaksa mengundurkan diri sebagai satu strategi untuk melanjutkan penentangannya. Penentangan beliau itu ternyata telah merebak ke seluruh Pahang dengan melibatkan banyak lagi tokoh yang seperjuangan dengan beliau seperti Mat Kilau, Panglima Muda Jempul, Tok Gajah, Tok Jelai, Mat Kelubi dan lain-lain.

Dato’ Bahaman berundur sehingga ke Kelantan dan menemui salah seorang sahabatnya Tengku Ahmad ibni Tengku Long Seri ibni Long Gaffar [putera Raja Reman, Pattani dan Raja Kelantan berpusat pemerintahannya di Limbat]. Beliau tinggal beberapa ketika di rumah Tengku Ahmad di Kangkong, Pasir Mas. Beliau kemudiannya ke Pattani dan meninggal di sana. Tengku Ahmad punya ramai ahli keluarga di Pattani.

Long Mansor [Tengku Selia II] ibni Long Seri (1851-1890) Pusat pemerintahannya ialah di Machang. Tahun 1890 adalah merupakan tahun berakhirnya pemerintahan baginda kerana pada tahun itu baginda telah dihantar ke Siam bersama adindanya Tengku Ahmad ibni Long Seri [penguasa dan hakim di daerah sekitar Kangkong sehingga ke Pasir Mas pada masa itu] sebagai ganti kepada Datuk Bahaman [Dato' Kaya Semantan, Pahang] juga merupakan sahabat baik kepada Tengku Ahmad.

Peristiwa ini berlaku kerana penguasa Inggeris di Pahang tidak berjaya menangkap Dato’ Bahaman, atas dasar setiakawan; Tengku Ahmad sanggup mengganti tempatnya dan dibawa ke Bangkok. Pada masa itu Kelantan dibawah kuasa raja Siam. Mungkin juga mereka ada strategi tertentu.

Menurut cerita anakndanya Tengku Mariam [ketika itu masih kanak-kanak], sebelum berangkat ke Siam, ayahanda saudaranya Long Mansor [Tengku Selia II] memberi tahu kepada keluarganya bahawa baginda tidak akan kembali lagi ke Kelantan tetapi ayahandanya [Tengku Ahmad] sebaliknya, beliau mengatakan akan balik dan menghabiskan sisa hidupnya di tempat kelahirannya. Dengan izin Allah kata-kata mereka itu menjadi kenyataan.

Long Mansor [Tengku Selia II] dipercayai mangkat dibunuh 3 tahun kemudian semasa di dalam tahanan Siam. Adindanya Tengku Ahmad berjaya pulang ke Kelantan dan tinggal di kampung Kangkong, Pasir Mas hingga ke akhir hayatnya. Beliau juga dikenali dengan panggilan Ku Binjai kerana pernah tinggal di kampung Binjai bersebelahan kampung Kangkong.Tengku Ahmad dan isterinya Tengku To’ [dari keturunan Long Yunus] mempunyai beberapa orang anak iaitu Tengku Besar, Tengku Mariam, Tengku Kelthum dan Tengku Ibrahim. Tengku Mariam [meninggal 1970, dalam usia melebihi 85 tahun] telah menceritakan yang beliau masih ingat lagi, Dato' Bahaman pernah datang dan tinggal dirumahnya.

Dato' Bahaman memiliki ilmu batin yang tinggi dan seorang pendekar yang handal. Hanya ayahandanya sahaja yang mampu bermain senjata dengannya pada ketika itu. Tengku Mariam berkahwin dengan sepupunya bernama Tengku Zainal [meninggal 1959] dan mempunyai tiga orang anak Tengku Muhamad Amin [meninggal 01.07.1996], Tengku Hamid [meninggal 27.10.1995] dan Tengku Aminah [meninggal 27.01.2005]. Sehingga ke hari ini hanya beberapa keluarga sahaja dari keturunan Tengku Mariam yang masih tinggal di kampung ini, kebanyakan yang lainnya tinggal di Kota Bharu, Pasir Mas, Kuala Lumpur, Terengganu, Pahang, Selangor dan di negeri-negeri lain.

Rabu, Ogos 22, 2012

Salam Eidul Fitri 1433 Hijriyyah


(Gambor dirembat dari Blog Eeqbalz kuikui)

Assalamualaikum kaum keluarga dan rodonc-rodonc semua..

Koi walaupun sudah terlewat hampir 5 hari, memohon maaf atas segala kesalahan dan kesilapan hamba selama ini..

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1433 Hijrah

Moga hari kemenangan ini diteruskan dalam hidup kita seharian..Ameen..

Hayatilah bait-bait pantun yang koi karang sendiri ini..

Sayu melambai pada Ramadhan,
Ujar teruja Syawal menjelma,
Eid Mubarak hamba lafazkan,
Ampun maaf ikhlas dipinta.

Bangkit mentari di bening Syawal,
bergenang mata berampun salam,
Berkenaikan cermat dahulukan sesal,
Insaf sabar tuntutan Islam.

Dingin sumur menikam tulang,
Gema takbir mendodoi pagi,
Santap berhadap juadah berdulang,
Jangan dilupa kesihatan diri.
Terima kasssseeyyy..

Ahad, Ogos 12, 2012

Buka puasa bersama rakan sekerja dan keluarga di Pullman Lakeside, Putrajaya, 22 Ramadhan 1433

Assalamualaikum kaum keluarga dan rodonc-rodonc..

Semalam koi, isteri dan anak-anak menyertai majlis berbuka puasa anjuran bos pasukan koi GPO Openet, Luke McDonald di Pullman Lakeside, Putrajaya. Memang sangat cantik hotel dan resort ni. Sayang koi takde kamera, hanya berbekalkan Nokia C2 koi yang semakin bermasalah. Pembetulan, ada kamera tapi belum ganti bateri kuikui


Makanan memang puas hati. Daging kambing panggang, sate, kebab, nasi beriani, gulai beraneka, udang goreng tepung, roti john, minuman sejuk serta panas, pencuci mulut yang beraneka. Harga memang tinggi, nasib baik syarikat yang bayor. nak harap koi pergi sendiri kirim salam je la kuikui





Umair Fayed sedang menelan makanan berlatar belakangkan Luke kuikui

Uzair dan Uwais sedang minum berlatarbelakangkan Hong Sun dan Eason Lai, ahli GPO

Isteri koi senyum setelah kenyang dan se'eh kuikui


Dari kiri: Lukasz (rakan sekerja berpengkalan di Dublin, Luke (Sr. Director berpengkalan di Texas) dan Sameer Kapadia (Manager berpengkalan di Reston, Amerika Syarikat)

Di hadapan surau Pullman selepas makan, sejurus sebelum balik.
Menara jam Pullman.
Lukasz khusyuk dengan hidangan ke 48 beliau pada malam tersebut. Just kidding Lukasz :) 

 Dari kiri: Koi, anak perempuan kesayangan koi Nuzul Nasywa, isteri koi Faridah Hamzah, Yang Ariff dan Yang bertunang dengan beliau hehe
Senyum kekenyangan. Eason Lai, Fuad Hilmi Al-Beranangi dan koi.

a
Bahan minum lagi selepas tarawih di Masjid Putra kuikui

**bahan=belasah.

Kami sampai ke rumah lebih kurang pukul 11.30 malam...
Alhamdulillah..murah rezeki hari ini :)






Isnin, Ogos 06, 2012

Majlis berbuka puasa keluarga 15 Ramadhan 1433 di Beranang, Selangor D.E.

Assalamualaikum kaum keluarga dan rodonc-rodonc..


Sabtu 15 Ramadhan yang lepas, kaum keluarga sebelah isteri koi telah bergabung dan menjayakan satu majlis berbuka puasa di rumah koi di Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Selangor Darul Ehsan, 4 km dari sempadan Negeri Sembilan Darul Khusus (Daerah Seremban) di selatan.


Koi menjemput adik-beradik koi juga, tetapi kebetulan semua ada urusan masing-masing, tiada dapatlah saudara-saudara hamba hadir memeriahkan majlis yang ceria tersebut. Abang hamba Zaidi bekerja hingga lewat petang dan kemudiannya terpaksa menyediakan diri untuk peperiksaan akhir semester di Bangunan Peperiksaan UM (belajar di OUM), kakak hamba Rohayu terpaksa menunggu anak sulungnya Shaza Yasmin yang mengikuti kelas tuisyen di Serendah, UPSR pun sudah tidak lama lagi, adik perempuan hamba berbuka puasa di Kota Gelanggi 2, adik lelaki hamba pula telah awal-awal lagi pulang ke Kulim untuk berbuka puasa dengan keluarga ibu&bapa saudara.


Koi dan isteri Puan Faridah Hamzah (Ani) sekeluarga menyediakan ikan pari kecil (dalam istilah Kelantan ike tuko) dan ikan cencaru (keronge) bakar, air laici + nata de coco dan membeli kek coklat kerana Nuzul Nasywa akan menyambut hari lahir ke 9 sempena Nuzul Qur'an. Keluarga kakak ipar koi Puan Rohaya Hamzah (Kak Ya) dan suaminya Muhammad Abdul Latef (Abe Mat) menyediakan mi kari dan kuih kegeraman anak-anak koi akok serta rojak& kuah kacang. Serta kek untuk hari lahir mengikut kalendar Gregorian anak sulung mereka Muhammad Shateer Muhammad. Tetamu yang didatangkan khas (dengan belanja sendiri hehe) dari Tumpat, Kelantan Darul Naim, keluarga abang ipor koi Mohd Awi Hamzah (Abe Awi) dan isterinya Puan Iszam Rohayu Yahya (Kak Ayu) menyediakan daging masala (resipi turun-temurun keluarga), sayur kacang&udang, kuih nekbat istimewa dari Kelantan dan buahan-buahan pencuci mulut. Adik-adik beliau yang menetap di Lembah Kelang turut hadir sama memeriahkan suasana. koi mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi hadir merapatkan silaturrahim pada kali ini.
(Sesi makan kek hari lahir, gambor dirembat dari FB Abe Awi kuikui)



Adik ipar koi Elbe Kiswati Hamzah (Ana) dan suami Al-Fadhil Ustaz Hasmunir bin Che Ramli (Munir) datang jauh dari Tampin dengan ikan terbuk masin goreng dan joint venture dengan Kak Ya dalam menyediakan mi kari. Adik ipor koi sorang lagi Mohd Azman Hamzah (Amer) dan isterinya Puan Zuraida Awang (Ida) menyediakan salah satu resipi 'hit' pada maghrib tersebut, iaitu "cocktail buah-buahan Rinching" dan ayam goreng berempah.


(Isteri koi sedang mengambil makanan)


Turut serta dalam majlis ialah Mek (mak mertua koi) dan Ma (mak mertua Abe Awi) dalam majlis ini. Berselera Mek & Ma makan bersama-sama anak-anak dan menantu.


(Sesi makan pencuci mulut)
Gambar tidak banyak yang sempat koi snap sendiri, mungkin ada di FB Abe Awi, boleh koi rembat dari sana nanti kuikui..

Secara umumnya kami amat berpuas hati dengan perjalanan majlis walaupun plan asal ialah mengadakan solat tarawih berjemaah, namun atas sebab kesihatan anak Al-Fadhil Ustaz Munir, Aufa Mardhiah yang mengalami alahan kulit, beliau terpaksa ke klinik berhampiran diiringi oleh koi dan isteri yang pergi mendapatkan ubat batuk dan selsema yang telah kehabisan buat kali ketiga.

Tarawih sendiri di rumoh lepas tu. Anak-anak turut menikmati sesi naik hilux Abe Mat di bahagian belakang, tawaf Bandar Tasik Kesuma pada pukul 10 malam sebelum pulang ke rumah masing-masing.

Koi sekeluarga sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga yang hadir. Moga dijadikan acara tahunan, tambahan pula Kak Long anak Abe Awi kini melanjutkan pengajian di UPM Serdang, sambil-sambil jenguk anak bolehlah ke rumah kami yang sentiasa terbuka untuk seluruh ahli keluarga dan rodonc-rodonc.

Ma'assalamah wa ilal liqaa'.

Rabu, Ogos 01, 2012

Puasa hari ke 12, demam hari ke 8

Salam kaum keluarga dan rodonc2..


Semalam koi dan Uwais Munzir ke Klinik Kesihatan Beranang lagi..demam hari ke 7 semalam..
Dua-dua ambik daroh..test..Alhamdulillah..platlet koi 262 dan Uwais 217. Yang lain koi tak ingat..
Sebenarnya baru sangat lagi demam virus ni meninggalkan keluarga kami, penghujung Mei 2012 baru kakak sembuh, setelah dua kali masuk wad. Sekali di Hospital (pelatih UPM) Kajang dan kali kedua di Kajang Plaza Medical center. Tiga beradik sekaligus masuk, abang je yang terselamat walaupun demam virus juga. Koi dan isteri serta pembantu rumah demam teruk juga, sengaja tak mau masuk wad, takut menyukarkan keadaan.


Hari ini Uwais MC, koi pun MC..
Ikut hati nak tido je sepanjanc hari.. tapi tanggungjawab masih banyak..mengambil-menghantar anak sekolah tetap koi laksanakan..kesian..demeh posa walaupun kurang sihat..


Doakan komeh sihat weh.. kala dengan kuranc sihat gini Allah mengampunkan dosa-dosa kami Alhamdulillah.. Masuk fasa maghfirah dah bulan Ramadhan kita kali ni weh...


Ma'assalamah...