Disclaimer: This blog does not support violence or armed struggle by any group of freedom fighters in the world. Yet this blog does not condemn their cause on the basis that we will never understand the day after day sufferings of colonial oppression. This blog believes in the need of self-determination via peaceful means for each demographic group represented by them through an officially recognized referendum by the UN.
Ahad, Jun 20, 2010
Copa Mundial 2010: Koi tetap sokong Al-Andalus!!
Suiza 1 - España 0
Telinga koi tok berapa nok melekat pat lima hari ni..
Abang koi yang menyokong Argentina dan Itali membelasah koi cukup-cukup gara-gara Sepanyol "tersadung"(tiada kaitan dengan Ratu Sri Saadong ke-7 yang menjadi isu di Kelantan sekarang) dalam perlawanan menentang negara pembuat jam yang bermain bola cara "catenaccio" yang popular di Italia dan Deutschland (Jermang). Tak heranla, juruletih demeh Ottmar Hitzfield orang Deutsch. Greek pun main gitu sebab coach demeh Deutsch juga.
Koi memilih Sepanyol dan Argentina semenjak Coupe du Monde France 98 lagi. Walaupun tradisi Sepanyol yang kurang baik dalam Copa del Mundo namun koi tetap setia dengan gaya permainan menarik dan menghiburkan Sepanyol. 98 koi rasa nak pitam bila Sepanyol terkeluar di peringkat kumpulan setelah tewas kepada Nigeria 2-3, seri 0-0 dengan pasukan catenaccio versi Amerika Latin Paraguay dan walaupun menang 6-1 ke atas Bulgaria pada perlawanan terakhir.
Piala Dunia mengarut 2002 menyaksikan Sepanyol tewas pada suku akhir menentang team jaguh lubuk Korea Selatan, yang menyaksikan beberapa keputusan pengadil Mesir Ghamal Ghandour yang terang-terang menyebelahi pasukan Winter Sonata yang digilai masyarakat Malaya baru-baru ini. Bolo belum keluor lagi masa Joaquin gelecek beloh kiri pintu gol Korea, tapi demeh kabor doh keluor. Koi pitam lagi.
World Cup 2006 pulok Perancis pimpinan saudara kita Zainudin Zaidan Al-Jazairi Al-Faransi mengambil peluang kelekaan Che Puyol dan rodonc2 yang asyik menyerang dan tak sempat turun bila saudara kita Frank Ribery menyucuk masuk. Koi tertiarap masa tu.
Eurocopa 2008 memberikan kelegaan baru bagi koi penyokong setia Al-Andalus. Bermain dengan cara yang sangat mengasyikkan, Aragones memberikan keyakinan kepada semua rakyat dan penyokong Sepanyol yang La Furia Roja mampu menjadi juara dunia. Alemania (Jermang) langsung tak menjawab masa final. Abang Besar Italia pun hanya mampu menguak lentang pulang ke Roma.
Copa Mundial 2010 walaupun perlawanan pertama dirosakkan oleh negara yang mengharamkan pembinaan menara masjid tersebut, koi tetap percaya Sepanyol tetap mampu menjadi juara dengan cara permainan yang sama, dengan sedikit pengubahsuaian. Villa dan Torres perlu dikembarkan semula, bermakna striker mesti 2 orang. Pivot kurangkan kepada seorang, cukup dengan Xabi Alonso, bermakna Busquets terpaksa berkorban. Ramos dan Iniesta yang cedera tak payahla bagi main, mungkin boleh simpan masa lawan Kg Lada nanti. Navas dengan Marchena mungkin boleh start, atau Cesc dengan Pedro boleh ganti Iniesta.
Apapun, Viva España!
p/s Abang Besor Italia baru seri lagi 1-1 dengan team buoh kiwi kuikui
**Nota: Lagu kebangsaan Sepanyol tiada lirik, hanya melodi. Kala tok caya tengok masa belum start game, mana ada sapa pun nyanyi.. penyokong ada la buat "la..la..la..la..la...".. kuikui
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
koi sokong pasukan palestine...
BalasPadamkuikui.. pedasss..
BalasPadamingat lagi aok yek..
BalasPadamKoi sokong Brazil... Tapi kalo Portugal dgn Spain koi akan pakai baju Spain nnt. Menyampoh koi dgn Ronaldo....
BalasPadamD-z,
BalasPadamMisti mao ingat kuikui...
Cantek la echanc..walauun dia pemain Real koi tetap menyampoh dengan dia..kuikui
Koi copy dari ulasan koi di blog Fadh:
BalasPadamItu baru sikit Fadh..
Di Perancis, tudung diharamkan di sekolah..
Di switzerland menara masjid tak boleh dibina lagi..
Inglan menjadi sekutu kuat Amerika yang mengganyang negara2 Islam di seluruh dunia, begitu juga Perancis..
Di Algeria, gerakan islam diharamkan dan pemimpin-pemimpin mereka dipenjarakan..
Sepanyol? Sejarah lama amat buruk, selepas kejatuhan al-Andalus orang islam dipaksa masuk Kristian atau dibunuh dan diusir bersama orang yahudi yang sebelum itu hidup aman bersama orang Islam dan Kristian. Masjid-masjid dibakar atau ditukar menjadi gereja. Ramai yang terpaksa merahsiakan keislaman, menyebabkan generasi kedua dan seterusnya menjadi Kristian beransur-ansur. Perkahwinan campur menjadi lumrah pada zaman itu. Bukan hanya orang Arab yang islam, orang putih pun ramai yang islam. Cuba wokme letok david Villa di Syria dan adakah orang perasan yang dia bukan Arab? Atau Raul? Atau Fabregas?
Namun itu semua sejarah lama yang menjadi iktibar. Sepanyol kini tidak melarang pemakaian tudung di sekolah, pernah ada pengetua sekolah yang melarang namun kecundang di mahkamah. Masjid-masjid dibina dengan banyaknya dan menggunakan pembesar suara, walaupun laungan azan tak sekuat Malaysia. Perdana menteri Jose Luis Rodriguez Zapatero atau nama melayunya Sabaruddin Tukang Kasut (zapatero=tukang kasut) pernah menyuarakan dalam majlis makan malam dengan pembesar Turki yang "Sepanyol sekarang amat bangga dengan warisan Islamnya". Berbeza dengan polisi perdana menteri sebelumnya yang sangat suka mengampu Bush, Zapatero mengambil pendekatan berbaik-baik dengan dunia Islam.
Moga Islam kembali gemilang di Semenanjung Iberia(Portugal, Sepanyol, Andorra, Gibraltar dan sebahagian Pays Basque Perancis), Semenanjung Tanah Melayu dan di seluruh dunia!
Allahuakbar!
Tak minat bola. Hanya tertengok perlawanan England lawan German.
BalasPadamTakpe pokli..
BalasPadamKoi yanc doh memanc lamer kaki bolo ni yanc payoh..mujo kaki bolo..kala kaki joran lagi letih kuikui