Jumaat, Jun 05, 2009

Jejak Waris I


Assalamualaikum rodonc-rodonc semmer..
Sepertimana yanc wokme tahu koi anok Pahanc dari daerah Jerantut yanc masih menghijau..
Lebih spesifik dari Gugusan Felda Kota Gelanggi yang membentuk sebahagian dari Wilayah (Segitiga) Jengka yang masyhur seantero Malaya..
Dan koi amat bangga memperkenalkan diri koi sebagai anok Pahanc..


Sewaktu koi belajor di Universiti Malaya dulu.. Tidak sedikit rodonc2 dari negeri lain yanc memperlekehkan negeri koi yanc tercinta ini ekoran kedangkalan ilmu atau sifat riak..

Banyak kali jugek kepala koi terbakor ekoran kebaraan amat sangat ekoran kutukan-kutukan tidak berasas terhadap negeri koi ini..
Ada yanc kata Pahanc ni hutan semata-mata, no life, oranc Pahanc cakak machanc oranc asli (paling gampanc!!), koi nok balik rumoh kena berkayuh naik sampan berjam-jam etc...

Point koi di sini:
i) Koi anok Pahanc..
ii) Dan koi amat bangga dengan fakta tersebut, walau apa saja cemuhan rodonc2 dari negeri lain terhadap Pahanc..
iii) Dan koi amat terbakor jika ada yanc mempersoalkan "kepahangan" koi sebab ic koi 76xxxx-08-xxxx, bukan xxxxxx-06-xxxx seperti rodonc2 dari Pahanc yanc lain..
Pada tahun 1995 dan 1997, koi pada ketika itu masih belajar di koi sanggup balik ke Pahanc untuk berkonvoi menaiki bas dari Pejabat Persatuan Bolasepak Daerah Jerantut untuk perlawanan akhir Piala Malaysia. Pahanc kaloh kedua-dua perlawanan, bapork gampancnya, sudden death dua-dua.. bapork trauma koi masa tu!!


Kenapa -08-?

Koi dilahirkan di Kampung Padang Kering, Selama, Negeri Perak Darul Ridzuan. Dalanc keluarga hanya koi soranc je yanc lahir di Perak.. Koi ada soranc rodonc yang lahir di Mukim Perak, Temerloh.. tu cerita lain.. :)

Abang dan kakak koi lahir di kawasan Mahang, (diceriterakan orang sebagai kata asal bagi negeri Pahang juga) Daerah Kulim dan Bandar Baharu, Kedah Darul Aman. Kedua-dua adik koi lahir di Kota Gelanggi 2, Jerantut, Pahang Darul Makmur.

Mok & ayoh koi berhijrah ke Pahanc dalanc tahun 1977 ketika koi berumur 1 tahun. Semenjak penghijrahan, memang kami sekeluarga pulang sekurang-kurangnya 2 tahun sekali ke Kedah/Perak Utara bertemu sanak-saudara dan mengeratkan silaturrahim.
Koi masih sangat mengenali sanak-saudara sebeloh ayoh koi, dan ramei jugek yanc berhijrah ke tanoh2 rancangan di Pahanc. Koi ada ayoh sedara di Keratong dan mok sedara di Felda Bukit Kepayang, Gugusan Bera.
Sebeloh mok koi sangat kurang yang koi keney, walaupun hanya bertaraf sepupu hanya berapa puntung saja yang koi tahu nama..

Datuk koi dari sebeloh ayoh

Aki koi dari sebeloh ayoh koi panggey Tok Wan, mengikut kebiasaan utara. Nama sebenar beliau ialah Shafie @ Mat Da'ie bin Salleh. Beliau berasal dari Kampung Bakau Tua, Kuala Muda, Seberang Perai, Pulau Pinanc. Untuk pengetahuan wokme, Kuala Muda terbahagi kepada bahagian Kedah dan Pulau Pinang. Kedua-duanya dilanda tsunami pada tahun 2006. Beliau berhijrah pada usia yang masih muda ke Mahang membuka tanah baru dan berkahwin dengan orang tempatan yang rata-ratanya dari sub-etnik Melayu Patani yang telah menetap di Kedah dan Perak Utara sejak turun-temurun.

Kami para anak & cucu tidak pernah pulang ke Bakau Tua.

Ayoh koi ialah dari isteri pertama Tok Wan koi. Sehingga kematiannya, Tok Wan koi telah bernikah 5 kali, yanc mana kebanyakan pernikahannya diakhiri oleh kematian isteri. Beliau meninggal pada usia rasmi 94 tahun pada tahun 2004, tak sampei 2 minggu selepas koi memulakan kerjaya di UUM. Koi bergegas pulanc ke Mahang dari Sintok dan sempat mengucup dahi beliau yang putih bersih sebelum jenazah dikafankan.


Moyanc dari sebeloh ayoh koi

Nama moyanc koi ialah Tengku Salleh. Beliau menurut sumber lisan dari Tok Wan koi, berasal dari Daerah Pasir Mas, Kelantan. Kampungnya koi kurang pasti, cuma pernah Tok Wan koi memberitahu mungkin Kampung Bukit Tuku dalam kawasan Rantau Panjang, Kelantan.
Misi jejak waris koi ini ialah menjejak warih-waroh yanc masih ada di kampung Bukit Tuku atau kampung yanc bakal disebutkan oleh generasi tua yang masih ada di Kg Bakau Tua, Seberang Perai.

Plan perjalanan Jejak Waris, Insya-Allah

Koi sekeluarga akan memulakan perjalanan pada pagi Sabtu 6 hb 5 2009 dari Beranang, Selangor dan akan bermalam di Mahang di rumah salah seorang bapa saudara dari sebeloh ayoh koi. Pagi Ahad 7/6/2009 kami akan singgah di Bandar Kulim ke rumah mok sedara sebeloh ayoh koi dan kemudian menuju ke Bakau Tua untuk sesi ramah mesra kaum keluarga. Koi akan mengambil gambor dan membuat catatan untuk dimuatkan ke dalam Jurnal Keluarga koi. Segala maklumat yang diperolehi akan koi gunakan untuk menjejak waris koi di Kelantan.

Petang itu juga koi akan cuba merentasi Jalanraya Timur-Barat dari Grik ke Jeli jika berkesempatan sebelum hari gelap. Jika tidak, koi akan bermalam di Sintok melawat rodonc2 sambil melayan nasi kandaq..kuikui

8/6/2009

Koi akan memulakan perjalanan ke Kelantan dan singgah ke kampung nenek isteri koi di Gelang Mas, Pasir Mas. Kemudian koi akan memulakan perjalanan menjejak waris-waras menurut maklumat dari Bakau Tua. Maklumat juga akan cuba dicari untuk menemukan kubur moyanc koi kerana menurut Tok Wan koi, moyanc koi pulang ke Kelantan dan meninggal di sana.

9/6/2009

Hari berehat atau hari meneruskan pencarian jika waris atau pusara moyanc koi belum ditemui.

10/6/2009

Hari merentas negeri Terengganu Darul Iman. Koi sudah memaklumkan kepada rodonc di Kuala Terengganu dan Dungun. Koi berharap jika Pokli membaca catatan koi ini sudilah kiranya menelefon atau menghantar no HP beliau ke HP koi kosong sici songo - nanam loro sici limo papat sici songo (takut ada oranc spam.. kuikui..). teringin jugek koi nok layan ICT (ikan celup tepung) paling power di Marang.. :)

11,12,13,14/6/2009

Hari berkebun di Gelangi La Bella, tempat terindah di dunia.. :)

Apakah kepentingan Jejak Waris koi ini?

Bangsa Melayu memang amat kurang mencatat atau lebih tepat langsung tidak mencatat mengenai keturunan. Jika diambil contoh bangsa Arab, mereka mempunyai salasilah keluarga hingga lebih seribu tahun.
Kita? takat datuk je tahu nama kebanyakannya.. kuikui
Tujuan koi bukanlah berbangga-bangga dengan keturunan atau mengagungkan sistem beraja. Malah koi sendiri bukanlah penyokong sistem beraja tetapi oleh kerana di Malaya ianya diamalkan dan tidak boleh disentuh, koi tokleh kata mende. Khalifah ialah jawapan terbaik bagi umat Islam. Koi hanyalah ingin berkenal-kenal seperti Firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 13:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ (49:13)

  • 49:13 "Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."
  • 29 ulasan:

    1. betui don.

      koi pun bangga jadi anok pahang. tapi time koi takde pulok orang kabor bukan2.

      kabor bukan2 memang koi cangkul dahi..!!

      satu lagi, semoga berjaya.

      aok ni memang smart orangnya.

      BalasPadam
    2. kawe pon ada plan nak buat salasilah keluarga,,.perlaksanaanye tu yg menjadi cabaran..

      semoga usaha demo brjaya n bergaya..
      sampai kb call la weih..

      BalasPadam
    3. Poyotito,
      Koi memanc cepat panaih hati kala oranc kutuk negeri koi..
      sebabnya koi takde pulok nok ngutuk negeri oranc..
      malaysia ni bapork kecik kala nok banding dengan negara2 lain di Asia Tenggara kecuali Singapura dan Brunei..
      Doh kecik kita nok kecikke lagi??
      Memanc koi lahir di Silverstate tapi koi membesor di pahanc..segala input yanc masuk ialah input Pahanc..
      gaya pemikiran dan percakapan pun Pahanc..

      Pasey Jejak Waris koi ni..
      Terima kasih rodonc sebab doa kejayaan koi..
      Kita perlu tingkatkan simpanan dokumen sejarah bangsa bukan sahaja di peringkat negara, malah di peringkat keluarga dan individu..

      BalasPadam
    4. Lae..
      Jangan tangguh lae..
      kita tok tahu bila kita kan pergi..
      sekurang-kurangnya kita akan tinggalakn rujukan sebagai asas untuk anak2 dan ahli keluarga yanc lain mewujudkan silaturrahim..
      kemudin mungkin boleh dilanjutkan atas pakatan ekonomi etc..
      Cuba lihat persatuan ni..
      Menarik jugek sebab deme asey dari Selangor-Perok tapi ahli paling ramei dari pahanc..
      jengka la tu..
      kuikui..

      BalasPadam
    5. ah..koi pun nak cakap koi aok koi aok jugak le.

      koi ada sedare dekat triang, keluarga belah ayah koi orang jati pahang, tetiba nenek koi pindah kelantan, dapat ayah koi, kalau aok tak caye sudah.

      jadi koi ni jadi la anak kelantan, sekarang ni masih ada lagi sedara-mara koi dekat pahang, dekat triang nung. koi penah pegi sekali saje, hehe!

      BalasPadam
    6. Bokbonc..
      pasey koi tok caye pulok.. :)
      Biaserla tu..
      kita ni negeri ape pun sebangsa seagama..
      jadi pernikahan antara negeri pun lumrah..
      koi menikoh dgn org sg golok..biaser je..
      tapi nenek dia di Pasir mas.. :)

      BalasPadam
    7. Gua ponnn ic -08-...
      Akak gua skang di Selama.Hmmm...
      Padang Kering area mana ek?

      BalasPadam
    8. Yanaz..
      Padang Kering ni betui2 sempadan dengan pekan mahang, kedah..lintas satu jambatan konkrit yang simple je..
      2 minit pun tak sampai sempadan Kedah/perak..
      Jadi koi soranc je lahir di perak, kakak & abang koi lahir sebelah sana jambatan.... kedah...hehe
      Sekarang ni kampung tu dah makin sunyi...
      kalau datang dari pekan selama perak, masuk selama kedah...ambik arah mahang... lepas keluar balik dari kedah, lintas jambatan tu masuk ke perak balik..
      :)

      BalasPadam
    9. ha ha ha koi pun bangga tapi yang koi nyampoh nyer biler org luar plok memandai di negeri koi...tahun lepas masa main bola pskpp lawan lipis...ada sorang nie mamat kelate bukan main kerek lagi...tunjuk gedebe dia dpn cucu cicit tok pawang ismail(org yang buka kg kerayong,nanti koi citer kat blog koi)...silap laa nak tunjuk lagok depan koi...berusung mamat tue taji dek koi lutut nyer.

      BalasPadam
    10. wei bakbon, aok klau gie triang, kabor ke koi...koi mmg jati nyer org kerayong. triang tue tempat koi berok jer.

      BalasPadam
    11. Terima kasih kerana sudi singgah dan berjumpa ambe di Marang. Nanti ambe telepon pada tarikh tuan turun ke Terengganu. Insya Allah jika tiada aral saya jamu tuan sekeluarga dengan ICT. Malangnya saya tak makan ikan.

      BalasPadam
    12. guaner gamok ekspedisi ni?
      update skit

      BalasPadam
    13. Fadh..
      Pooh..ganash gok aok yek..kuikui
      Molek, koi sokonc amat sebarang usaha pencatatan buat rujukan generasi kemudian..

      John,
      Semalanc koi telah bjumpa keturunan paling tua yg tinggal dari sebelah emak tok wan. Dia menyebut nama tok wan sbg Ku Da'ie atau Ku E, pindah ke mahang di usia remaja mengikut pok sedaranya Ku Hamid. Anak Ku Hamid ialah Ku Hakim masih sihat tinggal d bkt bertam, mahang. Seluruh keturunan beliau masih menggunakan gelaran 'Ku'. Kala tidok aok Ku John & koi Ku Don la..kuikui. Pukul 3 ni koi interview dia dgn pakcik jat, insya-Allah.

      BalasPadam
    14. Pokli,
      Mekasih sebab msj koi. Insya-Allah kita bertemu di bulan syawal. Perubahan jadual terpaksa dilakukan ekoran kesihatan anak..

      BalasPadam
    15. kala ikut org luor gak... ic -10-
      tapi bos kwn hijrah ke pahanc masa umur dia 9 thn...maknanya dah 50 thn keturunan kwn duduk di pahang...tapi kwn sorang je ic luor..adik2 yang lain seme ic -06-...kebetulan masa ziarah sedara-mara kt sana kwn tak sabo nak keluor doh...hehehe

      Don,kala ikut salasilah kwn asey dari kepulauan borneo...jauh tu..lama dah salasilah tu tak up date..last update 1984 (pakcik kwn buat masa dia duduk maktab lg...kene follow up ni

      BalasPadam
    16. Rupanya Don lahir di Perak..samalah dengan saya. Saya memang berasal dari perak tapi perak yang bersempadan dengan penang dan kedah..jadi saya tak pandai sangat bahasa perak yang pure tu..saya lebih mahir guna bahasa orang utara..hehehe..

      Pahang negeri terbesar di semenanjung dan sungai pahang adalah sungai terpanjang di semenanjung. Banyak kelebihan pahang..tapi saya tak mempunyai ramai kawan dari pahang.

      BalasPadam
    17. Assalamualaikum rodonc2 semua, Pagi semalam koi tulis panjang2 tertekan back terus hilang semua..adoi

      Catatan ringkas: 7-6 bakau tua, kuala muda. Maklumat dari waris tertua Robeah bt Ismail, anak tok chik El
      8-6 Bertemu ku hakim, sepupu tokwan dari sebelah ayah. Mencadangkan jumpa paksu Hj Ahmad di kg bukit kekabu yang mencatat salasilah keluarga Tengku Hamid dan Tengku Saleh.
      -bertemu hj Ahmad dan Alhamdulillah banyak maklumat yg didapati. Beliau akan berusaha dapatkan semula catatan beliau yg dipinjam oleh T mansor dari A Star. Koi akan buat entri khas secara teratur insya-Allah.

      BalasPadam
    18. Darah Pahang masih ada di dalam darahku...
      Pahang tetap di hatiku sungguhpun aku berada beribu batu jauh dari Pahang...
      Bila budak Kelantan bangga dengan ke'antarabangsaan'nya, aku pula bangga dengan negeri aku yang indah, aman, tenang, penuh berbudi bahasa serta penuh dengan alam semulajadi sungguhpun kehijauan balak mula berganti dengan kemerahan tanah...
      Aku sangat bangga ber'IC' 890901-06-****...

      Tapi satu je yang aku ralat, aku tak pandai sangat ber'loghat' Pahang... Sedeh...

      BalasPadam
    19. son
      tak sia2 beli handpong mahal
      boleh layari and update blog
      kui kui kui
      cukup bulan jgn lupa bayar
      keh keh keh

      madu setitis dua jgn dilupakan ye
      hihihi

      BalasPadam
    20. bila sebut pasal salahsilah keluarga, teringat masa kita zaman sekolah dulu
      ala masa buat projek sejarah salasilah keluarga.
      keh keh keh..
      masa tu dh tak panggil nama dah
      semua main bapak atuk je
      keh keh keh

      anyhow, masa tu lah den baru belajar bahawasanya atuk kepada atuk gua, berasal dr tanah Jawa.
      iya bung,enggak seleweng ni.
      merupakan orang besar di sana yang tewas pemilihan (PEMILU?) jawatan utama kat sana lantas membawa diri ke Tanah Melayu dan membuka kawasan Meru dan Sungai Besar.

      so kalau nak buat jejak warisan, besar modal ni..
      keh keh keh

      "Merah Kuning lambang kebanggaan"

      BalasPadam
    21. doh sampei mana doh aok..? dapat jumpe semer?
      ada ke org kata bahasa pahang macam bahasa org asli..? kas x tau pulok..kas rasa bahasa pahang la paling bersopan santun tamboh2 bahasa org temerloh..sebab bahasa pahang banyak dialeknya maka x jadi bahasa rasmi negeri mcm kelantann dan trengganu..orang luor tak pernah dengar org pahang bercakap mmg la..sedangkan kas dengar org temerloh cakap pn dah rasa bersopan sgt bahasa demeh tu..

      p/s - mgkin ada yg salah tafsir, cth - aok disebut awok bukannya auk, kalau disebut auk mmg la mcm bhs org asli..haha

      BalasPadam
    22. Duan..
      ahh..gonner gayer aok dok jerantut tok pandey cakak pahanc..?
      musykilan qabiran ni.. kuikui

      BalasPadam
    23. Tapirus..
      aok jangan gitu wei..
      bil bulan lepaih rm350++ wei..
      insaf koi kejak..
      kena berhemah skek lepaih ni guna..

      madu takdok la..
      dia tok manjat gamoknye..
      nanti kala koi balik sekali lagi insya-Allah koi usahakan..
      musim durian berbunga dulu banyok madu..
      musim luruh le ni payoh skek weh..

      BalasPadam
    24. Tapirus,
      Aok naik je air asia turun di surabaya..
      lepeh tu pandey2 la aok..
      koi rasa Az lagi tinggi kos..
      banjarmasin di kalimantan mana ada direct flight..
      tapi bandor pontianak (ibunegeri wilayah banjarmasin) tu special..
      betul2 atas garis khatulistiwa..
      secara teorinya siang dan malam sama panjang sepanjang tahun... :)

      BalasPadam
    25. D-z,
      koi doh start semula keje..
      bagi koi.. satu permulaan yang baik..
      kli doh nampok mana nok tuju..
      karanc koi buat entri baru ..
      Insya-Allah.. kala tok sibuk ngat malanc ni.. :)

      BalasPadam
    26. Don, kwn dapat tau asey moyang kwn dari kawasan/daerah "SEPAT" kat borneo nu....kwn try cari kat google memanc ada...tp macanc aok kabor la..modal besor kala nok buat research...

      BalasPadam
    27. don, umoh cikgu hamidoh wok awang kat kuantan, taman guru. umoh lame dia mase ngajor di SABS. baru2 nie akok koi yang pernoh ngajor kat SABS ada melawat dia. dia lumpuh paras pinggang ke bawoh. kesian koi...jage dek org gaji indon. makan pakai semua org gaji tue yang uruskan. ada mase ke kuantan, singgoh laa. umoh dia lorong last sekali. no umoh koi xingatlah plok. tapi klau tanya2 org kat c2, insyallah dapat jumpe umaoh dia.

      BalasPadam
    28. Fadh..
      Insya-Allah..
      koi dengan Az serta Lae kene cari masa jugok ni melawat dia..
      dia tu walaupun dua kali rotan koi berbelit pinggang namun koi kenanc jasa dia..
      sekali sebab gelak2 masa lagu negaraku..
      se lagi sebab fail add math..
      bapork panjang rotan berbelit ke depan masa kena..
      tapi koi tok simpan dendam..
      masa tu memanc bengang..
      Az rasa koi lagi banyok kena hari tu..hehe
      jangan maroh Az koi gurau je..

      tapi koi setuju merotan mesti dilaksanakan di sekolah..
      budok2 sekarang pun lain machanc wooo..
      tok berapa nok hormat org tua..
      trey la naik bas sekali tengok..gaya dema tamboh2 yang bercouple..
      rasa nok pelempanc je..!!

      BalasPadam

    Komen ke komplen ke koi takdok masaaloh..kuikui