Ahad, Jun 28, 2009

Bahagian III Laporan Jejak Waris I


Assalamualaikum kaum keluarga dan rodonc-rodonc..


Atas nasihat kaum keluarga, saya telah memindahkan kandungan entri ini ke:
http://tengkuabdullah.blogspot.com/2009/06/bahagian-iii-laporan-jejak-waris-i_28.html


Hamba terpaksa meletakkan kata laluan atas nasihat keluarga juga.

Kaum keluarga yang berminat membaca kandungannya, mohon hantarkan private message ke facebook hamba atau ke e-mel donlaurel@gmail.com


Sekian, terima kasih.


Ma'assalamah wa ilal liqaa'.


Yang Benar,
Mahadhir bin Mat Lazim
a.k.a don laurel kuikui

Jumaat, Jun 26, 2009

Review "Bukan Deja Vu!"

Assalamualaikum rodonc-rodonc semua..
Mohon maaf sebab lambat review walaupun koi telah terima buku tersebut melalui pos pada hari Isnin lepas..
Agak sibuk dengan kerja.. :)

Mungkin ramai yang telah review..
Namun review koi simple, buku ini sangat menarik dan kreatif.. dan tak rugi RM10 memilikinya..

Rahimin Idris (Jerantut, 1975) menggunakan bahasa bersahaja dan separuh harian untuk menyampaikan kisah-kisah rakyat kepada rakyat..
Sebelum membaca pastikan:

i) Anda tidak terlalu kenyang..
ii) Anda tidak terlalu lapar..
iii) Anda sudah selesai solat..

Nak tau kenapa? Beli la dulu..
Bagi koi cerita paling best ialah "Hantu tanpa Lengan"..
Koi dengan isteri sakit perut baca.. isteri koi siap bagi ulasan sambil tamboh2 lawok dia.. pergh..
masterpiece!!
Koi pun doh hantor cerpen koi untuk projek "Angker 999" yang diketuai oleh Saudara Rahimin juga, wokme tunggu je la kemunculannya.
Tungguuuuuuuu..

Khamis, Jun 25, 2009

Bapork MEGAnya ikan patin!!

Assalamualaikum rodoncs..
Malanc tadi koi layan National Geographic.. Channel 551 astro..
persoalan ikan patin besor dalanc entri koi sebelum ni terjawab..
memang ada ikan patin gergasi di Sungai Mekong!!

Bukan fotoshop!
Berat boleh mencecah 300 kg!


http://animals.nationalgeographic.com/animals/fish/mekong-giant-catfish.html

Gambar yang koi letok ari tu rupanya milik hos rancangan merangkap penyelidik Dr. Zeb Hogan.

ataupun check video di sini

Yang lawoknya penulis sarikata terjemahkan giant river catfish tu sebagai ikan keli gergasi.

DEY!!
Tok keney ikan patin ke ikan rasmi Negeri Pahang Darulmakmur dan seluruh jajahan takluknya???

Bokbonc..jangan tok caya!!!
Ada juga di sungai mekong ikan pari air tawar gergasi.. berat average 200 kg.







Ada juga kisah arapaima (ikan naga) amazon, sambor burung sebagai makanan. Ikan naga Malaya pun sama ganashnya..

Tapi koi mmikir jugek..
Kala ikan patin gergasi ada di Sungai Pahang, menangis Pak Usop Lurah Semantan nok buat guley masanc, pakey kapok siang patin..
Lemok dia jangan cerita la.. kuikui

Ma'assalamah..

Ahad, Jun 21, 2009

Bahagian II Laporan Jejak Waris I


Assalamualaikum kaum keluarga dan rodonc-rodonc..


Atas nasihat kaum keluarga, saya telah memindahkan kandungan entri ini ke:
http://tengkuabdullah.blogspot.com/2009/06/bahagian-ii-laporan-jejak-waris-i.html


Hamba terpaksa meletakkan kata laluan atas nasihat keluarga juga.

Kaum keluarga yang berminat membaca kandungannya, mohon hantarkan private message ke facebook hamba atau ke e-mel donlaurel@gmail.com


Sekian, terima kasih.


Ma'assalamah wa ilal liqaa'.


Yang Benar,
Mahadhir bin Mat Lazim
a.k.a don laurel kuikui

Khamis, Jun 18, 2009

Laporan Ringkas Jejak Waris I

Assalamualaikum kaum keluarga dan rodonc-rodonc..


Atas nasihat kaum keluarga, saya telah memindahkan kandungan entri ini ke:
http://tengkuabdullah.blogspot.com/2009/06/laporan-ringkas-jejak-waris-i.html


Hamba terpaksa meletakkan kata laluan atas nasihat keluarga juga.

Kaum keluarga yang berminat membaca kandungannya, mohon hantarkan private message ke facebook hamba atau ke e-mel donlaurel@gmail.com


Sekian, terima kasih.


Ma'assalamah wa ilal liqaa'.


Yang Benar,
Mahadhir bin Mat Lazim
a.k.a don laurel kuikui

Jumaat, Jun 05, 2009

Jejak Waris I


Assalamualaikum rodonc-rodonc semmer..
Sepertimana yanc wokme tahu koi anok Pahanc dari daerah Jerantut yanc masih menghijau..
Lebih spesifik dari Gugusan Felda Kota Gelanggi yang membentuk sebahagian dari Wilayah (Segitiga) Jengka yang masyhur seantero Malaya..
Dan koi amat bangga memperkenalkan diri koi sebagai anok Pahanc..


Sewaktu koi belajor di Universiti Malaya dulu.. Tidak sedikit rodonc2 dari negeri lain yanc memperlekehkan negeri koi yanc tercinta ini ekoran kedangkalan ilmu atau sifat riak..

Banyak kali jugek kepala koi terbakor ekoran kebaraan amat sangat ekoran kutukan-kutukan tidak berasas terhadap negeri koi ini..
Ada yanc kata Pahanc ni hutan semata-mata, no life, oranc Pahanc cakak machanc oranc asli (paling gampanc!!), koi nok balik rumoh kena berkayuh naik sampan berjam-jam etc...

Point koi di sini:
i) Koi anok Pahanc..
ii) Dan koi amat bangga dengan fakta tersebut, walau apa saja cemuhan rodonc2 dari negeri lain terhadap Pahanc..
iii) Dan koi amat terbakor jika ada yanc mempersoalkan "kepahangan" koi sebab ic koi 76xxxx-08-xxxx, bukan xxxxxx-06-xxxx seperti rodonc2 dari Pahanc yanc lain..
Pada tahun 1995 dan 1997, koi pada ketika itu masih belajar di koi sanggup balik ke Pahanc untuk berkonvoi menaiki bas dari Pejabat Persatuan Bolasepak Daerah Jerantut untuk perlawanan akhir Piala Malaysia. Pahanc kaloh kedua-dua perlawanan, bapork gampancnya, sudden death dua-dua.. bapork trauma koi masa tu!!


Kenapa -08-?

Koi dilahirkan di Kampung Padang Kering, Selama, Negeri Perak Darul Ridzuan. Dalanc keluarga hanya koi soranc je yanc lahir di Perak.. Koi ada soranc rodonc yang lahir di Mukim Perak, Temerloh.. tu cerita lain.. :)

Abang dan kakak koi lahir di kawasan Mahang, (diceriterakan orang sebagai kata asal bagi negeri Pahang juga) Daerah Kulim dan Bandar Baharu, Kedah Darul Aman. Kedua-dua adik koi lahir di Kota Gelanggi 2, Jerantut, Pahang Darul Makmur.

Mok & ayoh koi berhijrah ke Pahanc dalanc tahun 1977 ketika koi berumur 1 tahun. Semenjak penghijrahan, memang kami sekeluarga pulang sekurang-kurangnya 2 tahun sekali ke Kedah/Perak Utara bertemu sanak-saudara dan mengeratkan silaturrahim.
Koi masih sangat mengenali sanak-saudara sebeloh ayoh koi, dan ramei jugek yanc berhijrah ke tanoh2 rancangan di Pahanc. Koi ada ayoh sedara di Keratong dan mok sedara di Felda Bukit Kepayang, Gugusan Bera.
Sebeloh mok koi sangat kurang yang koi keney, walaupun hanya bertaraf sepupu hanya berapa puntung saja yang koi tahu nama..

Datuk koi dari sebeloh ayoh

Aki koi dari sebeloh ayoh koi panggey Tok Wan, mengikut kebiasaan utara. Nama sebenar beliau ialah Shafie @ Mat Da'ie bin Salleh. Beliau berasal dari Kampung Bakau Tua, Kuala Muda, Seberang Perai, Pulau Pinanc. Untuk pengetahuan wokme, Kuala Muda terbahagi kepada bahagian Kedah dan Pulau Pinang. Kedua-duanya dilanda tsunami pada tahun 2006. Beliau berhijrah pada usia yang masih muda ke Mahang membuka tanah baru dan berkahwin dengan orang tempatan yang rata-ratanya dari sub-etnik Melayu Patani yang telah menetap di Kedah dan Perak Utara sejak turun-temurun.

Kami para anak & cucu tidak pernah pulang ke Bakau Tua.

Ayoh koi ialah dari isteri pertama Tok Wan koi. Sehingga kematiannya, Tok Wan koi telah bernikah 5 kali, yanc mana kebanyakan pernikahannya diakhiri oleh kematian isteri. Beliau meninggal pada usia rasmi 94 tahun pada tahun 2004, tak sampei 2 minggu selepas koi memulakan kerjaya di UUM. Koi bergegas pulanc ke Mahang dari Sintok dan sempat mengucup dahi beliau yang putih bersih sebelum jenazah dikafankan.


Moyanc dari sebeloh ayoh koi

Nama moyanc koi ialah Tengku Salleh. Beliau menurut sumber lisan dari Tok Wan koi, berasal dari Daerah Pasir Mas, Kelantan. Kampungnya koi kurang pasti, cuma pernah Tok Wan koi memberitahu mungkin Kampung Bukit Tuku dalam kawasan Rantau Panjang, Kelantan.
Misi jejak waris koi ini ialah menjejak warih-waroh yanc masih ada di kampung Bukit Tuku atau kampung yanc bakal disebutkan oleh generasi tua yang masih ada di Kg Bakau Tua, Seberang Perai.

Plan perjalanan Jejak Waris, Insya-Allah

Koi sekeluarga akan memulakan perjalanan pada pagi Sabtu 6 hb 5 2009 dari Beranang, Selangor dan akan bermalam di Mahang di rumah salah seorang bapa saudara dari sebeloh ayoh koi. Pagi Ahad 7/6/2009 kami akan singgah di Bandar Kulim ke rumah mok sedara sebeloh ayoh koi dan kemudian menuju ke Bakau Tua untuk sesi ramah mesra kaum keluarga. Koi akan mengambil gambor dan membuat catatan untuk dimuatkan ke dalam Jurnal Keluarga koi. Segala maklumat yang diperolehi akan koi gunakan untuk menjejak waris koi di Kelantan.

Petang itu juga koi akan cuba merentasi Jalanraya Timur-Barat dari Grik ke Jeli jika berkesempatan sebelum hari gelap. Jika tidak, koi akan bermalam di Sintok melawat rodonc2 sambil melayan nasi kandaq..kuikui

8/6/2009

Koi akan memulakan perjalanan ke Kelantan dan singgah ke kampung nenek isteri koi di Gelang Mas, Pasir Mas. Kemudian koi akan memulakan perjalanan menjejak waris-waras menurut maklumat dari Bakau Tua. Maklumat juga akan cuba dicari untuk menemukan kubur moyanc koi kerana menurut Tok Wan koi, moyanc koi pulang ke Kelantan dan meninggal di sana.

9/6/2009

Hari berehat atau hari meneruskan pencarian jika waris atau pusara moyanc koi belum ditemui.

10/6/2009

Hari merentas negeri Terengganu Darul Iman. Koi sudah memaklumkan kepada rodonc di Kuala Terengganu dan Dungun. Koi berharap jika Pokli membaca catatan koi ini sudilah kiranya menelefon atau menghantar no HP beliau ke HP koi kosong sici songo - nanam loro sici limo papat sici songo (takut ada oranc spam.. kuikui..). teringin jugek koi nok layan ICT (ikan celup tepung) paling power di Marang.. :)

11,12,13,14/6/2009

Hari berkebun di Gelangi La Bella, tempat terindah di dunia.. :)

Apakah kepentingan Jejak Waris koi ini?

Bangsa Melayu memang amat kurang mencatat atau lebih tepat langsung tidak mencatat mengenai keturunan. Jika diambil contoh bangsa Arab, mereka mempunyai salasilah keluarga hingga lebih seribu tahun.
Kita? takat datuk je tahu nama kebanyakannya.. kuikui
Tujuan koi bukanlah berbangga-bangga dengan keturunan atau mengagungkan sistem beraja. Malah koi sendiri bukanlah penyokong sistem beraja tetapi oleh kerana di Malaya ianya diamalkan dan tidak boleh disentuh, koi tokleh kata mende. Khalifah ialah jawapan terbaik bagi umat Islam. Koi hanyalah ingin berkenal-kenal seperti Firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 13:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ (49:13)

  • 49:13 "Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."
  • Khamis, Jun 04, 2009

    Tujuh tahun sudah.....




















    Ziad..
    Selamat hari lahir dari Abi & Ummi..
    Seakan baru minggu lepas abang dilahirkan di Hospital Mentakab..




















    Ziad..
    Abanglah harapan Abi & Ummi..
    Jadilah contoh terbaik untuk adik-adik..















    Ziad..
    Belajarlah untuk ke syurga..
    Bela nasib Islam di seluruh dunia..

    Selasa, Jun 02, 2009

    Kafir laknatullah menghina sunnah nabi lagi!!!!!!!!


    Sunday May 31, 2009

    PAS Youth set to go conservative

    ANALYSIS
    By JOCELINE TAN


    A more conservative trend is about to begin in the Youth wing of PAS because the new Youth chief is an ulama with a ‘jubah and janggut’ image and his deputy is also an ulama and goat farmer of some commercial success.

    WHEN outgoing PAS Youth chief Salahuddin Ayob makes way for his successor Nasarudin Hassan, he may be doing more than just moving on from the wing.

    The well-groomed and clean-cut Salahuddin may also be taking with him the moderate image he had built up over his three terms at the helm and his “politics of engagement” style.

    His successor, an ulama trained at Egypt’s Al-Azhar University, is a complete contrast.

    Nasarudin, as far as most people can remember, has always been partial to the jubah and has, of late, taken to wearing a serban tebal (bulky turban).

    Physical appearances are not everything but in Nasarudin’s case, his “jubah and janggut” (long robe and beard) image does reflect a conservative way of thinking.

    n that sense, the departure of Salahuddin may also spell a shift in the approach of this key wing to politics and issues.

    In fact, some see the new Youth leadership as part of the conservative mood sweeping through the party.

    The wing’s politics is likely to take a different tack from here because it is quite hard to envisage Nasarudin, who speaks Arabic and Malay but little English, continuing the politics of engagement which was second nature to Salahuddin.

    Nasarudin and his supporters are also seen as belonging to the radical faction in the wing who had made a name for themselves by protesting against live concerts or anything to do with singing and dancing because they regard it as yellow culture.

    Last year, the Selangor PAS Youth made such a fuss about a pop concert in conjunction with the Sultan of Selangor Cup tournament that the sovereign threatened to cancel the football event the following year.

    The Pahang-based Nasarudin, who was deputy to Salahuddin in the last two years, had won the No. 1 post uncontested.

    His new Youth deputy chief Azman Shapawi Abdul Rahman also comes from an ulama tradition but is a goat farmer of some commercial success in Terengganu.

    His new vice-chief Ahmad Sabki Yusof is a lawyer and son-in-law of the late and much-loved PAS president Datuk Fadzil Mohd Noor.

    Ahmad Sabki is being looked up to as the moderating factor in the Youth leadership because he is more in tune with real world issues.

    The good thing is that the three men work well together and had actually settled the Youth leadership issue among themselves, thus avoiding a contest.

    Nasarudin had apparently been reluctant to go for the No. 1 post but both Azman and Ahmad Sabki had assured him that they would provide back-up for him in his new role.

    “My advice to them was to look to our late president Ustaz Fadzil (Datuk Fadzil Mohd Noor) as a role model. He was a Muslim intellectual yet he mingled easily with people from all walks of life,” said Salahuddin.

    During Salahuddin’s time, Nasaru-din had taken a backstage role, concentrating on tarbiyyah or party education work.

    “He will now have to step out of his comfort zone to interact with groups outside of PAS. He should be given the chance to prove himself,” said central committee member Khalid Samad.

    Nasarudin is also said to be aligned to the ulama group that is backing Nasharudin Mat Isa for the deputy president’s post. However, it is said that although he supports his namesake, he does not necessarily agree with Nasharudin’s agenda of cooperation with Umno.

    At last year’s muktamar, the Youth delegates launched fiery attacks against DAP leaders and also PKR leader Datuk Seri Anwar Ibrahim’s bid to become the next Prime Minister. They felt that the Prime Minister’s post should go to their own man Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

    They were also very critical of the DAP and PKR-dominated administrations in Selangor, Penang and Perak where they felt that PAS’ Islamic agenda had been compromised.

    The question now is whether the new man at the wheel will play on the inner fears of PAS and drive these issues to another level or be politically savvy in facing real issues.

    The direction he takes may take the wing forward or backwards.

    =========================================================

    Rodonc-rodonc sekelian,

    Koi bukan mempromosikan parti tersebut dan bukan juga terlalu pro politik kepartian. Namun, atas nama politik adakah Islam boleh dipersenda dan dicerca?

    Adakah kerana mereka ahli PAS dan UMNO takkan marah maka hal-hal janggut, jubah, serban dan ternak kambing boleh dimomokkan?

    Takkanla sampei peringkat oranc kapir berani memperlakukan kita begini baru kita nok tengadah??