Alhamdulillah..
Segala puji bagi Allah yang Maha Esa, Yang Maha Tinggi, Yang Maha Kuasa, Yang Maha Menentukan..
Hari Raya Aidil Adha (Eidul Adha) yang lepas, 5 Oktober 2014, lahirlah khalifah Allah yang hamba beri nama Ahmad Nusair Adha bin Mahadhir, seberat 3.55 kg dan setinggi 53 cm melalui sectio caesarea di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Semantan (nama lama bagi Temerloh) pada pukul 7.48 malam.
Walaupun kami berusaha mengelakkan prosedur tersebut yang kali terakhir isteri saya lalui pada tahun 2002 sewaktu melahirkan anak sulung di Hospital Mentakab; dan anak-anak berempat kemudiannya semua lahir secara normal di Hospital Kajang, Kangar, kemudian dua kali Kajang; kami redha dengan ketentuan Allah.
Yang paling penting kedua-dua ibu dan anak sihat selepas prosedur tersebut.
Sungguhpun Ahmad Nusair Adha lahir melepasi Hari Raya Pertama kerana sudah maghrib, namun kami tetap mengambil sempena hari yang sangat besar tersebut, lagipun hari raya haji/korban ini Allah tetapkan 4 hari, Alhamdulillah..
Nama Ahmad mengambil pesan tok mek beliau sebelum meninggal tahun lepas yang ingin kami menamakan anak lelaki jika ada lagi dengan nama Muhammad atau Ahmad.
Nusair pula mengambil sempena Musa bin Nusair yang menjadi ketua kepada Tariq bin Ziad ketika membuka Al-Andalus (Hispania, España).
Anak kami yang sulung yang juga anak Pahang kami sudah diberi nama Uzair Ziad, kebetulan lahir dalam daerah Semantan juga dan melalui ceasarea juga.
Adha seperti yang disebut di atas, mengambil sempena hari besar umat Islam ini.
Ibu dan anak telah dibawa pulang ke Kota Gelanggi 2 pada petang Rabu 13 Zulhijjah 1435 Hijrah.
Moga Allah merahmati, menjadikan soleh, memberkati, meredhai Ahmad Nusair serta seluruh ahli keluarga kami dan umat Islam keseluruhannya..Ameen..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen ke komplen ke koi takdok masaaloh..kuikui