Assalamualaikum kaum keluarga dan rodonc-rodonc..
Atas nasihat kaum keluarga, saya telah memindahkan kandungan entri ini ke:
Hamba terpaksa meletakkan kata laluan atas nasihat keluarga juga.
Hamba akur akan keputusan keluarga.
Kaum keluarga yang berminat membaca kandungannya, mohon hantarkan private message ke facebook hamba atau ke e-mel donlaurel@gmail.com
Sekian, terima kasih.
Ma'assalamah wa ilal liqaa'.
Yang Benar,
Mahadhir bin Mat Lazim
a.k.a don laurel kuikui
Assalamualaikum,
BalasPadamAlhamdulillah. Banyak perkembangan yang berlaku dalam dua-tiga bulan kebelakangan ini. Berkat usaha Mahadhir mencari nampaknya dipertemukan juga puncanya.
Harapan seterusnya agar dapat mengesahkan jurai Tunku Muhammad Saad. Siapakah sebenarnya Si Empunya Nama ini?
Alaikumsalam Megat..
BalasPadamAlhamdulillah.. Allah dah temukan di mana bercantumnya keluarga kita. Pencarian dari mana datang Tengku Abdullah Lebar dan Tengku Muhammad Saad ini lebih getir lagi. Mohon petunjuk dari Allah.
InsyaAllah dalam entri hari kelima nanti saya tunjukkan sebab kita perlu memagar segera kubur toknek kita tersebut. Alhamdulillah sentiasa ditebas kawasan tersebut, cuma binatang yang paling liar tersebut berleluasa mencabut nisan-nisan dan sekarang sampai peringkat mengorek lubang pula, betul2 sebelah kubur dekat pokok kelapa tu.
Saya difahamkan yang Tengku Zaharah Bt Tengku Taha (kalau tidak silap beliau bekerja dengan pejabat agama) juga meninggal disebabkan kanser. Minta dijauhkan Allah sanak-saudara kita yang masih ada daripada penyakit sama. Amin.
BalasPadamNauzubillahi min zaalik..
BalasPadamMakan kena jaga, eksesais kena buat, rokok jangan hisap.
Assalammualaikum.
BalasPadamMaaf mengganggu, sebenarnya cara tuan untuk mencari susur galur salah. Pada hemah saya dan apa yang saya difahamkan serta yang saya tempuh bukan begitu caranya. setiap yang di cari ada sebab musababnya. Tanya pada hati kecil tuan apabila selesai sholat hajat serta istikhorah apakah yang benar dicari,matlamatnya dan apa caranya? Dalam perkara ini ia lebih kepada kuasa ilahi diatas kurniaan allah terhadap tuan. Sesungguhnya lari dari matlamat asal, dengan hati yang tidak ikhlas maka sesungguhnya ia akan lagi lari jauh dan susah untuk tuan ketemu yang hak. Mencari yang hak bukan mudah seperti apa yang kita fikirkan selama ini. Perjalanan Dunia harus seiring dengan perjalanan akhirat. Bukan mudah untuk membuka yang tertutup serta bukan mudah untuk menutup bagi yang terbuka. Kalau tuan tahu mungkin ia adalah satu donggengan yang tidak ujud serta salah faham serta salah tafsir. Perkara ini sememangnya banyak berlaku oleh manusia zaman sekarang kerana tidak faham akan maksud yang sebenarnya yang dicari itu. Benar kata tuan gunakan lah untuk penyebaran ugama tapi sejauh mana manusia itu mengerti,faham,ikhlas.Tanya diri tuan sendiri pasti tuan kadang kala takut untuk menyatakan perkara yang sebenar bukan. Sekadar merapat silaratul rohim alhamdulillah. tetapi untuk ketemu yang memegang hak yang sebenar belum bukan. Carilah serta mengertilah dahulu baru di cari kerana ia berada didalam 5juta manusia kepada 1 org sahaja.... Assalammualaikum.
Alaikumsalam...
Padammohon maaf tuan hamba, hamba benar2 kurang faham akan maksud tuan hamba.
Mohon diperjelaskan.
Terima kasih.