Rabu, Mei 30, 2012

Al-Fatihah untuk adik Muhrizah..


Assalamualaikum kaum keluarga dan rodonc-rodonc sekelian..


Semalam hati koi teramat sayu mengenangkan kemalangan yang melibatkan keluarga jauh koi, iaitu abang ipar dan anak-anak saudara adik ipor koi Azrul dari Muor.. Dah la anok2 demeh tu baya2 anok2 koi je.. Sebak dada koi.. Allah lebih menyayangi dia.. Mujor jugek kakok Azrul dengan anok bongsu yang masih menyusu tak ikut ke Perlis..

Siang tadi Muslihah yang koma sudah sedar walaupun doktor memberitahu ada pendarahan dalam kepala. Al-Fatihah untuk adik Muhrizah yang telah pergi, moga Allah menempatkan beliau bersama-sama para Rasul dan Anbiyaa'. Bersama kita doakan dalam solat kita moga Allah selamatkan ketiga-tiga beranak seagama dan sebangsa dengan kita ini. Ameen..

Pengarah IKM parah, anak terbunuh

Oleh Omar Osman
am@hmetro.com.my
 
SUNGAI PETANI: “Arwah bersungguh-sungguh nak ikut ayahnya balik ke Perlis kerana kedua-dua kakaknya juga ikut sekali kerana cuti sekolah. Arwah cuma cakap mak nak ikut ayah dan terus masuk ke dalam kereta.
“Saya tidak melarang kerana arwah ketika itu demam,” kata Zafrina Abdullah, 36, ibu kepada Muhrizah Marzuki, 3, yang maut selepas kereta dipandu bapanya terbabit dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 90.8, arah utara Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Bedong, di sini, awal pagi semalam. 
Dalam kejadian jam 6.10 pagi, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda Oddesey dipandu bapa mangsa, Marzuki Mohd Radzi, 36, yang juga Pengarah Institut Kemahiran Mara (IKM) Berseri, Perlis, merempuh sebelah kiri belakang sebuah lori balak sebelum kenderaan itu dirempuh sebuah kereta lain yang datang dari belakang.

Mangsa yang cedera parah di kepala, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, manakala bapanya, Marzuki patah kedua-dua kaki.



Sementara itu dua kakak mangsa, Muzfirah, 9, cedera ringan manakala Muslihah, 6, parah di kepala dan masih dirawat di hospital berkenaan.

1 ulasan:

Komen ke komplen ke koi takdok masaaloh..kuikui