Mender cerita pulok koi cerita pasey Kelantan pulok malanc ni?
Koi anok Pahanc!
Walaupun daroh (read DNA) koi memang DNA Kelantan/Patani/Kedah (KePak) namun kasih koi tetap pada Pahanc.. koi membayi,membudok,meremaja di Inderapura, kalau ada yanc mempersoal meh sini koi jentik bulu hidung..
Bagaimana bisa kasih dan setia tumpah ke Langkasuka? Namun atas dasar silaturrahmi gue jejaki jua.. kasih sesama Islam itu paling utama..
Perjalanan mencari diri koi teruskan jua..
Bulan April 2010 baru ni koi telah membeli secara online sebuah buku ataupun lebih tepat disebut monograf terbitan Malaysian Branch of The Royal Asiatic Society (MBRAS) yang berjudul "History of Kelantan 1890-1940" hasil susunan Shahril Talib, sekarang profesor di UKM. Koi telah meneliti buku tersebut yang mengisahkan pergolakan dan suasana pemerintahan/masyarakat Kelantan dalam tempoh 1890-1940.
Perebutan takhta yang tak kunjung padam, cara pemerintahan, campur tangan Siam, aktiviti ekonomi serta fakta menarik kewujudan negeri-negeri Melayu Legeh dan Rahman (Reman) yang telah hilang dari peta Semenanjung Tanah Melayu sekarang. Legeh meliputi sebahagian Jeli sekarang hingga ke dalam sebahagian wilayah Melayu Yala (Jala) sekarang. Rahman pula meliputi utara Kuala Kangsar, Lenggong, Grik hingga masuk ke sebahagian wilayah Melayu Yala (Jala) sekarang.
Dari Rahman inilah datangnya Raja Muda Rahman, Long Gaffar yang menjadi Raja Kelantan sewaktu Kelantan dikerat dua, Kota bharu & Narathiwat di bawah Long Yunus (Sultan sekarang dari keluarga ini) dan Pasir Puteh, Machang,Kuala Krai di bawah Long Gaffar. Kenyataan ini disokong oleh Gabenor Siam di Kelantan pada tahun 1905, W.A. Graham, seorang rakyat British yang menulis dalam bukunya "Kelantan: A state of the Malay Peninsula" yang mengatakan:
The victorious Jangut thereupon proceeded to subdue the whole State, which labour he accomplished with comparative ease with the guns and men brought from Tringganu by General Wan Jaffar, pushing his frontier a good way east and northeast into territory which was recognised as belonging to Patani. He then built a new capital on Pulau Saba, an island in the Kelantan river, which has since been entirely washed away by floods, established Wan Jaffar (Long Gaffar-ed) as feudatory Raja of the eastern part of the State with his capital at the village of Limbat, and lived as acknowledged ruler of Kelantan for seventeen years. A nominal subjection of Kelantan to Tringganu, which appears to have prevailed since the invasion of Jangut, disappeared at this time, the two States being henceforth recognised by Siam as on an equal footing though His Majesty Phra Pradiyut did not then confer upon the Raja titles equal to those enjoyed by the Sultan of Tringganu. The fortunes of Raja Wan Jaffar's sub-State are soon told. After a long reign he died and was succeeded by his son and grandson in turn, who both took the title of Rajah Limbat. The last Rajah Limbat was succeeded by his son Raja Slia(Long Mansor), who found himself, on coming into power, in a position of practical independence, the suzerainty of Pulau Saba or Kota Bharu, as it had then become, having through intrigues at Court been so weakened as to be almost a dead letter. Raja Slia, however, soon got into trouble, for, following in the footsteps of his great-grandfather the general, he became involved in the politics of a foreign State. He extended hospitality to one Bahman, Orang Kaya of Semantan, a defeated rebel who had fled from Pahang in 1892, and proceeded to concoct schemes for the invasion of that State. In the year 1894 these plots came to a head, and Bahman, provided with a following of 150 of the men of Limbat, re-entered Pahang with the intention of defeating the British, who had established a protectorate there, and of dividing the State with Rajah Slia. Their hopes, however, were short-lived. The Kelantan mercenaries, practising the art of war as understood in Malaya, surprised a small police-station, robbed some boats, burnt a few houses, murdered a few men, outraged a few women, and then, fearing the appearance of a real enemy, fled into the jungle, where they took up a fortified position. Here they were found by a detachment of Sikhs of the Malay States Guides, who, entirely ignoring the rules of war, attacked them without any beating of gongs or other warning, stormed their stockade in the most foolhardy manner, killed a third of their number, and sent Bahman, Rajah Slia, and the remainder flying back to Kelantan with their great ambitions shattered for ever. Shortly afterwards, as the result of negotiations between the British and Siamese Governments, Raja Slia and Bahman were arrested by the latter Power and were sent into perpetual exile in the far north of Siam. Limbat thereupon ceased to exist as a feudatory State, and was incorporated with Kelantan proper. (page 39-43)
Dalam History of Kelantan juga diceritakan mengenai perkara yang sama, tetapi tidak secara terperinci. Banyak fakta menarik yang terdapat dalam buku ini, antaranya pengesahan kekejaman Siam dalam menangani "pemberontak-pemberontak" dari Pahang yang berundur ke Terengganu dan seterusnya Siam, juga termasuk dalam tempoh kritikal di Kelantan ini.
Penceritaan oleh Allahyarham Tengku Ismail Limbat (Tengku Bongsu) menceritakan lebih jelas insiden ini, yang diperolehi oleh beliau secara lisan dari ahli keluarganya yang lebih tua. TIL meninggal pada tahun lepas rasanya..
Circa 1890 juga, menurut sumber2 dari Keturunan Long Gaffar, Long Mansor Raja Kelantan De Limbat telah diperdaya oleh Sultan Mansor Sultan Kelantan de KB untuk menerima dan melindungi Dato' Bahaman dari Pahang. British mengadu kepada Siam.
"Raja Siam memerintahkan dengan perintahnya, “Kalau tak dapat Dato’ Bahaman, orang yang beri perlindungan kepada beliau, siapa saja akan menjadi ganti”. Maka terkenalah Baginda Long Mansor dengan tipu muslihat Sultan Mansor.Orang-orang Inggeris itu kemudiannya kembali semula ke Kelantan bersama-sama dengan askar-askar Siam. Berita kedatangan askar-askar Siam untuk mengambil Dato’ Bahaman itu diketahui oleh Baginda Long Mansor, lalu baginda pergi berjumpa dengan Tengku Chik Tua Machang meminta nasihat.
Beliau menasihati Baginda Long Mansor dengan katanya, “ Kita tak boleh lawan Siam, sebab anak kita duduk di Kota Bharu (iaituTengku Salleh, anak Long Mansor yang berkahwin dengan anak sultan yang bernama Tengku Tengah, puteri Long Sulong atau Sultan Ahmad)”. Tambahnya lagi, “Jangan lawan Siam sebab seluruh keluarga kita akan dibunuh oleh Siam”.
Selepas itu Baginda Long Mansor balik dan memanggil Dato’ Bahaman mengadap, lalu menceritakan keadaan yang sebenarnya. Kata Dato’ Bahaman, “Kita hanya patuh kepada keturunan raja Melayu yang asal, kita tidak kira siapa yang memerintah, mati pun kita redha, berkhidmat kepada raja Melayu”.
Baginda Long Mansor amat bersimpati akan nasib Dato’ Bahaman, lalu memintanya berundur daripada Machang. Terdapat dua cara berundur yang digunakan, iaitu;
1. Keluarga Dato’ Bahaman berundur ke Kuala Berang, Terengganu.
2. Dato’ Bahaman pula, seorang diri pergi ke Menara (Narathiwat).
Siam menghantar askar-askarnya untuk menyerang dan mengepong keluarga serta pengikut Dato’ Bahaman di rumah Tengku Deraman di Kampung Kok Kiok di Bukit Bakau, Machang. Berita kepungan itu diketahui oleh Baginda Long Mansor, lalu katanya, “Dato’, keluarga Dato’ telah dikepong oleh askar-askar Siam pada masa maghrib”. Dato’ Bahaman kemudiannya terus pergi untuk menyelamatkan keluarganya yang sedang dikepong.
Bersamanya dibawa lembing yang bernama “Beringin” (lembing berupa daun sireh), yang dikatakan mampu untuk memukau orang.Apabila tiba di sana, lembing tersebut terus dipacakkan ke tanah di hadapan tangga rumah yang dikepong. Akibatnya semua askar Siam yang sedang mengepong itu dipukau dan tidak menyedari apa yang berlaku. Lantas Dato’ Bahaman menyuruh seluruh keluarganya turun dan melarikan diri ke Hulu Terengganu (Kuala Berang).
Kemudian, pada malam itu juga Dato’ Bahaman melarikan diri ke Menara. Menurut Buku Darul Iman (m.s. 242), pada November 1895, Dato’ Bahaman, Pawang Nong, Teh Ibrahim, Haji Mat Wahid dan Mat Lela, telah menyerahkan diri kepada orang-orang besar Siam lalu dibawanya ke Siam.
Sebenarnya Dato’ Bahaman tidak pernah menyerah diri kepada Siam. Apa yang dilakukan ialah beliau melarikan di ke Menara dan bersembunyi di sana.
Pada pagi keesokannya, askar-askar Siam itu menangkap Baginda Long Mansor dan di bawa ke Kota Bharu. Di sana tiga orang lagi ditangkap iaitu;
1. Pak Nik Ya (penghantar bunga emas).
2. Dato’ Lela Perkasa Lundang.
3. Tuan Tabal.Keempat-empat orang ini dibawa ke Bangkok sebagai tahanan selama tiga tahun.
Apabila genap tiga tahun, tiga orang dihantar pulang ke Kota Bharu, tetapi Baginda Long Mansor dikatakan telah meninggal dunia semasa di dalam tahanan kerana penyakit “orang baik” (barah) dan dikebumikan di Bangkok (ditanam di dalam selut).
Sebenarnya Baginda Long Mansor mati dibunuh dan hal ini diceritakan oleh Tok Kancil, iaitu pengawal peribadinya yang bersama-sama baginda semasa dalam tahanan di Bangkok. Menurut ceritanya, kepala baginda disimpan dalam muzium di Bangkok sehingga ke hari ini, bersama-sama dengan kepala Tuan Lebih iaitu Raja Reman.....
Berdasarkan catatan ini jelas bahawa Datuk Bahaman tidak mati dibunuh oleh Siam (atas arahan British)...beliau dikatakan muncul semula "lewat" kemunculan Mat Kilau....
walaubagaimanapun, kemunculan Datuk Bahaman (Tok Guru Peramu) tidak diiktiraf kerajaan khususnya kerajaan Pahang dipercayai atas sebab-sebab berkaitan dengan "tahta" Kesultanan Pahang....
lagipun "Tok Guru Peramu" juga enggan mengaku bahawa beliaulah Datuk Bahaman...jadi kisahnya kemudiannya lenyap begitu sahaja...."
Phya Sri Sahadheb, Utusan Khas KERAjaan Siam dalam perbincangan dengan Kerajaan British berhubung kedaulatan Kelantan dan terengganu (Siam menegaskan kedua-dua negeri tersebut sebagai wilayah mereka) menyebut dalam memorandumnya kepada Lord Landsdowne di London pada tahun 1906:
On various occasions, troops have been sent by the Central Government from Bangkok under the command of Siamese officers for the purpose of maintaining order, of which one of the most remarkable instances in recent years was the Pahang Rebellion, when, on the representation of the British Government, made direct to the Siamese Government at Bangkok, Siamese troops were sent, who captured the rebels and restored order.
Ini turut disebut oleh Hugh Clifford, penasihat Inggeris di Pahang pada ketika itu, dalam sanggahannya kepada tuntutan Siam ke atas Kelantan (perlu diingat, pertikaian hanya selesai selepas Anglo-Siamese Treaty 1909, perjanjian puaka yang memecahkan terus dunia Melayu Utara kepada apa yang dipanggil Selatan Thai dan Malaya):
The reference made by Phya Sri Sahadheb to the action taken in 1895-1896 by the Siamese with regard to the Pahang rebels is very misleading. The rebels in question were not pursued or captured by a Siamese force. They voluntarily surrendered themselves to certain Malay and Siamese officials, encouraged to do so by the professions of the latter that they regarded Pahang rebels as loyal Siamese subjects who had manfully resisted British aggression on what ought to have been regarded as part of the Siamese Protectorate (mujur..kala tidok cakak Siam la kita weh, negeri naungan Siam kuikui), and had thereby earned the good-will of Siam, which was prepared to reward them accordingly.
I should add that after making voluntary surrender, these rebels were treacherously bound by the Siamese, and one of them, Mat Kilau, becoming insolent under the torture to which he was subjected, in order to test his claim to be considered "invunerable (kebal)", was brutally murdered in cold blood, his neck being wrung by a Siamese official, with his own hands, while his victim lay bound and helpless.
Kesimpulan koi:
Siam memang musuh abadi Melayu sejak zaman dahulu kala, serangan Siam ke atas Kedah pada tahun 1821, orang melayu dilapah macam kambing, dibuang ke dalam sungai jadi habuan buaya. Yang ditawan dicucuk keting dengan rotan panjang, dalam satu barisan macam dirantai dan diarah berjalan dari Kedah ke Bangkok, kebanyakan mati dalam perjalanan. Pejuang-pejuang Melayu Patani dikelar-kelar badan hingga mati sewaktu ditahan polis siam. Pemimpin Melayu dipanggil untuk berunding di Bangkok tetapi diserkup dalam guni dan dicampak ke dalam sungai, tak balik2 hingga sekarang. Kes di Takbai, Masjid Krisek.. menjadi bukti yang Siam sama binatang seperti Zionis.
DON
BalasPadamCITE PLAK mcmmana pengaruh siam boleh menyelinap masuk dlm kesultanan Kelantan
sampai sekarang ada lagi suku sakat dlm tu
Tuan pernah terbaca tak kisah..
PadamPanglima Siam memerluk agama Islam(mualaf)
Bergelar tubuh Tok kancil
Dan berkhidmat untuk raja di Kelantan-reman-siam
Angarran tahun 1770an... hingga 1870an..
Tok kancil 2 bersaudara..
Saudara tidak memerluk Islam..
Rodonc..
BalasPadamSebelum perjanjian puaka 1909 yang memecahkan terus daerah Setul (orang kedah sebut setoi, orang siam sebut Satun),Bangnara a.k.a Menara a.k.a Narathiwat, Legeh/Reman (Rahman), Jambu, Nongchik dari negeri-negeri Melayu yang lain dalam semenanjung tanah melayu, Siam telah sekian lama menganggap Kelantan, Kedah dan Terengganu sebagai wilayahnya, dan sehingga Pahang sebagai negeri naungannya. Masakan tidak benar, hingga ke Batu Pahat mereka memahat batu. Rujuk memorandum Phya Sri Sahadheb, Utusan Khas KERAjaan Siam kepada Lord Landsdowne di London pada tahun 1906. Ada apendiks khas dalam HOK 1890-1940. Boleh juga rujuk beratus-ratus manuskrip lama Melayu dan sumber inggeris di perpustakaan Melayu online terbesar di dunia di http://www.sabrizain.org/malaya/library/ bukti Kelantan pernah mempunyai 2 raja (long Gaffar di Kelantan Timur dan Long Yunus -keluarga sekarang di Kelantan Barat juga ada di sini, cari tajuk "Kelantan: A state of the Malay Peninsula" gitu a lebih kurang tajuk dia)
Ulasan yang menarik...memang berapi...syabas
BalasPadamTerima kasih abeli..
BalasPadamketurunan ambo yang hilang punca ni pun angkara Siam juga..
Cuti sekolah ni telah ambo plan baik2 untuk berjumpa saudara-saudara di PKDK..
harap2 ada sesuatu yang dapat ditemui..
InsyaAllah..
Siam yang dimaksudkan adalah Sukhothai bukan orang Pattani
BalasPadam