Jumaat, November 13, 2009

100 perkara aneh yang menjadi amalan biasa di Bima Sakti


Assalamualaikum rodonc-rodonc dan kaum keluarga.. Merujuk perkara di atas, berikut disenaraikan perkara-perkara yang berkaitan: i) Manusia bersungguh-sungguh macam nak pecah kepala bersedia,belajar, membuat latih-tubi dan sebagainya untuk peperiksaan yang sudah diketahui tarikhnya seperti SPM,STPM apa sahajalah, dan boleh diambil 14 kali lagi jika gagal atau kurang memuaskan. namun untuk peperiksaan yang boleh jadi hari ini, esok, lusa atau pada bila-bila masa yang tak diketahui, terlalu sedikit yang bersedia, malah terlalu ramai yang masih pada tahap '0' memikirkan sempat lagi masa tua nanti. Peperiksaan tu pulak jenis yang wajib semua orang ambik dan tak boleh ulang periksa pulak tu.. memang pelik tapi biasa....

ii) Ibubapa mengharapkan TV, VCD Player, DVD Player, Video Game mengajar anak sahsiah diri. "Biarkanlah, sekurang-kurangnya dia ada depan mata, takde la melahu merata jalan"..

iii) "Jangan sibuk tegur-tegur anak saya, anak awak tu macam la baik sangat".. Kalau macam tu Nabi je la yang boleh menegur anak orang lain kuikui.. Tu pun tak semua..Nabi Nuh dengan Nabi Lut pun dorang sound macam tu..kuikui

Sila rodong-rodong tamboh lagi..mekasih..
Untuk peringatan kepada diri sendiri jugek..
Ma'assalamah..

17 ulasan:

  1. Rodong,
    Kalau kat kampung konsep anak aok anak koi boleh guna. Kat bandor ni tak boleh langsung guna konsep tu. Mau bergaduh mok ayoh sbbkan anok...

    BalasPadam
  2. Lama sungguh tak masuk blog Don...Konsep kejiranan dan semakin hilang sekarang ni..kita tak boleh suka2 jaga tepi kain orang takut kena pelempang..hehehe..jadi awak jaga anak awak, saya jaga anak saya..Dulu, dikampung tak macam ni..anak awak, anak saya, anak saya, anak awak.. Silap anak orang, kita boleh tegur tanpa rasa takut atau was-was..sekarang ni takut kena saman..hehehe

    BalasPadam
  3. kolektif thinking sudah tak ada lagi sekarang ni, bro.

    BalasPadam
  4. Biase la Don... Orang nampak apa yang jauh tapi tak nampak apa yang dekat...

    BalasPadam
  5. don,
    masa sekarang ni lebih baik kite menjaga tp kain sendiri kerana jika menjaga tepi kain org pasti akan terselak ape yg tak sepatutnye..bila dah terselak mula lah panjang cerita,tp jika terpaksa diselak,akan ku selak juge..apa org nak kata,kata lah...

    BalasPadam
  6. kalau anak sendiri, semuanya baik-baik..kalau anak orang, semuanya tidak..apa nak jadi lah..

    BalasPadam
  7. Kita sudah terbiasa mengamalkan konsep beranak ramai menjaga seorang daripada beranak seorang menjaga ramai

    BalasPadam
  8. Echanc..
    kampung pun doh takde gitu jugek..
    felda pun payoh..
    blok koi rasanya boleh lagi kecuali satu dua keluarga..
    Di perumahan koi,jangan harap..kuikui

    Tirana,
    Individualisme zaman sekarang dh tahap kritikal..
    Bukannya anok jiran je, anok sedare kita pun risau kita nok menegur.. kala koi dulu, pok sedara koi maroh machanc anok sendiri perambat dgn rotan sebab mandi sungei Kerian tak ingat nak balik..kuikui

    BalasPadam
  9. Tookoo,
    aok benar. pemikiran "Tak luaknya.." memang jadi ikutan masyarakat kita. Nok suruh kerajaan didik, macam kerbau pendek ngajor anok mintak izin tuan kebun pisang la jawaknya..kuikui

    BalasPadam
  10. Duan,
    itu resam manusia, tapi koi mmikir jugek goner kita boleh bekerjasama atasi masaloh gini.. :)

    BalasPadam
  11. Mazru,
    koi rasa kena jaga..
    koi terus-terang anok koi kena sound koi tok kisoh pun..
    adik-beradik koi sound machanc anok sendiri..koi no hal je.. sebab koi tahu demeh tegur mender betul..

    BalasPadam
  12. Bokbon..
    kalau kita sayang anok kita..mesti kena dengar apa juga kata orang..lepas tu suruh pihak ketiga yang boleh dipercayai siasat..
    jangan terus nafi machanc tu je..

    BalasPadam
  13. Pokli..
    dulu kita hidup dalam keluarga besor..
    sekarang ni keluarga nuklear je..
    dulu koi gi keje, tinggey ke mok sedara atau nenek..
    le ni jangan main-main..
    kalau tidok tok kena ada bibik..
    bukan gi kerja 15 jam sehari..
    bukan tak mboh bagi upoh..ntah..jadi makin payoh kala ada kena mengena pada zaman ni..
    padehey, sepatutnya keluarga menyokong ahli keluarga sendiri..semua beroleh faedah..
    kita ini manusia..
    hari ini kita perlu pertolongan demeh, esok lusa demeh perlu pertolongan kita..
    jangan sekali-kali anggap kita takkan perlu meminta bantuan orang lain..
    itu je kucinya hidup bekerjasama..

    BalasPadam
  14. salam Don.

    lama koi tak menjengok. mende ke hei nye citer pasal anok2 ni.

    konsep berjiran ni koi suka zamanc kecik2 dulu kalau buat degil sape2 punya ayoh boleh rotanc jer anak tak kira sape.

    Tapi le ni janganc weh sikit2 nak saman. Cikgu pun nak kena samanc.

    Dalam hal ni cikgu dan mok bapok kena muhasaboh diri.

    BalasPadam
  15. Nak buat guane don...
    Ikut peredaran zaman kata deme nih...
    Kawan ngajor anok2 ikut cara lama lagi..
    Kala boleh bantei,kawan bantei cukup2...
    Beloh keluarga kawan ok lagi..
    kala saloh tetap saloh..
    beloh mentua kawan susoh sikit...
    Anak2 kala balik dari sana pijak kepala...
    Sayang anak/cucu katanya...emmmp...

    BalasPadam
  16. Wira,
    menung panjanc koi mmikir hey gini..
    Kala di kampung doh tak boleh menegur anok oranc..ape lagi d bandor dan kota termasuk Kota Gelangi kuikui

    Az,
    Mujo mok koi tok bagi muka ke cucu, beloh sana sederhana..
    apapun, kita mesti membudayakan semula sama-sama menjaga kain sesama kita..
    untuk kebaikan ummah..

    BalasPadam
  17. baru jumpa blog ni.... dapat jumpa orang pahang...best btul kalu dpt bcakap sesama orang pahang guna loghat pahang asal, ramei orang pahang bcakap dah tak bunyi pahang atau syak orang lain tak faham bahasa pahang, tak macam orang utara @ kelantan..depa redah jer... hang tak faham bukan masalah aku.

    tentang menegur anok orang tu..memang aku stuju keluhan Bon tu, skrg dah tak macam dulu.
    dulu kalu budak2 buat perkara tak betul sape2 saja boleh tegur, mak bapak suka pulok orang tegur anok die, tandanya orang masih sayang dan prihatin. takde kes nak terasa hati. sekarang...dah lain. zaman berubah. tapi kita yang sedar ni boleh praktikkan sesama adik-beradik dan kaum-keluarga yang ade. insyaallah takkan pupus amalam tu

    BalasPadam

Komen ke komplen ke koi takdok masaaloh..kuikui