Selasa, Julai 14, 2009

Coretan garu awan: Selamat Datang ke blog koi Encik Wira bin Mohd. Salleh!

Assalamualaikum kaum keluarga dan rodonc-rodonc di serata alam buana dan alam maya.. :)

Koi mencoret hari ini setelah dihambat kesibukan melampau di tempat kerja..

Semenjak kami di DHL IT Services Asia Pacific Cyberjaya mengambil alih tugasan IT Services Americas yang berpusat di bandar Scottsdale, di tengah-tengah padang pasir Arizona (satu-satunya golongan orang putih yang datang ke Malaysia dan berkata "Cuaca sangat nyaman di Malaysia..." sambil berjalan kaki dalam panas terik pukul 1 tengahari), nok memblog pun seolah-olah mencuri-curi menulis sajak sewaktu qada' hajat..
nok merayap2 mencari blog baru jauh sekali..
seperti jauhnya Kota Gelanggi dari Kota Tinggi..
(koi masuk form 1 dulu ada ke mamat tu bila koi kata koi dari Kota Gelanggi dia kemudiannya bertanya dengan sangat serius "dekat ke dengan kota tinggi?".. buta geografi betul.. kala dengor ke cikgu Jepri moh kena denda kepit besi loding celah ketiak tengah padang pukul 2 petang sampai hangit bulu ketiak..)


Entrada koi hari ini khas koi tujukan kepada rodonc koi dari zaman menuntut ilmu betul di Pusat Asasi sains UM kemudian lanjut ke Fakulti Kejuruteraan Awam UM. Dari sama-sama lepak di Kolej Kediaman Ketiga Tunku Kurshiah sampai lepak di Pantai Hillpark. Wokme boleh tengok kisah2 lama di UM banyok yang dia terlibat, terutama kisoh Geng Bukok Pose dan kisoh Koi, Kodi & Kapchai...


Masa di kolej ketiga dulu, budok2 gelor ke Wira Gelangi 3, Sharul Sg Ruan dan koi sebagai the Three Musketeers.. gi mana2 sokmo sekali..

Break makan sejanc pukul 1-2 petang setiap hari belajar pada waktu itu pun kamilah berlima yanc sokmo menapak dari PAS (Pusat Asasi Sains) yang disebut PASUM sekarang ke Kolej Kediaman Ketiga yang jaraknya lebih kurang 1 km.
Kenapa lima?
D'Artagnannya ialah Muammar Hadapi Mohd Syarif yang kami gelarkan Gendapi atau kadang-kadang Gendap sahaja, manakala extra ialah Fayat yang ada bau-bau ketiak dengan koi. Beliau ialah cucu Tuan Hasan bin Tuan Ali, kerabat Diraja Terengganu yang berundur ke Mahang pada hujung2 1800-an. Nama sebenar beliau ialah (Wan) Mohd. Nazri bin Husain. Ibu beliau bergelaran Tuan tapi koi lupa la pulak malam ni nama ibu beliau tapi binti Tuan Hasan la..

Datuk saudara koi Tengku Hasan (adik nenek koi Tengku Zaharah) berkahwin dengan adik Tuan Hasan. Jadi nok sebut goner ekk koi dgn Fayat ni?
Anak empat pupu gamoknya.. kuikui


Koi pun dah baca komen2 membina dari Wira..

Kalau ada masa Insya-Allah koi cerita kisah2 tambahan dari zaman student kami yang amat chacha-marba.. :)


Sedikit tambahan dari Bahagian III Laporan Jejak Waris I


Terlanjur koi bercerita hal saudara Wan Nazri kita, koi ingin menjelaskan perihal draf salasilah yang koi letak dalam entri2 sebelum ini..

Setelah menyiasat dengan banyak pihak, salasilah tersebut hanyalah dari sebelah nenek koi Tengku Zaharah sahaja.
Koi terkeliru dengan penjelasan Paksu mengenai leluhur Sultan Abdullah itu. Tengku Zaharah dan Tengku Hasan adiknya BUKANLAH sepupu datuk koi Tengku Daie. Semua yang koi temui dan telefon setakat ini mengesahkan Tengku Saleh ayah datuk koi dan Tengku Abdul Hamid bapa sepupu/saudara datuk koi berasal dari Kesultanan KELANTAN.
Nampaknya perjalanan masih sangat jauh tapi koi takkan mengaku kalah.
Ayah koi sewaktu hidupnya kurang mengetahui salasilah ayahnya sendiri. Mungkin kerana kemiskinan tak sempat nak menjejak sangat. Bila dah pindah ke Pahang susah jugak sebab jauh. Balik sekali-sekala ke Kedah pun jumpa saudara dekat pun tak abis.
Semalam koi ada menghubungi Tengku Helmi bin Tengku Hakim bin Tengku Abdul Hamid dan dia memberitahu dia hanya ada salasilah setakat datuk kepada datuk beliau, Tengku Abdul Hamid bin Tengku Abdullah bin Tengku Muhammad Saat. Tengku Abdullah menurut beliau meninggal di Kg Bakau Tua, kampung datuk koi juga.
Yang koi peliknya deme ni semua mengikut kebiasaan nama Kesultanan Kedah iaitu Abdul Hamid, Abdullah, Muhammad Saat hatta Tengku Daie sekalipun. Ada seorang hamba Allah yang bernama Tengku Abdul Hamid bin Tengku Abdullah iaitu anak kepada Sultan Muda Abdullah bin Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah. Abangya pula bernama Tengku Muhammad Saat dan adiknya Tengku Daie gabenor Krian tahun 1842-1848.
Waktu itu Kedah menakluki Daerah Krian sebentar.

Apapun terima kasih kepada keluarga & rodonc2 yang tak jemu2 memberi semangat untuk koi meneruskan pencarian ini.


Selamat berpuasa sunat Rejab kepada semua..

12 ulasan:

  1. Rodong,
    Elok aok cepat2 cite kes2 mase sekoloh dulu. Tak sabo koi nok bace wehhh... Gelanggi tengah musim buoh. Aok tok balik ke??

    BalasPadam
  2. Baler aok nama koi jd tajuk entri...
    maunye glamer di google SE nanti.

    Tapi elok juge aok citer kesoh kite
    d asasi dulu2 koi banyok dh lupe..

    patuit la aok boleh belajo base sepanyol memanc ingatanc aok kuat rupenye...

    ginilah kite idup di dunie ni makin tue kita makin terkenanc kesoh2 lame....

    koi dr dulu lg memanc suke dengor aok bercerite... teruskanc...

    BalasPadam
  3. goodluck bro cari salasilah keluarge...koi sentiase membace kisoh aok nih

    -tambest-

    BalasPadam
  4. Echanc a.k.a Webmaster..
    Insya-Allah koi cerita bila ada kelapangan..
    Terima kasih ateh minat aok rodonc.. :)
    Hey musinc buoh tu koi doh balik awal bulan baru ni..
    bapork banyok durian Allahyarham ayoh koi..
    yang "tolong" kutip pun ada..kuikui
    biasala..dekat dengan jalan besor..gitula gayanya.. :)

    BalasPadam
  5. Wira..
    Takde hey..
    bior naik no 1 di google..
    lama ngat doh rodonc2 mencari.. kuikui

    memanc koi berniat nok memasukkan seberapa banyok catatan kisoh lama koi, keluarga & rodonc2..
    bukan setakat hiburan.. kala kita renung mmolek banyok hikmah sebenornya..
    Silaturrahim tu Insya-Allah kala kita berusaha mempertahankan.. lambat laun bertaut juga.. :)

    Ingatan koi takde la hebat sangat rodonc.. mesti dibantu oleh rodonc2 jugek untuk verify bahan.. :)

    Apapun..segala maklum balas rodonc2 amat koi alu-alukan..
    :)

    BalasPadam
  6. tambest,
    aok koi tau..sokmo dok belakanc tabir sambil layan baung masok asanc rom.. kuikui
    weh..bila nok jemput rodonc2 menyusur sungei tembeling weh??
    Rodonc koi soranc lagi budok Kuala Tembeling tu mesti senyunc2 baca komen koi ni..
    mana doknya..
    tercampok jauh di sintok.. 7 tahun doh..
    cuma cakak Kedoh je sampei ke le ning tok berapa nok jadi... kuikui

    BalasPadam
  7. don, klau lalu kerayong, pandang beloh kiri, lepas jer ipd bera yang tgh buat tue rumoh koi.

    BalasPadam
  8. kala cerita bab zaman sekoloh dulu bapok bestnye....memori...peh...!!!
    walau punc banyok yang menyakitkan tapi tetap best ooo....tamboh pulok kala ada buli membuli..hehehe.
    bebudok zaman sekarang ni mana ada rasa...cuit sikit report...cuit sikit saman...
    esok kala doh besor masing2 apa bende nak citer ke anak cucu....emmp..
    kita dulu...mcm2 ado....
    don, aok ingat budok yg mati lemas kat tasik tu... mujo kwn tak ikut.. nyaris doh...
    Al-fatihah ke rohnya.......

    BalasPadam
  9. Fadh..
    tahniahla weh buat rumoh baru..
    karanc letih bawok kereta boleh koi menyinggoh dengan angkatan laut diraja koi.. kuikui

    BalasPadam
  10. Az..
    koi setuju..
    manja macam kucing parsi aa bebudok le ni.. kuikui

    Pasey kes lemas tu, rodonc koi pun ada terlibat..
    tukor sekoloh dia lepeh tu..

    Insya-Allah bulan depan koi masuk streamyx drumoh banyok la skek masa nok memblog dan memorum.. :)

    BalasPadam
  11. bla mase plak koi kata koi buat umah baru, koi kata ipd yang tengah buat, bukan koi tgh buat umah baru...singgah la weh...

    BalasPadam
  12. Fadh..
    kuikui..
    silap paham la pulok koi..

    BalasPadam

Komen ke komplen ke koi takdok masaaloh..kuikui