Selasa, Mei 26, 2009

Salur Sungai Nil pun tak cukupppp!!!

Koi belek-belek suratkabor maya Berita Harian sambil lewa..

menyampoh doh koi baca kes menteri besor di Perak tu.. dan propaganda kerajaan yang lain..

Tiba-tiba sorotan hujung mata koi menangkap kepada tajuk seperti di bawah:

Terowong air mentah Pahang-Selangor siap 2014

PUTRAJAYA: Kerja pembinaan terowong sepanjang 44.6 kilometer (KM)bernilai RM1.3 bilion untuk projek penyaluran air mentah Pahang-Selangor yang akan bermula 1 Jun ini, dijangka siap 2014.

Pengarah Pasukan projek itu, Datuk Ir Ismail Mat Noor, berkata pembinaan terowong itu yang akan menyalurkan air mentah sebanyak 1,890 juta liter sehari adalah komponen pertama projek berkenaan dan paling kritikal kerana dijangka mengambil masa lima tahun untuk disiapkan.

"Pembinaan terowong itu akan bermula dari Karak, Pahang dan berakhir di Hulu Langat, Selangor.

"Ia akan dilaksanakan oleh konsortium empat syarikat, usaha sama antara IJM Corp Bhd, UEM Builders Bhd dan Shimizu Corporation, Nishimatsu Construction Co Ltd," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani kontrak projek pembinaan terowong itu, di sini hari ini.
Ia disaksikan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui.

Ismail berkata, berikutan pelaksanaan projek itu, Selangor akan membayar kerajaan negeri Pahang sebanyak RM80 juta setahun.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

i) Lepeh ni boleh la koi naik Feri Muhibbah Pahang-Selangor, naik di Karak dan turun di Hulu Langat.. peluang pelancongan ni.. minyok pun jimat, tol tok kena bayor.. parking je kereta di Stesen Air & Marin Daerah Ulu Langat (SAMDUL)... bayor upoh jaga keta dua tiga hari..

ii) Pengusaha ikan patin di Temerloh, Bera, Jerantut dan Maran boleh la melabur bukok sangkor baru dalam Lebuhraya Salur Air Pahang-Selangor (LeSAPS)... peluang perikanan ni..

iii) Kerajaan boleh bina juga stesen-stesen janakuasa hidro sepanjang terowong, boleh juga salur tenaga yang tak pernah cukup ke lembah kelang, dijangka dinamakan Hidroelectric Aquaductus Energy Modulator Pahang-Selangor (HAEMPaS).. peluang penjanaan tenaga ni..

iv) Kerajaan Pahang juga boleh mewartakan kawasan-kawasan hijau sepanjang terowong air untuk penanaman sayur bagi mengurangkan kebergantungan kepada sayuran mahal dari Cameron Highlands, dengan projek yang dinamakan Green Ambient Modules For Agriculture & Natural Crops (GAMFANC).. peluang pertanian ni..


Tidak ada sebab mengapa koi mesti tidak menyokong projek ini.

Selain dari membekalkan air yang cukup kepada negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang mempunyai bilangan penduduk yang amat tinggi, kerajaan negeri juga mampu meraih pendapatan RM80 juta setahun.

Lepas ni Tok Nan tak payahlah lagi bising-bising kerajaan negeri tiada wang kerana perbelanjaan melebihi pendapatan dan geran persekutuan..

Lepas ni Tok Nan tak payahlah lagi bising-bising kerajaan negeri tiada wang kerana banyak kawasan hutan diwartakan sebagai hutan simpan dan tidak boleh ditebang untuk balak.

Tak perlulah lagi Tok Nan menuntut royalti minyak sawit dari kerajaan pusat dengan alasan kenapa Sabah dapat tapi Pahang tak dapat walhal hasil Pahang lebih tinggi.

Tak payahlah lagi Tok Nan pening nok cari duit bayor saman syarikat balak yang menuntut berjuta-juta dari Kerajaan Negeri.

Alah, Sungai Benus tu bukannya ada hasil apa pun, ikan pun tak berapa ada. Lebih baik kita jana duit dengan bekalkan air kepada Selangor. Alam sekitar tak ganggu pun, air tu berkurang sikit je dari ekosistem Negeri Pahang, Sungai Pahang kan luas dan lebar... mesti boleh serap punya kekurangan tu..

Sungai pahang tak lalu Bentong? Memangla Sungai Pahang tak lalu Bentong yang disaliri Sungai Benus tu.. alah kurang air sikit-sikit je.. mesti impaknya kurang kepada masyarakat..

Pahang sendiri pun tak cukup air??

Itu semua cerita rekaan.. persepsi rakyat je tu..


Kepada kerajaan Malaysia pula, teruskan pembangunan pesat di Lembah Kelang kerana negeri-negeri lain yang bersempadan memang amat bermurah hati untuk membantu. Perak boleh menyalurkan air Sungai Slim yang berdekatan dengan sempadan dan Negeri Sembilan pula mempunyai banyak sungai yang bersempadan dengan Daerah Sepang dan Hulu Langat di selatan negeri Selangor. Pendek kata jangan risaulah.. untuk kegemilangan 1Malaysia juga..

Secara tidak langsung ia menunjukkan kegemilangan 12 negeri yang lain juga..

Sungai Gombak dan Sungai Kelang tak perlulah dibersihkan kerana ia melibatkan kos yang sangat tinggi. Lebih murah membina terowong-terowong air dari negeri-negeri berjiran. Juga lebih murah daripada melabur untuk membina kesedaran sivik di kalangan rakyat yang suka membuang segala macam barangan dan bahan buangan ke dalam sungai-sungai tersebut..

Pernah penulis bersolat di sebuah masjid berdekatan Pekan Kajang dan melihat peti ais dan kipas elektrik dihanyutkan arus deras Sungai Langat. Amat sukar kita mengubah mentaliti rakyat kita. Biarkan sahajalah mereka begitu...

12 negeri lain juga tidak perlu dimajukan kerana kos memajukan negeri-negeri terlibat juga adalah amat tinggi. Biarlah penduduk-penduduk mereka berhijrah ke Lembah Kelang untuk mendapat peluang pekerjaan. Lagipun Malaysia mempunyai ramai tenaga kerja asing untuk bekerja di ladang-ladang sawit di Pahang, jadi isu peluang pekerjaan tak timbul di sini. Warga Malaysia bolehlah bekerja di kilang-kilang atau premis-premis perniagaan di sekitar Lembah Kelang kerana ia jauh lebih berprestij berbanding bekerja di ladang.

Isu kampung-kampung yang ditinggalkan juga tak perlu diperbesarkan kerana apabila sesuatu kampung itu telah benar-benar tiada penghuni, kerajaan boleh menutup sekolah-sekolah di kampung dan menumpukan tenaga kerja dan peralatan berkualiti di bandar. Kawasan-kawasan perindustrian baru boleh diwujudkan di tapak-tapak kampung tinggal dengan mengambil kawasan Iskandar di Johor sebagai contoh. Pelaburan asing dari Singapura atau Amerika Syarikat boleh ditarik untuk memiliki tanah dan melabur dalam kawasan-kawasan baru tersebut.

Kedaulatan terjejas??

Kita mesti positif, mereka hanya akan memiliki tanah-tanah tersebut tetapi pentadbiran kawasan masih di bawah Kerajaan Malaysia. Mereka masih perlu membayar cukai kepada kerajaan.

Seperti kes Pulau Batu Putih, inilah yang dinamakan "Win-win situation".

Janganlah terlalu negatif atas segala usaha kerajaan, minda pembangkang betullah kamu semua ni....


32 ulasan:

  1. ha ha ha don, apa kejadoh nak jual air ke selangor? rakyat pahang pun dok sengsara berpuluh tahun xde air sampaikan nak mandi jenazah pun xberair...tetiba nok jual air plak...kat felda2 dan jengka skrg nie tgh nanggung azab sengsara xde air...hasil minyak sawit berbillion setahun xpe felda xmampu nok tampung bekalan air utk warga felda...warga felda tanggung azab xde air tapi yang senang lenang puak juai deme hok ade kuase tapi xcakne dan prihatin pada untung nasib warga felda dan jengka...tue baru citer bab air hok kite nak guna harian...belum citer bab air haram hok togok dok budok2 muda ruper togok air mineral...arrrrrrggggggggghhhhhhh muok koi nak citer pasal kerajaan nie...!!!!

    BalasPadam
  2. Don,
    Muahahhahaha..... Posting aok ni sangat best. Kalo gitu gayanyer koi nok beli kapal selamlah camni. Buleh koi tawarkan perkhidmatan ulang alik Pahang-Selangor guna kapal selam. Terowong kan dah ade. Koi gune jelah kemudahan yang KERAjaan bagi tu. Jimat sikit kos. Lagipun nnt koi tawarkan rege murah sebab demi KERAjaan koi rugi pun takpe. Koi tak sanggup tengok pemimpin-pemimpin koi kat atas tu miskin. Malu koi bila pemimpin koi dok umoh kecik, pakai kete kecik dan hidup sederhana. Koi takpe, sebagai rakyat koi kena hidup merempat. Koi kena bekorban untuk diorang. Barulah dikatakan koi ni tok derhake.

    BalasPadam
  3. don
    post ekau mmg best penuh dgn fakta2dan data2 futuristik pun ada. kalau dicalonkan utk anugerah sasterawan DBP 2009 Faisal Tehrani pun bisa bungkus ni.har har har.

    Anyhow memandang issue ni pada pandangan gua
    1- kita ambik positif la.air ni bukan sahaja utk kegunaan rakyat selangor dan KL tetapi juga utk warga lembah klang yg datang bukan sahaja dari sabak bernam atau hulu selangor malah dr 12 negeri lain di malaysia. maksudnya ni kira pengorbanan rakyat pahang utk rakyat malaysia lar.

    2- main issue katalah issue alam sekitar then itu kene diaddress oleh KERAjaan.sblm perlaksanaan.tapi bagi gua, kalau Bakun yg tak lepas kajian alam sekitar tu pun KERAjaan boleh kasi lulus,apatah lagi projek ciput ni (compare to Bakun).yang penting percentage.

    3- kalau bercakap soal cukup tak cukup mmg la takkan cukup tapi at least air2 tu selain kegunaan orang perseorangan boleh gak digunakan utk industri di selangor mcm buat botol ke buat air koka kola ke air fanta ke .selain tu boleh guna air untuk industri cam farmaseutikal ke makanan ke.lepas tu boleh jual balik kat rakyat pahang.so katalah selangor bayar 80 juta setahun so maybe boleh dapat pulangan jualan plak 100 juta so kira untung la tu.hehehe

    http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=15055&Itemid=99999999

    MB kami pun dah kata dah tak kisah la nak buat ka dak
    kalau jadi kami sokong katanya tapi kalau tak jadi kami cari alternatif lain

    so marilah kita warga pahang dan selangor berkerjasama membangunkan 1Malaysia 1sumber air.ngeh ngeh

    "Merah Kuning lambang kebanggaan"

    BalasPadam
  4. tu la, time mengundi, undi la lagi yang tu..

    BalasPadam
  5. kami tukar dah hangpa (pahang) bila lagi

    "merah Kuning lambang kebanggaan"

    BalasPadam
  6. I'allah... Semoga PRU yang akan datang ni bertukarlah hendaknya...

    BalasPadam
  7. projek mega macanc tu boleh pulok pikir...air kejap ada kejap takde macanc biskut kat area jengka bila pulok nak moleknye...tu punc susoh nok pikir ke...duit bbyk nok buat mende... betul la pepatah ada kata bab nyusukan beruk tu...

    BalasPadam
  8. don.
    sembang berapi dah jadi gunung berapi..cakap dah keluar api hidung keluar hingus dah mcam lahar api..(zeolite) hehe..

    x kan la aok semua x tau..sbb apa nak jadi pemimpin sekrang..membantu rakyat jelata,..

    pasal air..ni apa nak susah nanti kita jual air tu br dapat untung pastu bg air yg lg baik kepada rakyat.siapa yang senang rakyat juga..lagi pun kan pahang selalu dapat air yg banyak setiap kali musim tengkujuh..kita share la dgn masyarakat lain juga..

    alahai pantai timur..

    BalasPadam
  9. haha..thn lepas punya cukai sawit mana pergi.? sempat juga rembat rm50/tan.. sawit mak kas kena 2 tan tak silap kas. kalau sempat beribu2 tan dah berapa tu..?

    BalasPadam
  10. Fadh..
    Bila tujuan memimpin ialah untuk mengkayakan diri, keluarga dan rakan-rakan, takdok aroh la..
    Koi tiak kali raye risa mmikir takut kena.. raya tahun lepas la yanc paling gambang sekali..
    Deme ni yakin ke dok mati nanti kena soal?????

    BalasPadam
  11. Echanc a.k.a Webmastor..
    Niat yanc murni..
    teruskan..kuikui
    Karanc tulah derhaka pulok..
    deme kan ade keris sulfat..
    pewww.. menjijikkan la kelakuan demeh ni..

    BalasPadam
  12. Tapir,
    tersedok faisal tehrani weh..
    kala dia guna tehran, koi pakei nama pena Ahmad Al-Madridi la kala gitu.. jeje..

    1. Soal sapa guna air tak timbul, dan bukan soal itu yanc koi timbulkan. Koi mempersoalkan skop penyelesaian masalah dan pelaksanaan projek.

    2. Tiada yang ciput jika kemusnahan alam sekitar dan ahli-ahli politik ini tak pernah tahu dan tak pernah mahu ambil tahu mengenai keseimbangan hidrologi. Empangan Klau akan menelan kawasan yang sangat luas dan kemusnahan tumbuhan serta binatang adalah besar.. Pahang sebagai green lung semenanjung Malaysia sedikit sebanyak akan terjejas.. dan akan menjejaskan juga Lembah Kelang yang sudah tersedia panas..

    3. Koi tertarik dengan satu caption dalam kempen alam sekitar yang koi tertengok di Astro..
    =========
    After the last tree is cut and the last fish is caught, then we'll realize that we cannot eat money.===========

    "Hitam putih lambang kesuburan dan keseimbangan"..

    BalasPadam
  13. Bokbon..
    Kami generasi kedua kebanyakannya tidak mengundi mereka..
    Dalam bahasa kasarnya, menunggu lapis-lapis tua yang tak mahu berubah ni pergi..
    Tapi takde la gitu..
    Koi sentiasa mengharap umur mereka panjang termasuk mok koi..
    Takde demeh kosong la kampung..
    anok mude mane nok duduk kampung..
    seperti kata rodonc koi dari Perlis suatu masa dulu "Pahang tak happening la"..
    Mula2 hati koi panas jugek..
    tapi pikir-pikir balik koi bersyukur..
    Lepas happy hours terus pening..
    Bior Lembah Kelang je la gitu...

    BalasPadam
  14. Echanc a.k.a Webmastor..
    Pilihanraya sekali lagi harap2 puok2 dok luor machanc kita boleh nullify la undi2 puok2 dok dalanc tu..
    deme bukan ramei pun..
    Dun Pulau tawor sokmo kita jadi punca kekalahan..
    Kampung Dzul doh stedi doh.. :)

    BalasPadam
  15. Az..
    demeh ingat bukok satu Ma'ahad Tahfiz kira terlepeh dari neraka la buat dosa mentadbir negeri yang makmur dan sepatutnya kaya serta maju seperti pahanc ni..
    Signboard besor je bila masuk jalan nok masuk pekan bentong tu.. :)

    BalasPadam
  16. Lae..
    dalanc maksud aok tu..
    kuikui..
    Tapi masa'aloh oranc kita jugek..
    Kala aok jenis ok sebelunc berkuasa kemudian bila berkuasa kapur sana-sini..
    Itu lumrah..
    namun tak bermaksud sesuatu yang lumrah boleh diterima..
    ramei oranc kita yanc menganut pahaman keris sulfat boleh terima mender-mender gitu..
    Ader pulok yanc tanya koi bila koi merungut hey pemimpin demeh..
    "Aok kala jadi PM takkan la aok tok ambik sikit-sikit??"..
    habat...

    BalasPadam
  17. Dzul,
    Itu yang koi bara sangat tu..
    Bila peneroka menikmati pendapatan tinggi terutama yang tananc sendiri machanc arwoh ayoh koi, demeh dengki..
    charge tahap yahudi rm50 untuk satu tan..
    sebok hey peneroka..
    bila harga jatuh semua senyap..
    takde tindakan pun nok menolonc..
    terbakor hati kami warga sawit sapa yang tau????
    machanc blewok..

    BalasPadam
  18. tapir angkasawan,
    "hijau kuning kedah maju 2010"

    BalasPadam
  19. samsol a.k.a kola muda,
    wei kedah maju dah pospon 5 taun sebab takut tak dan...kuikui..
    "Kedah nak maju 2015".. baru betui kuikui

    BalasPadam
  20. Pahang, negeri kelahiran PM kita..jangan lupa tu..hehehe...Nanti Don beli sampan atau kalau ada duit lebih beli bot laju..boleh menyusur ikut terowong tu.. Saya boleh la tumpang sekaki..hehehe

    BalasPadam
  21. Tirana..
    hal sampan tu koi ok je..
    koi lagi ok kala projek tu tok jadi..
    berapa banyak kawasan akan tenggelam..
    keseimbangan alam terjejas..
    pewww..

    BalasPadam
  22. Tak berapa paham istilah pahang ni, tapi 'kata pendek' tu menarik

    BalasPadam
  23. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  24. Redz da Tsar berkata...
    Yeap!!! Sangat SETUJU dengan Encik Balon... Mari kita jayakan projek satu Malaysia... Hidup satu negeri dan korbankan 12 negeri yang lain!!! Yeah!!! Majukan lembah kelang dan kita tingkatkan pelancongan Pahang dengan membina LeSAPS!! Beli Kapal selam dan kita buat perlancongan dalam air... Yezza.... Nak jimat kos? Letupkan banjaran titiwangsa dengan C4 40 butir... Hehe... Kalo nak letupkan orang gune C4 boleh, takkan untuk 1Malaysia tak bleh? Hehe... Lagi satu, cadang kat Tok Nan, bukak hutan simpan untuk balak... Suruh tokey balak bayar banyak-banyak kat kerajaan negeri... huhu... Hurm, lagi se, kalo boleh duit yang dapat dari tokey balak tue dilaburkan dengan saman bila Tok Nan melanggar janji dengan syarikat balak... hehe... Giler ah gempak idea aku... Hak3x... Ada lagi nie, jual la tanah kat Jerantut tu kat Ah Cap dan knconya serta Lau Lee... Boleh la diorang majukan jerantut dengan bangunan-bangunan besar dan menyewakan bangunan tu kepada IKS dengan harga yang tinggi... Erks... Jangan hirau tanah melayu atau ape-ape ke, yang penting kerajaan maju dan 1malaysia dapat direalisasikan!!! Hidup kerajaan...

    p/s: Next PRU, motto 'Membasmi Kemiskinan' akan tetap digunakan oleh kerajaan... Kesian kerajaan, dah 50 tahun memerintah masih gagal menukar motto 'membasmi kemiskinan' kepada 'membasmi korupsi'... hehe... Giler ah lawak dan berkesan kerajaan pahang nie... Selamat la 4 syarikat yang terlibat tue, tak semua dari set-set diorang... Kalo tak lagi majulah la Malaysia...

    p/s: Tabik spring kat ko Balon...

    BalasPadam
  25. Pokli..
    "kata pendek" yanc lahir dari apa yang terbuku di hati ats ketidakpedulian insan-insan yang bergelar pemimpin tapi sepatutnya kena pakai lampin (sebab suka kencing rakyat)..

    BalasPadam
  26. Duan..
    seperti kata Ramli dalam Seniman Bujang Lapok.."wa.. betul punya marah daaa".. kuikui

    Tapi koi akan sentiasa sokong aok Duan..
    Ah Chap tu doh memanc melampau..
    tapi tangan bertepuk sebeloh tidak akan berbunyi.. kecuali jika sebeloh tangan tu ditampor ke muka pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat menodai tanoh-tanoh di Pahang..
    nama je tanoh melayu..

    Hey balok ni memanc celaka..
    pembalakan haram ni bukan machanc budok curi pensel 2B di supermarket TF..
    senyap-senyap..takde sape nampok.. boleh sorok dalanc seluor..

    Ini bapok besor batang kayu naik lori bapok besor..
    bunyi chainsaw dan enjin lori bapok kuat..
    kom oranc kampung mana tahu lori keluor masuk tu haley ke haram..
    jabatan hutan buat mende?
    bela punei ke?

    Cer aok tengok Tong Kiat tu..
    Ada tanoh oranc melayu ke dalanc kawasan beribu ekar tu????

    Sudahlah Tok Nan..
    memalukan oranc pahanc je..
    Koi ader jugek niat nok mohon tanoh tapi kala aok tok lulus pun koi tok heran lalu..
    nama koi ada dalanc blog ni..
    Koi ada dua tiga kes lagi koi nok adu sampei KPTG putrajaya..
    tanggungjawak koi selesei..
    PTG Kuantan dgn KPTG tok mboh ambik tindakan tu demeh punya pasey..
    jawak la depan Allah Azza Wajalla nanti..

    BalasPadam
  27. apa..apa..pun org pahang pun da dapat duit pampasan...da jadi jutawan...dermawan..tambah umah..tambah..keta...ada..yang tambah bini pun..ada.disebabkan..projek ini diluluskan..sape...yg rugi..dan sape..yg untung..sendiri kena ingatla....

    BalasPadam
  28. Tanpa Nama,
    Alam sekitar beribu hektar tenggelam...
    bukan padang pasir tu..
    ada flora, ada fauna, ada beribu2 orang asli yang ada hati dan perasaan macam kita..

    jangan mengukur segala-galanya dengan duit..
    Bila pokok yang terakhir telah ditebang,
    bila ikan yang terakhir ditangkap,
    barulah kita sedar..
    kita tidak boleh makan duit!

    BalasPadam
  29. Ngape lame hilang Don? belajo ke? Rindu weyh nok bace aok punye entri~

    BalasPadam
  30. Ho'oh duan..
    koi sibuk dgn master koi ni..
    Insya-Allah bulan 4 koi siap boleh la koi aktif semula.. :)
    terima kasih atas sokongan aok rodonc..!!!!

    BalasPadam
  31. Itu le gune ghodonk... Haha...

    selamat belajo weyh...

    Belajo katne? Kat Madrid ka? haha

    BalasPadam
  32. Kat UM je..
    kala ada rezki nok jugek lepak Granada 3 tahun kuikui

    BalasPadam

Komen ke komplen ke koi takdok masaaloh..kuikui