Selasa, September 22, 2015

Buku "Siam di Semenanjung Tanah Melayu" karya R.D. Davies

Assalamualaikum kaum keluarga dan para sahabat,

Sila muat turun buku "Siam in Malay Peninsula: 
a short account of the position of Siam in the states of Kelantan, Patani, Legeh and Siam" karya R.D. Davies di sini.





Ada 2 pautan yang boleh anda gunakan:


1. https://archive.org/details/cu31924023108933


2. https://drive.google.com/open?id=0B_hFH47XujUjR1l0dnZZLXZUQ3c

Ahad, September 20, 2015

Rabu, September 16, 2015

Buku "Sejarah Kerajaan Melayu Patani" karya Ibrahim Syukri tahun 1948 untuk dimuat turun di sini

Assalamualaikum,

Sila muat turun buku "Sejarah Kerajaan Melayu Patani" karya Ibrahim Syukri tahun 1948 di sini.

Sekian, terima kasih.



https://drive.google.com/open?id=0B_hFH47XujUjZUpXbzM1cGk1eE0


Isnin, September 14, 2015

C.W Harrison, Pemangku Pegawai Daerah Tampin 1904 menjawab tuduhan Alleyne Ireland yang mengatakan orang Melayu "pemalas".

Ore putih mulo ado hok jahat, ado hok baik. Tapi bila seseorang itu menjadi sebahagian daripada kerajaan penjajah, maka wajiblah datuk nenek kita menentang mereka.

CW Harrison memangku jawatan Pegawai Daerah Tampin pada ketika artikel ini diterbitkan dalam akhbar the Times, London.
Beliau menjawab tuduhan Mr Alleyne Ireland yang mengatakan "orang Melayu malas" secara berlapik.

Sila klik pada gambar atau pautan di bawah untuk muat turun keratan akhbar terbabit.


Pautan untuk muat turun:




Jumaat, September 11, 2015

Berita kemenangan rakyat Kedah di bawah pimpinan Tunku Muhammad Sa'ad ke atas Siam 1838 dalam Singapore Free Press

Assalamualaikum kaum keluarga dan para sahabat,

Sila muat turun berita tersebut di atas dengan klik pautan di bawah:





https://drive.google.com/open?id=0B_hFH47XujUjR1RWeTlOZ0EzZnc

Untuk melihat berita-berita lain, sila lawati laman rasmi THE FREE PRESS. Singapore

Khamis, September 10, 2015

Isnin, September 07, 2015

Sila muat turun buku "Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah" karya Muhammad Hassan bin To' Kerani Mohd. Arshad. di sini

Assalamualaikum kaum keluarga dan para sahabat,

Sila muat turun buku "Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah" karya Muhammad Hassan bin To' Kerani Mohd. Arshad. di sini.



https://drive.google.com/open?id=0B_hFH47XujUjTmZmZ1k5UmVqWEE

Ahad, September 06, 2015

Sila muat turun buku "The Peoples and Politics of the Far East (1895)" karya Ahli Parlimen British Henry Norman di sini

Assalamualaikum kaum keluarga dan para sahabat,

Sila muat turun buku "The Peoples and Politics of the Far East (1895)" karya Ahli Parlimen British Henry Norman di sini.


 

Mulai mukasurat 534, terdapat catatan menarik beliau berakit merentasi Perak, Reman dan Kelantan.
Beliau turut ditemui oleh adik-adik Sultan Kelantan ketika itu di rakit beliau. Beliau merujuk Tengku Long Mansor sebagai seorang yang halus dan berpendidikan dalam tutur perbualan beliau.

Ada 2 pautan:

1. https://archive.org/details/peoplesandpolit04normgoog
2. https://drive.google.com/open?id=0B_hFH47XujUjNF9NTmRmbi1wRHc

Terima kasih saya dahulukan atas minat kita semua dalam sejarah negara, Alhamdulillah..

Sila muat turun buku "Kelantan: A State of the Malay Peninsula" 1908 karya Gabenor Siam berbangsa Inggeris W.A. Graham di sini

Assalamualaikum kaum keluarga dan para sahabat,

Sila muat turun buku "Kelantan: A State of the Malay Peninsula" 1908 karya Gabenor Siam berbangsa Inggeris W.A. Graham di sini



Peta ini diambil daripada buku WA Graham ini.

Sila perhatikan sempadan Kelantan sebelum Perjanjian Puaka Inggeris-Siam 1909
Rahman (Reman) dan Leggeh (Legeh) kita sudah hilang dari peta Semenanjung Tanah Melayu.
Reman utara masuk ke dalam Yala (Betong,Raman), selatan masuk dalam Perak (Gerik, Lenggong).
Legeh utara masuk Narathiwat (Bukit Tar, Tanjung Mas dll.), selatan masuk Jeli dan sebahagian Tanah Merah.
Untuk membalas kawasan baru (selatan Legeh) yang diperolehi, bahagian lembangan Sungai Golok seperti Sungai Golok, Sungai Padi, Weng, Tabal (Tak Bai) dan Belawan diserahkan kepada Siam oleh Inggeris dalam perjanjian tersebut.
Keturunan Raja Reman dan para bangsawannya berserakan di Perak Utara dan Kedah sekarang.

Sila klik pautan ini untuk buku tersebut.
https://drive.google.com/open?id=0B_hFH47XujUjVVdnSTF2R2swRVk


Sila muat turun buku "My Journal in Malayan Waters: Blockade of Quedah" karya Captain Sherard Osborn di sini

Assalamualaikum kaum keluarga dan para sahabat,

Sila muat turun buku "My Journal in Malayan Waters: Blockade of Quedah" karya Captain Sherard Osborn di sini

Ada 2 pautan:
 1. https://ia801408.us.archive.org/17/items/myjournalinmala01osbogoog/myjournalinmala01osbogoog.pdf
2. https://drive.google.com/open?id=0B_hFH47XujUjY29INUxDMDJFT2c

Mekassseyyyyy...


Isnin, Jun 29, 2015

Ulangtahun ke 11 Pembunuhan beramai-ramai orang Islam Melayu Menara (Narathiwat) 11 Ramadhan 1425 Hijriyyah bersamaan 25 Oktober 2004

Assalamualaikum kaum keluarga dan rodonc-rodonc.

Semalam genaplah sebelas tahun tragedi Tabal (Tak Bai) mengikut kalendar Hijrah.


Walaupun resam manusia itu lupa, namun koi yakin kita semua umat Islam di Semenanjung Tanah Melayu dan Borneo ini tidak akan melupakan tragedi yang amat memalukan kepada tamadun manusia yang disebut "moden" ini.


Hingga kini tiada yang disabitkan kesalahan secara tuntas dalam tragedi ini. Thaksin Shinawatra masih tersengih-sengih di sana-sini. Nak harapkan Jeneral Prayuth Chan-ocha Perdana Menteri yang naik melalui rampasan kuasa?


Para waris tetap menderita kehilangan ketua keluarga dan anak-anak bakal peneraju keluarga.


Bacalah jika prihatin.












Tragedi Tak Bai Video 2:


Tragedi Takbai video 3:








http://donlaurel.blogspot.com/2013/07/ulangtahun-ke-9-pembunuhan-beramai.html


https://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_berdarah_Tak_Bai


http://selatansiam.blogspot.com/2014/10/tuntut-keadilan-tragedi-tak-bai.html

Selasa, Mei 19, 2015

Generasi Skrin Tenyeh (GST)

Generasi Skrin Tenyeh

Nak masuk kebun kutip pisang banyak-banyak?
Tenyeh-tenyeh skrin

Berjuang berhabis-habisan bersepai kepala musuh?
Tenyeh skrin.

Memancing ikan dan sotong di laut nan biru?
Tenyeh Haziq, tenyeh Irfan, tenyeh Qayyuum..…

Layan Upin-upin, Pada Zaman Dahulu?
Tenyeh.

Main bola petang-petang?
Tenyeh lagi.

Gambar hiasan: Anak orang lain, gambar dirembat dari sebuah laman milik British kuikui


Gambar bukan hiasan: Anak saya Umar Nasif, gambaq diambik dari kamera saya kuikui


Mak tenyeh, pak tenyeh, anak tenyeh, tok pun ada tenyeh.

Anak-anak skill apa pun takdak, tenyeh ja reti.

Main tuju selipar, jengket, galah panjang ada skill kerjasama, riadah sihat, skill kecerdasan akal dan kecerdasan emosi serta empathy.

Tenyeh Skrin?
Aku mesti menang, aku tenyeh.

Aku sorang, aku dan aku.

Suruh solat, tenyeh kejap dulu.

Suruh makan, tenyeh dulu.

Suruh mandi, kejap lepas tenyeh.

Suruh berak selagi belum keluor, pun tenyeh dulu.

Kalau hangpa rasa GST bala besaq negara, 
GST hat ni bala berlipat kali ganda bala besaq Ummah.

Ka genna?

Selasa, Mac 17, 2015

Perjuangan bangsa itu Asobiyyah ke weh?

Assalamualaikum kaum keluarga dan rodonc-rodonc..

Tujuan hamba menerbitkan entrada kali ini bukanlah untuk memedihkan hati sesiapa, lebih kepada peringatan untuk diri sendiri di samping menyampaikan kepada kaum keluarga dan rakan-rakan, atas dasar kasih sayang, atas berusaha supaya masing-masing menuju ke syurga Allah yang penuh kenikmatan, bukan neraka Allah yang azabnya maha dahsyat dengan api menggulung saujana mata memandang.

Hamba ini tidak layak sebenarnya, namun atas semangat "sampaikanlah dariku walau sepotong ayat", hamba gagahi jua, kalau mahu tunggu diri maksum memang mustahil, hendak betul-betul alim pun tak tahu bila.
Izinkan hamba mulakan kaum keluarga dan para sahabat...

Hadith Rasulullah SAW:

ليس منا من دعا إلى عصبية، وليس منا من قاتل على عصبية، وليس منا من مات على عصبية


Bukan dari golongan kami siapa saja yang mengajak kepada asabiyyah, bukan pula dari golongan kami orang yang berperang karena asabiyyah, dan tidak juga termasuk golongan kami orang yang mati karena asabiyyah (HR Abu Dawud)

Maka penerangannya dalam hadith lain secara mutlak:

فُسَيْلَةُ قَالَتْ سَمِعْتُ أَبِي يَقُولُ سَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَمِنَ الْعَصَبِيَّةِ أَنْ يُحِبَّ الرَّجُلُ قَوْمَهُ ,قَالَ
لَا وَلَكِنْ مِنْ الْعَصَبِيَّةِ أَنْ يُعِينَ الرَّجُلُ قَوْمَهُ عَلَى الظُّلْم


Fusaylah berkata: Aku mendengar ayahku berkata ” Aku bertanya Rasulullah SAW, Wahai Rasulullah apakah seorang yang mencintai kaumnya (bangsanya) itu termasuk asabiyyah?” Nabi s.a.w menjawab: “Tidak, asabiyyah itu bilamana seorang membantu dan memihak kepada kaumnya atas sesuatu kezaliman.” (HR Ibnu Majah)
Hari ini orang Melayu seolah-olah malu mengaku Melayu.
Bercakap pun bahasa rojak basi campur bahasa bangsa pencuri hasil Tanah Melayu.



Extracto del libro "The Blockade of Quedah 1838" por Sherard Osborn

Di Patani (merangkumi Wilayah Patani:Pattani, Menara:Narathiwat, Jalo:Yala dan Senggora:Songkhla) Ligor:Nakhon Si Thammarat dan Setul:Satun, orang Melayu sedang mengalami asimilasi bahasa dan budaya Siam. Diajar di sekolah berkata, "saya orang Thai Muslim: C̄hạn khun thai muslim:ฉันคนไทยมุสลิม.
Malah orang Melayu di Malaysia menjadi KETAGIH mengutuk bangsa sendiri, atas sebab bencinya mereka kepada sebuah parti yang kononnya memperjuangkan bangsa Melayu. 
Belum pernah hamba jumpa suatu bangsa yang BANGGA bila bangsanya dikutuk seperti orang-orang begini.
Diburukkan lagi oleh fatwa-fatwa dan pendapat tokoh-tokoh "agama" tertentu yang melarang terus penjuangan kebangsaan, tanpa mengerti apa itu definisi asobiyyah yang dilarang oleh Islam.
Aku sendiri tak menyukai dan tidak pernah mengundi parti yang kununnya memperjuangkan bangsa tersebut tetapi aku tetap Melayu dan bangga dengan sejarah bangsaku.

Tidakkah anda semua sedar anda sebenarnya telah termakan dan dibuai racun penjajah semenjak mereka datang dan memperlekehkan kita dengan mengatakan orang Melayu nak buat jarum pun tak pandai?
Bukan aku nak menjadi jenis yang "live of past glory", tetapi untuk mengenali diri, mengetahui fakta-fakta kependudukan kita di Nusantara dan Semenanjung Tanah Melayu supaya tidak menjadi pak angguk bila orang kata kita pendatang dan juga menjadi motivasi kepada generasi akan datang yang kita juga mampu menerajui Asia malah dunia.

Bukan takat jarum, kome lebur besi abad PERTAMA Masihi lagi omputih wehhh...kuikui
Ingatlah, Dr Burhanuddin Helmi pernah berkata:
“Islam memandang kebangsaan itu sebagai suatu alat bukan tujuan. Kebangsaan hendaklah mengambil tempat yang sederhana dan bulat sebagai suatu lambang yang boleh menarik dan menyatukan suatu bahagian tenaga untuk mencapai cita-cita mulia yang besar dan abadi, sebagaimana Islam memandang dunia bukan tujuan tetapi hanya satu alat atau tunggangan yang menyampaikan ke akhirat.” 5
Pada pendapat hamba yang dhaif ini, kalau batas-batas ini dijaga di mana Islam tetap didahulukan di samping meraikan kebangsaan seseorang, tidak timbul sebarang masalah, berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 13:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ 


49:13 Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. -   


Senang je dok nok paham?

Maka orang-orang yang selama ini ketagih mengutuk bangsa sendiri itu banyak-banyakkanlah beristighfar, Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.


Seperti firmannya dalam Surah Ali-Imran ayat 191:




الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىَ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ  


"(iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): ""Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka."

Bukan apa, hamba takut dan risau, kita sudah merasakan kita memperjuangkan Islam, sudah cukup lengkap segala rukun Islam dan rukun Iman kita, tiba-tiba dibangkitkan masuk pulok neraka. 
Peringatan untuk diri sendirilah ni sambil-sambil berpesan kepada kaum kerabat dan rodonc-rodonc.

Nanti baru kita mmikir apa salah silap kita?



i. Adakah kita menjaga silaturrahim sesama Islam dalam berpolitik, bermasyarakat secara nyata mahupun maya?
ii. Adakah kita menjaga batas-batas bermusuhan dalam politik?
iii. Adakah kita menjadi ketagih dengan perdebatan dan pertengkaran walaupun kita di pihak yang benar?

Renungkan hadith-hadith junjungan kita ini:


Dari Abu Umamah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:



مَا ضَلَّ قَوْمٌ بَعْدَ هُدًى كَانُوا عَلَيْهِ إِلَّا أُوتُوا الْجَدَلَ ثُمَّ تَلَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هَذِهِ الْآيَةَ: مَا ضَرَبُوهُ لَكَ إِلَّا جَدَلًا بَلْ هُمْ قَوْمٌ خَصِمُونَ


"Tidaklah suatu kaum tersesat setelah tadinya mereka berada di atas petunjuk kecuali kerana mereka adalah kaum yang senang melakukan perdebatan."

Kemudian baginda membaca ayat ini,

"Mereka tidak memberikan perumpamaan itu kepadamu melainkan dengan maksud berdebat sahaja, sebenarnya mereka adalah kaum yang suka bertengkar." (QS. Az-Zukhruf: 58)
(HR. At-Tirmizi no. 3253, Ibnu Majah no. 47, dan dinyatakan hasan oleh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami’ no. 5633)

Dari Aisyah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ أَبْغَضَ الرِّجَالِ إِلَى اللَّهِ الْأَلَدُّ الْخَصِمُ

"Sesungguhnya orang yang paling dimurkai Allah adalah orang yang paling keras permusuhannya dan yang menentang jika diterangkan hujah kepadanya". (HR. Al-Bukhari no. 2457 dan Muslim no. 2668)

Dari Abu Umamah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:


أَنَا زَعِيمٌ بِبَيْتٍ فِي رَبَضِ الْجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْمِرَاءَ وَإِنْ كَانَ مُحِقًّا وَبِبَيْتٍ فِي وَسَطِ الْجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْكَذِبَ وَإِنْ كَانَ

مَازِحًا وَبِبَيْتٍ فِي أَعْلَى الْجَنَّةِ لِمَنْ حَسَّنَ خُلُقَهُ


"Aku akan menjamin sebuah rumah di tepi syurga bagi siapa sahaja yang meninggalkan perdebatan meskipun dia yang benar. Aku juga menjamin rumah di tengah syurga bagi siapa sahaja yang meninggalkan kedustaan walaupun dia sedang bergurau. Dan aku juga menjamin rumah di syurga yang paling tinggi bagi siapa sahaja yang berakhlak baik." (HR. Abu Daud no. 4800 dan dinyatakan hasan oleh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami’ no. 1464)



Masjid Zahir, Aloq Staq. Bandar Tertua di Asia Tenggara. Gambar dipinjam dari ecoblueprint.com


Era "social media", "social networks" dan apa lagi social blablabla ini, sangat mudah seseorang itu jatuh ke dalam perangkap permusuhan dan pertengkaran.
Rakan-rakan yang sudah berpuluh tahun tidak berjumpa pun boleh bertengkar hari-hari dalam FB, Twitter, WhatsApp, Telegram, WeChat dan pelbagai namoghima lagi yang sudah dan akan muncul.
Padahal sepatutnya tidak ada sebab untuk berbalah lagi kerana sudah tidak bekerja bersama, atau bersekolah bersama.

Kembali kepada perjuangan bangsa, pendapat hamba yang lemah dan berdosa ini, setakat memperjuangkan ekonomi bangsa Melayu, menyokong kedai-kedai dan perniagaan Melayu, memboikot perniagaan kafir yang menentang Islam atau kafir yang tidak peduli kebajikan orang Islam tidaklah jatuh kepada asobiyyah berdasarkan hadith-hadith Nabi di atas.
Mereka sepakat atas pelbagai isu tak kira apa logo yang mereka bawa.
Kita berpecah dalam segala hal.
Mereka dalam senyap memboikot perniagaan Melayu Islam, semua tahu jenama apa mereka tidak akan guna.
Mereka pantang disentuh isu sekolah kaum mereka tak kira mereka dari parti apa.

Setakat memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu di semua peringkat bukanlah asobiyyah.
Setakat memperjuangkan keperluan tanah rizab Melayu dan Lot Bumiputra dalam perumahan baru pun bukanlah asobiyyah.
Setakat memperjuangkan hak Melayu di MRSM dan UiTM pun bagi patik bukanlah asobiyyah.
Setakat memperjuangkan keperluan MARA memberi pinjaman dan biasiswa pun bukanlah Asobiyyah.

Setakat mempertahankan bangsa dan agamaku bila dipertikai oleh bangsa/agama lain sudah semestinya bukan asobiyyah. Lihatlah seperti isu aurat wanita baru-baru ini.

Setakat memperjuangkan kepentingan sejarah Melayu ditulis semula di luar tempurung pemikiran penjajah juga bukanlah asobiyyah.

Mempertahankan INSTITUSI Raja-raja Melayu juga semestinya bukan asobiyyah. 
Fahami beza Institusi dengan Individu betul-betul ya.

Ramai golongan profesional Melayu yang telah berjaya tapi mempersoalkan perkara-perkara di atas disebabkan oleh politik seolah-olah mereka tidak pernah mendapat manfaat perkara-perkara tersebut.


Dah tu apa yang asobiyyah?

Jika ada menteri atau orang politik dari bangsa aku tak kira daripada parti mana pun yang rasuah atau melakukan jenayah atau menzalimi rakyat, tetap mempertahankan mereka ialah asobiyyah.

Jika ada menteri atau orang politik dari bangsa lain tak kira daripada parti mana pun yang rasuah atau melakukan jenayah atau menzalimi rakyat,, tetap mempertahankan mereka bukanlah tidak asobiyyah tetapi kebangangan yang serius kuikui..


Seorang bangsaku mencuri atau menganiaya atau menyakiti bangsa lain lalu aku tetap mengiyakan atau mempertahankan itu ialah asobiyyah.


Seorang bangsa lain mencuri atau menganiaya atau menyakiti bangsaku  lalu aku tetap mengiyakan atau mempertahankan itu bukanlah tidak asobiyyah tapi dayus.


Seorang dari bangsa lain miskin papa kedana tak mampu hantar anak ke sekolah atau memberi makanan yang cukup kepada anak-anak maka aku biarkan itu terang dan nyata asobiyyah.


Seorang dari bangsaku miskin papa kedana tak mampu hantar anak ke sekolah atau memberi makanan yang cukup kepada anak-anak maka aku biarkan itu terang dan nyata kedekut dan mementingkan perut sendiri.


Seorang ahli politik dari parti yang aku sokong atau kawan-kawan separti aku berkata perkara tidak benar lalu aku tetap mencari dalil-dalil membenarkannya itupun sangat hampir kepada asobiyyah.

Dan ingin aku tegaskan yang aku hanya sayang dan bangga dengan agama dan bangsaku, bukan aku asobiyyah atau terjemahannya perkauman.

Aku tidak anti mana-mana kaum di Malaysia hatta di dunia ini. 

Berniagalah, bekerjalah dan hiduplah di kalangan kami dengan aman damai.
Cuma aku menentang bila mereka memperlekeh agama dan bangsaku.

Aku lebih suka bekerja dalam pasukan berbilang bangsa atas dasar ingin kenal-mengenal dan belajar budaya dan cara berfikir mereka dan aku seronok mengenal rakan-rakan sekerja daripada kaum lain yang cara berfikirnya hampir seperti aku juga.


Aku suka belajar bahasa kaum lain walaupun setakat ini aku hanya boleh berbahasa Sepanyol dan Inggeris selain Melayu dan terlalu sedikit Arab (nak belajar semula, rugiiii dunia akhirat kalau tak tahu).
Dari bahasa aku dapat akses kepada budaya dan cara berfikir mereka, yang baik aku jadikan teladan, yang buruk jadi sempadan.

Aku sokong semua kaum di Malaysia yang memerlukan pembelaan dibantu oleh jentera kerajaan, malah aku sukakan kawasan yang ada kepelbagaian bangsa.
Itulah peluang bagi kita berdakwah menyebarkan agama kita, berkongsi budaya kita yang baik.
Aku cuma tak mahu hak-hak seperti tanah rizab Melayu, Lot Bumiputra, MRSM, UiTM, Bahasa Melayu dilanggar dan dirobohkan oleh sesiapa sahaja.

Aku sangat menyokong pelaksanaan sistem undang-undang, pendidikan, kesihatan dan kewangan Islam sepenuhnya.
Barangsiapa siapa yang menentang pelaksanaanya sudah tentu aku tidak sokong tidak kira apa bangsanya, ini sudah tentu bukan asobiyyah namanya.

Dan hanya kerana ada perkara benar yang dilakukan kerajaan Malaysia sekian lama semenjak merdeka aku sokong maka aku dilabel UMNO, atau ada yang aku tak setuju aku dilabel PAS, atau aku bangga menjadi Melayu lalu aku dilabel ISMA atau Perkasa, aku tak perlukan label, cukup Islam dan Melayu sahaja. 

Kesimpulannya: Fikir-fikirkanlah wahai golongan cerdik pandai Melayu dan Islam.



Mekassseyyyyyy...Ma'assalamah..