Assalamualaikum rodoncs dan kaum keluarga..
Semalam hari minggu. Rodonc koi Rahimin Idris telah maju beberapa tapak dengan terbitnya cerpen beliau di Mingguan Malaysia semalam. (Klik link untuk baca) Biasanya sajak sahaja. Sebaik sahaja menerima sms dari beliau koi terus teruja untuk mendapatkan senaskhah akhbar yang jarang koi beli ini.
Sebaik sahaja pulang dari menziarahi sepupu koi, koi terus ke rumah kakak ipar koi untuk tumpang baca cerpen tersebut kerana akhbar tersebut telah kehabisan di kedai.
Koi tumpang bangga kerana rodonc koi berjaya menembusi bahagian cerpen utusan pula!
Pengenalan:
Koi mula tersengih bila membaca perenggan pertama, ekoran terdapatnya perkataan "telepon genggam" yang kerap beliau gunakan untuk merujuk kepada teléfono móvil.
Seterusnya koi dapat membaca kisah yang ingin dipaparkan beliau. Pengguna memboikot beli ayam. Pada mulanya koi menyangka kerana harga ayam yang mahal, tetapi setelah diulang kembali, nyatalah atas sebab lain kerana pada perenggan kedua, peniaga ayam ingin memberi diskaun namun pembeli tetap tidak "hingin" membelinya.
Bagi koi, Rahimin Idris ialah seorang penulis muda yang kreatif dan tidak ingin akur kepada arus semasa penulisan cerpen. Bak kata pepatah koi "Asyik melihat batik Jawa, indahlah pula batik Jengka". Beliau bukanlah jenis penulis yang cuba mempersona khalayak pembaca dengan kata-kata bombastik yang menyebabkan pembaca terselak-selak Kamus Dewan dan Kamus Besar Indonesia. Bukanlah juga beliau orang yang mencintai nama-nama bandar di Iran dan Azerbaijan. Jauh sekali jenis yang memetik istilah-istilah dari kitab-kitab Fiqh mahupun hikayat Tun Seri Lanang. Beliau orang yang bermain kosa kata marhaen, dengan gaya bahasa yang ligat dan anggun.
Corpus:
Rupa-rupanya, masyarakat Malaysia dalam cerpen ini tidak membeli ayam kerana mereka didatangi mimpi aneh setiap kali makan ayam. Turut disentuh oleh Rahimin yang mungkin mimpi tersebut disebabkan oleh syaitan atau mungkin juga Allah ingin memberi pengajaran kepada golongan kapitalis ayam. Turut dipaparkan bagai mana pihak industri iaitu Persatuan Penternak dan Peniaga Ayam Nasional (PPPAN) merayu ganti rugi dari kerajaan sewaktu tersepit, sedangkan sewaktu kaya demeh makan sorang, langsung tak peduli kepada masyarakat. Bila terhantuk, masyarakat yang kena tanggung makan minum demeh, echeh..boleh belah la wei..
Mael Sabri dan Menteri Tani dan Ternak turut disentuh dalam karya ini. Terbelahak gamoknya beliau di Bera ehh di KL gamoknya..
Penutup:
Koi melihat karya ini sebagai sebuah karya yang amat bertenaga dan mampu mengajak manusia Melayu dan Malaysia berfikir tentang kapitalisme, samada kapitalisme ayam atau apa sahaja jenis kapitalisme, hatta politik sekalipun. Yang mahu berfikir je la.. yang masih nak menjadi fanatik U.N.K.O atau parti playboy tua atau parti elitis India...tak kurang sebagai peringatan kepada fanatik parti chauvinis, parti kos rendah atau Parti Ikut Saja..
Ingatlah perjuangan, jangan jadikan kuasa sebagai maltlamat akhir!!
Bravo Rahimin!!!
Syakilllaaaa,aaa,aa,aaaaaaaa .... ooowwwwhhh...