Ahad, Mei 10, 2009

España: El país excéntrico..

Rodonc-rodonc koi sekelian...
Rakyat Malaysia kalau sebut England segala mender tau..

Dari hal pentadbiran, pendidikan, bola dan sebagainya..

Tok kuranc jugek yang fanatik menyokong team England yang pernoh menjajoh kita selama ratusan tahun..

Mungkin yang meyokong ada keturunan Mat Kilau, Dato' Bahaman& Tok Gajah, Tok janggut, Tok Guru Abdul Rahman Limbong, Dol Said dan sebagainya..

Ataupun keturunan Mat Saleh atau Rentap jika di Borneo Malaysia sana..

Kala deme tau dari alam barzakh moh menitik air mata deme..


Yang menyokong pasukan-pasukan bolo dalanc EPL atau BPL (Bombay Premier League kuikui) jangan kira la bapork rameinya..
Siap menonggeng dan berguling-guling kecewa bila pasukan kaloh atau seri tapi terkeluor machanc pasukan biru celcom kena dengan pasukan purple langsat baru ni..

Kah, kah koi ketawa dua kali..

sebab adik koi yang suka ketawa tiga kali tu hanya mampu ketawa sekali sebab pasukan biru celcomnya terkeluor dari Champions League..
Dan strikernya dari negara Pantai Gading terpaksa keluor dari padang sambil mencarut-marut..


Tapi kala koi sebut España atau Sepanyol??

Ramei yanc setakat tahu satu dua bandor atau satu dua pasukan bolo; Real Madrid dan Barcelona sudoh tentu.
Ataupun lajok ke Valencia dan Sevilla la kala kaki bolo..

Kala yanc ambik tau hal agama mungkin lajok ke Córdoba atau Granada untuk bercerita hal Masjid Cordoba yang indah pada zaman kegemilangan Al-Andalus dan Istana Alhambra dengan Medina Azzahranya...

(Peta Sepanyol; Ulasan: Yang warna kelabu di utara tu Perancis, di barat tu Portugal & di selatan itu Maghribi a.k.a Morocco a.k.a Marruecos a.ka Maroc. Ceuta dan Melilla ialah wilayah sepanyol di atas negara Maghribi, masih dituntut oleh Raja Hassan. Pulau-pulau dalam kotak itu ialah Las Islas Canarias, jauh di tengah-tengah Lautan Atlantik ke barat Benua Afrika. Laut di selatan Barcelona ialah Laut Mediterranean dengan pulau-pulau Las Islas Baleraes menghiasinya. Mallorca ialah ibu negeri/komuniti Baleares)

Ok.. Menuju kepada persoalan yang berkaitan dengan tajuk di atas, bagi koi Sepanyol ialah negara yang aneh kerana:

i) Lagu kebangsaannya yang dikenali dengan nama "Marcha Real (Perbarisan DiRaja/Royal March) tidak mempunyai lirik.
Kala wokme perasan setiap kali pasukan kebangsaan Sepanyol main bola pemain-pemain pasukan lawan terkumat-kamit menyanyikan lagu kebangsaan demeh.
Sampei giliran Sepanyol semua senyap sambil merenung ke langit..

Habih-habih pun deme buat bunyi "na..na..nana..na..." gitu je.. kuikui

Tahun lepaih ader pertandingan mencipta lirik lagu kebangsaan dan telah ada seorang yang menang, tapi akhirnya ekoran bantahan dari puok-puok Catalán (dalanc peta: Bandor2
Lleida, Girona, Barcelona, Tarragona) dan Vasco (Bilbao, Vitoria,San Sebastian), lirik tersebut tidak digunakan..
Untuk pengetahuan wokme kebanyakan rakyat Catalunya dan País Vasco tok menganggap deme rakyat Sepanyol, sebab tu kala bolo Madrid lawan Barcelona machanc perang saudara, dulu la.. le ni Madrid main machanc gummed punk, pemain2 pun bertaraf runcit sahaja..
arggh jangan cerita hal Real lagi, koi tensennnn..!!

ii) Jika anda bekerja dengan kerajaan, memanc bapok beshnye sebak aok start keje pukul 8 pagi, terus sampei pukul 2 petanc, terus balik.. koi dulu memang ngelok la naik pengangkutan awam (bas, metro iaitu keretapi bawah tanah dan RENFE Cercanías iaitu keretapi atas tanah) masa deme keluor pukul 2 ni..sesok napaihla jawaknye..
Mana-mana yanc kerja swasta pulok, keluor pukul 2 jugek.. pergi makan, lepas tu tido, kemudian masuk kerja balik sampei pukul 8 malanc.

Tido sekejap ni dipercayai berasal dari budaya orang2 Arab islam pada zaman pemerintahan Islam Al-Andalus yang mengikut sunnah nabi tido sekejak sebelum masuk waktu Zohor.
Tapi demeh tido 2 jam lepas makan..
Jumlah rehat tengohari ialah 3 jam..kuikui..bapork beshnye..

Tapi, dengor cerita le ni ramei syarikat yang mengurangkan rehat ni atas isu produktiviti..
Untuk pengetahuan wokme, tido sekejak ni digelor "siesta" (sebut si-es-ta) dalanc bahasa Sepanyol.

iii) Bahan-bahan yang menyesakkan nafas ibubapa dijual bersama suratkabor biase.. Dan pukul 11 malanc ke ataih ada pulok channel yang menayanckan mender2 yanc tok sepatutnya, hardcore pulok tu.. kala iklan shampo, waktu tayangan perdana pun..memang deme tunjuk mandi betul2 la dari ataih sampei ke bawoh..
Rodonc koi masa tu nama dia Bart dari Amerika Syarikat.
Muka dia ada iras-iras James Hetfield, vokalis dan
rhythm guitarist kumpulan Metallica.
Dia pun terkejut bewok tengok mender2 gitu di Sepanyol.. dia kata di US mana ada
open air "objek-objek" gitu.. kuikui

iv) Rokok menjadi satu elemen yang sangat penting dalanc masyarakat..

Orang lelaki muda & tua, perempuan muda & tua, remaja lelaki & wanita pakat berokok belaka..
Aok ade jumpa kedei khas juey rokok di Malaya?
Sana bersepoh.. demeh panggey "estanco" (sebut es-tan-ko)..

Di Malaya pas bulanan bas, komuter atau LRT demeh juey di pejabat masing-masing je la..

Di Sepanyol pas bulanan metro dan bas meroh dijual di estancos..

Maksudnya tembakau memainkan peranan sosial yang amat besor di sana..


v) Pernahkah anda melihat seorang kerani bank bekerja dengan memakai kemeja wool corak kotak-kotak lengan pendek, atau lengan panjang dilipat, dengan dua butang baju dari atas tidak dikancing, memasukkan data pengguna ke dalam sistem komputer di Malaysia?
Untuk menambahkan keseronokan, beliau menyalakan sebatang rokok dan menikmatinya tanpa segan silu sambil tangan kanan sibuk menekan kekunci pada keyboard..

Rambut pulak agak tidak terurus agak kerinting..

Di Sepanyol.. itu perkara biasa harhar

Doh la tu, bank bukok setakat pukul 2 petanc je..
Koi ingat lagi ada satu hari koi terlupa perkara tu, nok kena ambik duit bayor sewa bilik..
Gi ke bank tengok2 doh tutup..
kad ATM koi ada tapi entoh ngape sebabnya koi pegi komplen 3 kali di cawangan yanc koi bukok akaun tok sampei2 no pin..
Itulah juga yanc menjadi punca derita koi di Portugal..
Insya-Allah koi buat entri khas untuk kisah tersebut..


vi)
Bank-bank utama di Sepanyol ialah Banco Santander Central Hispano S.A (Santander), Banco Bilbao Vizcaya Argentaria, S.A (BBVA), Banco Zaragozano, S.A. , Banco Sabadell etc.
Kala wokme tengok Moto GP ke Formula 1 ke boleh tengok logo-logo demeh, terutamanya Santander dengan BBVA.
Bank koi yanc problem tu Santander tu la..

Biasa dia ok je..
Lepaih tu koi bukok akaun BBVA terus ok..
balik Malaya pun koi guna lagi dekat setahun..sebab dia ada Visa Electron..


Bank-bank lain yanc mana setaraf dengan BSN, biasanya bermula dengan perkataan Caja (cash;kotak;tabung) : Caja Madrid, Caixa Catalunya.

Yang koi peliknya ialah hampir semua bank guna nama tempat: Santander, Bilbao, madrid, zaragoza, Sabadell, Catalunya semua nama tempat...

Kita nama konsep, nama orang dan sebagainya ..Bank Simpanan Nasional, Bank Islam, AgroBank, RHB..


Assobiyah betui oranc Sepanyol kuikui..


vii) Oranc rumoh dan anok koi datang ke Sepanyol selepas 2 minggu koi sampei ke sana.. Koi mendarat di Aeropuerto de Barajas pada 2/1/2003 selepas keluor dari KLIA pada 1/1/2003 melalui Changi dan Zurich.

Dan deme datanc tanpa visa, koi je yanc ada visa pelajar. Rakyat Malaysia boleh lepak 3 bulan tanpa visa di Sepanyol.
Demeh duduk dekat 8 bulan di Sepanyol dengan selamba tanpa perlu diganggu polis atau apa saja.
Kami mendaftar sebagai penduduk Madrid dalam daerah Vallecas (pernoh dengor team Rayo Vallecano, sekarang main divisyen 2?) tanpa sebarang masalah kerana pengkalan data Pihak Berkuasa tempatan seperti Ayuntamiento de Madrid tidak boleh didedahkan kepada sesiapa hatta kepada polis sekalipun!
Kala kita mengapork poleh datanc bila tau ada illegal immigrants kat satu-satu tempat..

Rela yanc takde kena mengena pun menyebok..kuikui

Poleh demeh pun boleh tahan.. meronda manjanc tapi maleh nok turun dari kereta.
Koi lepaih tiga bulan tu cuok jugek bila keta poleh lalu..
rodonc koi dari Ivory Coast; yang doh biasa ditakuti kanak-kanak Sepanyol hatta anok koi sekalipun kerana peratusan boleh tembus cahayanya kurang dari 5%; mengatakan jangan takut..
bila kita doh ada kat dalanc jaranc deme kaca..
sebab demeh perlu kita untuk bekerja mencuci lantai restoran, menyapu sampoh di jalanan dan membina bangunan.. :)


Rakyat Sepanyol machanc rakyat Malaysia jugek la..
mana mboh buat kerja gitu..

Lagi parah, deme ada elaun penganggur 300 euros sebulan..
cukup untuk makan-minum dan pegi tengok bolo 4 kali sebulan.. kuikui


Bila oranc rumoh koi nok balik tengoh bulan 8, koi pening kepala sebab koi takut deme kena tangkap di airport..
koi dua kali pegi jumpa peguam tanpa perlu membayor sesen pun.
Demeh bagitau jangan takut, di sini bila ilegales doh nok balik, deme bior je balik..
jimat duit nok membela di depoh tahanan Semenyih machanc kita... kuikui


Hari yanc ditunggu tiba, dan koi serta keluarga sampei di airport dengan hati berdebor..
Bila poleh di kaunter membuka pasport oranc umoh & anok koi, koi doh rasa nok muntoh-muntoh..


Dia tengok tarikh sampei dan tanya koi ada visa ke dok?
Koi jawak ada..
koi tunjuk dan dia jawak "vale (ok)" kemudian terus chop tiga-tiga pasport..
pooofff.. lega...........
oranc umoh koi doh la mengandung anok kedua masa tu..


Okla..koi stop dulu..
Bila-bila koi teringat ada mender menarik atau pelik lagi pasey Sepanyol koi menulis lagi...


Adios wa Ilalliqaa'...

Khamis, Mei 07, 2009

Ragut...:Snatch theft....:Los agarrabolsas

Koi sampei tempat keje ari ni koi bersegera ke kaunter jaga di Bangunan Sayap Kiri DHL Cyberjaya..

Koi ambik senaskhah The Sun suratkhabar percuma yang menjadi lidah utama puak2 yang mahukan kesamarataan hak agama dan kaum di negara yang pernah dikenali sebagai Semenanjung Tanah Melayu, Malaya, Persekutuan Tanah Melayu dan nyaris Malayan Union dahulu.

Muka depan bahagian atas isu PKFZ..penyelewengan zaman KTKTKT (Khir Toyo Kulit Togang Karena Tempe)..tapi ini kementerian punya cerita.. aok jangan saman koi pulok KTKTKT.. koi kate zaman aok bukan aok yanc buat..

Koi bior blog lain ulas....

Bahagian bawoh berita ragut..
Ibu muda berumur 33 tahun yang sedang mengandung mati setelah diragut di Kampung Padang Raja, Kota Bharu. Beliau terjatuh dari motosikal ketika diragut lalu dilanggar kereta yang datang dari arah hadapan.

memanc koi tersentuh, sedih..
dan kesal teramat sangat..

Mender doh jadi dengan negara koi ni?

Lebih 90% peragut budok2 sebangsa dan (mungkin) seagama dengan koi...
Lebih 90% penagih dadah budok2 sebangsa dan (mungkin) seagama dengan koi...

Argghh.. mana koi nok letok pipi koi bila rodonc-rodonc dari luor tanya?
Sokmo jugek koi jadi juruexplain kepada demeh..
Saper-saper keney puok2 ni sampaikan mesej koi kepada demeh..

Kambieng walau ia meragut, ia mulia.
Itu fitrah Allah.
Tamboh pulok kala kena semelih buat kekoh atau korban...

Aok kala meragut aok celaka, aok melawan Allah dan menerima kutukan abadi dari manusia.

Koi kuranc pasti mender hukuman peragut ni..
Patutnya ikut hukum Islam la.. potong tangan..

Dan koi nok cadanc ke kerajaan potong gini..

Ada brané??

Ahad, Mei 03, 2009

Rojok ayanc Pok Chu..


Gambor diambil dalam tahun 1993, sewaktu koi (Gelangi 2), Az (Jengka 1), Lae (Sg Tekam), Jang (berkopiah, Gelangi 4) dan Zamzuri (Jengka 11) sedang menunggu pelayan menghidangkan "Rojak Ayam Terbaik Asia" di Gerai Pok Chu, Danau Ilham, Bandor Pusat Jengka.
(Gambar Ihsan www.jengka.net)

Masa tu tengoh ambik SPM, koi & puok2 ni dok asrama kejap sewaktu minggu peperiksaan, konon2 stadi drumoh payoh nok masuk, sampei di asrama berjalan merata jugek..kuikui

Le ni kala wokme datanc Bandor Pusat Danau Ilham ni takdok gaye danau la..
paye yang makin menyempit sebab rumput-rumpai yang tumbuh di sekeliling danau telah semakin hari semakin mara menakluki hampir keseluruhan danau.

Mungkin ramei yanc tertanye-tanye mende ke la "Rojok ayanc" ni..
kalu di kedei mamak tu rojok a.k.a pasembor, ada cucor mamak, tauhu, sengkuang hiris, kuoh kacang, telur rebus dan kadang2 masuk mee..
Rojok ayanc ni pulok biasanya ada ayam panggang/goreng(tanpa tepung), sos berkacang, kentang panggang/goreng dihiris dan tauhu.
Kala koi silak mohon diperbetulkan.. lama koi tok makan sampei ke nok lupe doh mender ada dalanc tu..

Kelebihan rojok pok chu ialah di samping rasa yang betulbetul "menggigit" lidoh dan anok tekok, boleh pulok nok beli separuh..kuikui..
Kami budok sekoloh masa tu, bajet mesti la terhad.. tu pun pok chu tok kedekut..
Rojok penuh harga dia RM2.. rojok separuh RM1 tapi kandungan dia machanc 3/4 penuh.

Namun, menurut sumber2 dari rodonc2 yang merata di Segitiga Jengka ni, Pok Chu telah beberapa tahun kembali ke Rahmatullah. perniagaannya diteruskan oleh anak-anak beliau di belakang rumah beliau yang setentang dengan Hospital Jengka. Koi sempat berbelas kali pegi makan tapi semenjok dua menjak koi rasa machanc tutup terus je kedei tu. Wokme pun tolong la tengok2.. kala tutup nampoknya Lae kena bukok la kede di Jengka..
Letokla nama Sembang Rodonc sempena nama blog koi ni..kuikui..
Aok oranc bisnes Lae.. koi tok pandei nok nguruske hey-hey duit ni..

Okla..begitulah akan adanya..
Rodonc-rodonc yang tok pernoh sampei Jengka pun moh la kita.. Banyok tempat menarik di Jengka ni.. Gunung Senyum, Gua Kota Gelanggi, Rojok Ayanc, rumoh koi machanc2 lagi..kuikui
Boleh lajok terus ke Taman Negara..

Ahad, April 26, 2009

Assalamu'alaikum Jib.. II

Ini sambungan kepada entrada koi kemarin dulu "Assalamu'alaikum Jib.."..
Koi salin balik ayat ke-6 Surah At-Tahrim tu ke sini..besor sikit..

Firman Allah dalam Surah At-Tahrim ayat 6:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ (66:6)

# 66:6 (Malay) "Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."

Koi copy dari http://islamicity.com, laman lengkap Ilmu Islam berpengkalan di california, Amerika Syarikat yek, bukan KL mahupun Kuantan..

Bukan nok jadi orang jahil yang berhujah. Cuma ayat yanc teranc lagi bersuluh gitu koi rasa oranc awam machanc koi ni pun boleh paham..

Bagi kes perkahwinan tidak terbubar, harap ada mufti yang tampil memberikan fatwa segera..
Moh kite perati mmolek ayat ini.

Al-Baqarah (The Cow) ayat 221:
وَلاَ تَنكِحُواْ الْمُشْرِكَاتِ حَتَّى يُؤْمِنَّ وَلأَمَةٌ مُّؤْمِنَةٌ خَيْرٌ مِّن مُّشْرِكَةٍ وَلَوْ أَعْجَبَتْكُمْ وَلاَ تُنكِحُواْ الْمُشِرِكِينَ حَتَّى يُؤْمِنُواْ وَلَعَبْدٌ مُّؤْمِنٌ خَيْرٌ مِّن مُّشْرِكٍ وَلَوْ أَعْجَبَكُمْ أُوْلَـئِكَ يَدْعُونَ إِلَى النَّارِ وَاللّهُ يَدْعُوَ إِلَى الْجَنَّةِ وَالْمَغْفِرَةِ بِإِذْنِهِ وَيُبَيِّنُ آيَاتِهِ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ (2:221)

  • 2:221 (Malay) Dan janganlah kamu nikahi wanita-wanita musyrik, sebelum mereka beriman. Sesungguhnya wanita budak yang mukmin lebih baik dari wanita musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik (dengan wanita-wanita mukmin) sebelum mereka beriman. Sesungguhnya budak yang mukmin lebih baik dari orang musyrik walaupun dia menarik hatimu. Mereka mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke surga dan ampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayat-Nya (perintah-perintah-Nya) kepada manusia supaya mereka mengambil pelajaran.

  • Koi tertarik untuk merujuk Forum Ad-Din di TV1 pada pukul 4 petanc Jumaat sewaktu koi berjuang untuk tido sebab malancnye koi keje..sampei sudoh koi tok tido sebab tertarik dengan isu-isu yang diutarakan..
    "Masalah Anda-Perbincangan berkisar Nikah Cerai dan Rujuk (NCR)"
    http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=3973

    Koi amat berminat dengan hujah-hujah dari Prof. Dato' Dr. Zaleha Kamarudin, Dekan Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, UIAM Gombak apabila ditanya mengenai isu yang koi sentuh di sini.. bagaimana isteri/suami diberi masa 3 bulan untuk memeluk Islam, jika tidak perceraian tidak dapat dielakkan lagi. Banyok lagi point beliau yanc koi doh lupa..

    Namun bila ditanya kepada seorang lagi ahli panel, dapat koi rasakan kegelisahan beliau untuk menjawab. Ntah koi tok tahu dia takut ke sapa..takut silap cakap ada orang ateh maroh ke goner Wallahu'alam..
    Jawapan beliau.."Sepatutnya kita umat Islam lebih matang dalam menangani isu-isu sebegini dan sepatutnya kita menunjukkan contoh yang baik................".. sambungan dia koi doh tok berapa ingat..tapi bunyi machanc ayat mengelok..
    Ustaz ni kabornye bekas Timbalan Mufti Negeri Sembilan..

    Ntahlah..
    dalanc isu ni koi rasa terkilan kepada kedua-dua pihak kerajaan pemerintah dan pembangkang..
    Kerajaan memanc koi tok expect mender2 pun sebabnya koi doh masok dan paham sangat ideologi demeh ni..

    Tapi bila koi tengok laman web yang sokmo koi kunjungi dan koi juga menjadi ahli semenjok 1999.. koi terkedu sebab koi expect ada tembakan bertali-arus dari sana, maklumlah baru dalam 3 hari kabinet membuat keputusan.. semalanc pun koi tengok takde mende kecuali dari blog Lan SMS yang koi letok link kemarin..
















    Sibuk nok pemilihan sangat gamoknye?????????????

    Jumaat, April 24, 2009

    Assalamu'alaikum Jib...

    Koi malanc tadi melalui Berita@Bernama telah tersentak dengan satu berita yanc amat menyedihkan bagi Umat Islam Semenanjung dan Borneo..

    Muka yanc koi menyampoh tamboh2 kalu aokme tengok Live sekejap Persidangan Parlimen di TV1 tu telah mengumumkan Kabinet mengambil keputusan "Seorang anak mesti memilih agama yang diamalkan oleh ibubapa pada ketika perkahwinan dilangsungkan sekiranya berlaku penukaran agama oleh salah seorang dari mereka". Dan "Perkahwinan yang disempurnakan melalui undang-undang sivil hanya boleh dibubarkan melalui undang-undang sivil".

    Apa hak kabinet untuk mengganggu urusan mahkamah syari'ah?

    Tamboh hiba lagi bila koi baca The Sun suratkabor pree pagi ni yanc terus teranc meletakkan tajuk utama "End to child conversion".. Saper2 yanc follow suratkabor ni tau la gonner gayer deme ni dan saper yanc menguasai suratkabor "nyamuk" ni..

    Koi petik lagi data2 dari Berita Harian pulok..:
    *************************************

    Beliau merujuk kes Mohd Ridzuan Abdullah atau K Patmanathan, 40, bekas penganut Hindu, yang kini memeluk Islam. Mohd Ridzuan dilaporkan turut menukar agama anaknya, Tevi Darsiny, 12, Karan Dinesh, 11, dan Prasana Diksa, setahun, serta memohon hak penjagaan terhadap tiga anaknya itu di Mahkamah Syariah walaupun ibu mereka, Indra Ghandhi, 35, masih beragama Hindu.

    Berikutan itu, Indra meminta bantuan Hindu Sangam di Ipoh kerana mendakwa Mohd Ridzuan menukar agama tiga anak mereka tanpa kehadiran dan memaklumkannya terlebih dulu.
    Nazri berkata, lebih banyak kes seumpamanya dijangka muncul pada masa akan datang dan kerana itu Kabinet terpaksa membuat keputusan.

    Sebagai penyelesaian jangka pendek, katanya, Kabinet mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom, menemui Mohd Ridzuan bagi menjelaskan keputusan jemaah Menteri itu.

    "Kabinet juga membuat keputusan sekiranya sesuatu perkahwinan didaftarkan di Mahkamah Sivil, maka ia hanya boleh dibubarkan mengikut undang-undang sivil. "Jangan jadikan agama, contohnya Islam, sebagai alat untuk melepaskan diri daripada perkahwinan kerana perbuatan seperti ini akan mencemarkan nama agama itu," katanya.
    Beliau berkata, Kabinet turut bersetuju bahawa tarikh penguatkuasaan undang-undang Islam terhadap seseorang mualaf ialah tarikh dia memeluk agama itu.

    Bagi menguatkuasakan keputusan itu, Pejabat Peguam Negara akan diminta meneliti semua undang-undang berkaitan yang perlu dipinda, tetapi tidak termasuk undang-undang syariah, yang terletak di bawah bidang kuasa Sultan.
    ***************************************

    SATU DEMI SATU IKATAN ISLAM TERLEPAS..

    Koi menulis bukan untuk menghasut..
    Cuma koi harap rodonc koi dari Pekan Najib bin Abdul Razak tengok-tengok la ke mender ni..
    Aok ader kuasa.. aok la yanc patutnya membela nasib ummah dan bangsa..
    Allah tanya aok dalanc kubur dan di Akhirat nanti..
    Ma'asslamaah..

    Lagi ulasan blogger lain...

    Jumaat, April 17, 2009

    Ke hadapan tuan lembu yang di______i II

    Pagi tadi pukul 6.29 koi dan isteri kluor tergesa-gesa menaiki skuter Elegan koi yang menhentam lembu ari tu..
    Nak komuter pukul 6.50 di stesen komuter Kajang.. cuaca sangat baik.. Walau mentari belum memancarkan cahaya.. tiada tanda-tanda nok hujan..

    Koi memecut melintasi tempat kejadian hari tu..
    Dan ternampak seekor lembu dewasa yang sudah tidak bernyawa di atas jalan, di lorong kiri.. Koi tok kena mengelok sebak koi di lorong kanan.. Koi terus memecut..

    Dalam 50 meter dari lokasi tadi, koi terpaksa membrek agak emergency namun koi, isteri dan skuter tidak jatuh... Koi libas ke kiri mengelak bangkai anok lembu yang mengalirkan darah ke atas jalan..
    Di kanan jalan sebuoh kereta yang koi kurang pasti modelnya tapi nampok lonjong-lonjong macam kenari atau atos..
    Pintu terbuka.. dalam samar-samar cahaya lampu jalan yang entah di mana kelihatan kelibat tuan kereta sedang berdiri di luor kereta..

    Bahagian depan remuk sederhana..


    Mesti geng yanc sama dengan yang koi bahan baru ni..

    kala mati saper yanc susoh..?
    Aokme raser berapa IQ tuan lembu tersebut??

    Sabtu, April 11, 2009

    Jus epal..kuikui..


    Dinihari semalanc koi dgn member sekerja koi Ricardo Samsol Kola Muda VIII setelah menahan lapor yanc membara dan menghiris-hiris bahagian dalanc perut semenjok pukul 11 malanc..
    keluorlah kami pukui 3.15 pagi untuk break sejanc di tempat biaser menamboh berat badan di sebuoh kede mamak di Cyberjaya..

    aahh koi tok letok nama pun aokme boleh tahu sebab restoran die je yang mamak bukok 24 janc..

    Sampei2 di restoran koi cepat2 memanjanckan tengkok melihat bahagian lauk pauk yang doh sejuk machanc besi palanc tingkap bas sekoloh koi pada pukul 6.15 pagi masa tingkatan 5 dulu..
    jenama bas tu TATA..buatan negara angkat Duan budok Jerantut itulah..
    Kalu kena bas Mercedes lalu depan rumoh koi kira nasib baik la..masa tu bas Merce tu baru beli..
    sampei Sekoloh Menengoh Bandor Pusat kembang jugek hidung bak seladang mayang koi ni..kuikui..

    Balik kepada cerita koi..
    Jenguk punya jenguk daging masala kegemaran koi masih ada..
    maklumla penggemor nasik kandor memanc tok tinggey koi daging masok gini..
    Macha yang jaga kaunter pun cedok la dua ketul daging yanc bapooork keciknya masuk ke pinggan nasik putih koi..
    kemudian dia ambik bil kecik dia dan menulis... koi teka RM4.50 sebab biasa harga tu la..
    tup-tup.. RM5.. koi mula nok rasa panas..
    Samsol pulok tunjuk daging masala yang sama.. cedok punya cedok.. campur pulok dengan sotong tepung (keras) RM8..

    koi dgn Samsol doh mula gelok2..


    Pegi je ke meja waiter macha datanc dan tanya nok minunc air mender..
    Koi machanc biasa order kopi-O..
    Tiba-tiba idea ntoh dari mana menerawang ke dalam kotak minda koi.. (saper la pandey2 reka istilah kotok minda ni..tok kena lalu..kuikui..)..

    "Ané.. tukar.. bagi jus epal aa..." ujar koi kompiden..
    "Ha..saya pun sama aa" sambut Samsol jugak dissident..

    Selang7 minit lebih kurang..
    Macha waiter tadi datang bersama dua gelas agak besor jus epal..
    Hati koi mula berasa tok sedak..
    ni mahu RM3 segelas ni..
    kalau kopi tadi baru RM1.20 je.. getus koi dalanc hati..

    Macha tersebut mintak bil kecil kami seraya menulis harga tambahan bagi minuman..
    tiba-tiba koi dan samsol berpandangan sambil tersengih-sengih kegabraan..


    Gummed punk ahhhh!!!..4.80!!!!!!!
    air saja tu..hampeh..

    Lepas ni koi layan kopi-O atau teh tarik dgn roti canai je la kala lapor sangat.......

    Jumaat, April 03, 2009

    PM baru Malaya orang Pahanc...

    Lep, goner gamok?
    Tapi pasey koi takdek raser sekelumit pun bangger haa??

    Sabtu, Mac 28, 2009

    Gempa bumi di kampung koi?????!!!!

    Penduduk Jerantut tak sangka gempa punca gegaran

    JERANTUT: Penduduk di beberapa kawasan di Jerantut yang merasai gegaran pagi ini tidak menyangka ia berpunca daripada gempa bumi lemah berukuran 3.0 pada skala Richter.

    Kerani Pejabat Pos Mini Sungai Tekam Utara, Ili Khairunnisa Mohd Rashid, 22, berkata ketika kejadian beliau sedang sibuk melayan beberapa pelanggan di pejabat pos berkenaan.

    "Tiba-tiba terasa gegaran ketika saya sedang menguruskan pembayaran bil pelanggan menyebabkan saya rasa pening," katanya di sini.

    Beliau berkata gegaran itu turut menyebabkan berlaku sedikit kekecohan di kalangan lima pelanggan dalam pejabat pos berkenaan.

    Bagaimanapun, katanya beliau menyangka gegaran itu disebabkan oleh dentuman barang yang jatuh dari dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bersebelahan.

    Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa yang berlaku pada 9.46 pagi itu berpusat di latitud 3.8 utara dan longitud 102.4 timur.

    Pusat gempa terletak 65 kilometer dari timur laut Bentong dan gegaran lemah dirasai di sekitar daerah Jerantut.

    Seorang lagi penduduk, Zakaria Mat Hassan, 52, pula berkata beliau menyangkakan gegaran itu disebabkan oleh pergerakan lori di kawasan itu.

    "Kita tidak fikirkan ini satu gempa bumi kerana tidak pernah mengalaminya sebelum ini," kata bendahari JKKK kampung itu.

    Katanya, beliau hanya mengetahui mengenai gempa berkenaan selepas dimaklumkan oleh pihak bomba.

    Sementara itu, Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Jerantut, Roslan Abu Talib berkata pihaknya menerima maklumat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut sebelum sepasukan anggotanya melakukan tinjauan di sekitar Sungai Tekam Getah, Tekam Utara dan Kota Gelanggi.

    Bagaimanapun, katanya tiada sebarang kecederaan dan kemusnahan berlaku akibat gempa bumi itu. - Bernama

    ================================

    Dzul, John Doe, gonner gamok???

    Selasa, Mac 17, 2009

    Koi, isteri dan Nasi Kandar

    Koi keje malanc minggu ni..
    Mule dari malanc ahad melayu sampei malanc selasa melayu.. mudoh cerita...
    menyampoh koi baca surat atau notis yang dah menyerap cara omputih saturday nite..
    deme logik la jugek..saturday dulu baru night.. jadi saturday night..
    ada satu surau tu koi baca bacaan yasin malanc khamis ..hek'ene ape ceriter lu maatt... :)

    berbalik kepada cerita nasik kandor... pelik pulok rasa sebut kandor sebab masa koi ngajor di UUM dulu walau koi dgn rodonc koi budok jerantut tu masih berdialek pahanc di sana, bila sebut nasi kandar automatik sebutannya jadi nasik kandaq hehe...


    berbalik sekali lagi kepada nasik kandaq ni..
    petang tadi sebelum pegi membeli baranc2 rumoh di TESCO Somonyih (koi boikot hampir semua produk US dan yahudi tapi bila masuk bab TESCO ni payoh amat sebab keperluan harian..) koi dan keluarga pun masuk la ke sebuah restoran baru nasik kandar di Taman pelangi Semenyih, lokasi di mana TESCO Somonyih terletak...

    Bila koi pegi tengok di bahagian lauk-pauk dan nasik, nasiknya hanya nasik putih biasa..
    lauk pun lepas telan je..

    Maka kenangan nasi kandaq koi pun melayang ke dalam ingatan...............

    kalau di Kedah dulu, nasik kandaq paling best bagi koi ialah Royale Simpang Kola.. gerai berbumbung kanvas je tapi rasa..pewww..
    rasa macam nak berguling2 je kenikmatan bila nasik bercampur kuoh pelbagai masakannya menyentuh lidah dan tekak... arrgghhh... ROYALE....

    Kalu maleh nok bawok kereta jauh sangat dari Sintok tu, kami layan Royale Anak Bukit je dekat dgn Istana Sultan Kedah.. ataupun Restoran Subaidah yang pada tahun 2005 tu baru dibuka di dalam kampus. Subaidah memanc bagus, nasik kandar + ayanc bapok besor seketul baru rm2.20, mana nok dapat...
    keluor ke Changloon je jadi la.. koman-koman rm3.50..

    Koi masih ingat masa duduk di Kedoh dulu, org umoh koi yanc asey Kelantan pun yanc kari pun makan semenjak kawin dgn koi je bukan main lagi layan..
    Ada sehari tu dua kali koi berulanc dari Sintok ke Jitra sebab dia berkenan ke Restoran Yasmin Nasik kandor yanc baru bukok masa tu..

    Namun setelah kembali ke KL, aktiviti perkandaran kami nyata terlalu berkuranc..
    kadanc-kadanc je kami turun ke Restoran Maidin di Simpang Balak, Kajang ataupun dua tahun sekali ke restoran Hamid di Pandan Indah...

    Ada cadangan dok mana2 tempat Nasi kandar yanc best di Lembah Klang ni??
    Sebak mender ntoh tiba-tiba semenjak berumur cukup 33 tahun ni nasi kandar kembali terngiang-ngiang di tekak koi...

    ?????!!!!!

    ***Nota kaki&mulut: Koi mula cuti 6 hari bermula hari ni.. sempena cuti skoloh..anok2 koi nok gi terjun laut di Cherating ke Balok ke atau lajok ke Tranung pong buleh..koi maleh tempoh chalet..lagi adventure gini..hehe
    Jadi, koi lambat la sket jawak komen.. :)

    Khamis, Mac 12, 2009

    33 tahun? Sepatutnya bukan ke minus 33 tahun?



    سمڤنا چوكوڤڽ كوي 33 تاهون هاري ني مڠيكوت كالندر مسيحي @ ڬريڬورين، كوي ايڠين ممبوات سديكيت محاسبة ديري. موڠكين صحابة-صحابة دان رودوڠ-رودوڠ بوليه امبيل اعتبر

    ا﴾ سودهكه كوي برسديا انتوق ماتي؟
    -سودهكن كوي برتوبة نصحا؟
    -اڬق-اڬق چوكوڤ تق عمل هارين، ميڠڬوان، بولنن دان تاهونن كوي؟
    -ڬونر هوبوڠن كوي دڠن قوم كلوارڬ دان ساودارا سإسلام يڠ لاءين؟
    -سودهكه كوي برمعفان انداي اد ساله سيلڤ؟
    -سودهكه كوي سدياكن استري دان انق-انق كوي اونتوق مڠهادڤي دنيا دان اخيرة؟

    2﴾ اڤكه يڠ كوي سوده چاڤاي سلام هيدوڤ د بومي الله سلام 33 تاهون اين؟ دري سڬي:
    -كروهانيان:
    -ڤركمبڠن ديري:
    -ڤركمبڠن كرجاي:
    -ايكونومي كلوارڬ نوكليار:
    -ايكونومي كلوارڬ بسر:
    -سومبڠن كڤد
    ا﴾اسلام
    - سودهكه كوي بردعوة كڤد بوكن اسلام دان اورڠ-اورڠ اسلام يڠ منجاوهي اسلام مڠناءي كبنرن دان كاڬوڠن اسلام؟
    -اتاو ادكه كوي ممبريكن ايميج يڠ باءيق مڠناءي اسلام دان اورڠ-اورڠ اسلام كڤد بوكن اسلام دان اورڠ-اورڠ اسلام يڠ منجاوهي اسلام؟
    -اتاو ادكه كوي بنر-بنر مڠاكوي يڠ اسلام ايت بنر دان اڬوڠ جك اعتكاد دان ڤرلاكوان هارين كوي دنيلاي منجوروس ك اره ايت اتاو تيدق؟
    ب﴾ مشاركت:
    -ادكه كوي هاڽ ماهو سقدر ملڤسكن ديري دان كلوارڬ دري اڤي نراك؟
    -اتاو ادكه كوي هاڽ ماهو سقدر ملڤسكن ديري دان كلوارڬ دري كجاهيلن اڬام سرتا علمو-علمو لاين دان مسئله سوسيال؟
    -اتاو ادكه كوي هاڽ ماهو سقدر ملڤسكن ديري دان كلوارڬ دري كميسكينن دان مسئله كواڠن؟
    -اڤاكه يڠ تله كوي لاكوكن اونتوق مڽلامتكن مشاركت ستيمڤت دري كهينأن د دنيا دان د اخيرة؟
    -اڤاكه يڠ تله كوي لاكوكن سوڤاي ايكونومي مشاركت منيڠكت؟
    -اتاو ادكه كوي سقدر كلوار بكرجا ك لمبه كلڠ دان منيڠڬلكن كامڤوڠ هلامن دڠن اورڠ-اورڠ توا يڠ هاڽ منوڠڬو هاري هندق ڤولڠ ك عالم برزه، دڠن رومه2 كوسوڠ يڠ همڤير رونتوه، دڠن كسڤين يڠ مرونتون جيوا؟
    -اتاو ادكه كڤولڠن كوي هاڽ ممبوروقكن كادأن ايكونومي دان سوسيال، تنڤا سومبڠن اونتوق ڤڽلساين تونتس؟

    چ﴾ نڬارا
    -ادكه كوي سقدر منجادي ڤنومڤڠ باڬي نڬارا يڠ ممبوسوق دڠن رسواه؟ مڽالهكن سيستم تنڤا ڤرلو چوبا مڽرتاي دان ممبأيقي سيستم؟ اتاو مڽومبڠ كڤد ڬلومبڠ مسسا اونتوق مڠڬنتيكن سيستم دان اوڤراتور سيستم يڠ ممبوروق؟
    د﴾ دنيا
    هارڤ-هارڤ اد لا سومبڠن كوي دالم اسڤيك اڬام، عالم سكيتر، ايكونومي دان سوسيال دنيا سواتو هاري ننتي.. مولا دڬن كلوارڬ دولو
    .. :)

    تاڤي..اڤسل بيلا كوي تندا باڽوق يڠ ڤڠكه ج ني؟؟؟؟؟؟؟؟

    Selasa, Mac 10, 2009

    Ke hadapan tuan lembu yang di_____i

    Malanc selasa yanc lepas memanc koi mendapat malanc..
    Baru je 2 minit koi keluor dari rumoh naik Modenas Elegan 150 koi..
    dalanc hujan renyai-renyai..
    lengkap berpakaian baju dan seluor hujan..

    koi ternampok kelibat binatang berkaki empat..
    namun hanya suku pelaung dari lokus moto koi yang pada ketika itu tidaklah laju.. hanya lingkungan 80 km/h..

    Koi brek emergency..
    Moto dan tuan moto menggelongsor menyendeng ke kanan..
    lutut kanan koi bertindak menjadi papan lungsur..

    seluor hujan koyok..
    seluor jean koi rabok..
    lutut koi kopok..
    koi cepat2 lari ke tepi semok..
    Takut ada kereta yang kuranc nampok..
    Karanc kena gelek machanc tepung gomok..
    daroh bertempek machanc tempoyok..
    Mujur ada berenti soranc budok..
    Tolong angkat moto kemudian tolong tolok..
    tanya koi "Abanc okay dok?"..
    Jawab koi "takde mende..just terentok"..
    Koi ucap terima kasih dan terus gerok..
    Balik rumah ajok koi punya mok..
    pegi klinik MC la koi mintok..

    Cuma koi masih bernasib baik sebab kereta atau lori takde di belakang machanc kes penunggang moto yang mati jalan Tampin-Juasseh hampir 2 minggu lepas..

    Nasib baik jugok bukan yang ini kui..kui...

    Jumaat, Februari 13, 2009

    Peraduan mentranskripsi lagu Pahang

    Assalamualaikum rodoncs semmer..

    Mudoh je langkoh-langkohnyer..

    i) Dengor lagu ni..

    Ngape bior semok?

    ii) kemudian cuba aokme tulis balik lirik dia dalam ruangan komen..

    iii) Lengkapkan ayat berikut tidak lebih dari 150 patah perkataan dalam ruangan komen jugek selepas lirik:

    Pengajaran dari lagu tersebut ialah ............................................................... .....................................................................

    pemenang akan menerima hadioh setandan pisang sematu@batu untuk digoreng di waktu petanc..

    Amachanc??? Ade brané??

    Ahad, Februari 08, 2009

    Melankolia Skizofrenia, Dementia & Paranoia


    Assalamualaikum rodonc-rodonc yang koi kasihi..
    Ini entri pertama koi tahun 2009 Kalendar Gregorian...

    Rodonc-rodonc ade jugek menelepon tanya pasey koi senyap..
    Koi bukan setakat kerja melampau sibuk.. ada jugek komen sekali dua dalanc blog rodoncs yanc lain..
    Banyok isu di tempat keje..
    Koi banyok jugek apply tempat lain..
    toknye dapat..
    dekat due tahun doh koi memendam rasa..
    Team Leader koi wanita pilipina yang tak sedor diri tu telah banyak menyusohkan koi..
    double-standard..
    favoritism..
    picking-on..
    machanc-machanc isu doh koi harungi..
    sampei koi bergaduh bawok masuk mimpi..
    koi tabley terima koi dibelasoh di negara sendiri oleh oranc luor..
    manager-manager koi pulok machanc bewok..
    sekali koi suarakan ketidakpuasan hati, sekali janji bertindak..
    lidoh bewok..
    koi kadanc-kadanc jadi buntu..
    raser nok berenti di tika dan saat ini juga..

    org umoh pulok masuk KPLI duduk di kerinci koi duduk dgn anok-anok drumoh..
    mok koi didatangkan khas dari Pahanc menjaga cucu-cucu yang hebat-hebat dan buas-buas (bukan buas bahasa melayu standard weh hehe) belaka.. sementara koi menunggu agen pembantu rumoh koi menyelesaikan proses membawok pembantu rumoh dari seberang..

    Akhir kata,
    Sapa2 ada nok rekomen koi keje weh?
    Kalu di Pahanc lagi molek.. boring doh koi duduk tempat oranc ni..
    arrgghh.. kalu koi lama lagi boleh kena schizophrenia ni..

    Rabu, Disember 31, 2008

    Israel targets Gaza mosques

    Israel targets Gaza mosques

    (AFP) Several mosques were flatted in the Israeli strikes.

    Mosques across the Gaza Strip have become the latest target of the Israeli military juggernaut, unleashed against Gaza. -->

    GAZA CITY — Mosques across the Gaza Strip have become the latest target of the Israeli military juggernaut, unleashed against the impoverished coastal enclave since Saturday.
    "As if it was not enough for them to kill our people and children, the Israelis are also destroying the houses of Allah," Abu Khalid, a Gaza resident, told IslamOnline.net.
    Two people were killed and scores wounded when Israeli warplanes attacked a mosque near Abu Khalid's house in western Gaza.
    "We heard a big boom and saw a black cloud of smoke billowing into the sky," he recalled.
    "We went out to see what happened and were dumbfounded to see the mosque razed to the ground."
    Israeli warplanes blitzed a mosque in Jabaliya early Monday.
    Five girls of the same family, including a 14 month-old toddler, were killed overnight when Israeli war jets pounded a mosque near their home in the northern town of Jabaliya.
    A third mosque in the southern town of Khan Younis was also flattened after Israeli aircraft bombed it out.
    The massive Israeli bombardment of targets in Gaza has killed at least 345 people, including 57 civilians, according to medics and UN figures.
    At least 27 of the dead are children.


    Crime

    Gazans were infuriated by the Israeli attacks on their mosques.
    "How dare they attack places of worship places," fumed a visibly moved Abu Rami, whose house was destroyed in an Israeli attack.
    "They shall answer to Allah the Almighty."
    Abu Omar, a mosque imam, could not believe himself.
    "Why are they targeting mosques? Are the mosques being used to fire rockets?" he asked.
    "Mosques are the houses of Allah and are only used for worship. Such attacks are the worst of crimes," he said angrily.
    Wael Al-Zard, a preacher, lamented the silence of Arab and Muslim countries over the Israeli onslaught.
    "Do not the Israeli attacks constitute war crimes and crimes against humanity?"


    Source: IslamOnline.com
    =========
    Apa kita boleh buat?
    Boikot Jenama yang menyokong Israel!!
    http://www.inminds.co.uk/boycott-israel.php

    COMPANIES TO BOYCOTT


    AOL Time Warner Time Life magazine, CNN, ICQ
    Apax Partners Jonny Rockets, Sunglass Hut.
    Arsenal Football Club
    Coca-Cola Fruitopia, Fanta, Kia Orange, Lilt, Sprite, Sunkist..
    Caterpillar
    Danone HP foods, Evian, Volvic, Jacob
    Delta Galil Hema, Barbie, Carrefour, Auchan, Tchibo, Victoria's Secret, GAP, Banana Republic, Structure, J-Crew, JC Penny, Pryca, Lindex, DIM, DKNY, Ralph Lauren, Playtex, cK, Hugo Boss, M&S
    Disney
    Emblaze
    Estée Lauder Aramis, Clinique, DKNY, Prescriptives, Origins, MAC, La Mer, Bobbi Brown, Tommy Hilfiger, Jane, Donna Karan, Aveda, Stila, Jo Malone, Bumble & Bumble, Kate Spade
    Home Depot Villager's Hardware, Georgia Lighting, Apex Supply, EXPO Design Centres
    IBM
    Intel
    Johnson & Johnson
    Kimberly-Clark Kleenex, Kotex, Huggies, Andrex
    Lewis Trust Group River Island, Isrotel hotels, Britannia Pacific
    The Limited Inc Express stores, Lerner New York, Structure, New York & Company, Mast Industries, Intimate Brands, Victoria's Secret, Bath & Body Works, White Barn Candle Company, Henri Bendel

    L'Oreal Giorgio Armani, Redken 5th Avenue, Lancome Paris, Vichy, Cacharel, La Roche-Posay, Garnier, Biotherm, Helena Rubinstein, Maybelline, Ralph Lauren, Carson
    Marks & Spencer M&S, St.Michaels
    McDonald's
    Motorola
    Nestle Nescafé, Perrier, Vittel, Pure Life, Carnation, Libby's, Milkmaid, Nesquik, Maggi, Buitoni, Cross & Blackwell, KitKat, Milkybar, Quality Street, Smarties, After Eight, Aero, Polo, Lion, Felix cat food, L'Oréal
    News Corporation TV: Fox, Sky, Star, Phoenix, Granada, CNBC. UK newspapers: Standard Newspaper, News of the World, The Sun, The Times. Australian Newspapers: The Telegraph , Gold Coast Bulletin, Herald Sun, Independent, Sunday Mail. US newspapers: New York Post. Publishers: Harper Collins Ragan, Zondervan, National Geographical. Nursery World, Rawkus, NDS, Mushroom Records, ChinaByte.com, Festival Records
    Nokia
    Revlon New World Entertainment, Forbes
    Sara Lee Hanes, Playtex, Champion, Leggs, Douwe Egberts, Bryan, DIM, Ambi Pur, Bali, Superior Coffee, Just My Size, Kiwi, Maison Cafe, Nur die, Pilao, Lovable, Outer Banks, Wonderbra, Sanex, Pickwick, Gossard, Body Mist, Brylcreem, Aqua Velva, Radox
    Siemens
    Selfridges
    Starbucks Seattle Coffee, Pasqua, Hear Music, Tazo
    Timberland

    ===========
    Info dari Mazlan a.k.a Lae;
    Saudara2 kita berada dlm kesengsaraan.Hulurkan sumbangan krisis Gaza ke Aman Palestin Berhad,Maybank 562263010787 or BIMB 12029010047880.

    Jumaat, Disember 26, 2008

    Rakan itu..

    Allahyarham ayoh koi memanc skeptik kalu kisoh-kisoh angker diperdengarkan kepada beliau.. Sokmo koi ingat ayat klasik beliau.. "Pernah tengok tak taik hantu?"... untuk menempelak pengkisahan-pengkisahan dari dimensi keempat yang agak kabur dan disertakan dengan elemen-elemen kehantuan..

    Namun, ayoh sempat menceritakan zaman awal perkahwinan beliau.. bangun tika dinihari untuk pergi menoreh bersama mok koi yang tersinta.. menoreh pokok orang, bukan kebun sendiri.. zaman kesusahan melampau yang menjurus kepada demonstrasi di Baling oleh pemimpin pelajar ketika itu saudara Anwar Ibrahim.

    Suatu dinihari nan bening, mok mengejutkan ayoh machanc biasa untuk menoreh.. setelah mengayuh basikal berbatu-batu dalam kegelematan malam berpandukan cerah langit (jalur langit yang cerah ialah jalan kebun manakala kawasan gelap ialah disebabkan ditutup oleh pokok getah), sampailah ibubapa koi di kebun yang dituju. Setelah beberapa ketika menoreh berpandukan lampu suluh dari topi berlampu yang dipakai oleh deme, kelihatan cahaya berbalam-balam dari kebun sebelah menandakan rakan seperjuangan telah tiba untuk memulakan tugas.

    "Awal hari ni?" laung ayoh dari sebelah sini. Biasanya rakan itu memulakan kerja menoreh setelah hari mula cerah..
    "Haa.. saja start awal sikit" balas rakan dari sebelah sana.

    Kemudian ayoh bertanya lagi kepada rakan itu beberapa soalan sapaan lagi, saja nok menghilangkan suasana hening dan syahdu dinihari dalam kebun getah dan gelap pekat dihiasi dendangan cengkerik dan riang-riang. Lama-kelamaan rakan itu semakin jauh ke hujung kebun berpindah dari lorong ke lorong menyudahkan kerja klasik melayu ke atas spesis pohon dari Brazil itu.

    *******************************

    "Nak siap dah ke?" tegur satu suara yang sangat dikenali mok dan ayoh ketika matahari mula hendak menunjukkan rupanya. Rakan itu tadi rupanya..

    "Kamu pun dah nak siap ke?" ayoh menyoalbalas..

    "La..kan aku baru sampai ni..." balas rakan tadi sambil tersenyum..

    Ada satu arus sejuk mengalir dari muka ayoh dan mok menuju ke segenap saraf. Mok dan ayoh hanya mampu menggigil.

    Semenjak dari hari itu, mok dan ayoh hanya turun menoreh bila matahari hampir memancarkan sinarnya.. pewww!!

    Jumaat, Disember 05, 2008

    Surat jawapan dari Pejabat Daerah dan Tanah Maran, cc kepada semua pihak terlibat..

    Assalamualaikum rodonc-rodonc semmer..
    Pertamanya koi mohon jutaan maaf kerana lama tidak mengupdate blog koi ini ekoran koi kursus sebulan dan jaranc amat dapat akses ke internet. Jutaan maaf jugek kepada rodonc-rodonc bloggers yang selama ni koi selalu mengomen di blog wokme, banyok koi nok kena qadha' baca balik ni..hehe

    Seperti yanc koi janjikan pada entrada yang lepas, inilah surat jawapan dari Pejabat Tanoh Maran. memang menyakitkan hati koi sebab lain yang ditanya lain yang dijawab, di samping nampok sangat nok mengcover ADO terlibat. Dia ingat koi budok Tadika Kemas ke nok pedo'oh gitu gaye..

    Okla.. koi letok surat2 tersebut.. Ulasan koi akan menyusul di bahagian komen atau dalam entrada seterusnya..Insya-Allah..

    **Telah disunting semula setelah menerima nasihat dari rakan-rakan yang prihatin supaya menyelindungkan maklumat peribadi. Terima kasih sahabat-sahabatku..






    Jumaat, November 21, 2008

    Surat kepada Pejabat Tanah dan Daerah Maran, cc kepada PTG dan KPTG Putrajaya

    Assalamualaikum rodoncs semmer..
    maafkan koi lamer tok mengupdate.. sibuk amat koi bulan ni.. kursus terkejor-kejor koi..

    Ini ada koi letok surat koi kepada Pejabat Tanah dan Daerah Maran yang tersinta..
    Reply dari demer koi akan scan dan letok dalanc update seterusnya..
    Lihatlah sendiri perangai orang2 yang kita amanahkan menjaga khazanah negara dan bangsa... \


    **Telah disunting semula setelah menerima nasihat dari rakan-rakan yang prihatin supaya menyelindungkan maklumat peribadi. Terima kasih sahabat-sahabatku..
    ================
    Mahadhir bin Mat Lazim

    No XX, Jalan XXXXXX,
    Bandar XXXXXXXXX,
    4XXXX Xxxxxxxx,
    Selangor Darul Ehsan

    Faridah binti Hamzah
    No XX, Jalan XXXXXX,
    Bandar XXXXXXXXX,
    4XXXX Xxxxxxxx,
    Selangor Darul Ehsan

    Shahrulhizan bin Shaibon
    No.XX Jln XXXXXXXXXXXXX,
    XXXX xxxx XXX, Seksyen XXXXXX
    4XXXXX XXXXXXXXXX
    Selangor Darul Ehsan

    Puan Zarina binti Mahyuddin
    No.XX Jln XXXXXXXXXXXXX,
    XXXX xxxx XXX, Seksyen XXXXXX
    4XXXXX XXXXXXXXXX

    Selangor Darul Ehsan
    31 Mei 2008

    DATO' HAJI ABDUL KADIR BIN AWANG BAKAR
    DIMP., SMP., PMC., AMN., PJK.
    Pengarah Tanah dan Galian Pahang
    Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang Tingkat 2 dan 3, Kompleks Tun Razak Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan Pahang Darul Makmur


    Tuan,
    Aduan Salah Laku Penjawat Awam Dalam Proses Lelongan Awam di Pejabat Daerah dan Tanah Maran, 22 Mei 2008 dan Mendesak Tindakan ke atas Hartanah- Hartanah Rizab Melayu yang dipajakkan kepada Bukan Melayu dalam Negeri Pahang


    Merujuk perkara di atas, kami Mahadhir bin Mat Lazim nombor kad pengenalan 76xxxx-0X-xxxx, Shahrulhizan bin Shaibon, nombor kad pengenalan 78xxxx-10-xxxx dan sahabat kami Muhammad bin Abdul Latef telah menyertai lelongan awam bagi 7 hartanah yang berstatus tanah pertanian yang terletak di kawasan Sejabon dan Teberau yang berhampiran dengan Kampung Lubuk Paku, Mukim Luit dengan harga rizab keseluruhan RM448,000. Kami disertai oleh isteri-isteri kami Puan Faridah binti Hamzah nombor kad pengenalan 76xxxx-xx-xxxx, Puan Zarina binti Mahyuddin kad pengenalan 78xxxx-xx-xxxx dan Puan Rohaya binti Hamzah. Untuk pengetahuan pihak tuan, penama-penama untuk hartanah-hartanah tersebut ialah xxxxxcc, bekas Penolong Pegawai Daerah Maran pada tahun-tahun 70-an dan isterinya xxxccccc. Hartanah-hartanah tersebut telah dipajakkan kepada seorang taukeh Cina yang digelar Dato’ Kan Ching oleh penduduk Kampung Lubuk Paku sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu. Malah bukan hartanah- hartanah tersebut sahaja yahg dipajakkan, malah terdapat keluasan yang signifikan kawasan Sejabon dipajakkan kepada beliau. Ini adalah berdasarkan perbualan kami dengan penduduk-penduduk kampung yang tidak mempunyai kepentingan apa-apa dengan hartanah- hartanah tersebut.

    Isu-isu yang kami dengan dukacitanya ingin sampaikan kepada pihak tuan ialah:

    i) Sewaktu proses lelongan tersebut, Penolong Pegawai Daerah Maran, Puan XXXX Xxxx Binti Xxxx XXX telah tidak menunjukkan sifat neutral dengan berbual-bual mesra seperti kenalan lama dengan taukeh Cina tersebut. Taukeh Cina tersebut turut terlibat menyediakan bankdraf yang digunakan oleh Fatimah Binti Musa untuk tujuan lelongan tersebut. Selepas proses lelongan tersebut, Fatimah Binti Musa dan Mohamad Bin Musa telah “memenanginya” dengan harga jualan keseluruhan lebih kurang RM778,000, dan setelah menandatangani dokumen jualbeli, Fatimah dan taukeh Cina tersebut masuk menemui Puan XXXX dan berbual panjang di dalam bilik Penolong Pegawai Daerah. Kami tidak dapat memastikan butiran perbualan mereka tetapi untuk pengetahuan pihak tuan, wang tambahan 10% dari perbezaan harga rizab dengan harga jualan tidak dijelaskan oleh kedua-dua Mohamad Bin Musa dan Fatimah Binti Musa. Kenyataan saya disokong oleh Encik Chandran, peguam dari firma Raja Azhar & Husain Safri, peguam Affin Bank Cawangan Kuantan sewaktu saya menelefon beliau keesokan harinya, dan diperkuatkan lagi oleh kenyataan pelelong Haji Zainal@Ismail bin Mohd. yang turut mempersoalkan tindakan Puan XXXX tersebut. Sepatutnya Puan XXXX sebagai penjawat awam yang diamanahkan menjalankan proses lelongan dan amanah yang lebih besar lagi menjaga dengan penuh takzim hartanah-hartanah dalam daerah Maran tidak boleh berbuat demikian. Kami khuatir ini boleh membawa kepada tanggapan negatif kepada semua Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) serta Pejabat Tanah dan Galian (PTG) seluruh negara. Dapat disimpulkan bahawa penama hartanah telah meletakkan proksinya supaya hartanah- hartanah tersebut tetap sub nomine xxxxx bin xxxx dan xxxcc binti xxxxx secara hitam-putih, walaupun jelas cui bono kepada pihak yang diberi pajak dan mungkin ditekan oleh pihak yang diberi pajak yang telah membayar banyak wang pajakan kepada penama. Seperti yang dimaklumi, deposit 10% yang telah dirampas akan dimasukkan kembali ke akaun peminjam iaitu penama hartanah setelah ditolak kos-kos lelongan yang lain. Ini diperkuatkan lagi dengan fakta yang mana wakil beliau Encik XXXX XXXX bin XXXX, seorang pelelong berlesen, menghampiri kami sebelum lelongan dan memberitahu penama hartanah ingin berbincang serta menawarkan RM20,000 supaya kami menarik diri dari lelongan. Dengan ini kami sebagai rakyat Malaysia yang membayar cukai meminta untuk diberi penjelasan secara bertulis oleh penjawat awam tersebut, Penolong Pegawai Daerah Maran, atas tindakan beliau pada hari itu.

    ii) Kami memohon supaya pihak PTG menghantar wakil pada hari lelongan semula yang akan ditetapkan oleh PDT Maran kelak untuk memantau keadilan proses lelongan. Adalah tidak adil jika penangkap lelong yang melawan dengan kami akan mengangkat hingga berapa sahaja nilai yang kami tawarkan, sedangkan mereka tidak berniat pun membayar perbezaan harga tersebut.

    iii) Kami memohon pihak PTG mengeluarkan arahan rasmi bertulis dalam bentuk pekeliling kepada seluruh PDT Negeri Pahang dan kenyataan akhbar mengenai ketidaksahan pajakan Tanah Rizab Melayu kepada bukan Melayu berdasarkan Enakmen Rizab Melayu (ERM) Negeri-negeri Bersekutu 1913, seterusnya ERM 1933, seterusnya dikenali sebagai ERM (N.M.B Bab 142). Dari laman web KPTG sendiri iaitu http://www.kptg.gov.my/tanahrezab.html dapat diperhatikan ketidaksahan urusniaga persendirian (private dealings) diantara orang Melayu dengan orang Bukan Melayu. Hanya negeri Kedah dan Kelantan sahaja yang mebenarkan pajakan atau sewaan selama suatu tempoh yang tidak melebihi 3 tahun tanpa pilihan untuk memperbaharui kontrak pajakan.

    iv) Kami mendesak supaya pihak PTG mengambil tindakan ke atas transaksi-transaksi tidak sah ke atas hartanah-hartanah rizab Melayu. Adalah mustahil pentadbiran PDT Maran tidak mengetahui perkara ini sedangkan kebanyakan pekerja di PDT tersebut mengenali Dato’ Kan Ching dan hubungannya dengan Mohd Nor bin Abdul Rani. Penolong Pegawai Daerah juga pasti mengetahuinya, apatah lagi setelah berbual panjang dengan Dato’ Kan Ching selepas lelongan tersebut. Mitos orang Melayu tidak mampu mengusahakan hartanah- hartanah Rizab Melayu perlu dibuang jauh-jauh ke Selat Tebrau. Kami mendesak pihak tuan bertindak sebelum berlakunya Fenomena Batu Putih atau Putih Mata ke atas tanah daratan kita. Sekarang ini pun sudah berpuluh ribu hektar tanah rizab Melayu diusahakan pihak lain yang mempunyai kawalan de facto ke atas hartanah- hartanah tersebut.

    Pihak kami mendesak tindakan segera untuk perkara-perkara di atas. Jika tiada apa-apa tindakan atau tiada sebarang komunikasi dari pihak tuan dan dari pihak Peolong Pegawai Daerah Maran Selepas 21 hari dari tarikh penerimaan surat ini, kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan seterusnya yang kami fikirkan perlu.

    Segala perhatian, pertimbangan dan kerjasama pihak tuan kami dahului dengan jutaan ucapan terima kasih.

    Sekian, terima kasih.

    Yang Benar,



    -------------------------------------
    (MAHADHIR BIN MAT LAZIM)



    ------------------------------------------------
    (SHAHRULHIZAN BIN SHAIBON)



    ------------------------------------------------
    (FARIDAH BINTI HAMZAH)



    ------------------------------------------------
    (ZARINA BINTI MAHYUDDIN)

    s.k.
    DATO’ ZOAL AZHA BIN YUSOF
    Ketua Pengarah Tanah dan Galian
    Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian
    No. 25, Persiaran Perdana
    Wisma Sumber Asli
    Presint 4
    62574 Putrajaya
    Tel : 03-81712600
    Faks : 03-88810796

    Mohamad Aslam Khan
    Chief Recovery Specialist
    Affin Bank Berhad
    HEAD OFFICE
    17th Floor, Menara AFFIN
    80, Jalan Raja Chulan
    50200 Kuala Lumpur
    Tel: 03-2055 9000 / 9020
    Faks: 03-2026 1415

    Raja Azhar & Husain Safri . No. 61, 1st Floor, Jln Mahkota
    25000 Kuantan,
    Pahang Darul Makmur
    Tel: 09-5161812
    Faks: 09-514 5280

    Mahadiah binti Mohamad
    Pegawai Daerah Maran
    Pejabat Daerah Dan Tanah Maran
    Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan
    26500 Maran
    Pahang Darul Makmur
    Tel: 09-4771500
    Faks: 09-4771858

    XXXX XXXX XXXX XXXX
    Penolong Pegawai Daerah Maran (Tanah)
    Pejabat Daerah Dan Tanah Maran
    Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan
    26500 Maran
    Pahang Darul Makmur
    Tel: 09-4771500
    Faks: 09-4771858

    Haji Zainal@Ismail bin Mohd. PPN, PJK
    Pelelong Berlesen
    No. 21, Lorong IM 2/10
    Taman Indera Mahkota Jaya
    25200 Kuantan
    Pahang Darul Makmur
    Tel: 016-9203040

    Rabu, November 05, 2008

    Tahniah buat zamie a.k.a Azlizam Abdullah de Jengka 1


    Gambor hiasan.. Anok koi Uzair Ziyad masa umur 3 tahun..doh koi nunggu zamie hantor gambor anok die tok sampei2 koi letok la gambor budok rambut panjanc ni.. hihi


    Assalamualaikum rodonc-rodonc semmer..

    Semalanc dalanc pukul 6 petanc, koi terima SMS dari rodonc koi zaman skoloh Bandor Pusat Jengka dulu, Az a.k.a zamie..

    Alhamdulillah..
    Selamat doh isteri dia yang dikasihi melahirkan anok keempat, lelaki lagi. Menyamakan kedudukan dengan koi kata zamie.. 4-4. Jaringan minit ke 08 la ni.. koi dulu minit ke 02,03,05 dan 06. Tok menjawab dia masa tu..hehe
    Le ni bila koi mengambil corak bertahan baru la Az menyamakan kedudukan..
    tapi kita hanya mampu merancang hanya Allah menentukan..

    Anok koi pun L-P-L-L, anok dia pun L-P-L-L. Berjangkit gamoknye.. hehe

    Koi menelepon Ahad sebelum Dipabali ari tu lagi dia kata menunggu masa..
    sempat lagi koi speaking banjar dengan dia.. hehe
    terkejut pulok dia lamer tok spiking gamoknyer ...

    Berat 3.76 kilo. Koi suruh dia bubuh nama Don Balon de las Palmas dia tak mboh..
    mesti start Ainul kata dia.. sebab semua anok dia start dengan Ainul..

    Ha..rodonc-rodonc, moh la kita bagi cadangan nama-nama yang baik kepada saudara kita
    Azlizam Abdullah..

    Koi cadanc:
    i. Ainul Yaqin (peh machanc name turki la pulok.. macam striket Hakan Yakin striker Switzerland tu.. hehe)-mata (penglihatan) yang yakin..
    ii. Ainul Ziyad (Pergh machanc name striker Tunisia Ziyad Al-Jaziri la pulok...)-mata (penglihatan) yang bertambah, Ainul Zaidan pun boleh..machanc Zinedine Zidane la pulok.. heheh
    iii. Ainul Zaki (pergh machanc striker Mesir yang main dengan wigan tu la plok..Amr Zaki hehe) - mata (penglihatan) yang bersih..

    Ha.doh la tyu karanc keluor semua nama pemain bolo pening pulok zamie nok memilih..

    Ma'assalamah wailalliqaa'..

    Ahad, November 02, 2008

    Suatu Malam Nan Suram..:Penunggu TNB Bangsar

    Suatu malam dalam tahun 1998 atau 1999, koi terpaksa ke TNB Bangsor untuk mencocoh duit di BSN kecik di sana ekoran BSN Pantai Dalanc pada masa itu terpaksa ditutup oleh masalah yang sampei le ni koi dan rakan-rakan serumoh gagal mendapatkan sebab-musababnya..

    Koi dengan Z buruk koi pun merentaslah keagaksibukan Jalan Pantai Baru dari arah Kerinchi dan membuat belokan ke kiri dengan sudut 37 darjah dari garis mengufuk.

    Selepas jarak lebih kurang, 15 meter koi membelok ke kanan masuk ke kawasan TNB Bangsar. Sampai ke mesin ATM, koi pun menyempurnakan cocohan dengan jumlah yang cukup untuk dua tiga hari layan sup daging atau Tom Yam Sotong di kedai Sofea Tom Yam (kedai termurah waktu itu..hehe).

    Koi mendapatkan Z usang koi lalu separuh memecut..menuju arah pintu keluar Jalan bangsar, bukan jalan masuk tadi. Sengaja koi buat begitu malanc tu, maleh nok pusing balik melinteh Kerinchi. Setelah beberapa ketika melayan perasaan dalam kedinginan dan keheningan persekitaran TNB Bangsar yang meriah di siang hari, koi ternampak dari kejauhan satu susuk tubuh antara pepohon peneduh yang terdapat di situ. Tubuh itu melambai-lambai ke arah koi dari kejauhan.

    Koi mula mengaktifkan cognitive dan motor information koi dan akhirnya motor information koi telah menyebabkan motor Z koi berhenti. Satu susuk tubuh agak tinggi, berkulit agak kehitaman, berkumis dan berjambang mendekati koi.. Langkahnya koi lihat agak terganggu, mungkin salah satu kakinya mengalami komplikasi ataupun bahagian basal ganglia dalam otaknya mengalami gangguan. Apabila tubuh itu semakin hampir dengan fairing Z koi, suatu bauan semerbak kemasaman memecah kebeningan malam..

    "Mabuk punya kutu la pulak.. abeh aa koi".. motor kognitif koi beroperasi lagi..

    Tiba-tiba tubuh itu bersuara dalam Bahasa Melayu dialek Andhra Pradesh..

    "Macha.. tumpang pigi itu pintu deppan boley ka?"..

    Lagi sekali proses membuat keputusan berlaku...
    Keputusan: afirmatif.

    "Boley aa macha..?".. ujar tubuh itu lagi dengan suara diiringi bauan kemasaman itu lagi umpama bulan dipagar bintang..

    Koi bersuara pendek "Naik aah.." sambil sengih separuh yang dibuat-buat disulami dengan elemen-elemen ketakutan dan kerisauan..

    Tubuh itu membonceng Z koi sambil bersuara..arrghh..bau itu semakin kuat ekoran jarak beliau dengan koi kini hanya beberapa cm...

    "Macha.. terima kasey aa.. saya suda tunggu suda berapa lama..semua tara mau angkat.." getus beliau..
    "Ooooo..perempuan kalu, suda lama itu worang angkat..poodah!" sambung beliau lagi menunjukkan rasa tidak puas yang amat sangat.

    Koi rasa nak tergelak.. mana doknye..dressing dah la menakutkan..bauannye pun bisa menyebabkan simptom-simptom seperti orang berbadan dua.. hehe

    ..............

    Akhirnya koi dan tubuh itu sampai ke pintu keluar arah Jalan Bangsor.

    Tubuh itu turun dari motor Z koi....
    Tiba-tiba koi terkejut!
    Tubuh itu memegang pergelangan kaki koi dengan kedua-dua tangannya laksana pengantin perempuan dalam filem hindustan bertemu ibu mertuanya..

    Dengan wajah terharu yang dapat koi saksikan menerusi cahaya lampu jalan berhampiran, tubuh itu bersuara lagi..
    "Machaa...... terima kasih macha".. sambil terus memegang kaki koi..

    Koi dalam suasana masih terkejut hanya menjawab "Ok..ok.. no problem.." seraya memecut kemudian setelah agak jauh ketawa sepuas hati koi.. harhar!