Memaparkan catatan dengan label anak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anak. Papar semua catatan

Isnin, Disember 08, 2014

Rangkuman 1: Perjalanan bercuti ke Langkawi termasukTemuduga Peringkat Pertama di Maahad Tahfiz Negeri Pahang untuk Uzair Ziad 06-11/12/2014

Assalamualaikum kaum keluarga dan rodonc-rodonc..

Berikut ialah perancangan asal kome sempena cuti sekoloh kali ni, nok ke Langkawi sebab tak pernah pergi. Umur dekat 40 dah koi ni, tapi Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan jugek pegi, InsyaAllah...



Perancangan:

Tempoh bercuti: 05-10/12/2014

1. 5-6/12/2014-Pulang ke Mahang dan Kulim, Kedah beramah mesra dengan sanak saudara.

2. 7-9/12/2014-Bercuti di Langkawi. Dah bayor bilik di Pantai Cenang.
3. 10-11/12/2014-Menziarahi rakan-rakan dan kaum keluarga sekitar Perlis, Changloon dan Kuala Kedah

Namun begitu, kita sebagai mahkluk yang hanya berdaya merancang, Allah juga yang menentukan.


Tempoh bercuti baru: 06-11/12/2014, ditunda sehari ekoran proses bulanan untuk pelanggan syarikat koi di Ameriko berlarutan sehingga 5/12/2014.


1. 6/12/2014- Pukul 12 tengahari. Bergerak pulang ke Kota Gelanggi 2, Jerantut melalui Bera.

Singgah di rumah paksu dan maksu di Felda Bukit Kepayang, Triang, Pahang pada pukul 4.30pm hingga 9.15pm.





Kemudian bertolak pulang ke rumah mok koi di Gelangi.


Sampai di rumah mak koi lebih kurang 11.15pm.

Bermalam di sana.

2. 7/12/2014-Turun seawal 4 pagi untuk menghantar dan menemani Uzair Ziad ke Temuduga Peringkat Pertama di Maahad Tahfiz Negeri Pahang.

Solat Subuh di RNR Gambang, terserempak dengan rodonc zaman sekoloh dulu Nazhar Hassan. Di SUPERB hari tu terserempok jugek, Alhamdulillah.

Sampei di MTNP lebih kurang 7.20am.


Meriah, ramai ibu bapa dan keluarga menghantar anak-anak ke temuduga peringkat pertama ini. Temuduga ini dibuat 2 hari, iaitu 4/12/2014 dan 7/12/2014.

Setiap sesi tersebut akan menemuduga 350 pelajar.
Maknanya ada 700 pelajar yang terpilih untuk sesi temuduga MTNP tahun ini.
Daripada 700 pelajar ini, hanya 100 akan terpilih untuk ke peringkat kedua secara intensif 4 hari 3 malam pada 16-19/12/2014 nanti.

Alhamdulillah anak-anak sudah ada pengalaman sedikit selepas temuduga di Bentong 02/12/2014 baru ni.


Uzair diletakkan di Bilik 1 daripada 16 bilik yang ada dan menjadi calon pertama dikuarantin tuntuk hafazan dan temuduga.



Sejuk hati melihat ibu bapa yang berkobar-kobar inginkan yang terbaik dunia akhirat untuk program Tahfiz Profesional ini



Ibu bapa dan kaum keluarga memenuhi segenap ruang dalam kawasan Maahad tahfiz tersebut.




Cantik jugak lanskap sekoloh ni kuikui

Ada 2 sesi, pelajar lelaki membuat sesi kuarantin hafazan dan temuduga dahulu.
Pelajar perempuan menduduki ujian bertulis Sains, Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

Tidak jauh berbeza dengan SUPERB kerana ini program yang sama iaitu Tahfiz + Sains Tulen, cuma nama berbeza iaitu Tahfiz Profesional berbanding Ulul Albab di SUPERB dan MRSM.

Selepas rehat pada pukul 10.30am-11.00am, pelajar perempuan membuat hafazan dan temuduga manakala pelajar lelaki pula menduduki ujian bertulis.

Akhirnya, lebih kurang pukul 1 tengahari, sesi temuduga tamat.

Setelah menamatkan sesi perbualan dengan para ibu bapa yang dikenali termasuk Cikgu Wira Gelangi, kami pun bertolak ke Temerloh untuk makan ikan patin.

Sempat kami singgah untuk bergambor di benteng Kuantan.


Watermark KUANTAN terlindung oleh perahu besor dalam Sungai Kuantan tersebut


Bersambung dalam Rangkuman 2 nanti, insya Allah...

Terima kasssseyyyyyyy....!!!

Ahad, September 30, 2012

Lahirnya seorang lagi khalifah di bumi Allah..Umar Nasif bin Mahadhir.

Assalamualaikum kaum keluarga dan rodonc-rodonc..

Alhamdulillah..

Seperti yang telah hamba maklumkan dalam sms malam semalam, putera hamba Umar Nasif bin Mahadhir telah lahir ke dunia hasil kegigihan bonda Faridah binti Hamzah berjuang dari 7 pagi di bilik bersalin, 7.07 malam baru berhasil, dengan izin Allah. Jisim 2.5 kg dan panjangnya 48 cm. Belum boleh dipanggil tinggi sebab belum mampu berdiri sendiri. Namun koi hanya diberitahu setelah bertanya pada pukul 8.10 malam, dan hanya dibenarkan masuk untuk azan dan iqamah pada pukul 9.25 malam. Perlukan banyak penambahbaikan dari sudut ini, ini sudah kali kedua perkara ini berlaku kepada koi, pada tahun 2006 anak keempat dulu Umair Fayed hampir 3 jam selepas kelahiran baru koi boleh masuk untuk azan.
Senarai menunggu di dalam bilik bersalin

Walaubagaimanapun, Alhamdulillah bonda dan putera kecil sihat dan telah dibawa pulang ke rumah hamba di Beranang pada pukul 2.30 petang tadi.


Kekanda Nuzul Nasywa binti Mahadhir ceria menunggu kelahiran adinda Umar Nasif di luar bilik bersalin Hospital Kajang dari pukul 7 pagi 29/09/2012

Umar Nasif bin Mahadhir ketika berumur 2 jam

Terima kasih atas iringan doa dan solat hajat kaum keluarga dan sahabat-handai. Hanya Allah yang mampu membalasnya.. Moga Allah merahmati, memberkati dan meredhai seluruh umat Islam yang masih hidup mahupun yang telah kembali ke alam barzakh, juga yang belum dilahirkan. 

Ameen.


p/s: Ramai yang telah menghantar SMS ke koi bertanyakan maksud Nasif. Ejaan Arabnya ialah ناصف yang bermaksud adil, berkelakuan yang sepatutnya. Nama ini popular di Syria dan Lubnan, namun terdapat ramai tokoh-tokoh terkenal yang bukan dari sana yang juga menggunakan nama Nasif, Nassif, Nassef dan pelbagai jenis ejaan lagi. Jadi kombinasi Umar Nasif menggambarkan hasrat dan doa koi serta isteri untuk melihat anak ini menjadi pemimpin yang adil seperti Umar Abdul Aziz. Ameen.

Selasa, September 08, 2009

سلامت هاري لاهير كاكق


السلام عليكم قوم كلوارڬ دان رودوڠ-رودوڠ ڤوجأَن

هاري اين اياله هاري يڠ برسجاره

هاري لاهير انق كوي يڠ كدوا
كادڠ-كادڠ كوي امبيق كيرا ١٧ رمضان سباڬي تاريخ لاهير دي سبب مق دي ساكيت نق برسالين دري سياڠ ١٧ رمضان لاڬي
جادي دي برسالين مالم، كالو ايكوت تاريخ اسلام ده ١٨ رمضان ١٤٢٤

برسمڤنا نزل الْقُرْآنُ، كوي باڬي نام انق ڤرمڤوان توڠڬل كوي اين نزل نشوا بنت محاضر الجزيري ..الجزيري تو كوي تمبوه ج..كويكوي..كيت سموا الجزيري، اورڠ سمننجوڠ..كويكوي

انق كوي ني كوي دان سإيسي كلوارڬ ڤڠڬيل كاكق. ساڠت ڤتاه بربيچارا، ساڠت باڽق ڤرتڽأَنڽ. نامون كوي تق ڤرنه جمو ملاين. ساڠت راجين ممباچ بوكو ولوڤون كلاجوان ڤمباچأَن ماسيه سدرهان. چيتا-چيتا سبلوم ماسوق ڤستي دولو اياله دوكتور، سكارڠ نق جادي ڬورو ڤولق

سلامت هاري لاهير ك ٦ كاكق

Khamis, Jun 04, 2009

Tujuh tahun sudah.....




















Ziad..
Selamat hari lahir dari Abi & Ummi..
Seakan baru minggu lepas abang dilahirkan di Hospital Mentakab..




















Ziad..
Abanglah harapan Abi & Ummi..
Jadilah contoh terbaik untuk adik-adik..















Ziad..
Belajarlah untuk ke syurga..
Bela nasib Islam di seluruh dunia..

Selasa, Oktober 28, 2008

Baht, Riyal apa saja..


Semalanc koi keje walaupun kebanyakan rakyat Tanah Melayu dan Borneo cuti menyambut (ataupun tidak menyambut tetapi bercuti juga) Dipabali..





Beloh-beloh petanc sket koi menerima panggilan telefon dari istri koi..
Menceritakan kisah anok sulung koi Uzair Ziad yang berumur 6 tahun 4 bulan yang suka memikir macam-macam..

*************
Dengan serius dan berseri-seri..

Abang: Umi, duit tu kan kertas..
Umi: Ha la.. memang la duit tu kertas..
Abang: Ha..boleh la.. kan kita takde duit..
Umi: Pastu?
Abang: Kita ambik kertas.. abi kan ada kompiter.. kita buat duit cantik-cantik.. kita boleh la beli..
Umi: (gelak..)

***************
Kedengaran Mak Teh (adik koi) di ruang tamu sedang memberi penerangan situasi kepada Abang..

Notakakidanmulut: Robert Kiyosaki juga pernah cuba membuat duit syiling sendiri sewaktu kanak-kanak dulu menggunakan tiub ubat gigi aluminium.. hehe

Khamis, September 11, 2008

Kunci kapchai..

Gambar Hiasan: Anok koi yang keempat Umair Fayed, 2 tahun 2 bulan

Pagi semalanc la ni..
Koi siap semmer pukul 7.06 minit.. kalu koi naik kapchai pinjam koi dan la sampei Cyberjaya pukul 7.50++. Koi memanc suka
konsep Jepun JIT (Just in Time) tu.. buat mender sampei awey.. buang maser je.. hehe

Bukok je grill rumoh.. koi masuk balik krumoh cari kunci..
Habis segala tempat yang biaser letok koi cari..
Sambil orang rumoh koi meluahkan ayat-ayat biasa bila koi hilang barang..hehe
Selasa tu koi off-day..tu yang tok ccare ke kacpai sangat tu..
kapchai tu koi pinjam dari biras koi Muhammad bin Abdul Latef lepas skuter koi rosak..4 bulan dah rosok..tok daye jugek koi naik keta..
minyak naik pulok tu.. ada 700++ sebulan minyok sajer..

alamak! sedor-sedor dah 7.20..
Koi capai kunci keta dan kelam-kabut masuk keta takut lambat lagi buat kali ke 552..
Dalam hati berkata.."Alamak.. lari lagi bajet..kalu tidok bleh beli pizza regular doh minyak ari ni.. tol lagi.."

Mujur koi sampei 8.04 a.m. Takde la lambat sangat..tak jam langsung pagi semalam..

Tengah ari tu orang rumoh koi telepon lagi memanc tok jumpa la, tanya biras koi memanc takde duplicate la.. pening koi.. mender nok jawab ke biras koi nanti..

*****************
Lepas berbuka drumoh tu, orang rumoh koi (ORK) memulakan bicara:
((Translated as requested by l.i.f.e & s.yanaz))

ORK: Be, tau dok jjupo mmano anok koci abe mak tu?
(Abang, tahu tak jumpa kat mana kunci Abang Mat tu?)
Koi: Mano nok tahu.. tok oyak..
(Nak tahu macamana dah tak cakap...)
ORK: Ani sakni sajo teringak nok buko ting ssekuk.. buko-buko..kabar-kabar ado ssengih anok
koci ddale.. Ya Allah..Umair la tu..

(Ani tadi saje je la teringat nak bukak tin biskut.. bukak-bukak..tengok-tengok ada tersengih kunci kat dalam tu.. Ya Allah..Umair la tu..)
Koi: ((Bunyi gelak)).. Tu la..abe oyak doh anok mmaing..
(Tu la..abang cakap dah anak yang main..)
ORK: Pah ani gi la ko dio nyo.. Ani wak mace maroh la.. pah ani royak la.. "Haaa.. sorok kunci ye.. buat senyap ye..".. Abe tahu Umair buak guano pah tu?
(Pastu ani pegi la kat dia..Ani buat macam marah la.. pastu ani cakap.."Haa..sorok kunci ye.. buat senyap ye..".. Abang tau tak Umair buat macamana lepas tu?)
Koi: Yo wak guanno?
(Dia buat macamana?)
ORK: Yo suko hahahahaha..
(Dia gelak hahahaha...)

Mmmm..dah pandai buat lawak rupanya anak koi sorang ni.. dengan kos lak tu.. peww!!

Bila abang dan kakak berpuasa..

Gambar Hiasan: Uzair Ziad dan Nuzul Nasywa ketika berumur 4 tahun dan 2 tahun setengah (sekarang 6 tahun 3 bulan dan 4 tahun 10 bulan) Rodoncs bloggers semmer.. Koi selingkan dulu trilogi "K,K&K" tu sebab koi raser nok cerita la serba sedikit hal bulan Ramadhan ni.. tribute la sket ke demmer..

Anak-anak koi yang dua orang ni tahun ni mula koi ajor puasa..
Setakat ni abang dah puasa9 hari termasuk hari ni dan kakak 8 hari..

Dalam entri pendek koi kali ni koi cuma akan petik kata-kata deme sewaktu sedang letih berpuasa..

**************
Abang

Abang: Lama lagi ke nak berbuka Abi?
Koi: Lagi 2 jam..
Abang: Orang cakap la 2 minit..rasa cepat sikit..cakap 2 jam rasa lambat..

*******************
Kakak

Kakak: Umiii..
Istri koi: Nape kak?
Kakak: Kakak ni rase macam nak mati je.. tapi kalau umi kasi kakak makan, baru la kakak hidup balik..
********************

Isnin, Ogos 18, 2008

Bila kakak menyanyi..

Bulan 8 ni koi balik setiap minggu ke Gelangi atas urusan pagor sawit yang dikasihi. Balik berempat. Koi dengan 3 orang anak-anak koi yang paling tua, Uzair Ziad, 6 tahun, Nuzul Nasywa, 5 tahun dan Uwais Munzir, 3 tahun. Anok bongsu koi Umair Fayed, 2 tahun tak balik kampung kerana ditugaskan menemani ibunya yang akan menghadapi temuduga KPLI di IPBA di Lembah Pantai pada Isnin 18 Ogos 2008. Banyok mender nok baca, menurut isteri koi.

Pagi tadi koi keluor dari Gelangi boleh tahan awal untuk pulang ke rumoh sewaan koi di Beranang, Selangor, 5 km dari sempadan Negeri Sembilan, lebih kurang pukul 6.55 pagi. Pagor pun tak siap-siap, kurang kelengkapan, kurang tenaga kerja dan kurang masa. Uzair koi tinggalkan di Gelangi untuk menemani neneknya selama sehari. Adik bongsu koi akan pulang dan menjemput mak koi ke Kajang dan Beranang untuk sehari lagi sebelum bertolak ke Kedah menghadiri majlis perkahwinan sepupu koi di Kulim.


Lebih kurang pukul 8.15 pagi, koi membelok ke arah pekan Bentong dari Lebuhraya Karak. Ada urusan sedikit di Raub.
Selesai urusan, lebih kurang pukul 12.20, koi memecut ke KL untuk ke IPBA, dengan tujuan mengambil istri koi yang "mengalami" temuduga KPLI di sana. Dalam perjalanan tersebut, koi menyanyi lagu bangau oh bangau bersama Nasywa yang kami panggil "kakak". Uwais sedang lena diulit mimpi. Habis lagu bangau, koi pun menyanyi lagu "Ada seorang budak", yang selalu koi nyanyikan untuk mengusik anak-anak koi.
Tapi pagi tadi untuk memujuk kakak yang kebosanan setelah sekerat hari di Raub, koi pun menukar lirik kepada lirik puji-pujian kepada kakak:

Ada seorang budak,
namanya kakak,
dia seorang...
budak yang baik..

Ada seorang budak,
namanya kakak,
abi sangatlah...
sayang kat dia..

Kakak yang memang sangat petah bercakap pun dengan spontan segera menjawab dengan nyanyiannya:

Tapi abi sayang,
sikit-sikit saja..
sebab abi suka rotan..
bila buat salah...
betul tak apa..
kakak cakap ni..?

Ummph??!! Koi tergamam dan terpana (pinjam istilah Dzul DC lagi). Adakah itu satu kritikan jujur dari salah seorang anak-anakku? Koi terdiam beberapa ketika dan tersedar yang koi agak strict dengan anak-anak. Rupanya anak-anak koi sudah boleh berfikir dan menyuarakan reaksi mereka.
Kemudian koi menyusun kata.. "Kakak..abi rotan kakak bukannya abi sayang sikit-sikit je.. abi sayang betul-betul kat Kakak, abang, Uwais, Umair.. abi rotan supaya kakak jadi orang baik, masuk syurga..supaya kakak tak buat salah selalu, nanti Allah marah"..


Kakak memandang aku dan berkata "Kakak saayyaang abi.." seraya mencium pipi koi.
Koi terharu.
Begitu bersih dan mulianya hati kanak-kanak. Pemaaf dan sentiasa bersangka baik. Tak macam kita orang dewasa. Dendam kesumat dan hasad perkara biasa.

Marilah kita sama-sama berhijrah demi Allah untuk kesejahteraan anak-anak... Aameen.