
Sek. Men. Jengka Pusat, 1992. Tingkatan 4N. Ketika itu matapelajaran Sains masih dalam Bahasa Melayu.. (takde la pulak bodo budok-budok generasi koi sebab belajor dalam bahasa ibunda yang tercinta...)
Suatu hari di makmal kimia...
Guru bertugas: Cikgu N, comel orangnya.. bersuara lemak-lemak basah.. Hobi: Bercakap dengan gaya yang agak lawak dan mencubit perut koi & the gang..
(Nama guru wanita muda tersebut dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan dalam negeri.. Dialog dibina semula untuk menggambarkan keadaan sebenar..)
Cikgu N: Hari ni kita akan belajar mengenai elektrolisis. Sila rujuk gambarajah dalam buku teks serta di papan hitam (hijau sebenornya..)..
Saya dah suruh pembantu makmal sediakan semua radas di atas meja. Dalam bikar tu terdapat larutan kuprum sulfat yang berwarna biru serta dua elektrod positif dan negatif (anod dan katod) yang disambungkan kepada punca elektrik. Bila arus elektrik dialirkan selama beberapa ketika, pepejal kehijau-hijauan akan terbentuk di elektrod negatif. Ini akan membuktikan ion-ion Cu+ dari larutan kuprum sulfat termendak di elektrod negatif. Haa..boleh mulakan ujikaji.
Kami pun mula la kelam kabut menghidupkan punca kuasa yang koi lupa apa panggilannya. Koi memang paling minat kimia sewaktu di sekolah menengah. Anod dan katod mula la berbuih-buih. Cikgu N pun turun dari meja panjang tinggi di hadapan makmal memantau anak-anak muridnya melakukan ujikaji. Koi seperti biasa tercuit-cuit bergurau dengan Az sidekick koi di sekolah. Sampai di meja kumpulan kami, Cikgu N bertanya.."Haa.. Macamana? Boleh? Ha.. tu nampak tak dah ada enapan hijau tu..".. sambil menekapkan kedua-dua tapak tangan sebagai menopang tubuhnya di meja ujikaji kami. Koi dah memang tersedia berdiri di situ, di sebelah Cikgu N.
Tiba-tiba..entah jin mana yang menggerakkan jari telunjuk koi mematuk belakang tangan Cikgu N! Cikgu N terkujat dan serta-merta menarik tangannya dan memekup tempat kena patuk seolah-olah tempat itu terluka.. Koi kaget. Cikgu N berdiri tegak selama beberapa saat memandang secara tidak tepat (bukan pandang serong) ke arah koi dengan wajah blur. Az pun nampak kejadian tersebut. Az mula tersengih-sengih dan memekup mulutnya dengan tangan, menahan ketawa.
Koi tak tau apa nak buat, lalu segera kembali ke tempat duduk koi terpinga-pinga. Cikgu N segera kembali ke meja panjang di hadapan, berdiri, tidak duduk, memandang ke arah semua pelajar.
Cikgu N: Haaa..buat ujikaji tu betul-betul aaa..jangan nak cucuk-cucuk tangan orang...
Aduuuss! Bisanya.. koi menyelitkan muka di celah buku teks ungu sambil Az ketawa terbahak-bahak.. hampess..