Jumaat, April 24, 2009

Assalamu'alaikum Jib...

Koi malanc tadi melalui Berita@Bernama telah tersentak dengan satu berita yanc amat menyedihkan bagi Umat Islam Semenanjung dan Borneo..

Muka yanc koi menyampoh tamboh2 kalu aokme tengok Live sekejap Persidangan Parlimen di TV1 tu telah mengumumkan Kabinet mengambil keputusan "Seorang anak mesti memilih agama yang diamalkan oleh ibubapa pada ketika perkahwinan dilangsungkan sekiranya berlaku penukaran agama oleh salah seorang dari mereka". Dan "Perkahwinan yang disempurnakan melalui undang-undang sivil hanya boleh dibubarkan melalui undang-undang sivil".

Apa hak kabinet untuk mengganggu urusan mahkamah syari'ah?

Tamboh hiba lagi bila koi baca The Sun suratkabor pree pagi ni yanc terus teranc meletakkan tajuk utama "End to child conversion".. Saper2 yanc follow suratkabor ni tau la gonner gayer deme ni dan saper yanc menguasai suratkabor "nyamuk" ni..

Koi petik lagi data2 dari Berita Harian pulok..:
*************************************

Beliau merujuk kes Mohd Ridzuan Abdullah atau K Patmanathan, 40, bekas penganut Hindu, yang kini memeluk Islam. Mohd Ridzuan dilaporkan turut menukar agama anaknya, Tevi Darsiny, 12, Karan Dinesh, 11, dan Prasana Diksa, setahun, serta memohon hak penjagaan terhadap tiga anaknya itu di Mahkamah Syariah walaupun ibu mereka, Indra Ghandhi, 35, masih beragama Hindu.

Berikutan itu, Indra meminta bantuan Hindu Sangam di Ipoh kerana mendakwa Mohd Ridzuan menukar agama tiga anak mereka tanpa kehadiran dan memaklumkannya terlebih dulu.
Nazri berkata, lebih banyak kes seumpamanya dijangka muncul pada masa akan datang dan kerana itu Kabinet terpaksa membuat keputusan.

Sebagai penyelesaian jangka pendek, katanya, Kabinet mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom, menemui Mohd Ridzuan bagi menjelaskan keputusan jemaah Menteri itu.

"Kabinet juga membuat keputusan sekiranya sesuatu perkahwinan didaftarkan di Mahkamah Sivil, maka ia hanya boleh dibubarkan mengikut undang-undang sivil. "Jangan jadikan agama, contohnya Islam, sebagai alat untuk melepaskan diri daripada perkahwinan kerana perbuatan seperti ini akan mencemarkan nama agama itu," katanya.
Beliau berkata, Kabinet turut bersetuju bahawa tarikh penguatkuasaan undang-undang Islam terhadap seseorang mualaf ialah tarikh dia memeluk agama itu.

Bagi menguatkuasakan keputusan itu, Pejabat Peguam Negara akan diminta meneliti semua undang-undang berkaitan yang perlu dipinda, tetapi tidak termasuk undang-undang syariah, yang terletak di bawah bidang kuasa Sultan.
***************************************

SATU DEMI SATU IKATAN ISLAM TERLEPAS..

Koi menulis bukan untuk menghasut..
Cuma koi harap rodonc koi dari Pekan Najib bin Abdul Razak tengok-tengok la ke mender ni..
Aok ader kuasa.. aok la yanc patutnya membela nasib ummah dan bangsa..
Allah tanya aok dalanc kubur dan di Akhirat nanti..
Ma'asslamaah..

Lagi ulasan blogger lain...

23 ulasan:

  1. bermacam-macam isu berkaitan keutuhan agama islam timbul.sejak akhir-akhir ini.lebih malang.perundangan negara islam sendiri tidak mampu melindungi dan mempertahankan kesucian agama.dunia dah nak kiamat.agaknya.

    BalasPadam
  2. Terima kasih padel..
    kalu ada kesempatan moh le semayanc hajat moga Islam terus unggul di Malaya dan Borneo..
    Paling kurang pun doa lepas setiap kali solat lima waktu..
    Ameen...

    BalasPadam
  3. ketuanan islam di bumi malaysia kian luput dan satu demi satu terlucut. malah tangan yang membogelkan bukan tangan yahudi atau kristian tapi tangan orang islam sendiri. Najib, bertindak segera kerana sebagai ketua, sebelah kaki anda kini berada di dalam neraka dan sebelah lagi di syurga.jangan sampai kedua-dua belah kaki anda berada di dalam neraka. Err...don, xkena isa ke kalau koi komen mcm tue?

    BalasPadam
  4. salam Don,
    Jadi sekarang ni betul2 le jadi benda2 mengarut yang kita dok bimbang selama ni... makin lama makin terhakis ketuanan Islam di malaysia ni.. makin lama makin tipis iman umat di malaysia ni. mana tak tipisnya Don, pemimpin dok belasah agama kita, kita ni dok diam saja... bising2 macam ni ajelah kita... aduh,koi sungguh2 naik takut ni Don, esok bila ALLAH tanya kita apa kita buat, apa koi nak jawab?

    BalasPadam
  5. kabinet macam nak lepas tangan jek..agama anak misti ikut agama semasa mak ayah kawin..ada ke mcm tu..?

    tp don..kau ada borak ngan kawan bukan islam x pasal convert2 agama nih..aku selalu ym ngan kwn cina aku..satu kali dia ada tanya aku..

    "dzul..kalau org suruh u tukar agama macamana pulak..? misti u tak mau kan.."

    bilamana koi menggalakkan dia kawen dgn boifren melayunya yg sudah tentu memestikn dia convert ke islam..

    koi terpana juga..koi senyap..lama koi senyap tp setelah sekian lama bekawan koi tau jiwa n perasaan dorang ni mmg ada hala tuju utk tau pasal islam..koi tau..sbb tu nature..jiwa beragama ada pada setiap individu..n agama islam sgt2 mereka nak ambil tahu sbb ia lengkap..

    oleh itu kerajaan sepatutnya bertegas dalam hal ni..ni kang boleh kuar pulak undang2..patutnya tak payah buat undang2 gini..kalau ada kes berebut je bantu terus supaya anak boleh terus convert ke islam..samada semasa kawin atau selepas..apedehal..

    BalasPadam
  6. Doa senjata muslim, tapi Senapang dan bom pun senjata jugak
    la revolucion!

    BalasPadam
  7. Fadh..
    Takdoknye nok kena ISAnya bloggers runcit-runcitan machanc kiter ni.. hehe
    Tapi ayat2 aok memanc power..
    Apa kabinet nak melawan hukum Allah..
    Firman Allah dalam Surah At-Tahrim ayat 6:
    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ (66:6)

    Topics discussed in this Verse:
    [Angels:appointed over the Fire] [Hell:fuel is men and stones]

    # 66:6 (Malay) "Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."

    Doh tu, munasaboh kita masuk Islam lepeh tu tinggey anok2 jadi kapir masuk neraka? Bini babil tok mboh masuk nok buat goner... Bini Nabi Lut, Nabi Nuh pun "selamat"....

    Machista,
    koi pun mmikir gitu jugek..
    takdek demonstrasi ke mender ni?
    PPSMI boleh kita buat...takkan mender gini hal akhirat kiter boleh gelok2 sambil minum teh tarik dan lambung kacang cap tangan masuk mulut??

    BalasPadam
  8. D-z,
    Islam tidak boleh disamakan dengan agama-agama lain. Dari sudut pengkelasan semantik mungkin ianya sama menurut pengkaji-pengkaji bukan Islam, namun dari segi realitinya ia adalah satu-satunya agama yang benar. Maka menyuruh org berhijrah dari kebatilan kepada haq itulah jalan kebajikan dan kebenaran. Namun gué ngerti kok, hujah di atas bisa kita gunakan sesama kita, namun mana bisa kaum yang enggak mahu menerima atau belum menyadari kebenaran Islam. Kamu bisa menggunakan jalan dakwah Jule, perlahan-lahan kamu bentangkan ide-ide atau fakta-fakta yang menerangkan mengapa Islam itu benar, lebih manis jika secara bawah sadar (subconscious mengikut istilah orang bule). Nah, inilah peluang kamu berdakwah melalui media baru. Kok kayaknya serem gitu jika sahabat tiongkokmu nggak mahu menerima lantas memutuskan persahabatan, namun apa saja bisa berlaku, yang penting mencoba yach..

    Tapirus indicus,
    Amicus.. non per nunc :)

    BalasPadam
  9. don,
    utk amoi kwn bukan islam aku tu sebenarnya sampai skang pn aku keep in touch..semlm smpai 8.30 mlm masih ym aku..

    apa yg aku dapati sebenarnya adalah hanya aku yg byk bercerita ttg islam pada dia n dia jd pendengar setia..tp konsepnya bukan dakwah..sebab aku pun bukan org yg baik2..

    aku cuma bercerita sbb dia nk dengar itu ini..arak judi, no. ekor, pergaulan, hukum..setakat yg aku tahu..pun aku ada selitkan..sebenarnya aku takut juga terover yg mungkin menyebabkan dia menjadi lebih benci..hal inilah yg amat menakutkan aku ya don..

    ah, sayangnya org yg sebaik dia..patutla boifren melayunya sasau bila dia minta putuskan hubungan akibat berbeza agama..

    BalasPadam
  10. D-z,
    berdakwah tok semestinya kita org baik2 dan alim sangat..
    kala gitu dalanc satu negeri berapa orang je yang layok? hehe
    ikut kemampuan dan berpada-pada la koi rasa..
    betul aok cakak tu..
    kala makin ke benci baik jangan.. hehe
    Tapi Allah tanya apa yang kita dah cuba buat..
    bukan berjaya ke dok..
    renungkanlah wahai sahabat..

    BalasPadam
  11. don,
    oh ya.. mungkin kau ada salah faham sedikit dengan ayat aku yang menyatakan berikut..

    "dzul..kalau org suruh u tukar agama macamana pulak..? misti u tak mau kan.."

    bilamana koi menggalakkan dia kawen dgn boifren melayunya yg sudah tentu memestikn dia convert ke islam..

    >>koi terpana juga..koi senyap..lama koi senyap..<<

    untuk makluman..aku senyap dan terpana bukan sebab mempercayai kelogikan kata-kat dia tu..tak sama sekali..aku senyap sebab aku tak tau nak jawab apa dan bagaimana..

    masa tu mulut aku memang ada rasa nak terangkan sesuatu pasal islam dgn membandingkan dengan agama yang sedang dia anuti tp aku takut dia akan bertambah bencikan aku dan islam itu sendiri..

    yaa..itu lah yg aku takuti dan menyebabkan aku kelu..

    untuk dia..aku akan sentiasa berdoa...

    BalasPadam
  12. D-z,
    koi tak silap paham pernyataan aok tu..
    cumo koi lontarkan sedikit logik akal yang tak ke mana ni..hehe

    tanya je d-z..
    contoh soalan:
    i) apakah tujuan aok menganut agama?
    ii) adakah aok peduli agama aok tu benar atau menyimpang atau memang dari awal palsu?
    iii) adakah aok percaya Tuhan itu satu/esa..?

    contoh je la tu..
    apapun..sila rujuk expert..
    karanc semua main novice sama2 terjun gaung.. kuikui..

    BalasPadam
  13. tambahan..
    aok bagi la link harunyahya.com
    amazing qur'an..
    kemudian syarahan-syarahan dr zakir naik dari india ataupun the famous Allahyarham Ahmad Deedat dari Afrika Selatan..
    selitkan dengan Yusuf estes dari US..
    banyok website dia boleh kaji..
    mungkin cara tu lebih subconcious..
    kalu kita push knowledge masuk mungkin nampok machanc memaksa..
    dok gitu gu? :)

    BalasPadam
  14. takbir....!!!!!
    pada yang dah convert tu, kita bayangkanlah perasaan dia...nak tarik anak2 sama2 masuk surga tak dapat...hmmmmm.....mcmn ya...patut ke kita pandang dari jauh je...tau tapi tak boleh buat apa...
    arkkkkkkkkkkkk....!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  15. inilah dinamakan ..demokrasi terpimpin..

    ...

    BalasPadam
  16. Tepat az..
    dulu kes Tun Salleh abas dengan budok cina bawoh umur yang masuk Islam sampei dia kena tindakan kerajaan..
    undang2 common law yang mengiktiraf diri sendiri lebih tinggi dari Al-Qur'an itu takkan membantu kita umat Islam..penciptanya sendiri bukan orang islam..munasaboh nok memenanckan kita..?
    Itu koi tok pelik la.. doh deme memang benci dan memusuhi Islam..
    yanc koi pelik kita yanc mengaku Islam di Malaya di yanc beria-ria memakei undanc2 itu?
    Psikomotor koi gagal memberikan sebarang penjelasan logik bagi situasi ini..

    Lae..
    demokrasi terpimpin..
    projek terpimpin..
    agama terguling..

    BalasPadam
  17. elok ada kalau pemimpin macam almarhum sheikh ahmed deedat dari india tu. berani giler weh berdebat dengan puok kapir. ni yang kita letok nazri. kena pulaih je la telinga dia!!

    BalasPadam
  18. Tok empat,
    Betui kater aok..
    takder ruh islam langsung dalanc diri..
    gitu belaker dalanc pemimpin2 UMNO..
    UMNO org bowoh ramei yanc bagus sebenornya.. cuma demeh tok sedor kena gulei iduk-iduk ke puok-puok ateh tu.. :)

    BalasPadam
  19. kaih ade sedare kat gelanggi 2 tuh. kaih duk pj ni nok suke manjang bace blok aok! kala aok penah dengor cakak org ulu tembeling oak post la satu entri. kaih teringat laluan jerantut gelanggi tu tempat kaih merempit masa kaih zaman jahilliah dulu.

    BalasPadam
  20. Islam demeh main pilih-pilih...yg bkenan demeh ikut...gitu gayenye.
    ???

    BalasPadam
  21. demeh = mereka.

    betul ke ekk.
    aduyai.

    BalasPadam
  22. Yanaz..
    betul..
    makin ke pandei aok cakak pahanc le ni yek? :)

    BalasPadam
  23. tok pengulu,
    Loghat ulu tembeling aok kena suruh Dzulkarnain buat..
    koi memanc tok pandey lalu..hehe

    BalasPadam

Komen ke komplen ke koi takdok masaaloh..kuikui