Memaparkan catatan dengan label silaturrahim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label silaturrahim. Papar semua catatan

Isnin, Jun 29, 2015

Ulangtahun ke 11 Pembunuhan beramai-ramai orang Islam Melayu Menara (Narathiwat) 11 Ramadhan 1425 Hijriyyah bersamaan 25 Oktober 2004

Assalamualaikum kaum keluarga dan rodonc-rodonc.

Semalam genaplah sebelas tahun tragedi Tabal (Tak Bai) mengikut kalendar Hijrah.


Walaupun resam manusia itu lupa, namun koi yakin kita semua umat Islam di Semenanjung Tanah Melayu dan Borneo ini tidak akan melupakan tragedi yang amat memalukan kepada tamadun manusia yang disebut "moden" ini.


Hingga kini tiada yang disabitkan kesalahan secara tuntas dalam tragedi ini. Thaksin Shinawatra masih tersengih-sengih di sana-sini. Nak harapkan Jeneral Prayuth Chan-ocha Perdana Menteri yang naik melalui rampasan kuasa?


Para waris tetap menderita kehilangan ketua keluarga dan anak-anak bakal peneraju keluarga.


Bacalah jika prihatin.












Tragedi Tak Bai Video 2:


Tragedi Takbai video 3:








http://donlaurel.blogspot.com/2013/07/ulangtahun-ke-9-pembunuhan-beramai.html


https://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_berdarah_Tak_Bai


http://selatansiam.blogspot.com/2014/10/tuntut-keadilan-tragedi-tak-bai.html

Selasa, Mac 17, 2015

Perjuangan bangsa itu Asobiyyah ke weh?

Assalamualaikum kaum keluarga dan rodonc-rodonc..

Tujuan hamba menerbitkan entrada kali ini bukanlah untuk memedihkan hati sesiapa, lebih kepada peringatan untuk diri sendiri di samping menyampaikan kepada kaum keluarga dan rakan-rakan, atas dasar kasih sayang, atas berusaha supaya masing-masing menuju ke syurga Allah yang penuh kenikmatan, bukan neraka Allah yang azabnya maha dahsyat dengan api menggulung saujana mata memandang.

Hamba ini tidak layak sebenarnya, namun atas semangat "sampaikanlah dariku walau sepotong ayat", hamba gagahi jua, kalau mahu tunggu diri maksum memang mustahil, hendak betul-betul alim pun tak tahu bila.
Izinkan hamba mulakan kaum keluarga dan para sahabat...

Hadith Rasulullah SAW:

ليس منا من دعا إلى عصبية، وليس منا من قاتل على عصبية، وليس منا من مات على عصبية


Bukan dari golongan kami siapa saja yang mengajak kepada asabiyyah, bukan pula dari golongan kami orang yang berperang karena asabiyyah, dan tidak juga termasuk golongan kami orang yang mati karena asabiyyah (HR Abu Dawud)

Maka penerangannya dalam hadith lain secara mutlak:

فُسَيْلَةُ قَالَتْ سَمِعْتُ أَبِي يَقُولُ سَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَمِنَ الْعَصَبِيَّةِ أَنْ يُحِبَّ الرَّجُلُ قَوْمَهُ ,قَالَ
لَا وَلَكِنْ مِنْ الْعَصَبِيَّةِ أَنْ يُعِينَ الرَّجُلُ قَوْمَهُ عَلَى الظُّلْم


Fusaylah berkata: Aku mendengar ayahku berkata ” Aku bertanya Rasulullah SAW, Wahai Rasulullah apakah seorang yang mencintai kaumnya (bangsanya) itu termasuk asabiyyah?” Nabi s.a.w menjawab: “Tidak, asabiyyah itu bilamana seorang membantu dan memihak kepada kaumnya atas sesuatu kezaliman.” (HR Ibnu Majah)
Hari ini orang Melayu seolah-olah malu mengaku Melayu.
Bercakap pun bahasa rojak basi campur bahasa bangsa pencuri hasil Tanah Melayu.



Extracto del libro "The Blockade of Quedah 1838" por Sherard Osborn

Di Patani (merangkumi Wilayah Patani:Pattani, Menara:Narathiwat, Jalo:Yala dan Senggora:Songkhla) Ligor:Nakhon Si Thammarat dan Setul:Satun, orang Melayu sedang mengalami asimilasi bahasa dan budaya Siam. Diajar di sekolah berkata, "saya orang Thai Muslim: C̄hạn khun thai muslim:ฉันคนไทยมุสลิม.
Malah orang Melayu di Malaysia menjadi KETAGIH mengutuk bangsa sendiri, atas sebab bencinya mereka kepada sebuah parti yang kononnya memperjuangkan bangsa Melayu. 
Belum pernah hamba jumpa suatu bangsa yang BANGGA bila bangsanya dikutuk seperti orang-orang begini.
Diburukkan lagi oleh fatwa-fatwa dan pendapat tokoh-tokoh "agama" tertentu yang melarang terus penjuangan kebangsaan, tanpa mengerti apa itu definisi asobiyyah yang dilarang oleh Islam.
Aku sendiri tak menyukai dan tidak pernah mengundi parti yang kununnya memperjuangkan bangsa tersebut tetapi aku tetap Melayu dan bangga dengan sejarah bangsaku.

Tidakkah anda semua sedar anda sebenarnya telah termakan dan dibuai racun penjajah semenjak mereka datang dan memperlekehkan kita dengan mengatakan orang Melayu nak buat jarum pun tak pandai?
Bukan aku nak menjadi jenis yang "live of past glory", tetapi untuk mengenali diri, mengetahui fakta-fakta kependudukan kita di Nusantara dan Semenanjung Tanah Melayu supaya tidak menjadi pak angguk bila orang kata kita pendatang dan juga menjadi motivasi kepada generasi akan datang yang kita juga mampu menerajui Asia malah dunia.

Bukan takat jarum, kome lebur besi abad PERTAMA Masihi lagi omputih wehhh...kuikui
Ingatlah, Dr Burhanuddin Helmi pernah berkata:
“Islam memandang kebangsaan itu sebagai suatu alat bukan tujuan. Kebangsaan hendaklah mengambil tempat yang sederhana dan bulat sebagai suatu lambang yang boleh menarik dan menyatukan suatu bahagian tenaga untuk mencapai cita-cita mulia yang besar dan abadi, sebagaimana Islam memandang dunia bukan tujuan tetapi hanya satu alat atau tunggangan yang menyampaikan ke akhirat.” 5
Pada pendapat hamba yang dhaif ini, kalau batas-batas ini dijaga di mana Islam tetap didahulukan di samping meraikan kebangsaan seseorang, tidak timbul sebarang masalah, berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 13:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ 


49:13 Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. -   


Senang je dok nok paham?

Maka orang-orang yang selama ini ketagih mengutuk bangsa sendiri itu banyak-banyakkanlah beristighfar, Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.


Seperti firmannya dalam Surah Ali-Imran ayat 191:




الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىَ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ  


"(iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): ""Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka."

Bukan apa, hamba takut dan risau, kita sudah merasakan kita memperjuangkan Islam, sudah cukup lengkap segala rukun Islam dan rukun Iman kita, tiba-tiba dibangkitkan masuk pulok neraka. 
Peringatan untuk diri sendirilah ni sambil-sambil berpesan kepada kaum kerabat dan rodonc-rodonc.

Nanti baru kita mmikir apa salah silap kita?



i. Adakah kita menjaga silaturrahim sesama Islam dalam berpolitik, bermasyarakat secara nyata mahupun maya?
ii. Adakah kita menjaga batas-batas bermusuhan dalam politik?
iii. Adakah kita menjadi ketagih dengan perdebatan dan pertengkaran walaupun kita di pihak yang benar?

Renungkan hadith-hadith junjungan kita ini:


Dari Abu Umamah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:



مَا ضَلَّ قَوْمٌ بَعْدَ هُدًى كَانُوا عَلَيْهِ إِلَّا أُوتُوا الْجَدَلَ ثُمَّ تَلَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هَذِهِ الْآيَةَ: مَا ضَرَبُوهُ لَكَ إِلَّا جَدَلًا بَلْ هُمْ قَوْمٌ خَصِمُونَ


"Tidaklah suatu kaum tersesat setelah tadinya mereka berada di atas petunjuk kecuali kerana mereka adalah kaum yang senang melakukan perdebatan."

Kemudian baginda membaca ayat ini,

"Mereka tidak memberikan perumpamaan itu kepadamu melainkan dengan maksud berdebat sahaja, sebenarnya mereka adalah kaum yang suka bertengkar." (QS. Az-Zukhruf: 58)
(HR. At-Tirmizi no. 3253, Ibnu Majah no. 47, dan dinyatakan hasan oleh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami’ no. 5633)

Dari Aisyah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ أَبْغَضَ الرِّجَالِ إِلَى اللَّهِ الْأَلَدُّ الْخَصِمُ

"Sesungguhnya orang yang paling dimurkai Allah adalah orang yang paling keras permusuhannya dan yang menentang jika diterangkan hujah kepadanya". (HR. Al-Bukhari no. 2457 dan Muslim no. 2668)

Dari Abu Umamah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:


أَنَا زَعِيمٌ بِبَيْتٍ فِي رَبَضِ الْجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْمِرَاءَ وَإِنْ كَانَ مُحِقًّا وَبِبَيْتٍ فِي وَسَطِ الْجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْكَذِبَ وَإِنْ كَانَ

مَازِحًا وَبِبَيْتٍ فِي أَعْلَى الْجَنَّةِ لِمَنْ حَسَّنَ خُلُقَهُ


"Aku akan menjamin sebuah rumah di tepi syurga bagi siapa sahaja yang meninggalkan perdebatan meskipun dia yang benar. Aku juga menjamin rumah di tengah syurga bagi siapa sahaja yang meninggalkan kedustaan walaupun dia sedang bergurau. Dan aku juga menjamin rumah di syurga yang paling tinggi bagi siapa sahaja yang berakhlak baik." (HR. Abu Daud no. 4800 dan dinyatakan hasan oleh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami’ no. 1464)



Masjid Zahir, Aloq Staq. Bandar Tertua di Asia Tenggara. Gambar dipinjam dari ecoblueprint.com


Era "social media", "social networks" dan apa lagi social blablabla ini, sangat mudah seseorang itu jatuh ke dalam perangkap permusuhan dan pertengkaran.
Rakan-rakan yang sudah berpuluh tahun tidak berjumpa pun boleh bertengkar hari-hari dalam FB, Twitter, WhatsApp, Telegram, WeChat dan pelbagai namoghima lagi yang sudah dan akan muncul.
Padahal sepatutnya tidak ada sebab untuk berbalah lagi kerana sudah tidak bekerja bersama, atau bersekolah bersama.

Kembali kepada perjuangan bangsa, pendapat hamba yang lemah dan berdosa ini, setakat memperjuangkan ekonomi bangsa Melayu, menyokong kedai-kedai dan perniagaan Melayu, memboikot perniagaan kafir yang menentang Islam atau kafir yang tidak peduli kebajikan orang Islam tidaklah jatuh kepada asobiyyah berdasarkan hadith-hadith Nabi di atas.
Mereka sepakat atas pelbagai isu tak kira apa logo yang mereka bawa.
Kita berpecah dalam segala hal.
Mereka dalam senyap memboikot perniagaan Melayu Islam, semua tahu jenama apa mereka tidak akan guna.
Mereka pantang disentuh isu sekolah kaum mereka tak kira mereka dari parti apa.

Setakat memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu di semua peringkat bukanlah asobiyyah.
Setakat memperjuangkan keperluan tanah rizab Melayu dan Lot Bumiputra dalam perumahan baru pun bukanlah asobiyyah.
Setakat memperjuangkan hak Melayu di MRSM dan UiTM pun bagi patik bukanlah asobiyyah.
Setakat memperjuangkan keperluan MARA memberi pinjaman dan biasiswa pun bukanlah Asobiyyah.

Setakat mempertahankan bangsa dan agamaku bila dipertikai oleh bangsa/agama lain sudah semestinya bukan asobiyyah. Lihatlah seperti isu aurat wanita baru-baru ini.

Setakat memperjuangkan kepentingan sejarah Melayu ditulis semula di luar tempurung pemikiran penjajah juga bukanlah asobiyyah.

Mempertahankan INSTITUSI Raja-raja Melayu juga semestinya bukan asobiyyah. 
Fahami beza Institusi dengan Individu betul-betul ya.

Ramai golongan profesional Melayu yang telah berjaya tapi mempersoalkan perkara-perkara di atas disebabkan oleh politik seolah-olah mereka tidak pernah mendapat manfaat perkara-perkara tersebut.


Dah tu apa yang asobiyyah?

Jika ada menteri atau orang politik dari bangsa aku tak kira daripada parti mana pun yang rasuah atau melakukan jenayah atau menzalimi rakyat, tetap mempertahankan mereka ialah asobiyyah.

Jika ada menteri atau orang politik dari bangsa lain tak kira daripada parti mana pun yang rasuah atau melakukan jenayah atau menzalimi rakyat,, tetap mempertahankan mereka bukanlah tidak asobiyyah tetapi kebangangan yang serius kuikui..


Seorang bangsaku mencuri atau menganiaya atau menyakiti bangsa lain lalu aku tetap mengiyakan atau mempertahankan itu ialah asobiyyah.


Seorang bangsa lain mencuri atau menganiaya atau menyakiti bangsaku  lalu aku tetap mengiyakan atau mempertahankan itu bukanlah tidak asobiyyah tapi dayus.


Seorang dari bangsa lain miskin papa kedana tak mampu hantar anak ke sekolah atau memberi makanan yang cukup kepada anak-anak maka aku biarkan itu terang dan nyata asobiyyah.


Seorang dari bangsaku miskin papa kedana tak mampu hantar anak ke sekolah atau memberi makanan yang cukup kepada anak-anak maka aku biarkan itu terang dan nyata kedekut dan mementingkan perut sendiri.


Seorang ahli politik dari parti yang aku sokong atau kawan-kawan separti aku berkata perkara tidak benar lalu aku tetap mencari dalil-dalil membenarkannya itupun sangat hampir kepada asobiyyah.

Dan ingin aku tegaskan yang aku hanya sayang dan bangga dengan agama dan bangsaku, bukan aku asobiyyah atau terjemahannya perkauman.

Aku tidak anti mana-mana kaum di Malaysia hatta di dunia ini. 

Berniagalah, bekerjalah dan hiduplah di kalangan kami dengan aman damai.
Cuma aku menentang bila mereka memperlekeh agama dan bangsaku.

Aku lebih suka bekerja dalam pasukan berbilang bangsa atas dasar ingin kenal-mengenal dan belajar budaya dan cara berfikir mereka dan aku seronok mengenal rakan-rakan sekerja daripada kaum lain yang cara berfikirnya hampir seperti aku juga.


Aku suka belajar bahasa kaum lain walaupun setakat ini aku hanya boleh berbahasa Sepanyol dan Inggeris selain Melayu dan terlalu sedikit Arab (nak belajar semula, rugiiii dunia akhirat kalau tak tahu).
Dari bahasa aku dapat akses kepada budaya dan cara berfikir mereka, yang baik aku jadikan teladan, yang buruk jadi sempadan.

Aku sokong semua kaum di Malaysia yang memerlukan pembelaan dibantu oleh jentera kerajaan, malah aku sukakan kawasan yang ada kepelbagaian bangsa.
Itulah peluang bagi kita berdakwah menyebarkan agama kita, berkongsi budaya kita yang baik.
Aku cuma tak mahu hak-hak seperti tanah rizab Melayu, Lot Bumiputra, MRSM, UiTM, Bahasa Melayu dilanggar dan dirobohkan oleh sesiapa sahaja.

Aku sangat menyokong pelaksanaan sistem undang-undang, pendidikan, kesihatan dan kewangan Islam sepenuhnya.
Barangsiapa siapa yang menentang pelaksanaanya sudah tentu aku tidak sokong tidak kira apa bangsanya, ini sudah tentu bukan asobiyyah namanya.

Dan hanya kerana ada perkara benar yang dilakukan kerajaan Malaysia sekian lama semenjak merdeka aku sokong maka aku dilabel UMNO, atau ada yang aku tak setuju aku dilabel PAS, atau aku bangga menjadi Melayu lalu aku dilabel ISMA atau Perkasa, aku tak perlukan label, cukup Islam dan Melayu sahaja. 

Kesimpulannya: Fikir-fikirkanlah wahai golongan cerdik pandai Melayu dan Islam.



Mekassseyyyyyy...Ma'assalamah..

Rabu, Oktober 22, 2014

Belasungkawa: Bapa saudara hamba Abdul Razak bin Mat Da'ie meninggal dunia 21 Oktober 2014 bersamaan 26 Zulhijjah 1435 Hijriyyah

Assalamualaikum seluruh kaum keluarga dan sahabat handai,

                                                                 Al-Fatihah.





Dengan penuh rasa dukacita, hamba mengumumkan pemergian bapa saudara yang sangat kita kasihi, Abdul Razak bin Mat Da'ie yang meninggal dunia pada 26 Zulhijjah 1435 Hijriyyah bersamaan 21 Oktober 2014.
Almarhum meninggal dunia lebih kurang pukul 1 tengahari setelah lama menderita penyakit barah usus semenjak dikesan pada tahun lepas.

Pengkebumian Almarhum disempurnakan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Ulu Kerian, Selama, Perak DR dengan dihadiri sanak-saudara dan orang-orang kampung sebelah Kedah dan sebelah Perak. Hamba yang sangat terkilan tidak dapat pulang turut serta mengebumikan pakcik yang tercinta walaupun telah mengambil cuti kecemasan dan berkemas mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga kecil dan besar Almarhum. 
Kita mampu merancang, hanya Allah yang menentukan. Adinda hamba mengalami demam yang agak teruk dan hamba yang masih lesu dalam tempoh 2 minggu menerima orang baru ini tidak mampu memandu sendirian 2 hari berturut-turut pulang ke Mahang.

Moga Allah merahmati roh Almarhum dan menempatkan beliau bersama orang-orang soleh.
Ameen..

Isnin, September 15, 2014

Belasungkawa: Ku Abdul Jalil bin Ku Abdul Hamid meninggal dunia 13 September 2014 bersamaan 19 Zulkaedah 1435 Hijriyyah

Assalamualaikum seluruh kaum keluarga dan sahabat handai,

                                                                 Al-Fatihah.





Dengan penuh rasa dukacita, hamba mengumumkan pemergian sepupu tokwan kita yang dikasihi, Ku Abdul Jalil bin Ku Abdul Hamid pada hari Sabtu 19 Zulkaedah 1435 Hijriyyah bersamaan 13 September 2014.


Menurut Ku Yusof kekanda Almarhum Ku Abdul Jalil, Almarhum meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kulim setelah rebah di rumahnya di Sedim, Kulim, Kedah Darul Aman sepulangnya dari Sungai Bikan. Almarhum diberitakan mengadu sakit dalam perut dan pernah mengalami kanser usus sekitar tahun 1996, namun tidak dapat dipastikan jika sakit kali ini ada kaitan dengan kanser yang dahulu.
Almarhum dikhabarkan sihat selepas menerima rawatan pada tahun tersebut dan bekerja seperti biasa sehingga peristiwa semalam.


Pengkebumian Almarhum disempurnakan lebih kurang pukul 11 pagi di Sedim oleh saudara-mara jauh dan dekat serta penduduk Kampung Sedim yang budiman. Turut hadir ialah Makchaq Salmah serta bondanya Ku Azmi binti Ku Abdul Hamid dan keluarga kita di Kg. Peregam, Kuala Kedah iaitu Ku Ahmad Shukri bin Ku Abdullah serta keluarga.




Almarhum berbaju hitam ketika berbual-bual selepas majlis perkahwinan sepupu kami Siti Aisyah , dan Muhammad Hazwan di Kg. Lobak, Mahang, Kedah DA pada 10 Februari 2013 M, 29 Rabi'ul Awal 1434 Hijrah


Yang di tengah-tengah ialah adik bongsu Almarhum iaitu Ku Jalaluddin, juga menetap di Sedim. 

Semoga Allah merahmati, memberkati dan meredhai Almarhum dan menempatkannya bersama roh para soliheen, ameen..


Isnin, Mei 19, 2014

Alhamdulillah..akhirnya Makam Tengku Abdullah Lebar siap dipagar

Assalamualaikum kaum keluarga,
Sepulangnya hamba dari Jejak Waris V 11-13hb05 2014 Beranang-Mahang-Changloon-Chuping-Kuala Kedah, singgahlah hamba dan keluarga di Kg Bakau Tua, Kuala Muda. 
Alhamdulillah, seperti yang diberitahu oleh encik muzammil dari Bahagian Wakaf MAINPP, pembinaan pagar kawasan perkuburan telah disempurnakan oleh kontraktor lantikan MAINPP. 
Minggu sebelumnya saya mula-mula menghubungi Encik Saleh, Pengerusi Masjid Bakau Tua dan beliau memaklumkan kepada saya akan pembinaan yang telah selesai itu. Namun, menurut beliau, beliau bertanya kepada saudara bangla yang membancuh simen di tapak tersebut, kontraktor terlibat ialah seorang ahli keluarga besar kita juga di Sg. Lokan, Butterworth. Yang beliau maksudkan mungkin Tokchaq Ismail Tokey Kopi Hang Tuah yang saya temui Jun tahun lepas.
Namun, apabila saya menghubungi en. Muzammil minggu lepas, beliau dengan penuh iltizam menyatakan yang kontraktor itu memang lantikan MAINPP.

Setelah sampai sendiri (dan tayar kereta terjun ke tepi paya kuikui) yakinlah saya yang memang itu projek MAINPP.
Terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada dari MAINPP ataupun sesiapa sahaja yang telah membantu secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan operasi ini.
Maassalamah.

 Alhamdulillah..InsyaAllah tiada lagi insiden pencerobohan binatang ke dalam kawasan perkuburan ini..ameen..

Sempadan dengan kawasan paya dan kampung

 Pandangan dari arah jalan mini tar yang menyusuri tepi masjid

 Nasib baik kereta tak terjerumus ke dalam paya



Kawasan bertanda itulah Lot 1710 Mukim Penaga Daerah SPU yang telah dipagar tersebut, seluas 0.312 ekar

Moga Allah sentiasa merahmati, memberkati dan meredhai Tokku dan seluruh keturunan, serta seluruh mukmineen mukminaat muslimeen muslimaat yang masih hidup atau yang telah pergi..Ameen..

Ahad, Julai 21, 2013

Ulangtahun ke-9 Pembunuhan beramai-ramai Tabal (Takbai) 11 Ramadhan 1425 Hijriyyah

Assalamualaikum kaum keluarga, rodonc-rodonc dan saudara seislam sebangsa dan tidak sebangsa..

Setiap kali Ramadhan menjelang, hati koi merintih mengenangkan nasib abang-adik-pakcik yang mati dibunuh kafir Siam, musuh abadi Melayu Islam pada 11 Ramadhan 1425 Hijriyyah bersamaan 25 Oktober 2004 di Tabal (Takbai dalam bahasa siam).

Untuk pengetahuan semua, Tabal ini wilayah Kelantan sehingga tahun 1909. Begitu juga Mundok, Belawan dan Sg Padi, semuanya kepunyaan Kelantan sehinggalah perjanjian puaka Anglopuaka-Siampuaka 1909 memisahkan terus kawasan-kawasan ini dari Negeri Kelantan.




Perhatikan juga Jeli dan bahagian barat Kusial bukan kepunyaan Kelantan tetapi Negeri Legeh yang senasib dengan Negeri Reman yang dipotong dua, bahagian utara masuk Siam dan selatan masuk Kelantan dan Perak. Dua Negeri Melayu Islam yang terhapus terus dari peta dunia dan raja-raja mereka dibunuh Siam. 




Semalam, genaplah 9 tahun peristiwa pembunuhan Tabal yang tragis, sadis, tak terungkap dengan kata itu berlaku.

Sudahlah dibelasah, ada yang ditembak dan dipukul mati. 

Yang hidup diikat seperti biri-biri dan disusun empat lapis dalam trak Siam Laknatullah.
Dua jam perjalanan ramai yang mati sesak nafas, menjadikan jumlah kematian 85 orang.

Dan kematian mereka tak pernah terbela.

Hamba di Sintok pada waktu itu, terluka hati dan perasaan, cedera maruah diri, agama dan bangsa.
Namun masih mampu bersahur ke gerai tom yam Mat Chelsea dari Patani dan minum teh tarik macam biasa, sedang keluarga-keluarga mangsa meratap pilu kehilangan anak, abang, adik, ayah, mati dihina sedemikian rupa oleh Siam Laknatullah.

Jika di Palestin ramai yang cakna, Alhamdulillah, namun di Patani ini situasinya jauh berbeza, Astaghfirullah.
Entah di mana silapnya.
Sudahlah seagama, sebangsa, sebahasa, satu sejarah, satu semenanjung, benarlah kata orang Pula Tawor, like toad under coconut shell.

Adakah otak kita tidak sampai untuk berfikir sudah sampai masanya untuk cakna, untuk membantu meringankan beban?

Dari layan cerita seram, maharaja (tidak) lawak, cerita korea atau jalan-jalan asyik makan, baik tengok video yang berlaku pada tahun 2004 ini. Diulang ye, 2004, bukan 1784.

Tragedi Takbai Video 1:


Tragedi Takbai Video 2





Rabu, Jun 19, 2013

Jejak Waris IV: Hari 5, Selasa 4 Jun 2013 Kg. Peregam-Sg. Lokan, Butterworth-Mahang-Bukit Bertam, Selama-Beranang

Assalamualaikum kaum keluarga dan rodonc-rodonc..


Atas nasihat kaum keluarga, saya telah memindahkan kandungan entri ini ke:
http://tengkuabdullah.blogspot.com/2013/06/jejak-waris-iv-hari-5-selasa-4-jun-2013.html


Hamba terpaksa meletakkan kata laluan atas nasihat keluarga juga.
Hamba akur akan keputusan keluarga.
Kaum keluarga yang berminat membaca kandungannya, mohon hantarkan private message ke facebook hamba atau ke e-mel donlaurel@gmail.com


Sekian, terima kasih.


Ma'assalamah wa ilal liqaa'.


Yang Benar,
Mahadhir bin Mat Lazim
a.k.a don laurel kuikui

Jumaat, Jun 14, 2013

Jejak Waris IV, Hari 4: Isnin 3 Jun 2013 Changloon-Sg. Batu Pahat, Perlis-Kg Peregam, Jalan Telok Bagan, Alor Star

Assalamualaikum kaum keluarga dan rodonc-rodonc..


Atas nasihat kaum keluarga, saya telah memindahkan kandungan entri ini ke:
http://tengkuabdullah.blogspot.com/2013/06/jejak-waris-iv-hari-4-isnin-3-jun-2013.html


Hamba terpaksa meletakkan kata laluan atas nasihat keluarga juga.
Hamba akur akan keputusan keluarga.
Kaum keluarga yang berminat membaca kandungannya, mohon hantarkan private message ke facebook hamba atau ke e-mel donlaurel@gmail.com


Sekian, terima kasih.


Ma'assalamah wa ilal liqaa'.


Yang Benar,
Mahadhir bin Mat Lazim
a.k.a don laurel kuikui

Khamis, Jun 13, 2013

Jejak Waris IV, Hari 3: Ahad 2 Jun 2013 Changloon-UUM Sintok-Arau-Chuping-Changloon



Assalamualaikum kaum keluarga dan rodonc-rodonc..


Atas nasihat kaum keluarga, saya telah memindahkan kandungan entri ini ke:


Hamba terpaksa meletakkan kata laluan atas nasihat keluarga juga.

Hamba akur akan keputusan keluarga.

Kaum keluarga yang berminat membaca kandungannya, mohon hantarkan private message ke facebook hamba atau ke e-mel donlaurel@gmail.com


Sekian, terima kasih.


Ma'assalamah wa ilal liqaa'.


Yang Benar,
Mahadhir bin Mat Lazim
a.k.a don laurel kuikui

Ahad, Jun 09, 2013

Jejak Waris IV, Hari 2: Sabtu 1 Jun 2013 Kulim-Kg. Bakau Tua, Penaga, Seberang Perai Utara-Changloon

Assalamualaikum kaum keluarga dan rodonc-rodonc..


Atas nasihat kaum keluarga, saya telah memindahkan kandungan entri ini ke:
http://tengkuabdullah.blogspot.com/2013/06/jejak-waris-iv-hari-2-sabtu-1-jun-2013.html


Hamba terpaksa meletakkan kata laluan atas nasihat keluarga juga.
Hamba akur akan keputusan keluarga.
Kaum keluarga yang berminat membaca kandungannya, mohon hantarkan private message ke facebook hamba atau ke e-mel donlaurel@gmail.com


Sekian, terima kasih.


Ma'assalamah wa ilal liqaa'.


Yang Benar,
Mahadhir bin Mat Lazim
a.k.a don laurel kuikui

Khamis, Februari 21, 2013

Jejak Waris III: 11 Februari 2013 M, 1 Rabi'ul Akhir 1434 Hijrah


Assalamualaikum kaum keluarga dan rodonc-rodonc..


Atas nasihat kaum keluarga, saya telah memindahkan kandungan entri ini ke:


Hamba terpaksa meletakkan kata laluan atas nasihat keluarga juga.
Hamba akur akan keputusan keluarga.
Kaum keluarga yang berminat membaca kandungannya, mohon hantarkan private message ke facebook hamba atau ke e-mel donlaurel@gmail.com


Sekian, terima kasih.


Ma'assalamah wa ilal liqaa'.


Yang Benar,
Mahadhir bin Mat Lazim
a.k.a don laurel kuikui

Sabtu, Februari 02, 2013

Peta Kelantan Sebelum Perjanjian Puaka 1909

Assalamualaikum kaum keluarga dan rodonc-rodonc..


Telitilah peta ini.

Sudahlah Melayu Patani (Gabungan semua Menara:Narathiwat, Jalor:Yala, Senggora:Songkhla, Pattani) yang sebangsa dan seagama dengan kita yang ada di depan hidung sahaja kita tidak peduli, ini pula Melayu Tabal:Tak Bai, Belawan, Sungai Padi, Munduk, yang memang kepunyaan Kelantan sehinggalah Perjanjian Puaka Inggeris-Siam tahun 1909. (Klik di SINI untuk teks penuh perjanjian musibat tersebut)

Kena tembak sana-sini macam gagak, takdok nilai langsung di mata "sedadu" Siam.



Kita terlalu jahil sejarah.

Pernah koi tanya rodonc koi budak Pasir Mas "Sebak ggapo he rama ore Nnayu alik Sie nu?"
-Hoh..jame Jepung mulo demo gi lari..lari...lari..tok kabar nnitah sepade Sie"..




Peta diambil daripada buku Henry Norman seorang pengembara British yang menghilir Sungai Kelantan menaiki rakit dari Sungai Galas masuk ke Sungai Kelantan dan dijemput Sultan ke istana pada penghujung tahun-tahun 1800-an.

* The Where's Where of Henry Norman's time
"An old map showing the political boundaries of several Malay states ( most are now defunct ) in the North-eastern corner of the Malay Peninsular, prior to 1909 Bangkok Agreement. 
Kelantan was also shown, interconnected with Legeh and Reman,the two of which are mentioned in the book."
In " The Peoples and Politics of The Far East ", Henry Norman. First published in London in 1895 by T.Fisher Unwin. 



Sakit benar doh ore kito ning..

Sabit pung kalu ore laing kato kito "bangsa pendatang" kito angguk2 supo lembu..

Baso pendate la kalu 10,000 tahung doh ore klate duk di Tanoh Melayu..

hok demo tu mari baru 100 tahung..gege..agah teehh..

Sori, koi bila maroh koi automatik cakak kelantan kuikui..

Beringat, jange kito taksub denga sapo2..
Kereje'e ko, pembake ko..demo tu ado khijo'e demo..
Takuk hile undi, loh gi la gapo-gapo pung..

Hok nok jago agamo, jago bangso, kito sediri, rakyak sediri..

Ni la jadi kalu kafir laknatullah peritoh kito ore Isle..

Buleh royak aa nok berdamai gajoh rima pung..

Sapa mati aku tokke lupo hok berlaku di Tabal ning..
Di Masjid Kerisik, di mano-mano sajo di tanoh Isle..

Aku peringak ko anok2 cucu aku gi ambik kelik tanoh2 kito sapa di Ligor hok masuk dale Sie lo ning..
Sapa ko Tanoh Sering (Tennasserim) hok termasuk dale Burma lo ning..

Batu tando Semenanjung Tanoh Melayu ado doh ke?

Buwi smula la, baso Sie tok tahu malu....

Sie sediri tahu ini Semenanjung Tanoh Melayu, mulo dari Segenting Kra:

"Kho Khot Kra or Kra Isthmus ( คอคอดกระ หรือ กิ่วกระ )
The Kra Isthmus is the Malay Peninsula’s narrowest point, spanning a mere 44 kilometres from the Gulf of Thailand on the east coast to the Andaman Sea on the west coast. The Kra Isthmus provides an excellent vantage point from which to see the Kra Buri River forming a natural boundary between Thailand and Myanmar."
---
http://www.hotel-thailand.ws/southern/ranong/attractions-ranong.html


Ni menatang apa ni?



(Batu tanda permulaan Semenanjung a.k.a Tanjung Melayu) di Ranong (Rundung), dulunya Wilayah Kedah.

Marilah berderat ke Tennasserim, orang Melayu di sana masih bertutur loghat Kedah dengan fasih.

Lihatlah jarak dari titik paling selatan sempadan Malaysia-Thailand, Bukit Nangka Ayer Lanas ke Stulang Laut di Johor Bahru.



Kemudian lihat jarak Bukit Nangka ke Kra Buri, tempat terletaknya batu tanda sempadan tersebut.




SEMENANJUNG KITA,  KITA DAPAT TAK SAMPAI SETENGAH KUIKUI........

SEDARLAH WAHAI BANGSAKU..............