Sabtu, Ogos 30, 2008

Koi, Kodi dan Kapchai

Gambar Hiasan: Pak Hartono bersiar-siar di waktu sore menantikan berbuka puasa.
((Amaran: Sebahagian dialog dijana semula untuk menggambarkan senario sebenar))

((Aviso: Se han regenerado
unas partes de los diálogos para manifestar el verdadero escenario ))

*** Ini adalah bahagian pertama dari trilogi "Koi, Kodi dan Kapchai"..

Babak 1

Watak
-watak:
Koi, seorang budak dari Daerah Jerantut, Pahang

Kodi, seorang budak dari Daerah Selama, Perak

** Nota kaki: Satu kebetulan, koi dan kodi ada bau-bau ketiak sebab ada ayoh sedara koi di Selama tu kira tok sedara dengan deme.. Sebelum masuk UM koi hampeh tok keney mamat ni.. hehe

Suatu dinihari di Kolej Ketiga UM, 1995


Koi: Kodi.. jom layan maplé jom..laporr aa..
Kodi: Okay jugak.. pukui berapa la ni..

Koi: Ntahla..nko tengok aa jam loceng akob..
Kodi: Pukui 2 lebih.. jom aa aku pun lapaq ni.. sat aku mandi dulu..baru layan..


Kami bergegas mandi dan selang 15 minit kemudian, kedua-dua kami telah siap berpakaian maplé.
Kodi menyetat moto dan koi sekelip mata bergelar pembonceng setia kapchai Honda NX beliau. (Koi masa tu naik RXS yang menjadi bahan lawak member-member waktu itu, mula la segan je nak naik moto tu..hehe ) Turun dari bukit kolej, koi memberitahu kodi:
koi: Kodi, jauh aa pusing depan DTC.. bapak boringya jalan one-way ni..kita cross depan library dah la.. (Laluan lawan arus ini boleh terus keluar ke pintu PJ, ke arah maplé seksyen 14).
Kodi: Ish.. kena tahan dengan pak guard mampuih kita..
koi: Alah.. takde pak guard aa pagi-pagi camni..

Kodi pun terus membuat satu lap yang tidak terlalu leper ke arah perpustakaan (masa tu, jalan belakang perpustakaan tu tak boleh lalu, ada pembinaan apa ntah koi dah lupa..)

Tiba-tiba kelihatan cahaya berbalam-balam dari arah hadapan fakulti kejuruteraan, lalu masuk ke laluan hadapan library, betul-betul setentang dengan kami..

Koi: Slow kodi...slow..karang berlanggar dengan moto tu..

Kodi memperlahankan motosikal beliau seselow mungkin... mamat yang menaiki motosikal tersebut nampak terkejut melihat kami.. kemudian mengelak ke kiri dan kanan..tapi yang peliknya..

Bum!!!

Berlaga tayar moto beliau dengan tayar moto yang kami naik..
Kodi jatuh ke sisi jalan..
Koi jatuh ke belakang (menunjukkan betapa slow kodi waktu itu, momentum moto mamat tu menghumban koi ke belakang, kalau kodi laju mesti kami sama-sama terbang ke depan disebabkan inersia kami..)
**Nota kaki: momentum, M = mv, di mana m=jisim bahan, v=halaju jasad

Kami bingkas bangun. Mamat itu pun begitu..
Kodi segera mengangkat motornya kembali.. kulihat tayarnya menunjukkan ciri-ciri awal mahu menjadi nombor 8..
Mamat itu juga segera menegakkan kembali motor beliau..
"(((((KIPS, ingat RXZ tadi))))"..kata koi dalam hati..
Kulihat lever brek depannya patah..

Beliau bertanya dengan nada agak kesal.. "Bakpo mung masuk kok ni nyo? Ké one-way ni ké..."
Koi membalas.."Sori be.. kito nok cepak sakning.."..

Kodi segera menuntun motornya ke seberang jalan..memberi isyarat tangan suruh koi cepat..

Koi bersuara.." Kito gi dulu be.. sori bbanyok deh.."..
Mamat itu hanya mengangguk..kemudian bersuara perlahan.."Pahni bo la cross nyo.."..
Koi menjawab perlahan juga.."Okay be.."..sambil bergerak ke arah kodi..

Malam itu kami berjaya juga sampai ke maplé walaupun tayar depan motor Kodi
yang mempunyai no. plat ACT xxxx tesebut bergerak ke semua arah, gelong all-out kata orang utara..

***Nota kaki:
Member koi Man Musang dari BM menyatakan yang ACT bermaksud "accident"..hehe
********************************************
[[Babak 1 berakhir]]

Selasa, Ogos 26, 2008

Hantu galah Kolej Tuanku Khursiah 1995...

Maser tu koi baru semester dua Pusat Asasi Sains UM. Koi berkongsi bilik dengan dua orang pelajar Akademi Pengajian Islam di kolej kediaman ketiga UM a.k.a Kolej Tuanku Khursiah yang majoritinya student dari kaum hawa. Minggu itu minggu terakhir peperiksaan. Kedua-dua ustaz tersebut sudah pulang ke kampung halaman masing-masing, Azri ke Negeri Sembilan dan Asri ke Sabak Bernam. Nama dekat-dekat la pulok roomate koi ni..

Biasanya exam Asasi memang habis lewat berbanding fakulti. Jadi, kami pelajar-pelajar Asasi biasanya akan bergabung bilik untuk study dan bersembang-sembang sambil main declare atau tangkap ayam. Exam kali ni Rahmat atau panggilan trengkasnya Mat memilih untuk bergabung di bilik koi, kononnya nak study la tu.. Mat ni perangai dia agak merapu pada waktu itu, terkenal satu Asasi sebagai pengisi ruang antara kuliah dengan lawak-lawak yang dipersembahkannya di pentas depan dewan kuliah. Kadang-kadang lecturer pun sempat tengok persembahan slapstick dia tatkala dia tak perasan lecturer seterusnya dah masuk..

Mat juga terkenal dengan kegemarannya menyakat orang tengah malam dengan kostum pocongnya.. kadang-kadang dengan topeng getah wajah lonyer kena asid beliau..

Berbalik kepada kisah malam tu, koi, Mat dan rodong-rodong asasi lain selepas lepak makan (larut) malam di Gerai Sahur Kolej Ketiga, naik la ke bilik masing-masing untuk study kerana esoknya ada exam Algebra.. Mat memilih untuk mandi dulu sebelum mula membaca lebih-lebih kurang topik-topik yang mungkin keluor esok. Koi mula la terpikir plan nak menyakat mat pulak.. Asyik dia jer menyakat budok..

Bila Mat masuk je ke bilik shower tu.. Koi pun memanjat "dataran sinki" yang kami gunakan untuk membasuh pakaian (Sebenornya koi jarang sangat guna.. hehe) yang sangat dekat dengan bilik shower dan berdiri di situ.


Selesai saja Mat mandi, dia pun membuka pintu dan sejurus terpandang kelibat koi di atas dataran tersebut, dia menjerit "Aaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!".. persis bunyi mangsa orang minyak dalam filem P. Ramlee. Sebijik bunyi pompuan, koi terjun dari dataran sambil gelak terbahak-bahak..
Koi tanya ke Mat " Nko nampok ape Mat? hantu galah? hahahah"..
Mat yang berasal dari Tanjung Kling, Melaka itu pun menghamburkan perkataan yang berbaur kemarahan ke arah koi..
"Lahanit nko terkejut aku..*^%*^()()^^*$$%%*_*&^^$*)&$!@$@%$&"..

Setelah koi mengutuk Mat kerana menjerit macam pompuan dan penakut hangit koi pun lepak-lepak beberapa ketika di dalam bilik sambil tengok-tengok sedikit subjek Algebra.. Mat memang expert dalam Kalkulus dan Algebra.. Di Asasi, Matematik dipecahkan kepada dua subjek, iaitu Kalkulus dan Algebra.. Koi meminati kalkulus, namun tidak Algebra.. Tapi apakan daya, semua tu subjek wajib bagi pelajar aliran sains macam koi..
Setelah beberapa jam, koi pun berenti study dengan Mat dan mengambil tuala ke bilik mandi.

Siap je mandi koi ushar jugek dataran sinki tapi Mat takde pulak buat counter-attack. Tengok bilik koi dah tutup lampu.. ye la..pukul 3 pagi dah masa tu..
Koi yang masih tersengih-sengih mengenangkan jeritan Mat terus membuka pintu seraya menyeru dengan suara segarau mungkin.." Maaarobbukaaaaa....." untuk menyakat Mat lagi
"Adoii!!"..jerit koi. Kaki koi terpijak sesuatu... pedih rasa tapak kaki koi.. cepat-cepat koi mencari suis lampu.
Koi bukak lampu.
Darah menitik-nitik di lantai.. Mat ketawa mengekek-ngekek..
"Hahaha..Marobuuka la lagi.. hahaha"..
Koi pun gelak sambil menahan sakit..
Ntah mana koi dapat plaster pun koi tak ingat..

Ni bahana Asri la ni katil double-decker tu dia patahkan dan buat macam pengusung pastu letak tilam dia, siap boleh sorong masuk bawah katil Azri..
"Adoi.. (&&*^&% punya katil..." koi merengus sambil Mat terus ketawa mencucuk-cucuk perutnya..
Bahagian katil yang dipatahkan tu memang tajam dan sebelum ni pun koi nampak potensi bahanyanya.. cuma tak sangka la pulak koi yang kena bukan Asri.. hampehh..

Selepasnya menyahcaskan saki-baki unsur-unsur nak tergelak yang ada dalam perut kami, Mat pun kembali landing di katil puaka tersebut manakala koi di katil single koi..

Suasana hening sambil masing-masing cuba untuk lelap secepat mungkin ekoran esok exam bermula pukul 9 pagi di Bangunan Peperiksaan yang terletak di atas bukit berhadapan dengan Dewan Tunku Canselor.

Tiba-tiba Mat melompat dan landing macam kucing di sebelah koi! Koi terkejut..
Terus koi bertanya "Kenapa Mat????"..
Mat: "Alamak.. aku mimpi hantu la.. "..
Koi: "Cheh! penakut betul la nko ni.. dah pegi tido tempat nko balik.. "

Mat pun dengan berat hati kembali ke katil puaka.

Suasana kembali hening...
Koi tak tau pukul berapa kami tido malam tu... satu malam yang panjang bagi koi..

***************************

Koi terjaga dari tido. Matahari terik memancar masuk ke bilik koi yang terletak di tingkat bawah, hujung sekali berhadapan dengan tandas. Hati koi mula berasa tak sedap..
Koi takde jam.. handphone belum wujud dalam hidup koi waktu itu untuk melihat waktu..
Koi memanggil Mat dengan kuat..
Koi: Mat!! Bangun.. cerah dah ni.. pukul berapa aa?
Mat: (Dengan suara mengantuk..) Entah aa.. kejap aku tengok jam aku..
Alamak!!!! Pukul 9 lebih!

Kami meluru bangun bagai diberikan arahan oleh seorang komandan. Koi segera mengambil baju bersih dalam almari dan mengenakan seluor jean busuk koi.. Mat koi tak ingat ambik baju mana sebab dia bilik lain..
Cepat-cepat kami pergi ke bilik mandi dan basuh muka sahaja...
Selepas mengambil alatulis, wallet serta kalkulator koi dan Mat berlari selaju mungkin, terhencot-hencot ke garaj motor. Koi mengambil kunci dari Mat dan menyetat moto Fame buruk beliau sepantas mungkin.. kemudian memecut menuruni bukit kolej.. memulas minyak sehingga habis dan lap seleper mungkin di lap Fakulti Sains..


Sampai je di Bangunan Peperiksaan, sempat lagi koi tengok muka koi di side mirror moto Mat.

Hahaha..

koi gelak sederhana kuat melihat rambut koi tinggi dan kembang macam Jimi Hendrix. Koi berpusing melihat rambut Mat..lagi kuat koi ketawa.. sama je macam koi..
takde sempatnya nak basahkan rambut..

Sampai di dewan.. setelah beberapa minit mencari tingkat berapa dan sayap mana kami exam, sampailah kami di zon exam Algebra Sem 2 Asasi Sains. Pengawas peperiksaan tersengih-sengih melihat kami, pensyarah terkujat melihat "penampilan" kami hari itu, manakala rakan-rakan seperjuangan koi terkulat-kulat menahan gelak melihat koi dengan Mat dengan rambut tinggi kembang terpinga-pinga melihat kertas soalan.

Nasib baik belum 9.30, kalau tidak dah dihalang memasuki dewan.

Habis je exam Mat dan koi memecut kembali mendahului semua rakan pulang ke kolej....

Cheh..betul punya hiba...





Sabtu, Ogos 23, 2008

Prosa itik

Pantai Tanjung Bidara..

Bunyi Alfa:(((paapp..paaapp..peeppp..)))
Keterangan: Bunyi itik dilepaskan


Itik-itik putih..
Menjerit bersahutan "Run for your life..!!" (Itik import)
Namun hanya ku dengar bunyi itu, bunyi Alfa..
Berak kecing tak mampu lagi..
Menguis air bak berlari di litar Interlagos..
Mengibas sayap bak burung Albatross..
Namun sesarmu jengkal ke jengkal..

Bunyi Beta:(((Prriiitt...)))
Keterangan: Itu bunyi maut..

Pemburu berenang gegak-gempita..
Laras di bahu disandang perkasa..
Sepicing mata tangkas di air..
Sejurus bunyi Beta..
Tangis menghindar maut sang itik..
Hilai tawa perenang, pemburu..
Bercampur-baur..
Nyawaku permainan??

*********************
Arrgh! Aku bermimpi rupanya..
Kubuka mata..
Kulihat itik-itik putih itu diberi nama Tuan Haron Mohd.Zin, Mohd. Zaidu Qossim, Muhammad Isa, Mat Qasim, Awang Bie, Abu Tholib Seto..


dan nama-nama mesra telinga..

Air masin Tanjung Bidara itu kini menjadi air payau muara..
Sungai Takbai.



Dan Ramadhan ini..
Mataku tak mampu menangis lagi..

Khamis, Ogos 21, 2008

Lari dalam guni.. Tadika Kemas Gelangi 2, 1983

Hari ni koi terkenang kisah masa Darjah 1 dulu. Koi masa kecik dulu memang paling suka tengok hari sukan sekolah, tak kiralah sekolah rendah, menengah atau tadika. Masa umur 5 tahun, koi dah pegi tengok hari sukan Sekolah (rendah) Kebangsaan Kota Gelanggi 2 dan Hari Sukan Tadika. Acara penonton masa tu hanyalah kutip gula-gula, koi masih ingat yang koi hanya dapat sebijik je, itupun yang lebih-lebih orang lain kutip sebab koi memang dari dulu lagi jenis malas berebut-rebut. Sebab tu koi benci dan sakit otak dengan jem pagi-pagi pegi keje tu..

Hari tu koi dah masuk Darjah 1. Teringin nak pegi tengok budak-budak tadika bertanding dalam pelbagai acara yang menarik bagi koi. Ada acara isi air dalam botol, lari sambil bawak sudu berisi bola ping-pong, lari golek gelung rotan dan pelbagai lagi. Acara yang koi nak cerita ni pun ada. Acara wajib bagi hari sukan sekolah koi rasa..hehe. Setelah selesai macam-macam acara, sampailah ke acara yang koi suka tengok tapi tak suka masuk ni. Payoh nak berlari atau melompat. Manjang jatuh.

Cikgi-cikgi pun menyediakan murid-murid di garisan permulaan. Setiap pasukan disediakan dengan satu guni jalur atau dalam Bahasa Sepanyol atau Portugisnya "saco" (saku seluar pun disebut saco, kan ke sama bentuk dan fungsinya tu.. beratus-ratus perkataan kita asal dari Portugis rupa-rupanya). Cikgi yang memegang hailer pun melaungkan.."Sedia...", kemudian meniupkan wisel.."Prrriitttt!!"..
Murid-murid yang mengambil bahagian pun kelam kabut la menyarungkan guni masing-masing seperti hendak memakai kain pelikat. Wullamak.. dalam ramai-ramai tu ada seorang yang meluru pantas ketika murid lain terhegeh-hegeh menyarungkan guni.

Tiba-tiba koi bersama seluruh hadirin menderaikan ketawa apabila budak itu sebenarnya menyarungkan guni ke kepala hingga separuh badan dan berlari terhuyung-hayang tak tentu arah kerana tidak nampak laluan beliau. Harhar.. koi ketawa sampai terduduk. Masa tu juga koi rasa memang budak tu yang "betul" sebab memang dia yang menepati istilah "Lari dalam guni", dia memang sedang berlari, bukan melompat seperti kanak-kanak lain, dan dia juga sedang berada dalam guni, cuma di bahagian kepala dan badan. Cikgi yang memegang hailer (sambil ketawa) segera mengejar beliau dan menghentikan larian beliau sebelum ada yang tercedera (dilanggar beliau atau cedera kerana berguling-guling ketawa..harhar).

Pengajaran dari kisah ini?
i. Gunakanlah istilah yang sesuai supaya semua paham apekebende yang kita deskripsikan..
ii. Weeii..budok.. pegi la training.. ini tidak.. orang training aok tak datang, bila tiba masa, lain disuruh lain dibuat..
Hiba..hehe

Isnin, Ogos 18, 2008

Bila kakak menyanyi..

Bulan 8 ni koi balik setiap minggu ke Gelangi atas urusan pagor sawit yang dikasihi. Balik berempat. Koi dengan 3 orang anak-anak koi yang paling tua, Uzair Ziad, 6 tahun, Nuzul Nasywa, 5 tahun dan Uwais Munzir, 3 tahun. Anok bongsu koi Umair Fayed, 2 tahun tak balik kampung kerana ditugaskan menemani ibunya yang akan menghadapi temuduga KPLI di IPBA di Lembah Pantai pada Isnin 18 Ogos 2008. Banyok mender nok baca, menurut isteri koi.

Pagi tadi koi keluor dari Gelangi boleh tahan awal untuk pulang ke rumoh sewaan koi di Beranang, Selangor, 5 km dari sempadan Negeri Sembilan, lebih kurang pukul 6.55 pagi. Pagor pun tak siap-siap, kurang kelengkapan, kurang tenaga kerja dan kurang masa. Uzair koi tinggalkan di Gelangi untuk menemani neneknya selama sehari. Adik bongsu koi akan pulang dan menjemput mak koi ke Kajang dan Beranang untuk sehari lagi sebelum bertolak ke Kedah menghadiri majlis perkahwinan sepupu koi di Kulim.


Lebih kurang pukul 8.15 pagi, koi membelok ke arah pekan Bentong dari Lebuhraya Karak. Ada urusan sedikit di Raub.
Selesai urusan, lebih kurang pukul 12.20, koi memecut ke KL untuk ke IPBA, dengan tujuan mengambil istri koi yang "mengalami" temuduga KPLI di sana. Dalam perjalanan tersebut, koi menyanyi lagu bangau oh bangau bersama Nasywa yang kami panggil "kakak". Uwais sedang lena diulit mimpi. Habis lagu bangau, koi pun menyanyi lagu "Ada seorang budak", yang selalu koi nyanyikan untuk mengusik anak-anak koi.
Tapi pagi tadi untuk memujuk kakak yang kebosanan setelah sekerat hari di Raub, koi pun menukar lirik kepada lirik puji-pujian kepada kakak:

Ada seorang budak,
namanya kakak,
dia seorang...
budak yang baik..

Ada seorang budak,
namanya kakak,
abi sangatlah...
sayang kat dia..

Kakak yang memang sangat petah bercakap pun dengan spontan segera menjawab dengan nyanyiannya:

Tapi abi sayang,
sikit-sikit saja..
sebab abi suka rotan..
bila buat salah...
betul tak apa..
kakak cakap ni..?

Ummph??!! Koi tergamam dan terpana (pinjam istilah Dzul DC lagi). Adakah itu satu kritikan jujur dari salah seorang anak-anakku? Koi terdiam beberapa ketika dan tersedar yang koi agak strict dengan anak-anak. Rupanya anak-anak koi sudah boleh berfikir dan menyuarakan reaksi mereka.
Kemudian koi menyusun kata.. "Kakak..abi rotan kakak bukannya abi sayang sikit-sikit je.. abi sayang betul-betul kat Kakak, abang, Uwais, Umair.. abi rotan supaya kakak jadi orang baik, masuk syurga..supaya kakak tak buat salah selalu, nanti Allah marah"..


Kakak memandang aku dan berkata "Kakak saayyaang abi.." seraya mencium pipi koi.
Koi terharu.
Begitu bersih dan mulianya hati kanak-kanak. Pemaaf dan sentiasa bersangka baik. Tak macam kita orang dewasa. Dendam kesumat dan hasad perkara biasa.

Marilah kita sama-sama berhijrah demi Allah untuk kesejahteraan anak-anak... Aameen.

Sabtu, Ogos 16, 2008

Ho-ho-ho, Ba-lik kampung..... Ha-ti Go-reng..

Koi bosan.
Keja malam lagi.
Dalam kepala koi hanya memikirkan nak balik Gelangi La Bella pagi esok. Hal-ehwal pagor kebun sawit koi mesti diselesaikan segera. Kalau tidak, setiap kali pergi melawat ada sahaja anak sawit baru dibaham dek binatang bersiong hodoh itu. Ada juga yang hanya dikeluarkan secara kejam (dan mati) dari lubang yang koi upoh bambang-bambang dari seberang menggalinya dahulu.

Arrgh! Stress jugek koi memikirkan keserakahan binatang yang haram koi dan saudara-saudara seagama makan tu. Karang koi panggil tokey restoran dari Sri Jaya menjalankan versi Gerak Khas beliau sendiri di Gelangi baru spesis liar tu tau langit tinggi rendah. Tapi pikir-pikir balik boleh jatuh haram hukumnya sebab koi menggalakkan manusia makan al-lahmul khinzir.

Cerita pagor koi ni doh kira masuk peringkat telenovela doh gamoknya.. meleret-leret. Di Sepanyol, deme panggil "culebrón" yang bermaksud ulor besor. Koi pun rasa takjub dengan keupayaan rakyat Malaya menghayati telenovela-telenovela yang suatu waktu dahulu menjuarai siaran-siaran waktu prima di saluran-saluran utama negara. Hiba..
Balik semula ke cerita pagor koi. Setelah menghadapi serangan gelombang pertama, koi berusaha dengan segala petua dan tips dari pelbagai golongan penanam sawit dan bukan sawit, tentang cara menghindari serangan babi dari berulang. Cara mak dan ayah koi dulu juga gagal. Deme letok 3 pelepah sawit yang dipotong dalam julat 1 1/2 kaki ke 2 kaki dan disusun berbentuk 3 segi di sekeliling pokok sawit, dengan bahagian berduri menjulur keluar. Nampaknya babi yang sekali-sekala membuat lawatan tapak ke kebun koi berkulit tebal. Habis disesah segala pokok sawit yang koi harapkan dapat berbuah 2 tahun lagi, untuk membantu penghidupan keluarga koi yang sederhana ini. Koi kemudiannya membeli kawat, pemotong kawat serta paku di kedai Jusoh Dagang di Bandar Pusat Jengka untuk membuat pagar tiga segi individu bagi setiap pokok. Petang itu koi dan isteri berjaya menyiapkan hanya satu pagar mengelilingi sepokok sahaja..harhar. Seminggu kemudian, koi menelefon rodong koi dari zaman mandi sungai iaitu Najib untuk mencari kayu untuk membuat pagor keliling kebun versi anti-babi. Beliau berjaya menjumpai kayu-kayu yang sesuai untuk dijadikan tiang pagor di sebuah kedai dalam Wilayah Jengka dan pihak kedai telah bermurah hati menghantar 150 batang kayu dengan kos RM5 sebatang.

Minggu lepas koi balik ke Gelangi dan membeli jaring hitam babi di kedai Natural Strategy berhadapan dengan Balai Polis Jerantut. Esok koi tak sabor-sabor bersama isteri dan anak sulung koi Uzair Ziad Al-Mentakabi yang berumur 6 tahun untuk memacakkan batang-batang kayu tersebut dan jika diizinkan Allah memasang jaring babi pada hari Ahad 17 Ogos 2008 ini.

***********************************************************
Haa.. mesti wokme terpisat-pisat (pinjam istilah Dzul Dos Cuernos) membaca apekene mamat Don Balon ni cerita hal pagor sawit pulok hari ni.. takde idea la tu..hehe

Ada beberapa sebab sebenornya yang koi pilih topik pagor ni.. takde mender seram pun.. atau lawak.. semuanya berkenaan ketidakpuashatian koi berkenaan sikap orang kita. Dulu masa susoh bila nok upoh buat mender-mender keje kebun, menggeletat deme datang buat keje. Le ni, jangan harap..ramei yang hanya mahu lepak dan menghabiskan usia emas dengan cara kedai kopi begitu. Itupun takde la senang sangat, dapat "elaun tetap" RM1500 je dari Felda. Itupun dikira hutang, kena bayor balik dengan bunga atau faedah atau kata David Beckham "interest". Mat indon pulak dulu geng-geng 80-an kelam-kabut buat keje nak kumpul duit, pantang dengor ada orang nak mengupoh itu-ini. Sekarang ni call pun cakap sibuk, takpun tak boleh nak start segera, ada banyak keje lain lagi.. etc, dll serta bll.. (et cetera, dan lain-lain serta blablabla). Jual mahal...

Mmmm..mikir panjang koi sebab lepas ni koi nak sambung projek-projek sawit baru (JV dengan bekas rakan sekerja dan kakak ipar koi) di Kuala Klawang dalam daerah Jelebu (sebab tu koi selalu ulang-alik ke sana), Kg. Berchang di Lepih (koi plan nak tebang sendiri belukar tu, potong batang kayu untuk buat kayu pagar sendiri dan buat pagar sendiri selepas "kena ketuk" nak pitam oleh juruukur yang ukur tanoh tu.. wokme bayanc la bulan 3 baru ni 5.6 ekar dia caj RM600..harga promosi gamoknye.. sekarang ni 3.5 ekar dia caj RM800. Berasap jugek la lubang telinga koi..), Kg. Lepar dalam Mukim Gali dan Kg. Chenua dalam Mukim Sega. Semua tu nok pakey berapa banyok RM koi pun maleh nok mikir sangat. Semua tu sebagai persediaan untuk meninggalkan pekerjaan koi sebagai kuli jerman di syarikat koi keje le ni. Lebih masa untuk perkembangan mental dan fizikal anak-anak.

Sebab tu la gamoknye perkataan "pagar" dalam bahasa Sepanyol bermaksud "bayar".. hehe
Huwaaaarrrrghhh...
zzzzZZZZZ balik...




Selasa, Ogos 12, 2008

Jalan Jengka 10 - Simpang Jengka 1

Peww! Berasap jugak lubang idung sebelah kiri koi mencari idea nak menulis kali ni.. Rahimin dah nak melastik dah tu.. harhar..
Ada 3 draf koi dah save tapi takde idea jugak nak mengabiskan cerita.. last-last koi ikut la seruan Dzul Senjakala untuk menurunkan sebuah nukilan mengintai dimensi keempat berbentuk separa naratif yang koi dengor sendiri dari orang-orang yang sangat koi percayai dalam hidup koi..


Bagi penduduk sekitar Jengka 10, Jengka 1, Sungai Tekam Utara, Sungai Tekam Getoh, Kota Gelanggi 2 & 4 serta Gugusan Lepar Utara, jalan Jengka 10 menuju simpang Jengka 1 memang terkenal dengan kisah-kisah yang layak menghuni majalah kecil Variasari, Mastika atau siri-siri agak seram Tok Awang Ngah.. terlalu banyak cerita koi dengar dari rodong-rodong setempat, sama ada berkredibiliti tinggi, kurang kredibiliti ataupun tiada kredibiliti langsung.. :)

Contoh cerita yang koi bagi tag "Bakul Sampah" ialah hantu rock yang mengganggu setelah eksiden maut di simpang yang memang tinggi kadar kemalangannya terutama di musim lebaran setelah pulang menghadiri konsert di Funfair Tong Kiat (nama dalam geran Sungai Jerik..hehe) yang terletak sangat hampir dengan Jengka 1. Ada jugalah pelbagai cerita yang koi gelakkan secara mutlak dari kaki-kaki "gebang" yang amat terkenal seantero Gelangi.. tak dinafikan ada juga yang koi gelakkan secara separuh hati ekoran perlunya menyedapkan hati. Mana tidaknya, memang selalu koi lalu kawasan tu sorang-sorang waktu malam terutamanya sewaktu pulang dari KL menaiki RXZ tak laju koi masa zaman student dulu..


Namun, segalanya berubah apabila Mak Awa jiran koi yang koi anggap macam mak sedara kandung menceritakan sendiri peristiwa beliau pulang dari kampungnya di Sabak Bernam bersama salah seorang adiknya. Mak Awa menceritakan.. lebih kurang pukul 3 pagi..
ketika menghampiri simpang tersebut.. kelihatan satu lembaga putih berdiri tegak dekat dengan garisan tengah pembahagi jalan. Tapi apabila menghampiri lembaga tersebut, jelas yang lembaga itu berada agak ke kiri. Adik Mak Awa cuba mengelak tetapi akhirnya terpaksa "melanggar" sahaja makhluk tersebut..
Yang anehnya, tiada bunyi yang terhasil dari perlanggaran tersebut, malah kereta adik Mak Awa melaluinya dengan lembut dan lancar..seolah-olah tiada apa yang berada di atas jalanraya..
Koi sewaktu mendengar cerita Mak Awa bukan setakat meremang, terasa tengkorak kepala koi mengecut selama 7 saat..hehe

Tambah gawat bila mak koi sendiri bersama adik koi menceritakan peristiwa sewaktu deme dalam perjalanan nak turun ke KL atas urusan menghantar jemaah haji di lapangan terbang. Kami sekeluarga memang terkenal amat skeptik dengan kisah-kisah paranormal begini.
Para jemaah menaiki bas, manakala mak, adik dan Allahyarham ayah koi menaiki kereta Datsun tonggek, kereta pertama ayah yang dibeli pada tahun 1995.

Masa tu baru lebih kurang pukul 9.30 malam.. ayah memandu perlahan melintasi Simpang Jengka 1.
Suasana macam biasa, ada cahaya bulan hampir penuh dan bunyi cengkerik menghiasi suasana malam..
Setelah melalui selekoh kawasan tanah runtuh, nun di sana adik ternampak dari kejauhan samar-samar bayangan putih di bahu jalan. Adik memandang emak tertanya-tanya. Emak pun resah amat..
Emak melihat kembali ke arah adik, seolah-olah memberi arahan jangan bersuara atau bertanya apa-apa...
masing-masing bertarung dengan perasaan sendiri. Kereta ayah semakin menghampiri lembaga tersebut...
Tatkala melintasi bayangan tersebut... srrrrruuupp...
Jelas dilihat oleh adik dan emak satu lembaga putih bertelekung lengkap sedang berada dalam posisi seperti bersembahyang di tepi bahu jalan. Sapa pulok sembahyang tepi jalan tengah-tengah hutam belukar ni??
Adik dan emak tergamam.
Langsung tak terkata apa-apa, menahan perasaan yang bercampur baur..
Mungkin antara terkejut, takut, cemas dan was-was dengan apa yang telah dilihat sebentar tadi..
Keesokan harinya barulah adik memberanikan diri berbicara dengan mak mengenai kejadian aneh tersebut..
Koi yang mendengar kisah tersebut dari adik koi terasa tiba-tiba ada suatu aura udara sejuk mengalir dari bahagian dada naik ke muka..
Brrrr.... Jin Islam gamoknyer..

Apa komen wokme semua???

Khamis, Ogos 07, 2008

Kisah budak belajar kimia..


Sek. Men. Jengka Pusat, 1992. Tingkatan 4N. Ketika itu matapelajaran Sains masih dalam Bahasa Melayu.. (takde la pulak bodo budok-budok generasi koi sebab belajor dalam bahasa ibunda yang tercinta...)

Suatu hari di makmal kimia...
Guru bertugas: Cikgu N, comel orangnya.. bersuara lemak-lemak basah.. Hobi: Bercakap dengan gaya yang agak lawak dan mencubit perut koi & the gang..
(Nama guru wanita muda tersebut dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan dalam negeri.. Dialog dibina semula untuk menggambarkan keadaan sebenar..)

Cikgu N: Hari ni kita akan belajar mengenai elektrolisis. Sila rujuk gambarajah dalam buku teks serta di papan hitam (hijau sebenornya..)..
Saya dah suruh pembantu makmal sediakan semua radas di atas meja. Dalam bikar tu terdapat larutan kuprum sulfat yang berwarna biru serta dua elektrod positif dan negatif (anod dan katod) yang disambungkan kepada punca elektrik. Bila arus elektrik dialirkan selama beberapa ketika, pepejal kehijau-hijauan akan terbentuk di elektrod negatif. Ini akan membuktikan ion-ion Cu+ dari larutan kuprum sulfat termendak di elektrod negatif. Haa..boleh mulakan ujikaji.

Kami pun mula la kelam kabut menghidupkan punca kuasa yang koi lupa apa panggilannya. Koi memang paling minat kimia sewaktu di sekolah menengah. Anod dan katod mula la berbuih-buih. Cikgu N pun turun dari meja panjang tinggi di hadapan makmal memantau anak-anak muridnya melakukan ujikaji. Koi seperti biasa tercuit-cuit bergurau dengan Az sidekick koi di sekolah. Sampai di meja kumpulan kami, Cikgu N bertanya.."Haa.. Macamana? Boleh? Ha.. tu nampak tak dah ada enapan hijau tu..".. sambil menekapkan kedua-dua tapak tangan sebagai menopang tubuhnya di meja ujikaji kami. Koi dah memang tersedia berdiri di situ, di sebelah Cikgu N.

Tiba-tiba..entah jin mana yang menggerakkan jari telunjuk koi mematuk belakang tangan Cikgu N! Cikgu N terkujat dan serta-merta menarik tangannya dan memekup tempat kena patuk seolah-olah tempat itu terluka.. Koi kaget. Cikgu N berdiri tegak selama beberapa saat memandang secara tidak tepat (bukan pandang serong) ke arah koi dengan wajah blur. Az pun nampak kejadian tersebut. Az mula tersengih-sengih dan memekup mulutnya dengan tangan, menahan ketawa.

Koi tak tau apa nak buat, lalu segera kembali ke tempat duduk koi terpinga-pinga. Cikgu N segera kembali ke meja panjang di hadapan, berdiri, tidak duduk, memandang ke arah semua pelajar.

Cikgu N: Haaa..buat ujikaji tu betul-betul aaa..jangan nak cucuk-cucuk tangan orang...

Aduuuss! Bisanya.. koi menyelitkan muka di celah buku teks ungu sambil Az ketawa terbahak-bahak.. hampess..