Memaparkan catatan dengan label kenangan lawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kenangan lawak. Papar semua catatan

Isnin, Ogos 23, 2010

Suatu Ahad di bulan Ramadhan 1431 Hijriyyah


Assalamualaikum rodonc-rodonc dan kaum keluarga...
Semalam Ahad, setelah pusing2 Bandor Tasik Kesuma dengan kereta Vios putih baru adik koi, koi pun merehatkan diri di sofa sambil berniat untuk tidur..

Anok-anok koi yanc 3 oranc tu seperti biasa melaksanakan sesi lukisan bebas yang telah menyaksikan berrim-rim kertas menjadi mangsa kreativiti demeh.. Ok jugek dari dinding rumoh jadi mangsa machanc dulu.. 3 hari setengoh koi dengan orang rumoh bergelumang dengan cat mengect balik ruang tamu dan ruang makan. Ruang keluarga dan bilik2 belum lagi, tok daya koi.. Orang rumoh koi yanc beria nya cat-mengecat ni... koi nasik tamboh je..kuikui Demeh duduk bersimpuh di tepi sofa, betul2 depan koi.. Anok sulung koi pergi ke rumoh sepupu dia yang terletak lebih kurang 300 meter dari rumoh..

Tiba-tiba anok bongsu koi yang berumur 4 tahun, Umair Fayed yang masih belum kenal huruf, bersuara kepada abangnya Uwais Munzir, 5 tahun, yang senasib dengannya:

UF: Abang Uwais, bagi la Umair lukis kat buku tu pulak...
UM: (Dengan muka sangat serius) Eh,eh..mana boleh..tengok kat depan ni.. ada tulis "..Umair tak boleh lukis dalam buku ini.."
UF: (Tidak kurang seriusnya)..Eh, apa la Abang Uwais ni.. tengok ni, ada tulis "Kena kongsi-kongsi..."..

kahkahkah..koi gelak dalam hati sambil cuba untuk terus tido............

Rabu, Jun 16, 2010

Tok nyinggoh doh kaeh..

15 Jun 2010. Lebih kurang 2.45 petang. Cuaca panas terik. Seisi Wira tak mandi sedari pagi kerana masalah bekalan air di Kelantan.

Puan Faridah: Berapa seketul ni cik?
Pak Kopiah: 4 ghinggeik je..

Puan Faridah dengan hati berbunga-bunga mengambil 2 ketul ikan patin yang dipotong empat, tanda telah pulang ke Pahang setelah 3 hari di Kelantan semenjak Sabtu.

Puan Faridah: Berapa ni cik?
Pak Kopiah: (Sambil membungkus plastik berisi ikan patin dengan getah kecil) Sebelas ghinggeik..
Puan Faridah: Aik.. tadi kan kata seketul 4 ringgit..
Pak Kopiah: (Diam seketika)..mmm..9 ringgit..
Puan Faridah: Kan 8 ringgit..
Pak Kopiah: Kuoh seghinggeik..

Jumaat, Mei 07, 2010

Sasuka!!!!!

Sabtu lepas, teruja dengan catatan ringkas Merbah Kunyit tu, koi dengan anak sulung serta anak kedua koi bertolak ke kawasan anak sungai sebelah kebun getah yang melekat dengan taman perumahan koi. Pisau panjang dari dapur, benang duku saiz wak-wak, anak ikan kembung dan otak koi menjadi bekalan kami untuk membuat operasi menjerat wak-wak pada hari itu.

Wira Hitam tahun 2005 koi berhenti di bahu jalan betul-betul sebelum jambatan yang merentasi anak sungai tersebut. Koi dan anak-anak terjun tiruk ke tanah bersemak sebelah anak sungai untuk menjayakan operasi. Setelah 15 minit ke hulu ke hilir mencari batang kayu yang sesuai untuk dibuat batang jerat bidas (jerat sembat mengikut varian kampung Dzul Menerung), namun tiada ketemu.

"Abang, kakak, jom pegi tempat lain, takde kayu aa sini..", laung koi membuat ajakan.

Abang dan kakak bergegas meragas semak naik semula ke bahu jalan.

Wira Hitam koi pandu ke arah longkang besar dan dalam, di mana koi dapat lihat banyak batang pokok sebesar dua ibu jari yang sesuai untuk dibuat penyembat wak-wak.

"Mau melambung 14 meter ke udara ni..kuikui", gelak hati koi..

Kami menurunkan semula kelengkapan ringkas kami. Kawasan itu memang sering koi lihat wak-wak sering melintas jalan menuju paya di seberang sana.

"Peluang baeek ni..", hati koi berangan lagi..

Tiba-tiba koi membalingkan pisau panjang gaya the Ninja, siri alihsuara Jepun tahun 80-an yang koi amat minati ke arah pokok acasia yang terletak di tepi longkang besar. Berapa banyak pokok pisang mok koi tumbang gara-gara siri tersebut. Itu belum diambilkira pokok-pokok jambu batu mak long koi di Perak Utara yang koi amuk sebaik sahaja mendarat..kuikui
Dan tidak dapat koi lupa Munusamy menggelepar dengan kapcainya gara-gara lembing koi menyipi ke pokok pisang dan laju menusuk ke celah-celah rim lidi kapcai beliau. Koi pun apa kurangnya, menggelepor koi lari berkubu ke dalam bilik tidur koi kuikui....

"Hebaaaattt...", laung abang dan kakak serentak..

Koi bertambah bangga.. pisau panjang koi cabut.
"Itu baru satu cara, abi masa kecik dulu berlatih hari-hari baling pisau macam ninja.. tengok ni..dari bawah..", terang koi dengan penuh semangat kepahlawanan..

"Sasukaaaaa!!...", laung koi separa kuat..

"Cepelum!", jawab longkang besar kepada koi..

Petang itu para pemandu di Bandar Tasik Kesuma fasa belakang memandu berlalu dengan muka syak wasangka melihat koi dan anak-anak mengail pisau panjang yang tak kunjung naik.... sambil anak koi yang sulung bertanya..

"Abi..sekarang abi kekurangan latihan ye?"..

Isnin, Julai 20, 2009

Woi toyer!!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
(Ini pulak tudung "toyu" kalau di Kedah..kuikui)
Assalamualaikum kaum keluarga & rodonc-rodonc..

Ntah kenapa pagi ni koi teringat kepada perkataan "toya" yang selalu koi & rodonc-rodonc guna masa sekoloh dulu...

Ahhh..betapa indahnya perkataan tersebut..

setaraf dengan klasiknya maksud "koru" atau "konyo" bagi kami di Jerantut/Lipis (baca Lepih)..
Masa koi tingkatan 1 di Sek. Men. Sultan Hj Ahmad Shah Kuantan dulu, koi kelas 1 Melati. Dzulkarnain Menerungpaya (tiada hubungan dengan Alaungpaya Raja Siam) rasa koi 1 Selasih.

Rodonc koi dalanc kelas tu ada sorang nama dia Azrin bin Ariffin, budak Ipoh. Oleh kerana dia bukan berasal dari Pahang, maka dia sangat takjub dengan perkataan "toya" ini.


Maka diceriterakan orang berpurnamalah lamanya khadam Tuanku yang digelar orang Azrin ini memanggil-manggil hampir setiap makhluk dalam 1 Melati dengan gelaran "budak toya" kecuali kepada Cikgu Jami'an dan Cikgu Bahar....kuikui..

Sabtu, April 11, 2009

Jus epal..kuikui..


Dinihari semalanc koi dgn member sekerja koi Ricardo Samsol Kola Muda VIII setelah menahan lapor yanc membara dan menghiris-hiris bahagian dalanc perut semenjok pukul 11 malanc..
keluorlah kami pukui 3.15 pagi untuk break sejanc di tempat biaser menamboh berat badan di sebuoh kede mamak di Cyberjaya..

aahh koi tok letok nama pun aokme boleh tahu sebab restoran die je yang mamak bukok 24 janc..

Sampei2 di restoran koi cepat2 memanjanckan tengkok melihat bahagian lauk pauk yang doh sejuk machanc besi palanc tingkap bas sekoloh koi pada pukul 6.15 pagi masa tingkatan 5 dulu..
jenama bas tu TATA..buatan negara angkat Duan budok Jerantut itulah..
Kalu kena bas Mercedes lalu depan rumoh koi kira nasib baik la..masa tu bas Merce tu baru beli..
sampei Sekoloh Menengoh Bandor Pusat kembang jugek hidung bak seladang mayang koi ni..kuikui..

Balik kepada cerita koi..
Jenguk punya jenguk daging masala kegemaran koi masih ada..
maklumla penggemor nasik kandor memanc tok tinggey koi daging masok gini..
Macha yang jaga kaunter pun cedok la dua ketul daging yanc bapooork keciknya masuk ke pinggan nasik putih koi..
kemudian dia ambik bil kecik dia dan menulis... koi teka RM4.50 sebab biasa harga tu la..
tup-tup.. RM5.. koi mula nok rasa panas..
Samsol pulok tunjuk daging masala yang sama.. cedok punya cedok.. campur pulok dengan sotong tepung (keras) RM8..

koi dgn Samsol doh mula gelok2..


Pegi je ke meja waiter macha datanc dan tanya nok minunc air mender..
Koi machanc biasa order kopi-O..
Tiba-tiba idea ntoh dari mana menerawang ke dalam kotak minda koi.. (saper la pandey2 reka istilah kotok minda ni..tok kena lalu..kuikui..)..

"Ané.. tukar.. bagi jus epal aa..." ujar koi kompiden..
"Ha..saya pun sama aa" sambut Samsol jugak dissident..

Selang7 minit lebih kurang..
Macha waiter tadi datang bersama dua gelas agak besor jus epal..
Hati koi mula berasa tok sedak..
ni mahu RM3 segelas ni..
kalau kopi tadi baru RM1.20 je.. getus koi dalanc hati..

Macha tersebut mintak bil kecil kami seraya menulis harga tambahan bagi minuman..
tiba-tiba koi dan samsol berpandangan sambil tersengih-sengih kegabraan..


Gummed punk ahhhh!!!..4.80!!!!!!!
air saja tu..hampeh..

Lepas ni koi layan kopi-O atau teh tarik dgn roti canai je la kala lapor sangat.......

Ahad, November 02, 2008

Suatu Malam Nan Suram..:Penunggu TNB Bangsar

Suatu malam dalam tahun 1998 atau 1999, koi terpaksa ke TNB Bangsor untuk mencocoh duit di BSN kecik di sana ekoran BSN Pantai Dalanc pada masa itu terpaksa ditutup oleh masalah yang sampei le ni koi dan rakan-rakan serumoh gagal mendapatkan sebab-musababnya..

Koi dengan Z buruk koi pun merentaslah keagaksibukan Jalan Pantai Baru dari arah Kerinchi dan membuat belokan ke kiri dengan sudut 37 darjah dari garis mengufuk.

Selepas jarak lebih kurang, 15 meter koi membelok ke kanan masuk ke kawasan TNB Bangsar. Sampai ke mesin ATM, koi pun menyempurnakan cocohan dengan jumlah yang cukup untuk dua tiga hari layan sup daging atau Tom Yam Sotong di kedai Sofea Tom Yam (kedai termurah waktu itu..hehe).

Koi mendapatkan Z usang koi lalu separuh memecut..menuju arah pintu keluar Jalan bangsar, bukan jalan masuk tadi. Sengaja koi buat begitu malanc tu, maleh nok pusing balik melinteh Kerinchi. Setelah beberapa ketika melayan perasaan dalam kedinginan dan keheningan persekitaran TNB Bangsar yang meriah di siang hari, koi ternampak dari kejauhan satu susuk tubuh antara pepohon peneduh yang terdapat di situ. Tubuh itu melambai-lambai ke arah koi dari kejauhan.

Koi mula mengaktifkan cognitive dan motor information koi dan akhirnya motor information koi telah menyebabkan motor Z koi berhenti. Satu susuk tubuh agak tinggi, berkulit agak kehitaman, berkumis dan berjambang mendekati koi.. Langkahnya koi lihat agak terganggu, mungkin salah satu kakinya mengalami komplikasi ataupun bahagian basal ganglia dalam otaknya mengalami gangguan. Apabila tubuh itu semakin hampir dengan fairing Z koi, suatu bauan semerbak kemasaman memecah kebeningan malam..

"Mabuk punya kutu la pulak.. abeh aa koi".. motor kognitif koi beroperasi lagi..

Tiba-tiba tubuh itu bersuara dalam Bahasa Melayu dialek Andhra Pradesh..

"Macha.. tumpang pigi itu pintu deppan boley ka?"..

Lagi sekali proses membuat keputusan berlaku...
Keputusan: afirmatif.

"Boley aa macha..?".. ujar tubuh itu lagi dengan suara diiringi bauan kemasaman itu lagi umpama bulan dipagar bintang..

Koi bersuara pendek "Naik aah.." sambil sengih separuh yang dibuat-buat disulami dengan elemen-elemen ketakutan dan kerisauan..

Tubuh itu membonceng Z koi sambil bersuara..arrghh..bau itu semakin kuat ekoran jarak beliau dengan koi kini hanya beberapa cm...

"Macha.. terima kasey aa.. saya suda tunggu suda berapa lama..semua tara mau angkat.." getus beliau..
"Ooooo..perempuan kalu, suda lama itu worang angkat..poodah!" sambung beliau lagi menunjukkan rasa tidak puas yang amat sangat.

Koi rasa nak tergelak.. mana doknye..dressing dah la menakutkan..bauannye pun bisa menyebabkan simptom-simptom seperti orang berbadan dua.. hehe

..............

Akhirnya koi dan tubuh itu sampai ke pintu keluar arah Jalan Bangsor.

Tubuh itu turun dari motor Z koi....
Tiba-tiba koi terkejut!
Tubuh itu memegang pergelangan kaki koi dengan kedua-dua tangannya laksana pengantin perempuan dalam filem hindustan bertemu ibu mertuanya..

Dengan wajah terharu yang dapat koi saksikan menerusi cahaya lampu jalan berhampiran, tubuh itu bersuara lagi..
"Machaa...... terima kasih macha".. sambil terus memegang kaki koi..

Koi dalam suasana masih terkejut hanya menjawab "Ok..ok.. no problem.." seraya memecut kemudian setelah agak jauh ketawa sepuas hati koi.. harhar!

Khamis, Oktober 23, 2008

Angkerr!! Taman Negara Kuala Tahan punye cerite.. II















Sampei giliran koi..
Eh..orang rumoh koi naik dulu..
Kemudian
koi melangkah penuh bergaya.. Haha man helang silap..dia ingat koi tara branee ka... Pekerja canopy walk melaung "Jaga jarak 5 meter"..

Koi tengok org rumoh koi selamber je..
Sampai di bahagian tengoh.. mula la mender tu bergoyang-goyang ke atas ke bowoh..
pemegang tu pulok dah la tali.. kalu orang yang sederhana tinggi machanc koi ni (1.70 m sahaja) pun rasa machanc nok terolek-olek ke kiri kanan..
Dah la luas tempat pijok tu dalanc 1/2 kaki je..

Koi mula rasa nok terkencing.. keringat tiba-tiba memercik dari seluruh bahagian tubuh koi yang berkulit..
Koi memanc terpaksa tengok ke bowoh jugek...
Nasik dengan karipap yanc koi belasah pagi tadi berebut-rebut nok keluor dari mulut..
Koi tahan.. koi tak mampu melangkah lagi.. namun kugagahi jua.. setapak demi setapak.. orang rumoh koi sebok suruh koi cepat..
Koi bersuara perlahan kepada penjaga canopy tu..
"Tokleh patoh balik ke weh?"..
-"Nok patoh balik guanner orang lain naik doh blakanc tu..".. balas beliau sambil tersenyum (baca sengih) melihat gelagat koi..

Ahhh sudooohhh.. ni baru satu jembatan koi rasa nok pitam nok muntah nok berok semua ada..
Koi menapak jugek sikit-sikit..
Apit anok sedare koi yang berada di belakang orang rumoh koi muler nok buat dajey.. muler nok melompat-lompat..
ADA 7 LAGI JAMBATAN!!

sampei je di platform rehat pertama antara jembatan koi menerpa dan memeluk kuat-kuat pokok tualang ke pebenda hntoh..
Koi mula bermonolog "Apeke giler mender aku buat ari ni??..."..
Rimbunan pohonan di bowoh pun nampok kembang kuncup je pada pandangan koi..

Koi tak mau meneruskan perjalanan tapi penjaga canopy dah melaung "Jangan lama-lama ateh platform.. orang makin ramei ni.. "..
"jangan ramei-ramei ateh platfonc weh...

Ahhh! bikin gué penasarann..

Koi meneruskan langkah longlai dan terketor-ketor ke jambatan-jambatan seterusnya..
ada jambatan yang rendoh amat level pemegang dia..koi kena merendohkan badan sikit takut terolek ke tepi...



habis je jambatan kelapan koi terus duduk di tanah dan bertafakur mengenangkan apa sebenornye yang telah terjadi..
sambil anok sedare koi tak habis-habis berderai tawa menceritakan kepada semua hadirin gaya ayoh ciknye sewaktu memeluk erat setiap pokok yang menempatkan platform..

Cheh..

Khamis, September 18, 2008

Al-Kisah Geng Bukok Pose Kolej Ketiga II

Gambar Hiasan: Masjid Shah Alam pada pukul 8.10 malam, dirembat dari photopages Azwan Amin hehe sori wan..)










Ramadhan 1416. Tahun Masihi 1995

Hari tu geng bukak pose merancang operasi lagi. Ntoh saper kluor idea nok gi bbuker Masjid Shah Alanc ntoh. Koi raser-raser machanc budok Wira atau koi sendiri..

Dipendekkan ceriter, puok kami Geng Bukok Pose Kolej Ketiga dengan pelakon tambahan Nasyairi bin Nasir a.k.a Panje, dari Bachok dan Wan Nazim bin Wan Jaafar, Kg. Raja, Besut pun memulakan gerak langkah ke Shah Alanc melalui Federal Highway. Aahh..deme je highway..kami motociclistas masih lalu "jalan longkang" dan "terowong maut" sampei ke tahun 2008 ni machanc tu jugekla.. nok wat gonner..kami rakyat marhaen..deme menteri-menteri heboh satu mayapada la kalu chuber-chuber guna laluan marhaen sekali...cheh!..

Berbalik kepada cerita asal..

Sampei di Shah Alanc.. puok koi pun masuk la ke dalam Masjid sambil lepak-lepak dan sembang-sembang sementara menunggu berbuka. Dekat-dekat nak berbuka, kami pun menuju ke ruang makan, di bahagian belakang ruang sembahyang. Berbeza dengan Masjid Bangsar yang mempunyai ruang makan khas di bahagian bawah masjid.

"Buoh dengan kueh je????????!!!!" ujar koi separuh terjerit.
"Aper ni Nik..? kater Masjid Negeri..takkan makan gini je..baik Bangsor lagi wehh.." Wira menguatkan hujah koi.

Nik anak separuh Selangor tu pun tersengih-sengih dan memberikan pelbagai hujah balas namun disanggah oleh kami yang ramai ni..

"Ahh..alanc-alanc datang jauh kita taler betul-betul buoh dengan kueh ni" cadang Wira..
"Ho'oh..layan je la buoh pun buoh la.." kali ini koi pulok jadi amplifier..

Masuk je waktu berbuka.. puok koi pun mula membelasah hidangan buah-buahan dan kueh-mueh yang dipaket cantik-cantik dalam plastik kecik dengan dendam membara.. sampei la perut jadi se'eh dan sebu..

"Haa..ambikk.. tak pernoh lagi aku layan buoh gini gayer..hehe"..getus Wira..
"Datang jauh-jauh ni je dapat.." ujar amplifier bergerak..

Tok bilal pun melaungkan iqamah..
Jema'ah mula bergerak ke ruang solat..
Puok koi pun tak terkecuali sambil merungut-rungut kecil ekoran hidangan yang mengejutkan tadi..
. . . . . . . .
Siap je solat puok koi pun nak menyepring la balik (menyepring=melantun bangun..tiada dalam kamus dewan)..

Tiba-tiba...ada suatu pemandangan yang membuatkan hati koi jadi sebak..

Nun di ruang jamuan kelihatan petugas hidangan sedang menolak periuk besor yang nampak macam periuk nasik ke sekeliling ruang.. sambil pinggan-pinggan disusun..
kelihatan beberapa periuk turut ditolak masuk..

Puok koi pun menghampiri petugas dan jelas ada hidangan berat yang akan dihidangkan kepada para jema'ah..

Adoii..koi menepuk dahi..
Semua perut doh machanc nok pecoh gonner gayer nok isi lagi..?
..............

Malam itu puok koi melayan lebih-lebih kurang hidangan berat dengan muka yang kelat dan perut yang sendat...memanc takde rasa nikmat...

............
Nota kaki dan mulut: Balik tu pulok tayar moto Yamaha SS Sigaw Manila Panje yang dibonceng oleh Nazim bocor di PJ ekoran hentakan kuat di penutup longkang jalan moto... hiba..hehe

Ahad, September 14, 2008

Al-Kisah Geng Bukak Puasa Kolej Ketiga

Gambar Hiasan: Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar. (gambar dirembat dari Flickr kepunyaan my_soul_insurance2 004. )

Ramadhan 1416. Tahun Masihi 1995.

Watak:
Wira bin Mohd. Salleh, Gelangi 3, Jerantut.
Koi, Gelangi 2, Jerantut.
Shahrul Nizar bin Abdul Wahab, Sg. Ruan, Raub.
Azman bin Nasaruddin, Seberang Jaya, S. Perai.
Jasni bin Hashim, Utan Aji, Kangar.
Nik Ahmad Faisal bin Jusoh, Sg. Besi.
Kodi, Taman Merdeka, Selama.

((Dialog dibina semula untuk menggambarkan keadaan sebenar))

Babak 1
***************
Wira: Wei..jom bukok pose kat Masjid Bangsor ari ni wei.. boring aa dewan makan..
Koi: Okey jugek.. tapi yang boringnye nasik sikit sangat.. lauk dah memanc power dah..
Wira: Tu aa.. Masjid Rahman pulok nasik banyok..lauk tak best langsung... rasa nak bawok nasik sendiri je pegi Masjid Bangsor.. hehe
Koi: Okay jugek tu..jom ajok puok ni pegi..
(Menuju bilik Azman @ Man Musang Pulut, roomatenye Jasni@ Bomoh Hujan turut berada di situ)..
Wira: Woi musang pulut.. jom kita pi bukak posa Masjid bangsar jom..
Man: Jom.. aku okay ja.. Bomoh, hang nak pi dak?
Jasni: jom aa.. hang pi aku pi..
Wira: Aku nak bawak nasik sendiri la.. tak kenyang aa makan kat sana..lauk best..
Man: Cheh hang ni memang aa.. bina badan konon (Wira waktu itu aktif ke gim UM membina badan bersama Shahrul, koi kirim salam je la ke besi-besi yang bercamboh tu.. malas koi..)
Wira: hang mintak la kat makcik dewan makan tu..aku segan..
Man: Cheh..aku jugak.. okla.. hang ada plastik?
Wira: Ada.. satgi aku bagi..
************
Babak 2

Lebih kurang pukul 6 petang, semua dah ada menunggu di garaj moto kolej. Koi, Wira, Shahrul, Nik dan Kodi menunggu Man Musang dan Bomoh Hujan yang ditugaskan mencedok nasik di dewan makan. Selang beberapa minit kelihatan Man dan Bomoh dua orang roomate setia keluar dari dewan makan tersengih-sengih menandakan fasa 1 misi telah berjaya. Bomoh menggalas beg kuliahnya yang dipercayai berisi beberapa kilo nasik, untuk santapan tambahan pasukan di Masjid Sayyidina Abu Bakar Bangsar kelak.

Koi segera melompat ke moto RXZ Wira membonceng. Shahrul dengan Panther Gammanya seingat koi dengan kodi (Koi dilarang naik dengan kodi..harhar). Nik dengan RXZ Wabaknya solo (plat moto dia WBK, kami gelor wabak..harhar). Bomoh membonceng Honda NSR Man Musang (bila man kutuk moto kodi ACT accident, kodi balas "hang sampai beli moto pun nak NSRuddin jugak.."..haha).

Kami bertolak ke Masjid Bangsar.

Sampai di sana telah ramai orang berpusu-pusu termasuk saudara-saudara kita dari Dhaka menunggu di pintu masuk ruang santapan. Setelah berpuluh minit bersembang dan merapu di luar.. pukul 6.45 pintu dibuka. Agak awal tetapi memang perlu untuk mengatur jemaah dengan berkesan.

Kami semua duduk dalam satu kumpulan. Oleh kerana satu kumpulan ada lebih kurang 10 orang, adalah seorang Bangla dan dua rakyat tempatan dewasa yang bukan dari team kami termasuk dalam kumpulan tersebut. Di hadapan kami terdapat lauk-pauk yang amat menyelerakan serta pinggan-pinggan berisi nasik pada kadar seperti makan malam di kedai tom yam orang patani sahaja. Tapi kami tak kisah kerana beg bomoh ada....

Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Belum sempat muazzin menyudahkan ayat pertama azan koi terus menerkam ke gelas berisi air sirap untuk meneguk menghilangkan dahaga seharian..

Tiba-tiba Bangla di hadapan koi menepis tangan koi..

Koi tergamam.

Member-member geng bukak puasa turut terpaku.

Bangla tersebut segera mengambil buah kurma dan memberi isyarat kepada koi seolah-olah berkata.." makan ni dulu"..

Ahli-ahli geng bukak puasa pun segera menderaikan tawa melihatkan peristiwa tersebut.
Cheh.. siap tepis tangan koi tu..

Kami meneruskan makan..

Setelah habis sepinggan.. Man musang mengeluarkan khazanah berharga kami dari beg bomoh.

Salah seorang mamat tempatan tersebut ketawa terkekek-kekek melihat kami membawa bekalan nasik sendiri.

Man musang buat selamba.. seorang-seorang demi seorang ahli pasukan menambah nasik..
pueww..nikmatnya.. lauk power..nasik banyak..

Sedang kami asyik melayan nafsu makan kami.. tiba-tiba mamat yang gelak tadi bersuara:

"Dik.. mintak nasik tu sikit!"..

Cheh! Nasib baik Man Musang bagi jugak..


Sabtu, September 06, 2008

Koi, Kodi dan Kapchai Bahagian III

Pesta konvo datang lagi.. Koi lupa pulak tahun1995 tu apekenama deme panggey pesta konvo tu.. EKSKUM (Eskpo Konvokesyen Unibarsiti Malaya)? FESKUM (Festival Konvokesyen Unibarsiti Malaya)? Lantok je la.. koi nok cerita hal kapchai bukan hal konvo..

Koi dan member-member kolej ketiga cambiassa mula la menyebok nak pegi mencuba masakan dan layanan gerai-gerai persatuan anak negeri. Ni part favourite kami setiap kali konvo.. setiap tahun kami akan pegi ke gerai Pahang (Koi,Wira dan Li dari Gelangi Raya serta Shahrul dari Raub), gerai Perak (Kodi dari Selama dan Akob dari Taiping), Kelantan (M Jamil dari Kkale Chepo), Terengganu (Ganung dari Kemamang), Sarawak (Wandik dari Kuching), Selangor (Nik??? dari Sungai Besi rumah dia masuk kawasan selangor kata dia) dan Johor (Labal dari Endau). Maka setiap kali makan, kalu makanan tak sedap ke sampai lambat ke memang luruh la telinga anak-anak negeri dalam team kami ni kena kutuk. Anak-anak negeri pulak tak habis-habis mau up sama gerai negeri masing-masing... Boleh kata tiap malam kami akan pegi cuba gerai-gerai yang berlainan. Alah..bukannya sedap sangat pun..dah semmer budok-budok student ni je yang masak..takde experience pun.. kira lepas telan je la kecuali gerai Pahang.. (misti mau up..hehe)..lambat jangan kira la..

Malam pertama konvo pada tahun itu, ada la musibat mana yang buat mender-mender ala funfair yang koi memang tak minat (tak berani sebenornye hehe) naik. Ada yang memutor, ada yang memusing (sama je tapi takrifan koi memusing tu arah vertikal, memutor arah horizontal..heh).. Maka ntah sebab apa laluan jalan raya depan Fakulti Kejuruteraan yang selari dengan pampe tersebut ditutup dengan penanda-penanda macam yang "Berhenti, Sekatan Polis" tu.. Koi petang tu doh lalu situ, nampok la memang jalan tu tutup. Deme buat lencongan kena naik bukit fakulti kejuruteraan tu, linteh bawoh gerbang lengkung fakulti (le ni jadi pejabat jabatan kejuruteraan biologi koi rasa..), kemudian turun semula ke simpang empat dekat jalan yang koi dan kodi tiarap dalam bahagian I trilogi ini.. hehe.

Lepas je sesi makan sambil kutuk-mengutuk dan up-mengeup di gerai negeri mana ntah koi tak ingat.. kami pun bersegera menaiki moto masing-masing. Koi memilih untuk membonceng Wira kali ini kerana deme dah sound awal-awal selepas dua kali tiarap dengan kodi. "Dah..nko jangan naik ngan kodi..suwey".. ujar Shahrul Raub sambil sengih-sengih riang. Maka berhamburlah deruman moto meninggalkan tapak ekspo. Moto Wira berada di kedudukan ntah keberapa tapi betul-betul di depan kodi.. Masuk je ke jalan utama..semua mula memecut.. Kalau tak sampai 100 km/j pun 90 km/j mungkin jugak..

Kodi pun tak kurang..follow RX-Z Wira dengan kapchai ACTnye.. sampai di lencongan semua orang melencong naik ke bukit Enjin, gelaran kami untuk bukit
fakulti kejuruteraan. Sampai je Wira di lencongan, beliau turut naik dengan lajunya.. (Bukit ni kalau dah lambat pegi kelas 120 pun boleh besit..best woo..hee). Namun sampai tengah bukit, koi terperasan yang kodi masih memecut laju dan lurus.. beberapa detik kemudian..

Tum! Tum! Tum! Tum! berjujukan............
koi terdengar dentuman-dentuman deras dari bawah sana.. penanda-penanda melayang tinggi dan bertaburan sepanjang jalan.. Koi dan Wira gelak sekuat-kuat hati melihat bayangan kodi dan motornya masih menghentam penanda-penanda yang tinggal dengan penuh bergaya..

Kami kemudiannya bersegera turun ke jalan utama tadi bimbang apa-apa berlaku kepada kodi.. Namun kodi meneruskan perjalanan balik ke kolej.. kami masih tergelak-gelak atas moto sambil mengekori kodi pulang..

Sampai di kolej.. di celah-celah tawa rodong-rodong, koi bertanya kepada kodi..

Koi: "Hahhaha.. (x14).. nko tok nampok ke kodi ada sekatan tu wehh?"..
Kodi: "La..mana aku perasan.."

Betui sekali lagi kata Man Musang.

Namun semua tetap sebulat suara yang memang masih suwey sebab koi berada di tempat kejadian..

Cheh!

**************************
[Bahagian III berakhir]

Selasa, September 02, 2008

Koi, Kodi dan Kapchai bahagian II

Suatu Sabtu dalam tahun 1995, Kolej Ketiga UM
((Seperti biasa dialog dibina semual untuk menggambarkan suasana sebenar))

Watak:
Koi
Kodi
Akob, seorang budak dari Simpang Ampat, Taiping
Amin, seorang budak dari Subang Jaya, Selangor
Arie Raphael Abdul Razak,
seorang budak dari mmm.. merata-rata Malaya sebab ayah dia askar, sekejap Tghanung, sekejap N9..

Dalam bilik Kodi dan Akob (2 bekas pelajar SERATAS Taiping yang membawa nama lama di sekolah ke UM..hehe)

Amin: Wei.. dorang ajak pegi Hutan Lipur Lentang la esok..
Koi: Hadoi..korang ni macam orang tua la berkelah-kelah..orang muda lepak kompleks..hehe
hari tu dah pegi Kanching, tak best langsung...
Amin: Alah..kita layan je la..
Kodi: Ramai ka esok?
Amin: Arie, Man, Bomoh, Bad, Zain semua pegi..sepuluh bijik motor lebih aa..
Kodi: Ok aa.. hang kejut aku esok..takut tak bangun pulak..

*****************
Hari yang dinantikan telah tiba...

Koi dan kodi paling lewat bersiap..berat hati agaknya..hehe
Mata kodi pun tak berapa bukak (macam biasa kata Man Musang..hehe)..
Masa pegi Kanching pun koi menyampah mandi di takungan buatan manusia yang tak sebesar mana pun.. Tapi Lentang kira ok la sket.. sungai dia panjang sket untuk kami mandi..

Setelah semua telah bersedia, kami pegi sarapan pagi di dewan makan kolej. Wira bin Salleh member koi budak Gelangi 3 siap bungkus dekat 10 bungkus nasi lemak dan mihun pastu letak dalam moto Kodi yang akan dibonceng koi.

Arie: Madek, pinjam moto nko..moto aku problem la..
Koi: Ambik aa..nko la bawak tapinya moto RXS Awie tu..haha
Arie: Kunci?
Koi: Ni aku bawak.. sekali dengan kunci bilik ni..

Lebih kurang 9.30 pagi.. Kami pun membaca doa supaya perjalanan selamat dan lancar. Koi tak ingat sapa lead konvoi kami tapi koi & Kodi lebih kurang kedudukan ketiga atau keempat la..

Perjalanan lancar keluar dari UM..
Masuk ke bulatan depan pintu UM arah KL..kemudian masuk ke Jalan Pantai Baru..belok kiri masuk Jalan Bangsar..

Lebih kurang 50 meter.. Kodi straight semacam je.. koi dah mula risau..
Koi dah terbau sesuatu..

Sruuuuummmm!
Koi dan Kodi berada di udara bersama kapchai tersayang..
Koi sempat mengeluh perlahan di udara"..Alamaakk Kodi.."..

Serrrrrrrr...
Kapchai menyeret dirinya di jalan raya..
Koi berada di atas moto (di bahagian sisi sebenarnya..) sepanjang seretan..

Minah-minah yang sedang menunggu teksi buat selamba macam tak nampak apa-apa..
Nasik lemak tumpah di jalan (part sedih..hehe)..
Koi tengok Kodi berada di bawah moto.. seolah-olah tak sedarkan diri..
Koi kelam-kabut.. Koi bingkas mengangkat moto..
"Adoi!".. rupanya koi memegang dengan kedua-dua tangan koi di bahagian ekzos.. harhar

Kodi mula membuka mata selepas moto dialihkan...

Member-member semua berhenti..
Kami semua ke Hospital Universiti lepas tu..
2 jam lebih..
Dapatla ubat luka dan melecur..
10 jari koi dan macam belon..

Kemudian setelah berbincang, deme memetuskan pergi ke....Kanching!!!
adoi..walau koi tak setuju,.koi ikut suara majoriti..

Koi mandi macam biasa walaupun belon-belon itu bertambah besor..
pewww!!!
Dalam hati koi berkata.."Ape la nko kodi.. dah berapa ratus kali kita lalu jalan bangsar pegi KL.. takkan tak ingat-ingat ada divider tempat tunggu teksi tu... nasib baik rencong..merasa gak kita terbang..hehe"

Kodi menjawab seminggu lepas tu bila koi mengambil keputusan bertanya jugak dalam nada berseloroh..
Kodi: "Mana aku perasan.."..

Betui la cakap Man Musang...
*********************
[Bahagian 2 berakhir]


Sabtu, Ogos 30, 2008

Koi, Kodi dan Kapchai

Gambar Hiasan: Pak Hartono bersiar-siar di waktu sore menantikan berbuka puasa.
((Amaran: Sebahagian dialog dijana semula untuk menggambarkan senario sebenar))

((Aviso: Se han regenerado
unas partes de los diálogos para manifestar el verdadero escenario ))

*** Ini adalah bahagian pertama dari trilogi "Koi, Kodi dan Kapchai"..

Babak 1

Watak
-watak:
Koi, seorang budak dari Daerah Jerantut, Pahang

Kodi, seorang budak dari Daerah Selama, Perak

** Nota kaki: Satu kebetulan, koi dan kodi ada bau-bau ketiak sebab ada ayoh sedara koi di Selama tu kira tok sedara dengan deme.. Sebelum masuk UM koi hampeh tok keney mamat ni.. hehe

Suatu dinihari di Kolej Ketiga UM, 1995


Koi: Kodi.. jom layan maplé jom..laporr aa..
Kodi: Okay jugak.. pukui berapa la ni..

Koi: Ntahla..nko tengok aa jam loceng akob..
Kodi: Pukui 2 lebih.. jom aa aku pun lapaq ni.. sat aku mandi dulu..baru layan..


Kami bergegas mandi dan selang 15 minit kemudian, kedua-dua kami telah siap berpakaian maplé.
Kodi menyetat moto dan koi sekelip mata bergelar pembonceng setia kapchai Honda NX beliau. (Koi masa tu naik RXS yang menjadi bahan lawak member-member waktu itu, mula la segan je nak naik moto tu..hehe ) Turun dari bukit kolej, koi memberitahu kodi:
koi: Kodi, jauh aa pusing depan DTC.. bapak boringya jalan one-way ni..kita cross depan library dah la.. (Laluan lawan arus ini boleh terus keluar ke pintu PJ, ke arah maplé seksyen 14).
Kodi: Ish.. kena tahan dengan pak guard mampuih kita..
koi: Alah.. takde pak guard aa pagi-pagi camni..

Kodi pun terus membuat satu lap yang tidak terlalu leper ke arah perpustakaan (masa tu, jalan belakang perpustakaan tu tak boleh lalu, ada pembinaan apa ntah koi dah lupa..)

Tiba-tiba kelihatan cahaya berbalam-balam dari arah hadapan fakulti kejuruteraan, lalu masuk ke laluan hadapan library, betul-betul setentang dengan kami..

Koi: Slow kodi...slow..karang berlanggar dengan moto tu..

Kodi memperlahankan motosikal beliau seselow mungkin... mamat yang menaiki motosikal tersebut nampak terkejut melihat kami.. kemudian mengelak ke kiri dan kanan..tapi yang peliknya..

Bum!!!

Berlaga tayar moto beliau dengan tayar moto yang kami naik..
Kodi jatuh ke sisi jalan..
Koi jatuh ke belakang (menunjukkan betapa slow kodi waktu itu, momentum moto mamat tu menghumban koi ke belakang, kalau kodi laju mesti kami sama-sama terbang ke depan disebabkan inersia kami..)
**Nota kaki: momentum, M = mv, di mana m=jisim bahan, v=halaju jasad

Kami bingkas bangun. Mamat itu pun begitu..
Kodi segera mengangkat motornya kembali.. kulihat tayarnya menunjukkan ciri-ciri awal mahu menjadi nombor 8..
Mamat itu juga segera menegakkan kembali motor beliau..
"(((((KIPS, ingat RXZ tadi))))"..kata koi dalam hati..
Kulihat lever brek depannya patah..

Beliau bertanya dengan nada agak kesal.. "Bakpo mung masuk kok ni nyo? Ké one-way ni ké..."
Koi membalas.."Sori be.. kito nok cepak sakning.."..

Kodi segera menuntun motornya ke seberang jalan..memberi isyarat tangan suruh koi cepat..

Koi bersuara.." Kito gi dulu be.. sori bbanyok deh.."..
Mamat itu hanya mengangguk..kemudian bersuara perlahan.."Pahni bo la cross nyo.."..
Koi menjawab perlahan juga.."Okay be.."..sambil bergerak ke arah kodi..

Malam itu kami berjaya juga sampai ke maplé walaupun tayar depan motor Kodi
yang mempunyai no. plat ACT xxxx tesebut bergerak ke semua arah, gelong all-out kata orang utara..

***Nota kaki:
Member koi Man Musang dari BM menyatakan yang ACT bermaksud "accident"..hehe
********************************************
[[Babak 1 berakhir]]

Selasa, Ogos 26, 2008

Hantu galah Kolej Tuanku Khursiah 1995...

Maser tu koi baru semester dua Pusat Asasi Sains UM. Koi berkongsi bilik dengan dua orang pelajar Akademi Pengajian Islam di kolej kediaman ketiga UM a.k.a Kolej Tuanku Khursiah yang majoritinya student dari kaum hawa. Minggu itu minggu terakhir peperiksaan. Kedua-dua ustaz tersebut sudah pulang ke kampung halaman masing-masing, Azri ke Negeri Sembilan dan Asri ke Sabak Bernam. Nama dekat-dekat la pulok roomate koi ni..

Biasanya exam Asasi memang habis lewat berbanding fakulti. Jadi, kami pelajar-pelajar Asasi biasanya akan bergabung bilik untuk study dan bersembang-sembang sambil main declare atau tangkap ayam. Exam kali ni Rahmat atau panggilan trengkasnya Mat memilih untuk bergabung di bilik koi, kononnya nak study la tu.. Mat ni perangai dia agak merapu pada waktu itu, terkenal satu Asasi sebagai pengisi ruang antara kuliah dengan lawak-lawak yang dipersembahkannya di pentas depan dewan kuliah. Kadang-kadang lecturer pun sempat tengok persembahan slapstick dia tatkala dia tak perasan lecturer seterusnya dah masuk..

Mat juga terkenal dengan kegemarannya menyakat orang tengah malam dengan kostum pocongnya.. kadang-kadang dengan topeng getah wajah lonyer kena asid beliau..

Berbalik kepada kisah malam tu, koi, Mat dan rodong-rodong asasi lain selepas lepak makan (larut) malam di Gerai Sahur Kolej Ketiga, naik la ke bilik masing-masing untuk study kerana esoknya ada exam Algebra.. Mat memilih untuk mandi dulu sebelum mula membaca lebih-lebih kurang topik-topik yang mungkin keluor esok. Koi mula la terpikir plan nak menyakat mat pulak.. Asyik dia jer menyakat budok..

Bila Mat masuk je ke bilik shower tu.. Koi pun memanjat "dataran sinki" yang kami gunakan untuk membasuh pakaian (Sebenornya koi jarang sangat guna.. hehe) yang sangat dekat dengan bilik shower dan berdiri di situ.


Selesai saja Mat mandi, dia pun membuka pintu dan sejurus terpandang kelibat koi di atas dataran tersebut, dia menjerit "Aaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!".. persis bunyi mangsa orang minyak dalam filem P. Ramlee. Sebijik bunyi pompuan, koi terjun dari dataran sambil gelak terbahak-bahak..
Koi tanya ke Mat " Nko nampok ape Mat? hantu galah? hahahah"..
Mat yang berasal dari Tanjung Kling, Melaka itu pun menghamburkan perkataan yang berbaur kemarahan ke arah koi..
"Lahanit nko terkejut aku..*^%*^()()^^*$$%%*_*&^^$*)&$!@$@%$&"..

Setelah koi mengutuk Mat kerana menjerit macam pompuan dan penakut hangit koi pun lepak-lepak beberapa ketika di dalam bilik sambil tengok-tengok sedikit subjek Algebra.. Mat memang expert dalam Kalkulus dan Algebra.. Di Asasi, Matematik dipecahkan kepada dua subjek, iaitu Kalkulus dan Algebra.. Koi meminati kalkulus, namun tidak Algebra.. Tapi apakan daya, semua tu subjek wajib bagi pelajar aliran sains macam koi..
Setelah beberapa jam, koi pun berenti study dengan Mat dan mengambil tuala ke bilik mandi.

Siap je mandi koi ushar jugek dataran sinki tapi Mat takde pulak buat counter-attack. Tengok bilik koi dah tutup lampu.. ye la..pukul 3 pagi dah masa tu..
Koi yang masih tersengih-sengih mengenangkan jeritan Mat terus membuka pintu seraya menyeru dengan suara segarau mungkin.." Maaarobbukaaaaa....." untuk menyakat Mat lagi
"Adoii!!"..jerit koi. Kaki koi terpijak sesuatu... pedih rasa tapak kaki koi.. cepat-cepat koi mencari suis lampu.
Koi bukak lampu.
Darah menitik-nitik di lantai.. Mat ketawa mengekek-ngekek..
"Hahaha..Marobuuka la lagi.. hahaha"..
Koi pun gelak sambil menahan sakit..
Ntah mana koi dapat plaster pun koi tak ingat..

Ni bahana Asri la ni katil double-decker tu dia patahkan dan buat macam pengusung pastu letak tilam dia, siap boleh sorong masuk bawah katil Azri..
"Adoi.. (&&*^&% punya katil..." koi merengus sambil Mat terus ketawa mencucuk-cucuk perutnya..
Bahagian katil yang dipatahkan tu memang tajam dan sebelum ni pun koi nampak potensi bahanyanya.. cuma tak sangka la pulak koi yang kena bukan Asri.. hampehh..

Selepasnya menyahcaskan saki-baki unsur-unsur nak tergelak yang ada dalam perut kami, Mat pun kembali landing di katil puaka tersebut manakala koi di katil single koi..

Suasana hening sambil masing-masing cuba untuk lelap secepat mungkin ekoran esok exam bermula pukul 9 pagi di Bangunan Peperiksaan yang terletak di atas bukit berhadapan dengan Dewan Tunku Canselor.

Tiba-tiba Mat melompat dan landing macam kucing di sebelah koi! Koi terkejut..
Terus koi bertanya "Kenapa Mat????"..
Mat: "Alamak.. aku mimpi hantu la.. "..
Koi: "Cheh! penakut betul la nko ni.. dah pegi tido tempat nko balik.. "

Mat pun dengan berat hati kembali ke katil puaka.

Suasana kembali hening...
Koi tak tau pukul berapa kami tido malam tu... satu malam yang panjang bagi koi..

***************************

Koi terjaga dari tido. Matahari terik memancar masuk ke bilik koi yang terletak di tingkat bawah, hujung sekali berhadapan dengan tandas. Hati koi mula berasa tak sedap..
Koi takde jam.. handphone belum wujud dalam hidup koi waktu itu untuk melihat waktu..
Koi memanggil Mat dengan kuat..
Koi: Mat!! Bangun.. cerah dah ni.. pukul berapa aa?
Mat: (Dengan suara mengantuk..) Entah aa.. kejap aku tengok jam aku..
Alamak!!!! Pukul 9 lebih!

Kami meluru bangun bagai diberikan arahan oleh seorang komandan. Koi segera mengambil baju bersih dalam almari dan mengenakan seluor jean busuk koi.. Mat koi tak ingat ambik baju mana sebab dia bilik lain..
Cepat-cepat kami pergi ke bilik mandi dan basuh muka sahaja...
Selepas mengambil alatulis, wallet serta kalkulator koi dan Mat berlari selaju mungkin, terhencot-hencot ke garaj motor. Koi mengambil kunci dari Mat dan menyetat moto Fame buruk beliau sepantas mungkin.. kemudian memecut menuruni bukit kolej.. memulas minyak sehingga habis dan lap seleper mungkin di lap Fakulti Sains..


Sampai je di Bangunan Peperiksaan, sempat lagi koi tengok muka koi di side mirror moto Mat.

Hahaha..

koi gelak sederhana kuat melihat rambut koi tinggi dan kembang macam Jimi Hendrix. Koi berpusing melihat rambut Mat..lagi kuat koi ketawa.. sama je macam koi..
takde sempatnya nak basahkan rambut..

Sampai di dewan.. setelah beberapa minit mencari tingkat berapa dan sayap mana kami exam, sampailah kami di zon exam Algebra Sem 2 Asasi Sains. Pengawas peperiksaan tersengih-sengih melihat kami, pensyarah terkujat melihat "penampilan" kami hari itu, manakala rakan-rakan seperjuangan koi terkulat-kulat menahan gelak melihat koi dengan Mat dengan rambut tinggi kembang terpinga-pinga melihat kertas soalan.

Nasib baik belum 9.30, kalau tidak dah dihalang memasuki dewan.

Habis je exam Mat dan koi memecut kembali mendahului semua rakan pulang ke kolej....

Cheh..betul punya hiba...