Ahad, Mei 10, 2009

España: El país excéntrico..

Rodonc-rodonc koi sekelian...
Rakyat Malaysia kalau sebut England segala mender tau..

Dari hal pentadbiran, pendidikan, bola dan sebagainya..

Tok kuranc jugek yang fanatik menyokong team England yang pernoh menjajoh kita selama ratusan tahun..

Mungkin yang meyokong ada keturunan Mat Kilau, Dato' Bahaman& Tok Gajah, Tok janggut, Tok Guru Abdul Rahman Limbong, Dol Said dan sebagainya..

Ataupun keturunan Mat Saleh atau Rentap jika di Borneo Malaysia sana..

Kala deme tau dari alam barzakh moh menitik air mata deme..


Yang menyokong pasukan-pasukan bolo dalanc EPL atau BPL (Bombay Premier League kuikui) jangan kira la bapork rameinya..
Siap menonggeng dan berguling-guling kecewa bila pasukan kaloh atau seri tapi terkeluor machanc pasukan biru celcom kena dengan pasukan purple langsat baru ni..

Kah, kah koi ketawa dua kali..

sebab adik koi yang suka ketawa tiga kali tu hanya mampu ketawa sekali sebab pasukan biru celcomnya terkeluor dari Champions League..
Dan strikernya dari negara Pantai Gading terpaksa keluor dari padang sambil mencarut-marut..


Tapi kala koi sebut España atau Sepanyol??

Ramei yanc setakat tahu satu dua bandor atau satu dua pasukan bolo; Real Madrid dan Barcelona sudoh tentu.
Ataupun lajok ke Valencia dan Sevilla la kala kaki bolo..

Kala yanc ambik tau hal agama mungkin lajok ke Córdoba atau Granada untuk bercerita hal Masjid Cordoba yang indah pada zaman kegemilangan Al-Andalus dan Istana Alhambra dengan Medina Azzahranya...

(Peta Sepanyol; Ulasan: Yang warna kelabu di utara tu Perancis, di barat tu Portugal & di selatan itu Maghribi a.k.a Morocco a.k.a Marruecos a.ka Maroc. Ceuta dan Melilla ialah wilayah sepanyol di atas negara Maghribi, masih dituntut oleh Raja Hassan. Pulau-pulau dalam kotak itu ialah Las Islas Canarias, jauh di tengah-tengah Lautan Atlantik ke barat Benua Afrika. Laut di selatan Barcelona ialah Laut Mediterranean dengan pulau-pulau Las Islas Baleraes menghiasinya. Mallorca ialah ibu negeri/komuniti Baleares)

Ok.. Menuju kepada persoalan yang berkaitan dengan tajuk di atas, bagi koi Sepanyol ialah negara yang aneh kerana:

i) Lagu kebangsaannya yang dikenali dengan nama "Marcha Real (Perbarisan DiRaja/Royal March) tidak mempunyai lirik.
Kala wokme perasan setiap kali pasukan kebangsaan Sepanyol main bola pemain-pemain pasukan lawan terkumat-kamit menyanyikan lagu kebangsaan demeh.
Sampei giliran Sepanyol semua senyap sambil merenung ke langit..

Habih-habih pun deme buat bunyi "na..na..nana..na..." gitu je.. kuikui

Tahun lepaih ader pertandingan mencipta lirik lagu kebangsaan dan telah ada seorang yang menang, tapi akhirnya ekoran bantahan dari puok-puok Catalán (dalanc peta: Bandor2
Lleida, Girona, Barcelona, Tarragona) dan Vasco (Bilbao, Vitoria,San Sebastian), lirik tersebut tidak digunakan..
Untuk pengetahuan wokme kebanyakan rakyat Catalunya dan País Vasco tok menganggap deme rakyat Sepanyol, sebab tu kala bolo Madrid lawan Barcelona machanc perang saudara, dulu la.. le ni Madrid main machanc gummed punk, pemain2 pun bertaraf runcit sahaja..
arggh jangan cerita hal Real lagi, koi tensennnn..!!

ii) Jika anda bekerja dengan kerajaan, memanc bapok beshnye sebak aok start keje pukul 8 pagi, terus sampei pukul 2 petanc, terus balik.. koi dulu memang ngelok la naik pengangkutan awam (bas, metro iaitu keretapi bawah tanah dan RENFE Cercanías iaitu keretapi atas tanah) masa deme keluor pukul 2 ni..sesok napaihla jawaknye..
Mana-mana yanc kerja swasta pulok, keluor pukul 2 jugek.. pergi makan, lepas tu tido, kemudian masuk kerja balik sampei pukul 8 malanc.

Tido sekejap ni dipercayai berasal dari budaya orang2 Arab islam pada zaman pemerintahan Islam Al-Andalus yang mengikut sunnah nabi tido sekejak sebelum masuk waktu Zohor.
Tapi demeh tido 2 jam lepas makan..
Jumlah rehat tengohari ialah 3 jam..kuikui..bapork beshnye..

Tapi, dengor cerita le ni ramei syarikat yang mengurangkan rehat ni atas isu produktiviti..
Untuk pengetahuan wokme, tido sekejak ni digelor "siesta" (sebut si-es-ta) dalanc bahasa Sepanyol.

iii) Bahan-bahan yang menyesakkan nafas ibubapa dijual bersama suratkabor biase.. Dan pukul 11 malanc ke ataih ada pulok channel yang menayanckan mender2 yanc tok sepatutnya, hardcore pulok tu.. kala iklan shampo, waktu tayangan perdana pun..memang deme tunjuk mandi betul2 la dari ataih sampei ke bawoh..
Rodonc koi masa tu nama dia Bart dari Amerika Syarikat.
Muka dia ada iras-iras James Hetfield, vokalis dan
rhythm guitarist kumpulan Metallica.
Dia pun terkejut bewok tengok mender2 gitu di Sepanyol.. dia kata di US mana ada
open air "objek-objek" gitu.. kuikui

iv) Rokok menjadi satu elemen yang sangat penting dalanc masyarakat..

Orang lelaki muda & tua, perempuan muda & tua, remaja lelaki & wanita pakat berokok belaka..
Aok ade jumpa kedei khas juey rokok di Malaya?
Sana bersepoh.. demeh panggey "estanco" (sebut es-tan-ko)..

Di Malaya pas bulanan bas, komuter atau LRT demeh juey di pejabat masing-masing je la..

Di Sepanyol pas bulanan metro dan bas meroh dijual di estancos..

Maksudnya tembakau memainkan peranan sosial yang amat besor di sana..


v) Pernahkah anda melihat seorang kerani bank bekerja dengan memakai kemeja wool corak kotak-kotak lengan pendek, atau lengan panjang dilipat, dengan dua butang baju dari atas tidak dikancing, memasukkan data pengguna ke dalam sistem komputer di Malaysia?
Untuk menambahkan keseronokan, beliau menyalakan sebatang rokok dan menikmatinya tanpa segan silu sambil tangan kanan sibuk menekan kekunci pada keyboard..

Rambut pulak agak tidak terurus agak kerinting..

Di Sepanyol.. itu perkara biasa harhar

Doh la tu, bank bukok setakat pukul 2 petanc je..
Koi ingat lagi ada satu hari koi terlupa perkara tu, nok kena ambik duit bayor sewa bilik..
Gi ke bank tengok2 doh tutup..
kad ATM koi ada tapi entoh ngape sebabnya koi pegi komplen 3 kali di cawangan yanc koi bukok akaun tok sampei2 no pin..
Itulah juga yanc menjadi punca derita koi di Portugal..
Insya-Allah koi buat entri khas untuk kisah tersebut..


vi)
Bank-bank utama di Sepanyol ialah Banco Santander Central Hispano S.A (Santander), Banco Bilbao Vizcaya Argentaria, S.A (BBVA), Banco Zaragozano, S.A. , Banco Sabadell etc.
Kala wokme tengok Moto GP ke Formula 1 ke boleh tengok logo-logo demeh, terutamanya Santander dengan BBVA.
Bank koi yanc problem tu Santander tu la..

Biasa dia ok je..
Lepaih tu koi bukok akaun BBVA terus ok..
balik Malaya pun koi guna lagi dekat setahun..sebab dia ada Visa Electron..


Bank-bank lain yanc mana setaraf dengan BSN, biasanya bermula dengan perkataan Caja (cash;kotak;tabung) : Caja Madrid, Caixa Catalunya.

Yang koi peliknya ialah hampir semua bank guna nama tempat: Santander, Bilbao, madrid, zaragoza, Sabadell, Catalunya semua nama tempat...

Kita nama konsep, nama orang dan sebagainya ..Bank Simpanan Nasional, Bank Islam, AgroBank, RHB..


Assobiyah betui oranc Sepanyol kuikui..


vii) Oranc rumoh dan anok koi datang ke Sepanyol selepas 2 minggu koi sampei ke sana.. Koi mendarat di Aeropuerto de Barajas pada 2/1/2003 selepas keluor dari KLIA pada 1/1/2003 melalui Changi dan Zurich.

Dan deme datanc tanpa visa, koi je yanc ada visa pelajar. Rakyat Malaysia boleh lepak 3 bulan tanpa visa di Sepanyol.
Demeh duduk dekat 8 bulan di Sepanyol dengan selamba tanpa perlu diganggu polis atau apa saja.
Kami mendaftar sebagai penduduk Madrid dalam daerah Vallecas (pernoh dengor team Rayo Vallecano, sekarang main divisyen 2?) tanpa sebarang masalah kerana pengkalan data Pihak Berkuasa tempatan seperti Ayuntamiento de Madrid tidak boleh didedahkan kepada sesiapa hatta kepada polis sekalipun!
Kala kita mengapork poleh datanc bila tau ada illegal immigrants kat satu-satu tempat..

Rela yanc takde kena mengena pun menyebok..kuikui

Poleh demeh pun boleh tahan.. meronda manjanc tapi maleh nok turun dari kereta.
Koi lepaih tiga bulan tu cuok jugek bila keta poleh lalu..
rodonc koi dari Ivory Coast; yang doh biasa ditakuti kanak-kanak Sepanyol hatta anok koi sekalipun kerana peratusan boleh tembus cahayanya kurang dari 5%; mengatakan jangan takut..
bila kita doh ada kat dalanc jaranc deme kaca..
sebab demeh perlu kita untuk bekerja mencuci lantai restoran, menyapu sampoh di jalanan dan membina bangunan.. :)


Rakyat Sepanyol machanc rakyat Malaysia jugek la..
mana mboh buat kerja gitu..

Lagi parah, deme ada elaun penganggur 300 euros sebulan..
cukup untuk makan-minum dan pegi tengok bolo 4 kali sebulan.. kuikui


Bila oranc rumoh koi nok balik tengoh bulan 8, koi pening kepala sebab koi takut deme kena tangkap di airport..
koi dua kali pegi jumpa peguam tanpa perlu membayor sesen pun.
Demeh bagitau jangan takut, di sini bila ilegales doh nok balik, deme bior je balik..
jimat duit nok membela di depoh tahanan Semenyih machanc kita... kuikui


Hari yanc ditunggu tiba, dan koi serta keluarga sampei di airport dengan hati berdebor..
Bila poleh di kaunter membuka pasport oranc umoh & anok koi, koi doh rasa nok muntoh-muntoh..


Dia tengok tarikh sampei dan tanya koi ada visa ke dok?
Koi jawak ada..
koi tunjuk dan dia jawak "vale (ok)" kemudian terus chop tiga-tiga pasport..
pooofff.. lega...........
oranc umoh koi doh la mengandung anok kedua masa tu..


Okla..koi stop dulu..
Bila-bila koi teringat ada mender menarik atau pelik lagi pasey Sepanyol koi menulis lagi...


Adios wa Ilalliqaa'...

16 ulasan:

  1. Pertamanya, takziah atas kekalahan Real Madrid kepada Valencia dengan margin 3-0... Keh menunggu gak menengok match tue dari UK.Eurosport (England lagi)... Ingatkan Real boleh wat come back, upenye jatuh lagi... Takpe Don, adat la... Liga Sepanyol memang unpredictable kecuali Barca jer...

    Bile membaca aok punye explanation tentang Spanyol, keh rase menarik popaleyh... Ada elaun penganggur, jam bekerja yang kurang dsb... Erks, kalo buat master medic kat Spain ada tak? haha...

    Kalo takde keh nak gi melawat spain je la bulan 2 tahun depan atau bulan 2 next two years... Ada cadangan kat mane keh sepatutnye start berjalan? ahaha..

    Tentang bolo, memang menarik... Erks, ngape puok-puok catalunya n pais vasco tak ngaku rakyat espana? ada sejarah ker?

    BalasPadam
  2. Duan,
    ye la takziah..
    bara dalanc hati koi doh jadi abu masa kena dgn barça ari tu..
    bila kena pulok dengan valencia..ada api jugek tapi tok lama sebab doh takdok bahan bakor.. kuikui..
    Gonner nok menang..bak kata alfredo relaño blogger sukan terkenal sepanyol..
    "Madrid ke Valencia dengan 6 banderillas tertusuk yang sangat berat"..
    banderillas ini kalau aok tengok entri koi "ke hadapan tuan lembu II" pada bahagian belakang lembu tu membawok ke tengkok kan ade batang-batang besi berdarah yang ditusuk oleh pembantu torero (org puteh panggil "matador" yanc bermaksud pembunuh)..
    Itulah realitinya..terluka dan lemah...arrghhhh!!!

    Barça pun kena gok dengan valencia baru ni..
    jadi keseluruhan liga sepanyol memang unpredictable sebenornya..

    Ha..emmang ada master medic di Sepanyol..
    aok perabih dulu first degree aok.. karanc koi tolong cari tempat..
    koi keney jugek pegawai2 di kedutaan malysia di madrid dan pegawai2 kedutaan sepanyol di jalan ampanc tu..
    catalan belaka.. cheh..

    Pasey catalunya dengan vasco tu..
    dulu ada perang saudara antara kerajaan di madrid dengan catalunya..
    masa tu la picasso dengan mok ayoh gypsy kings lari ke perancis..
    masa tu zaman diktator francisco franco..
    alex ferguson bertaki dengan ramon calderon kata RM kelab franco tu kes ronaldo merujuk kepada mende ni la..

    vasco ialah satu kaum kulit putih yanc berbahasa aneh di sepanyol..
    bahasa2 lain di sepanyol seperti catalan, gallego, aragones, leones semua berasal dari bahasa latin, macam bahasa sepanyol jugak. manakala bahasa vasco tidak diketahui datanc dari mana.. bunyi pun macam bahasa zaman batu..
    sebagai contoh:

    "Erabilitako etxebizitza libreak erosteko dirulaguntzak" bermaksud
    "Ayudas para compra de vivienda libre usada"- Bantuan untuk pembelian hartanah bebas terpakai..

    kuikui...
    koi maleh lebih2..karanc rodonc koi yang ngajor bahasa sepanyol kat UM tu orang vasco..
    moh dia semelih koi karanc..
    hehe

    p/s: Koi lupa nok masukke lawan lembu dalanc mender pelik pranc sepanyol...argghhh
    nanti la entri II nanti.. :)

    BalasPadam
  3. Bila nak ambik calon ngundi nih..senam skit org msia nak gi spain nani..cable dah besar.

    cerite nampak menarik je..try aok citer yg x best kat sana..

    biasanya kawe dgr citer yg tak bes dulu..

    BalasPadam
  4. Lae..
    aok jgn gitu ahh..
    cable besor mende.. koi selalu meeting guru2 bahasa sepanyol dengan kedutaan dulu.. le ni ada yang doh balik sepanyol atau tukor ke negara lain..
    cuma pegawai visa dia tu rodonc koi bapork fanatik barcelona tu..kuikui

    cerita tok besh Insya-Allah koi nukilkan kemudian..
    banyok..
    koi nok susun secara kronologik je..
    :)

    BalasPadam
  5. ha ha ha mari belajar tentang sepanyol dengan don...he he he

    koi benornyer tok pelik lalu menang ke kaloh mane2 pasukan pun walau pun koi kaki bolo...tapi koi paling menyampoh orang yang terlampau nyokong ngalohkan pasukan tue dia yang keluar duit bayor gaji ke pemain...geram nok empok dengan beluti 2x4...!

    BalasPadam
  6. Hoho... Jawapan aok dah bleh wat entri lagi satu... haha...

    Seyes menarik espana...

    Tapi bab bolo memang keh tak erpaa layan la La Liga... Huhu...

    Sekadar ambik tahu sket2 jer

    BalasPadam
  7. hehehe...jumpa 27hb..kwn mmg fanatik jersey belang2 nih...mungkin kebetulan...barca,milan,juve...kalau epl kwn rela tutup channel sukan astro...bulan ni msk blk sbb kwn konfiden barca menang...kuikuikui

    BalasPadam
  8. ha ha hardcore fan madrid rupenye aok don yeh. kaih gemar budak2 emirates utara london pasai deme nampak ikhlas main. tak macanc hero2 madrid tu nak tunjuk skill sendiri. main bolo bukan sorang don tapi 11 orang plus pemain simpanan. jangan marah don kaih hangat hati jugak budak budak2 emirates kena dengan anak buah ferguson. lebih2 lagi budak portugal tu. kaih menyampah betui. sori don malapaskan perasaan kecewa kat sini. ha ha......!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  9. Fadh..
    moh belajor..
    koi rodonc2 kira pree of charge..
    ye la fadh.. koi sekarang hanya 9/10 fanatik berbanding dulu..
    tapi kala RM atau Sepanyol kaloh koi rase nok terkincit jugek lagi.. kuikui

    Duan,
    Koi memanc peramoh kalau start keney..
    kalau baru2 nok keney aok mesti kater koi ni perasan sultan tok berapa becakak.. kuikui

    Aok kena layan semua Duan.. baru aok boleh counter balik kala oranc kater mender2 ke pasukan atau liga sokongan aok..
    koi perati ramei yanc hentanc liga sepanyol tanpa tahu isi kandungan..
    tapi bukan aok la..
    :)

    Az..
    takpe ..
    koi allaince aok buat sementara..
    hehe
    tapi kala itali memnac koi folo juve sebab Michel Platini dulu meang koi respek abeh...
    Tapi kala juve lwn RM koi tak ragu-ragu la nyokonc Madrid..

    Tok,
    memang koi hardcore RM..
    punca koi belajor bahasa sepanyol sebab Real la..

    memang koi nyampoh Ronaldot tu..
    tamboh kala madrid jadi beli lagi boring koi tengok..
    dulu zaman beckham..
    nyampoh2..
    last2 main real..
    baik ambik Kaka dan ribery la lagi ok..
    tok gitu tok??

    BalasPadam
  10. Panjang lebor weh cerita aok tentang sepanyol. Menarik jugak sane yer... Ape-ape pon Barcelona tetap jumpa Man U final Champion League nnt. Hehhehe.....

    BalasPadam
  11. Amvoiii...
    Hepi ekk penyokong Real...

    BalasPadam
  12. echanc..
    memanc menarik..
    tapi gi mekoh dulu la wei baru gi sana..
    tebal sikit iman.. ameen... :)

    Yanaz,
    sebagai penyokong Real koi sedih..
    sebagai penyokong sepanyol koi hepi.. kuikui

    BalasPadam
  13. El entrenador del Real Mallorca, Gregorio Manzano, ha afirmado que su equipo "ha luchado hasta el final" por el triunfo (2-1) ante el campeón de Liga y de la Copa del Rey, y también restó importancia a las numerosas bajas del rival: "No le hemos ganado a un Barcelona menor".

    MÁS NOTICIAS

    Resaca de Campeón
    Guardiola: "Los jugadores son los campeones"

    "Nosotros también teníamos bajas en la defensa. El Barcelona tiene un potencial en su plantilla que ya lo querrían muchos equipos del nivel medio. Su idea de juego ha sido la misma que han venido utilizando y estoy por decir que no han querido perder el partido. No pasa nada ya eran campeones, pero Samuel quería marcar goles", declaró el técnico bermellón.

    La clave del triunfo, primero del Mallorca ante el Barça en las últimas siete temporadas, fue la segunda parte, según Manzano: "En el conjunto de la segunda mitad fuimos ambiciosos, jugamos mucho más en el campo del Barcelona, al final luchamos por conseguir ese triunfo. El penalti (fallado) de Samuel Eto'o nos dio una victoria que no conseguíamos desde hace tiempo ante el Barcelona".

    Manzano, asimismo, tuvo palabras de elogio para sus jugadores por el esfuerzo y las ganas que pusieron para ganar el partido, especialmente para José Luis Martí, mediocampista que jugó en la defensa, y el meta Miguel Ángel

    Moyá: "Queríamos ganar este partido y eso se notó. El Mallorca es el tercer mejor equipo de la segunda vuelta tras el Barcelona y el Real Madrid y hasta estas alturas del campeonato llevamos 34 puntos que son palabras mayores y me quedo con todo le bueno que estamos haciendo".

    BalasPadam
  14. The coach of Real Mallorca, Gregorio Manzano, said that his team fought to the end "for the victory (2-1) before the league champion and Copa del Rey, and also played at numerous absentees in the rival team: "We have not won to a little Barcelona."

    MORE NEWS

    Guardiola: "The players are the champions"

    "We also have absentees in the defense. Barcelona has a potential in their team that many mid-level teams would like to have. The idea was the same game they have been using and I'd like to say that they didn't want to lose the match . Nothing happens because they were already champions, but Samuel wanted to score goals, "said the 'vermilion' coach.

    The key to success, first of Mallorca to Barcelona in the last seven seasons, was in the second half, according to Manzano: "Throughout the second half we were ambitious, we play much more in the area of Barcelona, the final struggle to achieve that victory. The penalty (failed) by Samuel Eto'o gave us a victory that we have not tasted for so long against Barcelona. "

    Manzano also had words of praise for his players for effort and desire they have put to win the game, especially to José Luis Martí, midfielder who played in the defense, the goalkeeper Miguel Angel

    Moya: "We wanted to win this match and it was noticed. Mallorca is the third best team in the second round after the Barcelona and Real Madrid and until this point in the championship we are having 34 points and those are big words and I feel good with everything we are doing. "

    BalasPadam

Komen ke komplen ke koi takdok masaaloh..kuikui