Sabtu, Mei 30, 2009

Balik kampung weh!

Esok koi balik Kota Gelangi yang tercinta nun di daerah Jerantut sana..
Koi dengan partner nok ejas-ejas pagor kebun pisanc sekanckanc kera tu..

Babi doh berapa kali masuk..
Lembu sekali..
Kambieng sekali..

Mengganggu jiwa betul la..
tapi nok buat gonner deme binatang..
Mana tau kebun sieper..

babi boleh koi suruh geng RELA tembok..
Lembu dengan kambieng tu karanc tok pasey-pasey koi kena tembok.. kuikui

Khamis, Mei 28, 2009

Patin kolam kami tetap terbaik...

Koi mintok kebenaran dari Duan a.k.a Redz da Tsar terbitkan balik perbincangan koi, dia, mustopa dengan matju mengenai BPL dan La Liga..
Kuikui..tok menjawab lalu Manchister dinihari tadi..
peganc bolo pun sekali-sekala.. hhehe
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++












Don Balon said...

Duan & Mustapa,
Baik itu subjektif, terbaik itu lebih subjektif..

Baik itu abstrak, terbaik itu kadang-kadang abstrak kadang-kadang tidak..

Senanc cerita, kita pergi kepada statistik & logik, salah satu cabanc matematik yang duan mesti kena belajor..

Berapa banyak Trofi CL atau Piala Eropah (nama lama) yang kelab2 inggeris menanc berbanding La Liga atau Serie A?
Ever heard of the mighty Real Madrid Club de Fútbol or AC Milan?
kuikui..

Redz da Tsar said...

Don:
Hehe... Kelu untukku berkata-kata... Hehe... Barca memang hebat sebenarnya...

Cuma La Liga tu, kini macam kurang menyerlah... Erks, sejarah memang ada kata Real Madrid, AC Milan menang banyak trofi UEFA, piala eropah dsb... Hehe... Lebih banyak dari Man United maksud aku...

Alamak... Takde hujah dah la... Ok... La Liga terbaik... haha...

"Kekuatan sesutau Liga bukan dilihat semata-mata kepada satu team sahaja"...

Kalau Man United je kuat, tak semestinya EPL best kan? betul tak?

padelkopak said...

wahai penyokong si setan merah durjana.jangan sesekali memandang rendah kredebiliti pasukan lawan.nanti buruk padahnya.kah kah kah juga...

MieTo said...

MANU tetap terbaik wook..
memang barca kuat menyerang tapi bek dorang lemah..
cam x makan sayur..
glory2.

Don Balon said...

Duan,
koi akui tigampat tahun ni la Liga agak merosot..
sebab tu koi kata terbaik itu subjektif..
dari tahun berapa ke berapa?
kalau aok rujuk kebelakangan ni koi akui EPL lebih menyerlah..
(koi prefer guna term epl sebab barclay boleh bertukar jadi Singha beer mungkin untuk tahun2 akan datang.. kuikui
di sepanyol pun tahun ni Liga BBVA, sebuah bank jugek..)
tapi kalau keseluruhan sejarah di ambil kira atau kita mengambil kira pertengahan 90-an hingga awal 2000-an masih la Liga..

Cuma dari pemerhatian koi yang dulu gila all-out bola ni..
EPL akan jatuh dalanc setahun dua ni sebab jenis bolasepak yang dipraktikkan agak "sadis" dan cepat membosankan..
nasib baik kamera dan comentario menarik..
Koi rasa akan sampai masa pengadil akan bertegas dengan terjahan-terjahan kasar dalam epl..
semua pemain perlu dilindungi..
bukan ronaldo sahaja yanc menjadi mangsa..
bila praktis "sliding tackle sejauh 14 meter" dapat dihapuskan, tibalah semula masa la Liga, serie A dan juga Liga Turki kembali naik.. :)

Pemain-pemain sepanyol yang bermain di epl juga menyumbang kepada stigma "epl terbaik" ini..
Bila diinterview je di Sepanyol, deme sendiri kata epl lebih baik..
bagi koi deme tok saloh sebab demeh kerap merujuk cara pengurusan kelab, pengurusan liga, cara penonton menyokong (penyokong sepanyol fail, kuikui) dan perkara-perkara yang ex-fútbol.
Seabab itu sekali koi kata terbaik itu subjektif dan abstrak..
dari sudut apa aok pandanc..
sebab itu kebanyakan bakat latin masih memandang ke sepanyol dan itali untuk mengembangkan karier, bukan Berkelah Premier League. punto.

Redz da Tsar said...

Don,
Keh amat setuju dengan pandangan aok tu... Aok pandang dari sudut skil dan permainan atas padang... Ye, keh pun suke bile tengok Barca main macam tue... Tapi kekadang, bile buat macam tu, payah sangat nak gol gayenye bile berjumpe kelab EPL...

Keh pandang EPL terbaik dari pelbagai sudut luaran atau dalaman selain kejutan-kejutan yang selalu muncul seperti kelab kecil mampu menewaskan kelab besar dan kelab yang baru naik pangkat berjaya hampir membenam penyandang juara dsb...

Pendapat peribadi pulak:
Lagi menambah menarik, EPL selalu ada live kat INdia dan Malaya... Jadi senang nak tengok...

Dan yang paling kukuh:
Keh seorang penyokong Man United yang berada di dalam EPL... Tentulah persepsi keh kate EPL terbaik.. hehe... Dalam dunia kini persepsi lebih dipandang tinggi dari kenyataan... tak gitu Don?

Keh ada jugak jersi Barca kat umah tue... Keh sokong barca jugak bila barca main dgn team lain... Haha...

tapi takpe lah, La Liga ataupun EPL, semuanya tetap Liga Bola sepak... Ada pro dan kontra masing-masing... Tengok je la nanti... Pasukan mana yang bernasib baik pasti menang (ada nasib ke dalam dunia realiti ni?)...

MatJu said...

salam duan...
congrats sbb g final...
hahaha...
mmg fuck*ng disgrace betol reff overbo...
tapi koi yakin Pensioners dapat bawa satu piala season nih...
sian guus hiddink pny pasal...

tapi koi kurang berkenan kalo ade yg mengatakan BPL x bes...
actually Bpl adalah liga yang paling bes skali tgk...

dari segi kelab pun sama...
rules n mcm2 lagi...
kalo La liga stakat no 2 tu boleh la...
dari segi penyokong pun sama..
dieorg x berbaloh sesama england sendiri...
sbb tu dieorang bleh lepak duk sebelah player lagi...

kalo nak cakap team BPL manU je kuat, x bleh r...
stakat nih, ade 4 kelab terkuat dari taun 2001...
ManU, Chelsea, Liverpool, Arsenal..
4 kelab ni slalu fight..
kalo La Liga just ade 2 kelab yg always jadi contenders tuk juara..
Barca ngan Real Madrid...
kelab len x konsisten...

satu lagi kalo tgk skrang, kelab BPL je yang byk memonopoli UEFA...
Barca arituh mujur je...
kalo x kalah gak...

ok lah...
pjg sgt...
papehal contact kalo nak tau info lagi...
wawawawawa...
duan..
jage diri...
balik nnti bleh friendly ngan aku...
practice byk2 kat sana...
k...

Don Balon said...

Mat Ju,
koi rasa koi doh bagi cukup point koi..
persepsi aok gitu koi nok buat goner?
Koi pun akui tiga empat tahun ni EPL banyak menguasai..
tapi ni semua dibantu oleh kejatuhan bundesliga, serie A dan la liga.

Valencia dan Deportivo selama ni contender jugek, cuma msalah pergeseran dalaman yang selalu menyebabkan jadi gitu..
Villareal pulak ialah kuasa baru bolasepak sepanyol..
kalau villareal agak kukuh dari segi kewangan memang boleh pergi jauh..
tak ingat game seri lawan machester di awal CL tahun ni?
wokme keney berapa oranc je main.. pires, cazorla, senna tapi nok muntah MU cari gol..

Satu point yang England susoh nok kalohkan Sepanyol:
BAKAT TEMPATAN.

Liga hebat, team kebangsaan karat.

Machanc Sepanyol dulu la..
ha..pegi blog koi koi ader cerita hey sepanyol sket..

Anonymous said...

MATJU berkate...

koi sokong gak pandangan aok tu don balon...
mmg valencia ngan deportivo contender tuk La Liga...
koi pun sokong gak team La Liga..
cume yg menjadi maksud aku, kelab La Liga ni kurang konsisten kalo nak dibandingkan dgn BPL..
dari segi talent koi mmg tabik kat La Liga tapi dari segi keseluruhan BPL lagi terbaik...
Barca 2nd fav team koi..1st(tny duan die tau)

dari segi permainan kite tgk final CL nnti...
aku taget seri jeh...
dua2 team payah nak wat gol(gamoknye)

OK...

====================
Patin muncung dari sungei menanc akhirnya..
Kene gulei patin kolanc.. kuikui

Selasa, Mei 26, 2009

Salur Sungai Nil pun tak cukupppp!!!

Koi belek-belek suratkabor maya Berita Harian sambil lewa..

menyampoh doh koi baca kes menteri besor di Perak tu.. dan propaganda kerajaan yang lain..

Tiba-tiba sorotan hujung mata koi menangkap kepada tajuk seperti di bawah:

Terowong air mentah Pahang-Selangor siap 2014

PUTRAJAYA: Kerja pembinaan terowong sepanjang 44.6 kilometer (KM)bernilai RM1.3 bilion untuk projek penyaluran air mentah Pahang-Selangor yang akan bermula 1 Jun ini, dijangka siap 2014.

Pengarah Pasukan projek itu, Datuk Ir Ismail Mat Noor, berkata pembinaan terowong itu yang akan menyalurkan air mentah sebanyak 1,890 juta liter sehari adalah komponen pertama projek berkenaan dan paling kritikal kerana dijangka mengambil masa lima tahun untuk disiapkan.

"Pembinaan terowong itu akan bermula dari Karak, Pahang dan berakhir di Hulu Langat, Selangor.

"Ia akan dilaksanakan oleh konsortium empat syarikat, usaha sama antara IJM Corp Bhd, UEM Builders Bhd dan Shimizu Corporation, Nishimatsu Construction Co Ltd," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani kontrak projek pembinaan terowong itu, di sini hari ini.
Ia disaksikan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui.

Ismail berkata, berikutan pelaksanaan projek itu, Selangor akan membayar kerajaan negeri Pahang sebanyak RM80 juta setahun.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

i) Lepeh ni boleh la koi naik Feri Muhibbah Pahang-Selangor, naik di Karak dan turun di Hulu Langat.. peluang pelancongan ni.. minyok pun jimat, tol tok kena bayor.. parking je kereta di Stesen Air & Marin Daerah Ulu Langat (SAMDUL)... bayor upoh jaga keta dua tiga hari..

ii) Pengusaha ikan patin di Temerloh, Bera, Jerantut dan Maran boleh la melabur bukok sangkor baru dalam Lebuhraya Salur Air Pahang-Selangor (LeSAPS)... peluang perikanan ni..

iii) Kerajaan boleh bina juga stesen-stesen janakuasa hidro sepanjang terowong, boleh juga salur tenaga yang tak pernah cukup ke lembah kelang, dijangka dinamakan Hidroelectric Aquaductus Energy Modulator Pahang-Selangor (HAEMPaS).. peluang penjanaan tenaga ni..

iv) Kerajaan Pahang juga boleh mewartakan kawasan-kawasan hijau sepanjang terowong air untuk penanaman sayur bagi mengurangkan kebergantungan kepada sayuran mahal dari Cameron Highlands, dengan projek yang dinamakan Green Ambient Modules For Agriculture & Natural Crops (GAMFANC).. peluang pertanian ni..


Tidak ada sebab mengapa koi mesti tidak menyokong projek ini.

Selain dari membekalkan air yang cukup kepada negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang mempunyai bilangan penduduk yang amat tinggi, kerajaan negeri juga mampu meraih pendapatan RM80 juta setahun.

Lepas ni Tok Nan tak payahlah lagi bising-bising kerajaan negeri tiada wang kerana perbelanjaan melebihi pendapatan dan geran persekutuan..

Lepas ni Tok Nan tak payahlah lagi bising-bising kerajaan negeri tiada wang kerana banyak kawasan hutan diwartakan sebagai hutan simpan dan tidak boleh ditebang untuk balak.

Tak perlulah lagi Tok Nan menuntut royalti minyak sawit dari kerajaan pusat dengan alasan kenapa Sabah dapat tapi Pahang tak dapat walhal hasil Pahang lebih tinggi.

Tak payahlah lagi Tok Nan pening nok cari duit bayor saman syarikat balak yang menuntut berjuta-juta dari Kerajaan Negeri.

Alah, Sungai Benus tu bukannya ada hasil apa pun, ikan pun tak berapa ada. Lebih baik kita jana duit dengan bekalkan air kepada Selangor. Alam sekitar tak ganggu pun, air tu berkurang sikit je dari ekosistem Negeri Pahang, Sungai Pahang kan luas dan lebar... mesti boleh serap punya kekurangan tu..

Sungai pahang tak lalu Bentong? Memangla Sungai Pahang tak lalu Bentong yang disaliri Sungai Benus tu.. alah kurang air sikit-sikit je.. mesti impaknya kurang kepada masyarakat..

Pahang sendiri pun tak cukup air??

Itu semua cerita rekaan.. persepsi rakyat je tu..


Kepada kerajaan Malaysia pula, teruskan pembangunan pesat di Lembah Kelang kerana negeri-negeri lain yang bersempadan memang amat bermurah hati untuk membantu. Perak boleh menyalurkan air Sungai Slim yang berdekatan dengan sempadan dan Negeri Sembilan pula mempunyai banyak sungai yang bersempadan dengan Daerah Sepang dan Hulu Langat di selatan negeri Selangor. Pendek kata jangan risaulah.. untuk kegemilangan 1Malaysia juga..

Secara tidak langsung ia menunjukkan kegemilangan 12 negeri yang lain juga..

Sungai Gombak dan Sungai Kelang tak perlulah dibersihkan kerana ia melibatkan kos yang sangat tinggi. Lebih murah membina terowong-terowong air dari negeri-negeri berjiran. Juga lebih murah daripada melabur untuk membina kesedaran sivik di kalangan rakyat yang suka membuang segala macam barangan dan bahan buangan ke dalam sungai-sungai tersebut..

Pernah penulis bersolat di sebuah masjid berdekatan Pekan Kajang dan melihat peti ais dan kipas elektrik dihanyutkan arus deras Sungai Langat. Amat sukar kita mengubah mentaliti rakyat kita. Biarkan sahajalah mereka begitu...

12 negeri lain juga tidak perlu dimajukan kerana kos memajukan negeri-negeri terlibat juga adalah amat tinggi. Biarlah penduduk-penduduk mereka berhijrah ke Lembah Kelang untuk mendapat peluang pekerjaan. Lagipun Malaysia mempunyai ramai tenaga kerja asing untuk bekerja di ladang-ladang sawit di Pahang, jadi isu peluang pekerjaan tak timbul di sini. Warga Malaysia bolehlah bekerja di kilang-kilang atau premis-premis perniagaan di sekitar Lembah Kelang kerana ia jauh lebih berprestij berbanding bekerja di ladang.

Isu kampung-kampung yang ditinggalkan juga tak perlu diperbesarkan kerana apabila sesuatu kampung itu telah benar-benar tiada penghuni, kerajaan boleh menutup sekolah-sekolah di kampung dan menumpukan tenaga kerja dan peralatan berkualiti di bandar. Kawasan-kawasan perindustrian baru boleh diwujudkan di tapak-tapak kampung tinggal dengan mengambil kawasan Iskandar di Johor sebagai contoh. Pelaburan asing dari Singapura atau Amerika Syarikat boleh ditarik untuk memiliki tanah dan melabur dalam kawasan-kawasan baru tersebut.

Kedaulatan terjejas??

Kita mesti positif, mereka hanya akan memiliki tanah-tanah tersebut tetapi pentadbiran kawasan masih di bawah Kerajaan Malaysia. Mereka masih perlu membayar cukai kepada kerajaan.

Seperti kes Pulau Batu Putih, inilah yang dinamakan "Win-win situation".

Janganlah terlalu negatif atas segala usaha kerajaan, minda pembangkang betullah kamu semua ni....


Jumaat, Mei 22, 2009

Great Together korok mung!!














Koi hangin 3/4 badan lagi..
the Sun ni memang antara akhbar ter"gummedpunk" pada ketika ini la koi rasa..

Koi belek suratkabor tu pagi tadi..
Segala vena dan arteri koi menggelegok..


Ada pulok brengset yanc maroh ke beberapa pihak berkuasa tempatan sebab haramkan penjualan arak di beberapa kawasan majoriti Melayu di Shah Alanc..

Yanc haram tu la jugok yanc deme cari..
Cuba buat senarai minuman halal ada berapa jenis yang haram ada berapa jenis?


Lepaih tu pulok..
Ada pulok yanc memandai-mandai hal agama koi..

Lemoh betul kerajaan semenjok Paklah ni..
orang bukan Islam (read kapir) mudoh-mudoh je kritik perlaksanaan undang-undang syari'ah dan sebarang penguatkuasaan berkaitan dengannya..


Yang Ber"hormat" dari Sekinchan berkata "Those who drink, like me, know that going overboard can have disastrous consquences. What is important is the strenght of your spirituality blablabla... "..

Yang koi peliknya pasey nok pertahan jugok goner-goner pun mender-mender yanc mudarat gitu?????
Bukan PBT halanc deme sambut perayaan deme pun..

Agama deme pun tok galok penganut minum arok koi rasa..


Tamboh beliau lagi "Even Muslim majority countries like Indonesia, Turkey and UAE do not have these kind of rigid restrictions"..
Ape hey nye masuk cerita Indon ape semua ni..?

Pasey tok cerita Arab Saudi, Iran etc?


Dalanc Islam, benar tetap benar.. bukan machanc demokrasi.. demokrasi cakak yang ramai itu benar..
Barang diingat neraka itu infiniti luas nya.. dan lebih ramei yanc masuk ke neraka bukan ke syurga.. kala ikut logik nisbah la..

Isu pekerja Muslim menyediakan arak turut disentuh.. Pakai logik sesat deme lagi..

Executive Director 7 Eleven Malaysia Sdn Bhd, Ng Su Onn menyebut(diterjemahkan ke dalam loghat Pahanc oleh DonBalon) "... Kami kecewa dengan keputusan ini blablabla.. tapi budok-budok kami di kaunter tu serve arak pakei sarung tangan.."...

Tu la.. cerdik tokleh ikut, bodo tokleh ajor!!!

Sabtu, Mei 16, 2009

Hari Guru 16 Mei 2009: "Guru Pembina Negara Islam"

Koi setiap hari guru pasti terkenang akan guru-guru yang sangat koi kasihi, ataupun pada waktu itu koi bengang dengan deme tapi sekarang nampok kebaikannya..

Koi akan sentiasa kenang jasa deme..
Mereka amat mulia pada pandangan masyarakat dan juga Islam.

Janganlah kerana kita jurutera, doktor atau ahli perniagaan berjaya kita perlekehkan guru-guru sekarang..

Guru dulu perjuangannya agung, guru sekarang perjuangannya unggul..

Mok ayoh dulu jaranc mengata guru..
mungkin kerana pendidikan mereka lebih rendah daripada guru..

Mok ayoh sekaranc ramai yang ada master, phd sebagainya..
ataupun yanc profesional terasa guru-guru yang hanya ada diploma atau ijazah sebagai kurang cerdik..
Pernoh koi terjumpa kes melalui isteri koi yanc pada masa tu menjadi guru ganti di sebuah sekolah menengah di semenyih..

Si bapa bertegas mengajar matematik mengikut jalan penyelesaian beliau..
Lebih pantas dan elegan..
Padahal cara beliau muingkin gaya pelajar matematik di sebuah universiti..
Guru pula dilatih supaya sesuai dengan umur dan pemikiran pelajar pada waktu itu..

Jadi nasihat koi.. yakinlah pada guru..
Koi dan isteri juga bertekad tidak akan menghantar mana-mana anak di sekolah rendah ke tuisyen kerana koi percaya sudah cukup apa yanc diajor di sekolah untuk berjaya..
Cuma kita sebagai ibu bapa mesti membantu memberi tunjuk ajar kepada anak-anak ketika mereka membuat kerja rumah..

Sempena hari guru tahun ini juga, marilah kita mengenang juga perjuangan para guru yang telah syahid menentang penjajah Inggeris dari England..
Ya..
England yanc kamu sokong dalam permainan bola yang disepak, ditanduk dan gembira takde aroh bila mencecah jaring ikan itu..

Tuan Guru Hj Mat Hassan atau Tok janggut di Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tuan Guru Hj Abdul Rahman Limbong dari Negeri Cantik Budaya Menarik, Tuan guru Haji Sulong Al-Fatani dari Negeri Melayu Islam Patani yang sehingga kini masih terjajah oleh Siam, sudah cukup 100 tahun pada 2009 ini, semenjak perjanjian Bangkok 1909 yang membahagikan Kelantan, Kedah dan Terengganu kepada Inggeris, dari England lagi..

Dan Patani yang sekarang dipecahkan oleh Siam supaya tak bersatu kepada Pattani (Petani), Narathiwat (Menara), Yala (Jala), Satun (Setul) dan Songkhla (Senggora) diserahkan kepada Siam. Perlis bernasib baik apabila menjadi wilayah terakhir yang termasuk kembali ke dalam Tanah Melayu.

Dan bagi koi dan anok2 Pahanc yanc lain, pelik jugek sebab hidup Tuan Guru Mat Kilau sebagai ulama tak pernah dihighlightkan sepanjang koi belajor sejaroh Tanah Melayu. Ada pendapat yang beliau meninggal di Kelantan setelah berundur merentasi Ulu Tembeling, Ulu Dungun dan terus ke Kelantan. Ada pula pendapat yang mengatakan beliau meninggal di Pulau Tawar. Kena cek dengan Dzul Menerung Paya ni sebab dia keturunan Mat Kilau dan anok jati Pulau Tawor..

Allahuakbar!!
Allahuakbar!!
Allahuakbar!!

Rabu, Mei 13, 2009

13 Mei: Apsal tak cuti ekk??

Koi baca suratkabor smalanc..
Ader budok kecik umur 3 tahun dari Parit Buntaq kena culik..
Budok cina.. koi lupa nama dia..
Penculik tok pulok telepon mintok tebusan..

(Gambar hiasan: Gambor lama raya tahun 2005. Koi baru anok 3 masa tu, yanc 2 orang baju meroh pekat & yang baby tu. Lain-lain semmer anok2 sedara koi dari dua keluarga nuklear. Mender la budok-budok tahu...)

Last-last..
Oranc jumpa dalanc tali air.. mati..
Ayoh dia cakak hancur hati dia bila tengok memanc betui anok dia yang deme jumpe dalanc air tu..

Hati koi sebak dan sebu..
Kala koi tak dapat koi nok bayanc..
Koi mintok dijauhkan..

Pagi-pagi tadi lagi lepaih koi kejut anok sulung koi yang darjoh 1 tu bangun subuh..
Koi pesan ke dia bawok basikey elok-elok..
Jangan ikut sape2..keney ke tok keney ke balik rumoh cepat-cepat..
Pastu koi suruh dia amal do'a machanc selawat syifa' tu..
sebab dia memanc doh hafal yanc itu..

Koi mmikir lagi..
mender la nok jadi ke masyarakat kita hari ni..
banyok yang sakit jiwa..
pervert machanc2 jenis semua ada..
kes yanc koi tok boleh lupa budok yanc kena rogol dengan jaga di Johor hari tu..
hancur luluh hati mok ayoh dia.. adik-beradik dia..

kes budak kena bawak lari tengoh tidor di kedoh..
jumpa mayat separuh bogel dalanc sawoh..

Apa semua ni??

Semme pihak berperanan sebenornya menyumbanc kepada hal-hal sebegini...

Sistem pendidikan formal kita yanc kuranc menekankan kerohanian..
Sistem pendidikan tak formal ibu bapa yanc sibuk melampau-lampau le ni..
Sistem pendidikan tak formal ibu bapa yanc tak peduli langsung atau sangat hal-hal agama..
Sistem undang-undang yang tidak menegakkan hak Allah..
Sistem keselamatan??

Pihak polis sila hapuskan persepsi yang polis lambat, tak cekap, rasuah dan sebagainya..
Koi tau dalanc pasukan polis kebanyakannya jujur, cekap, terlatih dan mahu yanc terbaik serta bersih untuk santapan anak isteri..
Namun segelintir yang memusnahkan terus kepercayaan rakyat, apa cerita?

Jangan biarkan rakyat terus dengan persepsi yanc polis sibuk menahan orang di Ipoh sampei tok sempat menyiasat kes-kes yanc bertimbun.

Berita di harian metro, koi google lepas siap menaip entri ni..

Ahad, Mei 10, 2009

España: El país excéntrico..

Rodonc-rodonc koi sekelian...
Rakyat Malaysia kalau sebut England segala mender tau..

Dari hal pentadbiran, pendidikan, bola dan sebagainya..

Tok kuranc jugek yang fanatik menyokong team England yang pernoh menjajoh kita selama ratusan tahun..

Mungkin yang meyokong ada keturunan Mat Kilau, Dato' Bahaman& Tok Gajah, Tok janggut, Tok Guru Abdul Rahman Limbong, Dol Said dan sebagainya..

Ataupun keturunan Mat Saleh atau Rentap jika di Borneo Malaysia sana..

Kala deme tau dari alam barzakh moh menitik air mata deme..


Yang menyokong pasukan-pasukan bolo dalanc EPL atau BPL (Bombay Premier League kuikui) jangan kira la bapork rameinya..
Siap menonggeng dan berguling-guling kecewa bila pasukan kaloh atau seri tapi terkeluor machanc pasukan biru celcom kena dengan pasukan purple langsat baru ni..

Kah, kah koi ketawa dua kali..

sebab adik koi yang suka ketawa tiga kali tu hanya mampu ketawa sekali sebab pasukan biru celcomnya terkeluor dari Champions League..
Dan strikernya dari negara Pantai Gading terpaksa keluor dari padang sambil mencarut-marut..


Tapi kala koi sebut España atau Sepanyol??

Ramei yanc setakat tahu satu dua bandor atau satu dua pasukan bolo; Real Madrid dan Barcelona sudoh tentu.
Ataupun lajok ke Valencia dan Sevilla la kala kaki bolo..

Kala yanc ambik tau hal agama mungkin lajok ke Córdoba atau Granada untuk bercerita hal Masjid Cordoba yang indah pada zaman kegemilangan Al-Andalus dan Istana Alhambra dengan Medina Azzahranya...

(Peta Sepanyol; Ulasan: Yang warna kelabu di utara tu Perancis, di barat tu Portugal & di selatan itu Maghribi a.k.a Morocco a.k.a Marruecos a.ka Maroc. Ceuta dan Melilla ialah wilayah sepanyol di atas negara Maghribi, masih dituntut oleh Raja Hassan. Pulau-pulau dalam kotak itu ialah Las Islas Canarias, jauh di tengah-tengah Lautan Atlantik ke barat Benua Afrika. Laut di selatan Barcelona ialah Laut Mediterranean dengan pulau-pulau Las Islas Baleraes menghiasinya. Mallorca ialah ibu negeri/komuniti Baleares)

Ok.. Menuju kepada persoalan yang berkaitan dengan tajuk di atas, bagi koi Sepanyol ialah negara yang aneh kerana:

i) Lagu kebangsaannya yang dikenali dengan nama "Marcha Real (Perbarisan DiRaja/Royal March) tidak mempunyai lirik.
Kala wokme perasan setiap kali pasukan kebangsaan Sepanyol main bola pemain-pemain pasukan lawan terkumat-kamit menyanyikan lagu kebangsaan demeh.
Sampei giliran Sepanyol semua senyap sambil merenung ke langit..

Habih-habih pun deme buat bunyi "na..na..nana..na..." gitu je.. kuikui

Tahun lepaih ader pertandingan mencipta lirik lagu kebangsaan dan telah ada seorang yang menang, tapi akhirnya ekoran bantahan dari puok-puok Catalán (dalanc peta: Bandor2
Lleida, Girona, Barcelona, Tarragona) dan Vasco (Bilbao, Vitoria,San Sebastian), lirik tersebut tidak digunakan..
Untuk pengetahuan wokme kebanyakan rakyat Catalunya dan País Vasco tok menganggap deme rakyat Sepanyol, sebab tu kala bolo Madrid lawan Barcelona machanc perang saudara, dulu la.. le ni Madrid main machanc gummed punk, pemain2 pun bertaraf runcit sahaja..
arggh jangan cerita hal Real lagi, koi tensennnn..!!

ii) Jika anda bekerja dengan kerajaan, memanc bapok beshnye sebak aok start keje pukul 8 pagi, terus sampei pukul 2 petanc, terus balik.. koi dulu memang ngelok la naik pengangkutan awam (bas, metro iaitu keretapi bawah tanah dan RENFE Cercanías iaitu keretapi atas tanah) masa deme keluor pukul 2 ni..sesok napaihla jawaknye..
Mana-mana yanc kerja swasta pulok, keluor pukul 2 jugek.. pergi makan, lepas tu tido, kemudian masuk kerja balik sampei pukul 8 malanc.

Tido sekejap ni dipercayai berasal dari budaya orang2 Arab islam pada zaman pemerintahan Islam Al-Andalus yang mengikut sunnah nabi tido sekejak sebelum masuk waktu Zohor.
Tapi demeh tido 2 jam lepas makan..
Jumlah rehat tengohari ialah 3 jam..kuikui..bapork beshnye..

Tapi, dengor cerita le ni ramei syarikat yang mengurangkan rehat ni atas isu produktiviti..
Untuk pengetahuan wokme, tido sekejak ni digelor "siesta" (sebut si-es-ta) dalanc bahasa Sepanyol.

iii) Bahan-bahan yang menyesakkan nafas ibubapa dijual bersama suratkabor biase.. Dan pukul 11 malanc ke ataih ada pulok channel yang menayanckan mender2 yanc tok sepatutnya, hardcore pulok tu.. kala iklan shampo, waktu tayangan perdana pun..memang deme tunjuk mandi betul2 la dari ataih sampei ke bawoh..
Rodonc koi masa tu nama dia Bart dari Amerika Syarikat.
Muka dia ada iras-iras James Hetfield, vokalis dan
rhythm guitarist kumpulan Metallica.
Dia pun terkejut bewok tengok mender2 gitu di Sepanyol.. dia kata di US mana ada
open air "objek-objek" gitu.. kuikui

iv) Rokok menjadi satu elemen yang sangat penting dalanc masyarakat..

Orang lelaki muda & tua, perempuan muda & tua, remaja lelaki & wanita pakat berokok belaka..
Aok ade jumpa kedei khas juey rokok di Malaya?
Sana bersepoh.. demeh panggey "estanco" (sebut es-tan-ko)..

Di Malaya pas bulanan bas, komuter atau LRT demeh juey di pejabat masing-masing je la..

Di Sepanyol pas bulanan metro dan bas meroh dijual di estancos..

Maksudnya tembakau memainkan peranan sosial yang amat besor di sana..


v) Pernahkah anda melihat seorang kerani bank bekerja dengan memakai kemeja wool corak kotak-kotak lengan pendek, atau lengan panjang dilipat, dengan dua butang baju dari atas tidak dikancing, memasukkan data pengguna ke dalam sistem komputer di Malaysia?
Untuk menambahkan keseronokan, beliau menyalakan sebatang rokok dan menikmatinya tanpa segan silu sambil tangan kanan sibuk menekan kekunci pada keyboard..

Rambut pulak agak tidak terurus agak kerinting..

Di Sepanyol.. itu perkara biasa harhar

Doh la tu, bank bukok setakat pukul 2 petanc je..
Koi ingat lagi ada satu hari koi terlupa perkara tu, nok kena ambik duit bayor sewa bilik..
Gi ke bank tengok2 doh tutup..
kad ATM koi ada tapi entoh ngape sebabnya koi pegi komplen 3 kali di cawangan yanc koi bukok akaun tok sampei2 no pin..
Itulah juga yanc menjadi punca derita koi di Portugal..
Insya-Allah koi buat entri khas untuk kisah tersebut..


vi)
Bank-bank utama di Sepanyol ialah Banco Santander Central Hispano S.A (Santander), Banco Bilbao Vizcaya Argentaria, S.A (BBVA), Banco Zaragozano, S.A. , Banco Sabadell etc.
Kala wokme tengok Moto GP ke Formula 1 ke boleh tengok logo-logo demeh, terutamanya Santander dengan BBVA.
Bank koi yanc problem tu Santander tu la..

Biasa dia ok je..
Lepaih tu koi bukok akaun BBVA terus ok..
balik Malaya pun koi guna lagi dekat setahun..sebab dia ada Visa Electron..


Bank-bank lain yanc mana setaraf dengan BSN, biasanya bermula dengan perkataan Caja (cash;kotak;tabung) : Caja Madrid, Caixa Catalunya.

Yang koi peliknya ialah hampir semua bank guna nama tempat: Santander, Bilbao, madrid, zaragoza, Sabadell, Catalunya semua nama tempat...

Kita nama konsep, nama orang dan sebagainya ..Bank Simpanan Nasional, Bank Islam, AgroBank, RHB..


Assobiyah betui oranc Sepanyol kuikui..


vii) Oranc rumoh dan anok koi datang ke Sepanyol selepas 2 minggu koi sampei ke sana.. Koi mendarat di Aeropuerto de Barajas pada 2/1/2003 selepas keluor dari KLIA pada 1/1/2003 melalui Changi dan Zurich.

Dan deme datanc tanpa visa, koi je yanc ada visa pelajar. Rakyat Malaysia boleh lepak 3 bulan tanpa visa di Sepanyol.
Demeh duduk dekat 8 bulan di Sepanyol dengan selamba tanpa perlu diganggu polis atau apa saja.
Kami mendaftar sebagai penduduk Madrid dalam daerah Vallecas (pernoh dengor team Rayo Vallecano, sekarang main divisyen 2?) tanpa sebarang masalah kerana pengkalan data Pihak Berkuasa tempatan seperti Ayuntamiento de Madrid tidak boleh didedahkan kepada sesiapa hatta kepada polis sekalipun!
Kala kita mengapork poleh datanc bila tau ada illegal immigrants kat satu-satu tempat..

Rela yanc takde kena mengena pun menyebok..kuikui

Poleh demeh pun boleh tahan.. meronda manjanc tapi maleh nok turun dari kereta.
Koi lepaih tiga bulan tu cuok jugek bila keta poleh lalu..
rodonc koi dari Ivory Coast; yang doh biasa ditakuti kanak-kanak Sepanyol hatta anok koi sekalipun kerana peratusan boleh tembus cahayanya kurang dari 5%; mengatakan jangan takut..
bila kita doh ada kat dalanc jaranc deme kaca..
sebab demeh perlu kita untuk bekerja mencuci lantai restoran, menyapu sampoh di jalanan dan membina bangunan.. :)


Rakyat Sepanyol machanc rakyat Malaysia jugek la..
mana mboh buat kerja gitu..

Lagi parah, deme ada elaun penganggur 300 euros sebulan..
cukup untuk makan-minum dan pegi tengok bolo 4 kali sebulan.. kuikui


Bila oranc rumoh koi nok balik tengoh bulan 8, koi pening kepala sebab koi takut deme kena tangkap di airport..
koi dua kali pegi jumpa peguam tanpa perlu membayor sesen pun.
Demeh bagitau jangan takut, di sini bila ilegales doh nok balik, deme bior je balik..
jimat duit nok membela di depoh tahanan Semenyih machanc kita... kuikui


Hari yanc ditunggu tiba, dan koi serta keluarga sampei di airport dengan hati berdebor..
Bila poleh di kaunter membuka pasport oranc umoh & anok koi, koi doh rasa nok muntoh-muntoh..


Dia tengok tarikh sampei dan tanya koi ada visa ke dok?
Koi jawak ada..
koi tunjuk dan dia jawak "vale (ok)" kemudian terus chop tiga-tiga pasport..
pooofff.. lega...........
oranc umoh koi doh la mengandung anok kedua masa tu..


Okla..koi stop dulu..
Bila-bila koi teringat ada mender menarik atau pelik lagi pasey Sepanyol koi menulis lagi...


Adios wa Ilalliqaa'...

Khamis, Mei 07, 2009

Ragut...:Snatch theft....:Los agarrabolsas

Koi sampei tempat keje ari ni koi bersegera ke kaunter jaga di Bangunan Sayap Kiri DHL Cyberjaya..

Koi ambik senaskhah The Sun suratkhabar percuma yang menjadi lidah utama puak2 yang mahukan kesamarataan hak agama dan kaum di negara yang pernah dikenali sebagai Semenanjung Tanah Melayu, Malaya, Persekutuan Tanah Melayu dan nyaris Malayan Union dahulu.

Muka depan bahagian atas isu PKFZ..penyelewengan zaman KTKTKT (Khir Toyo Kulit Togang Karena Tempe)..tapi ini kementerian punya cerita.. aok jangan saman koi pulok KTKTKT.. koi kate zaman aok bukan aok yanc buat..

Koi bior blog lain ulas....

Bahagian bawoh berita ragut..
Ibu muda berumur 33 tahun yang sedang mengandung mati setelah diragut di Kampung Padang Raja, Kota Bharu. Beliau terjatuh dari motosikal ketika diragut lalu dilanggar kereta yang datang dari arah hadapan.

memanc koi tersentuh, sedih..
dan kesal teramat sangat..

Mender doh jadi dengan negara koi ni?

Lebih 90% peragut budok2 sebangsa dan (mungkin) seagama dengan koi...
Lebih 90% penagih dadah budok2 sebangsa dan (mungkin) seagama dengan koi...

Argghh.. mana koi nok letok pipi koi bila rodonc-rodonc dari luor tanya?
Sokmo jugek koi jadi juruexplain kepada demeh..
Saper-saper keney puok2 ni sampaikan mesej koi kepada demeh..

Kambieng walau ia meragut, ia mulia.
Itu fitrah Allah.
Tamboh pulok kala kena semelih buat kekoh atau korban...

Aok kala meragut aok celaka, aok melawan Allah dan menerima kutukan abadi dari manusia.

Koi kuranc pasti mender hukuman peragut ni..
Patutnya ikut hukum Islam la.. potong tangan..

Dan koi nok cadanc ke kerajaan potong gini..

Ada brané??

Ahad, Mei 03, 2009

Rojok ayanc Pok Chu..


Gambor diambil dalam tahun 1993, sewaktu koi (Gelangi 2), Az (Jengka 1), Lae (Sg Tekam), Jang (berkopiah, Gelangi 4) dan Zamzuri (Jengka 11) sedang menunggu pelayan menghidangkan "Rojak Ayam Terbaik Asia" di Gerai Pok Chu, Danau Ilham, Bandor Pusat Jengka.
(Gambar Ihsan www.jengka.net)

Masa tu tengoh ambik SPM, koi & puok2 ni dok asrama kejap sewaktu minggu peperiksaan, konon2 stadi drumoh payoh nok masuk, sampei di asrama berjalan merata jugek..kuikui

Le ni kala wokme datanc Bandor Pusat Danau Ilham ni takdok gaye danau la..
paye yang makin menyempit sebab rumput-rumpai yang tumbuh di sekeliling danau telah semakin hari semakin mara menakluki hampir keseluruhan danau.

Mungkin ramei yanc tertanye-tanye mende ke la "Rojok ayanc" ni..
kalu di kedei mamak tu rojok a.k.a pasembor, ada cucor mamak, tauhu, sengkuang hiris, kuoh kacang, telur rebus dan kadang2 masuk mee..
Rojok ayanc ni pulok biasanya ada ayam panggang/goreng(tanpa tepung), sos berkacang, kentang panggang/goreng dihiris dan tauhu.
Kala koi silak mohon diperbetulkan.. lama koi tok makan sampei ke nok lupe doh mender ada dalanc tu..

Kelebihan rojok pok chu ialah di samping rasa yang betulbetul "menggigit" lidoh dan anok tekok, boleh pulok nok beli separuh..kuikui..
Kami budok sekoloh masa tu, bajet mesti la terhad.. tu pun pok chu tok kedekut..
Rojok penuh harga dia RM2.. rojok separuh RM1 tapi kandungan dia machanc 3/4 penuh.

Namun, menurut sumber2 dari rodonc2 yang merata di Segitiga Jengka ni, Pok Chu telah beberapa tahun kembali ke Rahmatullah. perniagaannya diteruskan oleh anak-anak beliau di belakang rumah beliau yang setentang dengan Hospital Jengka. Koi sempat berbelas kali pegi makan tapi semenjok dua menjak koi rasa machanc tutup terus je kedei tu. Wokme pun tolong la tengok2.. kala tutup nampoknya Lae kena bukok la kede di Jengka..
Letokla nama Sembang Rodonc sempena nama blog koi ni..kuikui..
Aok oranc bisnes Lae.. koi tok pandei nok nguruske hey-hey duit ni..

Okla..begitulah akan adanya..
Rodonc-rodonc yang tok pernoh sampei Jengka pun moh la kita.. Banyok tempat menarik di Jengka ni.. Gunung Senyum, Gua Kota Gelanggi, Rojok Ayanc, rumoh koi machanc2 lagi..kuikui
Boleh lajok terus ke Taman Negara..