Penduduk Jerantut tak sangka gempa punca gegaran
JERANTUT: Penduduk di beberapa kawasan di Jerantut yang merasai gegaran pagi ini tidak menyangka ia berpunca daripada gempa bumi lemah berukuran 3.0 pada skala Richter.
Kerani Pejabat Pos Mini Sungai Tekam Utara, Ili Khairunnisa Mohd Rashid, 22, berkata ketika kejadian beliau sedang sibuk melayan beberapa pelanggan di pejabat pos berkenaan.
"Tiba-tiba terasa gegaran ketika saya sedang menguruskan pembayaran bil pelanggan menyebabkan saya rasa pening," katanya di sini.
Beliau berkata gegaran itu turut menyebabkan berlaku sedikit kekecohan di kalangan lima pelanggan dalam pejabat pos berkenaan.
Bagaimanapun, katanya beliau menyangka gegaran itu disebabkan oleh dentuman barang yang jatuh dari dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bersebelahan.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa yang berlaku pada 9.46 pagi itu berpusat di latitud 3.8 utara dan longitud 102.4 timur.
Pusat gempa terletak 65 kilometer dari timur laut Bentong dan gegaran lemah dirasai di sekitar daerah Jerantut.
Seorang lagi penduduk, Zakaria Mat Hassan, 52, pula berkata beliau menyangkakan gegaran itu disebabkan oleh pergerakan lori di kawasan itu.
"Kita tidak fikirkan ini satu gempa bumi kerana tidak pernah mengalaminya sebelum ini," kata bendahari JKKK kampung itu.
Katanya, beliau hanya mengetahui mengenai gempa berkenaan selepas dimaklumkan oleh pihak bomba.
Sementara itu, Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Jerantut, Roslan Abu Talib berkata pihaknya menerima maklumat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut sebelum sepasukan anggotanya melakukan tinjauan di sekitar Sungai Tekam Getah, Tekam Utara dan Kota Gelanggi.
Bagaimanapun, katanya tiada sebarang kecederaan dan kemusnahan berlaku akibat gempa bumi itu. - Bernama
================================
Dzul, John Doe, gonner gamok???
boleh tahan juga 3 skala ritcher tu..kalau 7 dah boleh buat roboh bangunan dah..
BalasPadamaku pn tak tau punca akibat boleh lepas ke gelanggi pulak gempa..seumur hidup blum ada dengar kes ni kt gelangi..
dulu penah gak org kl rasa gempa kecil ni tp effect dr gempa kat belah2 indonesia.
punca gempa ni pulak mmg dari area kita sendri..haih..
banyak dose la tu...hua...hua...erk...
BalasPadamramai sangat indon kat kawasan kita tu..
BalasPadamsemangat GEMPA di bawak sekali gamoknya.
her her her..
Don,
BalasPadamentah-entah bukan gempa bumi kot? kerani tu saja2 jer nak masuk paper! harharhar jgn mareee..
apapun ianya 1 peringatan untuk kita semua...
BalasPadamD-z,
BalasPadamPusat gempa di jerantut yang tak tahan tu.. koi rasa la di jerantut sebab kalu aok tengok peta 65 km ke timur laut bentong dah masuk jerantut.. koi target sebeloh sini gunung benom pusat dia..tapi sebab kawasan tu banyok hutan takde sape la cerita hey gempa ni..monyet ader la.. hehe
ataupun ateh sikit pada kampung damak..
beringat wehhh..
man..
koi bajet doh mesti ada orang yang akan kater gitu..
tapi logik jugok weh..
tempat koi ada 5-6 orang yang doh tua2 main daun dari pukul 7 lebih (bila org doh nok azan maghrib baru la deme sibuk masuk ladanc..org buat keje sawit deme layan daun pakau..) sampei 11 malanc..
seberang jalan pulok semenjak dua tiga bulan ada pakcik umur 60 tahun lebih bukok kedai ada karaoke..sound punya la kuat..dari kebun sawit koi dengor clear..
bengong la deme ni.. sebab beberapa org buat gitu satu gelangi dapat nama..
mula la org pandang org felda tak bermoral..
yang mana itu hanya andaian..
faktanya ialah 99.99% rakyat felda ialah org baik2..
Johan..
logik jugok statement aok tu..
hehe
Machete..
Aok jangan.. koi doh mula risau ni sebab sekoloh situ doh la tinggi..
tapi kualiti pembinaan dia koi yakin sebab Dzulkarnain Mohamad engineer dia masa tu.. :)
Fadh,
betol..koi setuju amat dgn aok..
Rodoncs,
BalasPadamCheck this outt!
http://www.google.com.my/imgres?imgurl=http://travelmalaysiaguide.com/images/Maps/pahang-map-big.jpg&imgrefurl=http://travelmalaysiaguide.com/pahang-maps/&h=1443&w=1107&sz=316&tbnid=QkGmJtC-i1G-iM::&tbnh=150&tbnw=115&prev=/images%3Fq%3Dpahang%2Bmap&hl=ms&usg=__r7MXw8aerUV2JU3qzoSOz7Nv110=&ei=4RnQSbLvJYSrjAfLqPTeCQ&sa=X&oi=image_result&resnum=4&ct=image&cd=1
berdebor aku tiba2 bila aok sebut pasal bangunan sekoloh tu..iye..memang blok tambahan 4 tingkat sekoloh rendah gelangi 2 aku yg jaga dgn JKR masa tu. tak silap thn 2002. tapi kena ingat juga sebab spec pembinaan adalah tidak melibatkan faktor keselamatan dari gempa bumi..tak silap aku la..ni kena cek balik..
BalasPadamD-z,
BalasPadamjangan risau.. hehe
koi tok saloh ke aok kalu runtuh sebab gempa.. bangunan tinggi2 di KL atau Penang yang tinggi2 5o-60 tingkat pun takde apa2 sistem anti-gempa..
koi tengok dalam discovery channel baru ni bangunan kuil di jepun atau sistem macam mender besar panjang dan berat yang berayun di tengah2 bangunan yang akan gunakan inersia untuk stabilkan balik bangunan..
menarik la koi rasa..
nampok lebih praktikal dari guna roller sebab hanya bertindak di bahagian bawah..bangunan boleh runtuh disebabkan shear stress la kalu gitu..
pendapat koi je la.. aok engineer aok expert.. :)
negara kita memang tidak biasa dengan gempa bumi. mungkin ini suatu petanda bahawa satu jam bumi perlu ditambah ke suatu tempoh yang lebih lama. mungkin. bumi kita ini sudah tua. itu pasti.
BalasPadamsalam..
BalasPadamkat rumah ayah kawe x da rasa apa2 pon..?tp yg dia org cakap tu 3 saat je..
note:mungkin ada sesuatu jd area tu.
..tringat kawe cerita org tua kawe pasai main daun..masa tu org gelanggi kaya..jatuh duit 2o sen cucuh duit rm50 buat cari duit td..betul ke? wallahualam
Padel..
BalasPadamMemang doh tua..
plat benua sentiasa bergerak..
takde mende nok pelik ..
kita dgn indon satu pentas benua yang sama..
pentas sunda..
http://en.wikipedia.org/wiki/File:Sunda_Plate_map-fr.png
Lae,
Mana ada org bakor 50 cari 20 sen..
perumpamaan je tu hhe..
tapi main daun tu memanc koi sokmo tengok..
muka tak malu betul la..
memang ada masa tu. sampai ke jengka. tapi tak kuat. sikit je. keh ingat ada atromen belawan mula2. hihihi
BalasPadamMin..
BalasPadamAok raser ke maser tu?
Jangan la karanc ada tumbuh gunung berapi pulok di jerantut ni..
Doh tamboh satu bahana lagi..
Tapi boley la keh buat bisnes zeolit pulok..kuikui
Sejak di bumi orang, aku tak tau hal ehwal Jerantut dan Malaya... Baru nie lah koi dapat internet, dan koi baru tau segalanya... Haha
BalasPadamDuan..
BalasPadamaok mentanc2 dok benua kecil keling le ni lupe daratan pulok weh.. hehe
takde hey duan.. ade mender2 menarik hey jerantut, rahimin, D-z n koi akan update aok.. Insya-Allah :)
Gunung Benom tu bukan ker gunung berapi dulu?? hehehehe... kawan agok2 jerk...
BalasPadammencari..
BalasPadamYe ke? aok bior betul..
karanc dia aktif semula..
koi pindoh...kuikui
syukur jelah x kuat gempa bumi tu koi masa kat japan bln 6 hingga 8 gempa bumi aje tapi temptkoi x kuat 2 sksla aje tempat lain 6.5 lg kuat pusat di iwaki japan jarak johor kelantan gak...
BalasPadamZam,,
BalasPadambersyukurlah kita selamat..
setiap yang berlaku ada hikmahnya.. :)