Jumaat, November 21, 2008

Surat kepada Pejabat Tanah dan Daerah Maran, cc kepada PTG dan KPTG Putrajaya

Assalamualaikum rodoncs semmer..
maafkan koi lamer tok mengupdate.. sibuk amat koi bulan ni.. kursus terkejor-kejor koi..

Ini ada koi letok surat koi kepada Pejabat Tanah dan Daerah Maran yang tersinta..
Reply dari demer koi akan scan dan letok dalanc update seterusnya..
Lihatlah sendiri perangai orang2 yang kita amanahkan menjaga khazanah negara dan bangsa... \


**Telah disunting semula setelah menerima nasihat dari rakan-rakan yang prihatin supaya menyelindungkan maklumat peribadi. Terima kasih sahabat-sahabatku..
================
Mahadhir bin Mat Lazim

No XX, Jalan XXXXXX,
Bandar XXXXXXXXX,
4XXXX Xxxxxxxx,
Selangor Darul Ehsan

Faridah binti Hamzah
No XX, Jalan XXXXXX,
Bandar XXXXXXXXX,
4XXXX Xxxxxxxx,
Selangor Darul Ehsan

Shahrulhizan bin Shaibon
No.XX Jln XXXXXXXXXXXXX,
XXXX xxxx XXX, Seksyen XXXXXX
4XXXXX XXXXXXXXXX
Selangor Darul Ehsan

Puan Zarina binti Mahyuddin
No.XX Jln XXXXXXXXXXXXX,
XXXX xxxx XXX, Seksyen XXXXXX
4XXXXX XXXXXXXXXX

Selangor Darul Ehsan
31 Mei 2008

DATO' HAJI ABDUL KADIR BIN AWANG BAKAR
DIMP., SMP., PMC., AMN., PJK.
Pengarah Tanah dan Galian Pahang
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang Tingkat 2 dan 3, Kompleks Tun Razak Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan Pahang Darul Makmur


Tuan,
Aduan Salah Laku Penjawat Awam Dalam Proses Lelongan Awam di Pejabat Daerah dan Tanah Maran, 22 Mei 2008 dan Mendesak Tindakan ke atas Hartanah- Hartanah Rizab Melayu yang dipajakkan kepada Bukan Melayu dalam Negeri Pahang


Merujuk perkara di atas, kami Mahadhir bin Mat Lazim nombor kad pengenalan 76xxxx-0X-xxxx, Shahrulhizan bin Shaibon, nombor kad pengenalan 78xxxx-10-xxxx dan sahabat kami Muhammad bin Abdul Latef telah menyertai lelongan awam bagi 7 hartanah yang berstatus tanah pertanian yang terletak di kawasan Sejabon dan Teberau yang berhampiran dengan Kampung Lubuk Paku, Mukim Luit dengan harga rizab keseluruhan RM448,000. Kami disertai oleh isteri-isteri kami Puan Faridah binti Hamzah nombor kad pengenalan 76xxxx-xx-xxxx, Puan Zarina binti Mahyuddin kad pengenalan 78xxxx-xx-xxxx dan Puan Rohaya binti Hamzah. Untuk pengetahuan pihak tuan, penama-penama untuk hartanah-hartanah tersebut ialah xxxxxcc, bekas Penolong Pegawai Daerah Maran pada tahun-tahun 70-an dan isterinya xxxccccc. Hartanah-hartanah tersebut telah dipajakkan kepada seorang taukeh Cina yang digelar Dato’ Kan Ching oleh penduduk Kampung Lubuk Paku sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu. Malah bukan hartanah- hartanah tersebut sahaja yahg dipajakkan, malah terdapat keluasan yang signifikan kawasan Sejabon dipajakkan kepada beliau. Ini adalah berdasarkan perbualan kami dengan penduduk-penduduk kampung yang tidak mempunyai kepentingan apa-apa dengan hartanah- hartanah tersebut.

Isu-isu yang kami dengan dukacitanya ingin sampaikan kepada pihak tuan ialah:

i) Sewaktu proses lelongan tersebut, Penolong Pegawai Daerah Maran, Puan XXXX Xxxx Binti Xxxx XXX telah tidak menunjukkan sifat neutral dengan berbual-bual mesra seperti kenalan lama dengan taukeh Cina tersebut. Taukeh Cina tersebut turut terlibat menyediakan bankdraf yang digunakan oleh Fatimah Binti Musa untuk tujuan lelongan tersebut. Selepas proses lelongan tersebut, Fatimah Binti Musa dan Mohamad Bin Musa telah “memenanginya” dengan harga jualan keseluruhan lebih kurang RM778,000, dan setelah menandatangani dokumen jualbeli, Fatimah dan taukeh Cina tersebut masuk menemui Puan XXXX dan berbual panjang di dalam bilik Penolong Pegawai Daerah. Kami tidak dapat memastikan butiran perbualan mereka tetapi untuk pengetahuan pihak tuan, wang tambahan 10% dari perbezaan harga rizab dengan harga jualan tidak dijelaskan oleh kedua-dua Mohamad Bin Musa dan Fatimah Binti Musa. Kenyataan saya disokong oleh Encik Chandran, peguam dari firma Raja Azhar & Husain Safri, peguam Affin Bank Cawangan Kuantan sewaktu saya menelefon beliau keesokan harinya, dan diperkuatkan lagi oleh kenyataan pelelong Haji Zainal@Ismail bin Mohd. yang turut mempersoalkan tindakan Puan XXXX tersebut. Sepatutnya Puan XXXX sebagai penjawat awam yang diamanahkan menjalankan proses lelongan dan amanah yang lebih besar lagi menjaga dengan penuh takzim hartanah-hartanah dalam daerah Maran tidak boleh berbuat demikian. Kami khuatir ini boleh membawa kepada tanggapan negatif kepada semua Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) serta Pejabat Tanah dan Galian (PTG) seluruh negara. Dapat disimpulkan bahawa penama hartanah telah meletakkan proksinya supaya hartanah- hartanah tersebut tetap sub nomine xxxxx bin xxxx dan xxxcc binti xxxxx secara hitam-putih, walaupun jelas cui bono kepada pihak yang diberi pajak dan mungkin ditekan oleh pihak yang diberi pajak yang telah membayar banyak wang pajakan kepada penama. Seperti yang dimaklumi, deposit 10% yang telah dirampas akan dimasukkan kembali ke akaun peminjam iaitu penama hartanah setelah ditolak kos-kos lelongan yang lain. Ini diperkuatkan lagi dengan fakta yang mana wakil beliau Encik XXXX XXXX bin XXXX, seorang pelelong berlesen, menghampiri kami sebelum lelongan dan memberitahu penama hartanah ingin berbincang serta menawarkan RM20,000 supaya kami menarik diri dari lelongan. Dengan ini kami sebagai rakyat Malaysia yang membayar cukai meminta untuk diberi penjelasan secara bertulis oleh penjawat awam tersebut, Penolong Pegawai Daerah Maran, atas tindakan beliau pada hari itu.

ii) Kami memohon supaya pihak PTG menghantar wakil pada hari lelongan semula yang akan ditetapkan oleh PDT Maran kelak untuk memantau keadilan proses lelongan. Adalah tidak adil jika penangkap lelong yang melawan dengan kami akan mengangkat hingga berapa sahaja nilai yang kami tawarkan, sedangkan mereka tidak berniat pun membayar perbezaan harga tersebut.

iii) Kami memohon pihak PTG mengeluarkan arahan rasmi bertulis dalam bentuk pekeliling kepada seluruh PDT Negeri Pahang dan kenyataan akhbar mengenai ketidaksahan pajakan Tanah Rizab Melayu kepada bukan Melayu berdasarkan Enakmen Rizab Melayu (ERM) Negeri-negeri Bersekutu 1913, seterusnya ERM 1933, seterusnya dikenali sebagai ERM (N.M.B Bab 142). Dari laman web KPTG sendiri iaitu http://www.kptg.gov.my/tanahrezab.html dapat diperhatikan ketidaksahan urusniaga persendirian (private dealings) diantara orang Melayu dengan orang Bukan Melayu. Hanya negeri Kedah dan Kelantan sahaja yang mebenarkan pajakan atau sewaan selama suatu tempoh yang tidak melebihi 3 tahun tanpa pilihan untuk memperbaharui kontrak pajakan.

iv) Kami mendesak supaya pihak PTG mengambil tindakan ke atas transaksi-transaksi tidak sah ke atas hartanah-hartanah rizab Melayu. Adalah mustahil pentadbiran PDT Maran tidak mengetahui perkara ini sedangkan kebanyakan pekerja di PDT tersebut mengenali Dato’ Kan Ching dan hubungannya dengan Mohd Nor bin Abdul Rani. Penolong Pegawai Daerah juga pasti mengetahuinya, apatah lagi setelah berbual panjang dengan Dato’ Kan Ching selepas lelongan tersebut. Mitos orang Melayu tidak mampu mengusahakan hartanah- hartanah Rizab Melayu perlu dibuang jauh-jauh ke Selat Tebrau. Kami mendesak pihak tuan bertindak sebelum berlakunya Fenomena Batu Putih atau Putih Mata ke atas tanah daratan kita. Sekarang ini pun sudah berpuluh ribu hektar tanah rizab Melayu diusahakan pihak lain yang mempunyai kawalan de facto ke atas hartanah- hartanah tersebut.

Pihak kami mendesak tindakan segera untuk perkara-perkara di atas. Jika tiada apa-apa tindakan atau tiada sebarang komunikasi dari pihak tuan dan dari pihak Peolong Pegawai Daerah Maran Selepas 21 hari dari tarikh penerimaan surat ini, kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan seterusnya yang kami fikirkan perlu.

Segala perhatian, pertimbangan dan kerjasama pihak tuan kami dahului dengan jutaan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,



-------------------------------------
(MAHADHIR BIN MAT LAZIM)



------------------------------------------------
(SHAHRULHIZAN BIN SHAIBON)



------------------------------------------------
(FARIDAH BINTI HAMZAH)



------------------------------------------------
(ZARINA BINTI MAHYUDDIN)

s.k.
DATO’ ZOAL AZHA BIN YUSOF
Ketua Pengarah Tanah dan Galian
Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian
No. 25, Persiaran Perdana
Wisma Sumber Asli
Presint 4
62574 Putrajaya
Tel : 03-81712600
Faks : 03-88810796

Mohamad Aslam Khan
Chief Recovery Specialist
Affin Bank Berhad
HEAD OFFICE
17th Floor, Menara AFFIN
80, Jalan Raja Chulan
50200 Kuala Lumpur
Tel: 03-2055 9000 / 9020
Faks: 03-2026 1415

Raja Azhar & Husain Safri . No. 61, 1st Floor, Jln Mahkota
25000 Kuantan,
Pahang Darul Makmur
Tel: 09-5161812
Faks: 09-514 5280

Mahadiah binti Mohamad
Pegawai Daerah Maran
Pejabat Daerah Dan Tanah Maran
Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan
26500 Maran
Pahang Darul Makmur
Tel: 09-4771500
Faks: 09-4771858

XXXX XXXX XXXX XXXX
Penolong Pegawai Daerah Maran (Tanah)
Pejabat Daerah Dan Tanah Maran
Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan
26500 Maran
Pahang Darul Makmur
Tel: 09-4771500
Faks: 09-4771858

Haji Zainal@Ismail bin Mohd. PPN, PJK
Pelelong Berlesen
No. 21, Lorong IM 2/10
Taman Indera Mahkota Jaya
25200 Kuantan
Pahang Darul Makmur
Tel: 016-9203040

22 ulasan:

  1. lepas nie kalo tak ada tindakan jugek...awok bakor jek pejabat tanah maran tue...puas hati...(sedap koi ngapi2kan aok)

    BalasPadam
  2. Hehe..
    Fadh..
    ade jugek niat gitu..
    tapi karanc watak jahat beralih kepada koi..
    jadi koi akan tetap guna saluran biasa..
    lepas ni koi nok hantor suratkabor banyok2..
    last sekali koi niat nok saman la dengan pegawei daeroh skali..

    Tanoh Matau di Bandor jengka tu samer2 melayu beria nok halau deme yang duduk berpuluh tahun situ..
    di sri jaya (temat datok kan ching) demer berani buat??
    Sembanc je berapi puok tu.. :)

    BalasPadam
  3. ah, memang lembab. sampai ni tak settle lagi tanah arwah ayoh keh tu dari 02!

    BalasPadam
  4. bravo Don,
    lawan tetap lawan. i want to warn you that the process would be long, tedious, heartbreaking, and exhausting. but, this is a war that we need to fight. if you need anything, do call me. i do happen to know someone cat.52 right smack at kementerian sumber asli. could you pdf the letter or at least mail me the copy? will see what i can do. btw, what abt BPR?
    alang-alang mandi biar basah bro.

    BalasPadam
  5. Min,
    Jengka 12 masuk maran jugek ke?
    Koi ingat jerantut..
    tanah arwah ayoh koi ni baru start proceed.. tak tau la speed pejabat jerantut gonner..

    Di..
    orang mengantuk disorongkan kereta sorong ni...
    nanti koi call aok..
    koi memang nok lawan all-out..
    Bro rahimin dgn D-z tahu banyok kisah jerantut..
    kita buat team membanteras penyelewengan tanah rizab melayu..
    amachanc??

    BalasPadam
  6. Teruskan, berjuang untuk membenteras kebatilan.

    BalasPadam
  7. mesti entah apa -apa je dorang balas surat aok ni. jgn percaya ckp dorang. bawok naik lg bior sampai ke pak lah, tengok paklah pusing macamana pulok..

    BalasPadam
  8. keh bawah maran. sampai la ni tak ada feedback. jerantut tak tau la cam ne. boleh tahan kot. tapi temerloh ok.

    BalasPadam
  9. Pokli,
    Terima kasih atas kata2 semangat tersebut.. :)

    D-z,
    memang ntahapehape pun..
    nanti aok bace je la.. sakit atinya koi tabley bayanckan ke aok la.. peww.. dia ingat koi budok tadika kemas ke..

    Min,
    Kita tengok la gonner nanti..
    Koi harap ok la.. :)

    BalasPadam
  10. takbir....10x...Aok bawok jer terus ke atas..tgk paklah belit mcmn..jgn berenti lg..smbg pulok sampei najib naik..kita tgk pulak mcmn dia jawab kalau kene ke negeri sendiri...

    BalasPadam
  11. salam der,
    pendapat aku la pejabat tanah ni memang untuk org2 dia je..kalau rakyat nak dia akan ignore..tp kalau ada duit semuanya beres..
    bagus dapat position d pejabat tanah..(sapa2 yg x dpt kerja apply la)

    aku cadangkan aok fowrd surat tu ke sultan pahang..setahu aku sultan pahang,dia ambik hal dlam hal tanah negeri dia..

    BalasPadam
  12. koi tabik dengan aok!!!!
    kala nok bakor kabor ke koi.
    koi sponsor minyok

    BalasPadam
  13. owhhh aku penah ada member rapat cerita pasal dia request utk dapat tanah yg terkapit tak de tuan kat pejabat gomen. tau2 dah dapat ke org dalam pulak. kut dia tak apply tak de org tau pun tanah tu tak bertuan.
    memang gitu kut perangai org gomen. semangat nak berharta, tapi cara entah apa2
    haihhhh

    BalasPadam
  14. Don,
    Lawan jangan tak lawan. Jangan ingat kita orang kecik diorang blh pijak pijak. Saya pon tgh berlawan dgn Shell sebab stesen minyak kat sebelah rumah saya di kg ada kebocoran sehingga mencemarkan air perigi kitorang. Buat complaint diorang buat sambil lewa sebab ingat my father org kg, JAS pon bangang kata air tu selamat diminum sedangkan terang-terang ada bau minyak dan trace minyak. Pastu refuse to give us written report. Bila i call diorang directly baru semua melompat bila dpt tahu i'm a lawyer and i know the law. Kadang2 diorang ni kena show off position kita baru diorang nak ambik tindakan. Kalau tak diorang ingat boleh dibodohkan jer parents i tu. Pastu janji nak supply air, mula-mula elok jer supply pastu 2-3 bln bila kitorang senyap dia blh cut off pulak water supply. Bangang betul. Last2 i told my father to appoint a lawyer and saman diorang. Sekarang padan muka diorang sbb kes dah didaftarkan di mahkamah. Baru la start nak call kitorang mintak maaf la, memujuk la, janji itu ini laa. I told my father suruh ckp ngan diorang deal direct jer ngan lawyer kitorang. Kitorang banyak kerja lain lagi dari melayan janji manis diorang.

    BalasPadam
  15. Az,
    biasa la tu..
    tapi takde la sampei ke pokloh koi raser.. buang karan je dia tu..
    Najib? dia ada raser malu ker?
    hntoh la.. koi tak menyakini dia..

    Lae,
    memang pe'el deme gitu..
    hntoh maner silapnye..
    forward ke sultan pahang tu kena ada kabel la..
    koi memang ada plan nok tanya tuan ibrahim (bukan ayoh aok..hehe) sebab dia baik dgn sultan..

    pollito,
    ok..ron 92 cukup la..jimat hehe
    aok kena perjuangkan tanoh matau bandor pusat tu weh..
    kesian deme duduk dekat 40 tahun doh nok kena halau..
    kalu cha ya kecut kepala..

    life,
    betul sangat tu..
    mengapor mencilok seroh ke deme..

    hanim,
    aok kena bagi no HP aok ni..
    banyok koi nok consult dgn aok...
    ada pat lima kes lagi koi nok rujuk..
    antaranya tender ambik hasil sawit yang bocor kepada some called Gan dari pekan Jerantut..
    tahun depan kontraktor melayu makan asap je la..
    satu gugusan sapu ke dia..

    BalasPadam
  16. Org Pejabat Tanah mmg peel nyer gitu... koi keje ngan pejabat ukur..koi tau la gone gayanya... yg penting poket deme masyuk...

    BalasPadam
  17. ah ye. wat malu org maran je. chet punye org opis jabat tanoh.

    BalasPadam
  18. molek sangat le awok buat gitu...
    koi sokong ngat.
    kat kampung koi abis tanah kosong kene pon dengan kerani-kerani pejabat tanah maran, mende toknya, dia tahu cerok mane tanah kosong...

    BalasPadam
  19. Haji Jenal tu koi kenal.. dkt dgn rumah koi... err.r.

    BalasPadam
  20. Latifah..
    tu la..
    bangsa lain pulok nampok semmer org melayu pe'el gitu..
    sakitnye ati koi...

    kotok,
    tanoh dalanc kampung di lubuk paku tu memang puok deme yang usahakan..
    saloh org kite jugek..
    maleh nok ngushakan bagi ke tiga nama..sudohnye..deme makin menamboh tanoh..memang namer dalanc geran masih melayu tapi jadi alibaba je la..

    chaklam..
    koi usaha setakat mana yang koi mampu.. payoh jugek puok2 ni kene belaker dok org dalanc pejabat tanoh tu..
    nok nuduh rasuoh koi takde bukti..

    Wei alep..
    kirim salanc ke die..
    koi respek ke die..
    memanc nyaris puok tu kena disqualified mujur 3 minit lagi sebelum waktu tutup deme sempat buat bankdraf baru..

    BalasPadam
  21. Ihh...Don
    tak terkata kawan..
    nati argh..
    kita serbu sesama pejabat diaorang..

    BalasPadam
  22. Dive,
    Molek amat..aok bowok satu kompeni escort.. hehe
    saje nok gempak... :)

    BalasPadam

Komen ke komplen ke koi takdok masaaloh..kuikui