Jumaat, November 21, 2008

Surat kepada Pejabat Tanah dan Daerah Maran, cc kepada PTG dan KPTG Putrajaya

Assalamualaikum rodoncs semmer..
maafkan koi lamer tok mengupdate.. sibuk amat koi bulan ni.. kursus terkejor-kejor koi..

Ini ada koi letok surat koi kepada Pejabat Tanah dan Daerah Maran yang tersinta..
Reply dari demer koi akan scan dan letok dalanc update seterusnya..
Lihatlah sendiri perangai orang2 yang kita amanahkan menjaga khazanah negara dan bangsa... \


**Telah disunting semula setelah menerima nasihat dari rakan-rakan yang prihatin supaya menyelindungkan maklumat peribadi. Terima kasih sahabat-sahabatku..
================
Mahadhir bin Mat Lazim

No XX, Jalan XXXXXX,
Bandar XXXXXXXXX,
4XXXX Xxxxxxxx,
Selangor Darul Ehsan

Faridah binti Hamzah
No XX, Jalan XXXXXX,
Bandar XXXXXXXXX,
4XXXX Xxxxxxxx,
Selangor Darul Ehsan

Shahrulhizan bin Shaibon
No.XX Jln XXXXXXXXXXXXX,
XXXX xxxx XXX, Seksyen XXXXXX
4XXXXX XXXXXXXXXX
Selangor Darul Ehsan

Puan Zarina binti Mahyuddin
No.XX Jln XXXXXXXXXXXXX,
XXXX xxxx XXX, Seksyen XXXXXX
4XXXXX XXXXXXXXXX

Selangor Darul Ehsan
31 Mei 2008

DATO' HAJI ABDUL KADIR BIN AWANG BAKAR
DIMP., SMP., PMC., AMN., PJK.
Pengarah Tanah dan Galian Pahang
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang Tingkat 2 dan 3, Kompleks Tun Razak Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan Pahang Darul Makmur


Tuan,
Aduan Salah Laku Penjawat Awam Dalam Proses Lelongan Awam di Pejabat Daerah dan Tanah Maran, 22 Mei 2008 dan Mendesak Tindakan ke atas Hartanah- Hartanah Rizab Melayu yang dipajakkan kepada Bukan Melayu dalam Negeri Pahang


Merujuk perkara di atas, kami Mahadhir bin Mat Lazim nombor kad pengenalan 76xxxx-0X-xxxx, Shahrulhizan bin Shaibon, nombor kad pengenalan 78xxxx-10-xxxx dan sahabat kami Muhammad bin Abdul Latef telah menyertai lelongan awam bagi 7 hartanah yang berstatus tanah pertanian yang terletak di kawasan Sejabon dan Teberau yang berhampiran dengan Kampung Lubuk Paku, Mukim Luit dengan harga rizab keseluruhan RM448,000. Kami disertai oleh isteri-isteri kami Puan Faridah binti Hamzah nombor kad pengenalan 76xxxx-xx-xxxx, Puan Zarina binti Mahyuddin kad pengenalan 78xxxx-xx-xxxx dan Puan Rohaya binti Hamzah. Untuk pengetahuan pihak tuan, penama-penama untuk hartanah-hartanah tersebut ialah xxxxxcc, bekas Penolong Pegawai Daerah Maran pada tahun-tahun 70-an dan isterinya xxxccccc. Hartanah-hartanah tersebut telah dipajakkan kepada seorang taukeh Cina yang digelar Dato’ Kan Ching oleh penduduk Kampung Lubuk Paku sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu. Malah bukan hartanah- hartanah tersebut sahaja yahg dipajakkan, malah terdapat keluasan yang signifikan kawasan Sejabon dipajakkan kepada beliau. Ini adalah berdasarkan perbualan kami dengan penduduk-penduduk kampung yang tidak mempunyai kepentingan apa-apa dengan hartanah- hartanah tersebut.

Isu-isu yang kami dengan dukacitanya ingin sampaikan kepada pihak tuan ialah:

i) Sewaktu proses lelongan tersebut, Penolong Pegawai Daerah Maran, Puan XXXX Xxxx Binti Xxxx XXX telah tidak menunjukkan sifat neutral dengan berbual-bual mesra seperti kenalan lama dengan taukeh Cina tersebut. Taukeh Cina tersebut turut terlibat menyediakan bankdraf yang digunakan oleh Fatimah Binti Musa untuk tujuan lelongan tersebut. Selepas proses lelongan tersebut, Fatimah Binti Musa dan Mohamad Bin Musa telah “memenanginya” dengan harga jualan keseluruhan lebih kurang RM778,000, dan setelah menandatangani dokumen jualbeli, Fatimah dan taukeh Cina tersebut masuk menemui Puan XXXX dan berbual panjang di dalam bilik Penolong Pegawai Daerah. Kami tidak dapat memastikan butiran perbualan mereka tetapi untuk pengetahuan pihak tuan, wang tambahan 10% dari perbezaan harga rizab dengan harga jualan tidak dijelaskan oleh kedua-dua Mohamad Bin Musa dan Fatimah Binti Musa. Kenyataan saya disokong oleh Encik Chandran, peguam dari firma Raja Azhar & Husain Safri, peguam Affin Bank Cawangan Kuantan sewaktu saya menelefon beliau keesokan harinya, dan diperkuatkan lagi oleh kenyataan pelelong Haji Zainal@Ismail bin Mohd. yang turut mempersoalkan tindakan Puan XXXX tersebut. Sepatutnya Puan XXXX sebagai penjawat awam yang diamanahkan menjalankan proses lelongan dan amanah yang lebih besar lagi menjaga dengan penuh takzim hartanah-hartanah dalam daerah Maran tidak boleh berbuat demikian. Kami khuatir ini boleh membawa kepada tanggapan negatif kepada semua Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) serta Pejabat Tanah dan Galian (PTG) seluruh negara. Dapat disimpulkan bahawa penama hartanah telah meletakkan proksinya supaya hartanah- hartanah tersebut tetap sub nomine xxxxx bin xxxx dan xxxcc binti xxxxx secara hitam-putih, walaupun jelas cui bono kepada pihak yang diberi pajak dan mungkin ditekan oleh pihak yang diberi pajak yang telah membayar banyak wang pajakan kepada penama. Seperti yang dimaklumi, deposit 10% yang telah dirampas akan dimasukkan kembali ke akaun peminjam iaitu penama hartanah setelah ditolak kos-kos lelongan yang lain. Ini diperkuatkan lagi dengan fakta yang mana wakil beliau Encik XXXX XXXX bin XXXX, seorang pelelong berlesen, menghampiri kami sebelum lelongan dan memberitahu penama hartanah ingin berbincang serta menawarkan RM20,000 supaya kami menarik diri dari lelongan. Dengan ini kami sebagai rakyat Malaysia yang membayar cukai meminta untuk diberi penjelasan secara bertulis oleh penjawat awam tersebut, Penolong Pegawai Daerah Maran, atas tindakan beliau pada hari itu.

ii) Kami memohon supaya pihak PTG menghantar wakil pada hari lelongan semula yang akan ditetapkan oleh PDT Maran kelak untuk memantau keadilan proses lelongan. Adalah tidak adil jika penangkap lelong yang melawan dengan kami akan mengangkat hingga berapa sahaja nilai yang kami tawarkan, sedangkan mereka tidak berniat pun membayar perbezaan harga tersebut.

iii) Kami memohon pihak PTG mengeluarkan arahan rasmi bertulis dalam bentuk pekeliling kepada seluruh PDT Negeri Pahang dan kenyataan akhbar mengenai ketidaksahan pajakan Tanah Rizab Melayu kepada bukan Melayu berdasarkan Enakmen Rizab Melayu (ERM) Negeri-negeri Bersekutu 1913, seterusnya ERM 1933, seterusnya dikenali sebagai ERM (N.M.B Bab 142). Dari laman web KPTG sendiri iaitu http://www.kptg.gov.my/tanahrezab.html dapat diperhatikan ketidaksahan urusniaga persendirian (private dealings) diantara orang Melayu dengan orang Bukan Melayu. Hanya negeri Kedah dan Kelantan sahaja yang mebenarkan pajakan atau sewaan selama suatu tempoh yang tidak melebihi 3 tahun tanpa pilihan untuk memperbaharui kontrak pajakan.

iv) Kami mendesak supaya pihak PTG mengambil tindakan ke atas transaksi-transaksi tidak sah ke atas hartanah-hartanah rizab Melayu. Adalah mustahil pentadbiran PDT Maran tidak mengetahui perkara ini sedangkan kebanyakan pekerja di PDT tersebut mengenali Dato’ Kan Ching dan hubungannya dengan Mohd Nor bin Abdul Rani. Penolong Pegawai Daerah juga pasti mengetahuinya, apatah lagi setelah berbual panjang dengan Dato’ Kan Ching selepas lelongan tersebut. Mitos orang Melayu tidak mampu mengusahakan hartanah- hartanah Rizab Melayu perlu dibuang jauh-jauh ke Selat Tebrau. Kami mendesak pihak tuan bertindak sebelum berlakunya Fenomena Batu Putih atau Putih Mata ke atas tanah daratan kita. Sekarang ini pun sudah berpuluh ribu hektar tanah rizab Melayu diusahakan pihak lain yang mempunyai kawalan de facto ke atas hartanah- hartanah tersebut.

Pihak kami mendesak tindakan segera untuk perkara-perkara di atas. Jika tiada apa-apa tindakan atau tiada sebarang komunikasi dari pihak tuan dan dari pihak Peolong Pegawai Daerah Maran Selepas 21 hari dari tarikh penerimaan surat ini, kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan seterusnya yang kami fikirkan perlu.

Segala perhatian, pertimbangan dan kerjasama pihak tuan kami dahului dengan jutaan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,



-------------------------------------
(MAHADHIR BIN MAT LAZIM)



------------------------------------------------
(SHAHRULHIZAN BIN SHAIBON)



------------------------------------------------
(FARIDAH BINTI HAMZAH)



------------------------------------------------
(ZARINA BINTI MAHYUDDIN)

s.k.
DATO’ ZOAL AZHA BIN YUSOF
Ketua Pengarah Tanah dan Galian
Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian
No. 25, Persiaran Perdana
Wisma Sumber Asli
Presint 4
62574 Putrajaya
Tel : 03-81712600
Faks : 03-88810796

Mohamad Aslam Khan
Chief Recovery Specialist
Affin Bank Berhad
HEAD OFFICE
17th Floor, Menara AFFIN
80, Jalan Raja Chulan
50200 Kuala Lumpur
Tel: 03-2055 9000 / 9020
Faks: 03-2026 1415

Raja Azhar & Husain Safri . No. 61, 1st Floor, Jln Mahkota
25000 Kuantan,
Pahang Darul Makmur
Tel: 09-5161812
Faks: 09-514 5280

Mahadiah binti Mohamad
Pegawai Daerah Maran
Pejabat Daerah Dan Tanah Maran
Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan
26500 Maran
Pahang Darul Makmur
Tel: 09-4771500
Faks: 09-4771858

XXXX XXXX XXXX XXXX
Penolong Pegawai Daerah Maran (Tanah)
Pejabat Daerah Dan Tanah Maran
Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan
26500 Maran
Pahang Darul Makmur
Tel: 09-4771500
Faks: 09-4771858

Haji Zainal@Ismail bin Mohd. PPN, PJK
Pelelong Berlesen
No. 21, Lorong IM 2/10
Taman Indera Mahkota Jaya
25200 Kuantan
Pahang Darul Makmur
Tel: 016-9203040

Rabu, November 05, 2008

Tahniah buat zamie a.k.a Azlizam Abdullah de Jengka 1


Gambor hiasan.. Anok koi Uzair Ziyad masa umur 3 tahun..doh koi nunggu zamie hantor gambor anok die tok sampei2 koi letok la gambor budok rambut panjanc ni.. hihi


Assalamualaikum rodonc-rodonc semmer..

Semalanc dalanc pukul 6 petanc, koi terima SMS dari rodonc koi zaman skoloh Bandor Pusat Jengka dulu, Az a.k.a zamie..

Alhamdulillah..
Selamat doh isteri dia yang dikasihi melahirkan anok keempat, lelaki lagi. Menyamakan kedudukan dengan koi kata zamie.. 4-4. Jaringan minit ke 08 la ni.. koi dulu minit ke 02,03,05 dan 06. Tok menjawab dia masa tu..hehe
Le ni bila koi mengambil corak bertahan baru la Az menyamakan kedudukan..
tapi kita hanya mampu merancang hanya Allah menentukan..

Anok koi pun L-P-L-L, anok dia pun L-P-L-L. Berjangkit gamoknye.. hehe

Koi menelepon Ahad sebelum Dipabali ari tu lagi dia kata menunggu masa..
sempat lagi koi speaking banjar dengan dia.. hehe
terkejut pulok dia lamer tok spiking gamoknyer ...

Berat 3.76 kilo. Koi suruh dia bubuh nama Don Balon de las Palmas dia tak mboh..
mesti start Ainul kata dia.. sebab semua anok dia start dengan Ainul..

Ha..rodonc-rodonc, moh la kita bagi cadangan nama-nama yang baik kepada saudara kita
Azlizam Abdullah..

Koi cadanc:
i. Ainul Yaqin (peh machanc name turki la pulok.. macam striket Hakan Yakin striker Switzerland tu.. hehe)-mata (penglihatan) yang yakin..
ii. Ainul Ziyad (Pergh machanc name striker Tunisia Ziyad Al-Jaziri la pulok...)-mata (penglihatan) yang bertambah, Ainul Zaidan pun boleh..machanc Zinedine Zidane la pulok.. heheh
iii. Ainul Zaki (pergh machanc striker Mesir yang main dengan wigan tu la plok..Amr Zaki hehe) - mata (penglihatan) yang bersih..

Ha.doh la tyu karanc keluor semua nama pemain bolo pening pulok zamie nok memilih..

Ma'assalamah wailalliqaa'..

Ahad, November 02, 2008

Suatu Malam Nan Suram..:Penunggu TNB Bangsar

Suatu malam dalam tahun 1998 atau 1999, koi terpaksa ke TNB Bangsor untuk mencocoh duit di BSN kecik di sana ekoran BSN Pantai Dalanc pada masa itu terpaksa ditutup oleh masalah yang sampei le ni koi dan rakan-rakan serumoh gagal mendapatkan sebab-musababnya..

Koi dengan Z buruk koi pun merentaslah keagaksibukan Jalan Pantai Baru dari arah Kerinchi dan membuat belokan ke kiri dengan sudut 37 darjah dari garis mengufuk.

Selepas jarak lebih kurang, 15 meter koi membelok ke kanan masuk ke kawasan TNB Bangsar. Sampai ke mesin ATM, koi pun menyempurnakan cocohan dengan jumlah yang cukup untuk dua tiga hari layan sup daging atau Tom Yam Sotong di kedai Sofea Tom Yam (kedai termurah waktu itu..hehe).

Koi mendapatkan Z usang koi lalu separuh memecut..menuju arah pintu keluar Jalan bangsar, bukan jalan masuk tadi. Sengaja koi buat begitu malanc tu, maleh nok pusing balik melinteh Kerinchi. Setelah beberapa ketika melayan perasaan dalam kedinginan dan keheningan persekitaran TNB Bangsar yang meriah di siang hari, koi ternampak dari kejauhan satu susuk tubuh antara pepohon peneduh yang terdapat di situ. Tubuh itu melambai-lambai ke arah koi dari kejauhan.

Koi mula mengaktifkan cognitive dan motor information koi dan akhirnya motor information koi telah menyebabkan motor Z koi berhenti. Satu susuk tubuh agak tinggi, berkulit agak kehitaman, berkumis dan berjambang mendekati koi.. Langkahnya koi lihat agak terganggu, mungkin salah satu kakinya mengalami komplikasi ataupun bahagian basal ganglia dalam otaknya mengalami gangguan. Apabila tubuh itu semakin hampir dengan fairing Z koi, suatu bauan semerbak kemasaman memecah kebeningan malam..

"Mabuk punya kutu la pulak.. abeh aa koi".. motor kognitif koi beroperasi lagi..

Tiba-tiba tubuh itu bersuara dalam Bahasa Melayu dialek Andhra Pradesh..

"Macha.. tumpang pigi itu pintu deppan boley ka?"..

Lagi sekali proses membuat keputusan berlaku...
Keputusan: afirmatif.

"Boley aa macha..?".. ujar tubuh itu lagi dengan suara diiringi bauan kemasaman itu lagi umpama bulan dipagar bintang..

Koi bersuara pendek "Naik aah.." sambil sengih separuh yang dibuat-buat disulami dengan elemen-elemen ketakutan dan kerisauan..

Tubuh itu membonceng Z koi sambil bersuara..arrghh..bau itu semakin kuat ekoran jarak beliau dengan koi kini hanya beberapa cm...

"Macha.. terima kasey aa.. saya suda tunggu suda berapa lama..semua tara mau angkat.." getus beliau..
"Ooooo..perempuan kalu, suda lama itu worang angkat..poodah!" sambung beliau lagi menunjukkan rasa tidak puas yang amat sangat.

Koi rasa nak tergelak.. mana doknye..dressing dah la menakutkan..bauannye pun bisa menyebabkan simptom-simptom seperti orang berbadan dua.. hehe

..............

Akhirnya koi dan tubuh itu sampai ke pintu keluar arah Jalan Bangsor.

Tubuh itu turun dari motor Z koi....
Tiba-tiba koi terkejut!
Tubuh itu memegang pergelangan kaki koi dengan kedua-dua tangannya laksana pengantin perempuan dalam filem hindustan bertemu ibu mertuanya..

Dengan wajah terharu yang dapat koi saksikan menerusi cahaya lampu jalan berhampiran, tubuh itu bersuara lagi..
"Machaa...... terima kasih macha".. sambil terus memegang kaki koi..

Koi dalam suasana masih terkejut hanya menjawab "Ok..ok.. no problem.." seraya memecut kemudian setelah agak jauh ketawa sepuas hati koi.. harhar!