Rabu, Ogos 19, 2009

Oklah hari ni koi bercakap hal H1N1..!!

Assalamualaikum kaum keluarga dan rodoncs...

Salahkah aku?
Mengatakan mereka kaki bangku..
Atau otak mereka beku..
Lebih beku dari air batu..
Semuanya rakyat ini dan itu..


Padahal kerajaan tiada membantu..

Kalau Scorpene boleh dipalu..

Topeng percuma tak bolehkah satu?

Jangan ingat virus malu..

lubang hidung PM tak ingin diserbu..

atau juga anak-cucu..

Jangan dah kena baru nak tahu..

Bila muka dah naik biru..

Terkulat-kulat tersedu-sedu..


Setakat kawal harga memang tak padu..

Topeng sebulan nak beli tak mampu..

Bolehla tahan kalau seminggu..

Belum masuk ubat Tamiflu..

Aduhai kerajaanku..

Inilah bahana H satu N satu..

Nabi dah pesan dari dulu..

Haram dan najis tak boleh sappedu..

Kebetulan WHO kusebut who..

H1N1 maksudnya Haram nombor satu, Najis nombor satu..

huhuhu....!

Koi chalo duluuu...




6 ulasan:

  1. den nak tanya ekau,

    pasal apa Malaysia yg dikatakan Rakyat diUtamakan kekurangan kepakaran hatta kekurangan tamiflu dan vaksin utk menghadapi serangan ini??
    adakah budget dah habis sbb beli kapal selam?
    adakah perbelanjaan pertahanan lebih tinggi dari kesihatan rakyat???

    BalasPadam
  2. Tapirus Malayus..
    pasey aok tanye koi pulok weh?
    Najib bukan worih koi..
    Rodonc je..
    kuikui

    BalasPadam
  3. H1N1 Rakyat Didahulukan Untuk Mampus
    (Maaf kasar sikit tajuk , puas dah berlembut sebelum ini)

    Rakyat Malaysia begitu naif , begitu tidak terdedah mengenai pengetahuan pencegahan H1N1. Agaknya kalau isytihar darurat kita masih buat tak kisah, dari Perdana Menteri sampailah ke rakyat biasa.

    Isteri saya mengajar di sebuah sekolah kluster di Seremban (sekolah Top of the Cream agaknya). Salah seorang murid telah disahkan menghidap H1N1 (anak Dato). Kelas sekolah berjalan macam biasa.

    Saya tanya tak ada ke buat pembersihan kelas dan sekolah dari bakteria (disinfection) ? Dia kata tak ada. Sekolah seolah-olah tak tahu nak buat apa, tunggu arahan dari Jabatan Pelajaran dan Kementerian Kesihatan agaknya.
    -marah sahabat kita ni

    BalasPadam
  4. Tapirus..
    koi tengok rakyat malaysia ni terlampau rilek..
    kalau US serang pun gamoknya rilek2 je pegi keje bukok sekoloh..
    "Itu kem tentera..bukan sekolah..."
    "Itu stesen tv..bukan DHL..."
    "Itu KL..bukan Sg Besar..."
    "Itu kawasan bandor..bukan Sg Panjang..."

    last2 sekali..
    "amerika pun ok apa.. dia jajah kita..otomatik kita jadi rakyat amerika.. gelemer woooo..."
    budus..

    BalasPadam
  5. kui kui kui

    koi dah kehilangan kata2 untuk mengambarkan bodohnya kerajaan malaysia...

    BalasPadam
  6. Koi jugek doh tok terkata sebenornya..
    kebetulan pulok kepala dia asey negeri kita..
    arghhh..
    memalukan..
    tok nan punya hey pun koi doh tok terkata..
    ni tok N1 pulok..
    kuikui

    BalasPadam

Komen ke komplen ke koi takdok masaaloh..kuikui