Ahad, Ogos 09, 2009

Antologi Cerpen Lipur & Lentang.. "Blues Untuk Rodong"..

Assalamualaikum kaum keluarga dan rodonc-rodonc semua..

Koi membuka kata mewakili seluruh penulis yang terlibat dalam pembikinan buku yang bersejarah dalam catatan Malaya atau sekurang-kurangnya Negeri Pahang Darulmakmur atau sekurang-kurangnya Daerah Jerantut, Maran dan Pekan atau sekurang-kurangnya sejarah diri kome sendiri..kuikui

Dengan sukacita kome mengumumkan penerbitan antologi cerpen "Blues Untuk Rodong" yang menampilkan 4 bloggers; Rahimin Idris dari Jengka 12, Maran yang kini menghuni Bandar Jerantut, juga penulis yang pernah memenangi Hadiah Sastera Utusan tahun berapa koi tak ingat..kuikui dan 3 penulis rookie Don Balon dari Kota Gelanggi 2 Jerantut, Alif Mikail dari Pekan & Mohd. Firdaus Mat Lazim a.k.a John Doe juga dari Kota Gelanggi 2.

Konsep buku ialah penceritaan kisah-kisah santai bebas tetapi masih tertakluk di bawah norma-norma Islam dan masyarakat Melayu.
Pada ketika ini, kami sudah sampai ke peringkat akhir penerbitan dan Insya-Allah penerbitan akan disempurnakan sebelum menjelang Aidil Fitri. Harga buku telah ditetapkan RM20.
Tempahan boleh dimulakan dengan memaklumkan kepada Penulis Berempat di ruangan komen atau chat box buat masa ini.

Kami akan melancarkan blog khas untuk buku ini pada minggu hadapan. Ruangan tempahan juga akan dibuka dalam blog tersebut. Terima kasih kepada 6 pembaca setia blog-blog kami yang telah menempah buku tersebut sejak kami menyepam inbox-inbox henpon mereka malam tadi dan pagi tadi..kuikui

Mekasseyyyy...

6 ulasan:

  1. bangga aku ada kawan camni, aku konpem beli satu. nak autographs sekali boleh?

    -- d i n --

    BalasPadam
  2. kawan nok juge...
    tapi amek masa datang beraya di rmh aok nanti...
    harga kita kira gini...
    tolak dgn duit raya anak2 + diskaun untuk watak..
    boleh kira separuh harga tu...hehehe

    "hidup don dan kawan2....."

    BalasPadam
  3. Din,
    Boleh..
    Aok balik raya jengka 3 ke tahun ni?
    ke raya manchester lagi?
    kala tok balik koi post je la sana...kuikui

    BalasPadam
  4. Az,
    diskaun no hal rodonc..
    tapi tok banyok la..kena bincang dengan team dulu..kuikui
    din jengka3 pun koi masukkan watak dia dalam cerpen "Komputer kaler" ...
    jadi tukang kutuk koi bersama tuan azman..
    cuma nama dia zainuddin koi letak zainaldin, tuan azman jadi tuan asman..
    aok jadi azli anak pak dolah naik keta corolla maroon BAV etc kuikui

    BalasPadam
  5. Min..
    bisnes kencang nampoknye.. kuikui
    takpe..Insya-Allah RM20 pueh ati..
    all-out komitmen dari kami.. :)

    BalasPadam

Komen ke komplen ke koi takdok masaaloh..kuikui