Rabu, Ogos 12, 2009

Blog Media Transit telah dilancarkan!!


Assalamualaikum kaum keluarga & rodoncs..


Blog Media Transit, anjung persinggahan untuk para sasterasawan dalam pembikinan sambil minum kopi panas dan ubi kayu rebus di kala hujan telah dilancarkan dengan jayanya setelah koi selesai syif malam, malanc tadi..


Entrada pertama Media Transit ialah "Antologi cerpen Lipur & Lentang: Blues Untuk Rodong" yang disesarkan oleh koi. Rahimin, Alif dan Firdaus a.k.a John Doe akan turut menyerikan blog tersebut sebagai anjung mereka menyebarkan berita aktiviti serta berkarya.
Koi mewakili rodoncs Sang Sasterasawan Berempat menjemput rodoncs yang berminat menyertai aktiviti kami seperti penulisan buku seterusnya ataupun penggubahan lagu nasyid berirama indie ataupun yang ingin menulis buku secara solo atau separa solo bolehlah menghubungi kami di blog tersebut.
Tapi sekarang ni masih peringkat underground la. Insya-Allah bila rezeki bertambah Media Transit akan didaftarkan sebagai production house yang pelbagai. Hellemek, berangan pulak.

Sekian terima kasih.

Salam sastera dari koi untuk semua peminat sastera dan sains.

4 ulasan:

  1. satu usaha yg baik dalam memartabatkan maruah agama dan bangsa!teruskan...

    BalasPadam
  2. Terima kasih cikgu padel.. :)
    patriotik sokmo bunyi komen aok le ni.. :)

    BalasPadam
  3. Menarik. Ada tips ke nak jadi penulis. Buat le satu artikel yang ada kait mengait dengan dunia tu.....

    BalasPadam
  4. Pokli..
    Saya kena tanya Rahimin tu..
    sebab saya pun baru setakat tulis cerpen yang tak serius sahaja..
    Tapi saya ada jugak beli buku "Tips menulis buku Bestseller: oleh Zamri Mohamad..sangat menarik.. penuh dengan tips dan method untuk menulis, sesuai juga untuk orang2 yang sibuk..
    rm27 sahaja, tapi cukup untuk membuat saya teruja hendak menulis.. :)

    BalasPadam

Komen ke komplen ke koi takdok masaaloh..kuikui