Sabtu, Mei 16, 2009

Hari Guru 16 Mei 2009: "Guru Pembina Negara Islam"

Koi setiap hari guru pasti terkenang akan guru-guru yang sangat koi kasihi, ataupun pada waktu itu koi bengang dengan deme tapi sekarang nampok kebaikannya..

Koi akan sentiasa kenang jasa deme..
Mereka amat mulia pada pandangan masyarakat dan juga Islam.

Janganlah kerana kita jurutera, doktor atau ahli perniagaan berjaya kita perlekehkan guru-guru sekarang..

Guru dulu perjuangannya agung, guru sekarang perjuangannya unggul..

Mok ayoh dulu jaranc mengata guru..
mungkin kerana pendidikan mereka lebih rendah daripada guru..

Mok ayoh sekaranc ramai yang ada master, phd sebagainya..
ataupun yanc profesional terasa guru-guru yang hanya ada diploma atau ijazah sebagai kurang cerdik..
Pernoh koi terjumpa kes melalui isteri koi yanc pada masa tu menjadi guru ganti di sebuah sekolah menengah di semenyih..

Si bapa bertegas mengajar matematik mengikut jalan penyelesaian beliau..
Lebih pantas dan elegan..
Padahal cara beliau muingkin gaya pelajar matematik di sebuah universiti..
Guru pula dilatih supaya sesuai dengan umur dan pemikiran pelajar pada waktu itu..

Jadi nasihat koi.. yakinlah pada guru..
Koi dan isteri juga bertekad tidak akan menghantar mana-mana anak di sekolah rendah ke tuisyen kerana koi percaya sudah cukup apa yanc diajor di sekolah untuk berjaya..
Cuma kita sebagai ibu bapa mesti membantu memberi tunjuk ajar kepada anak-anak ketika mereka membuat kerja rumah..

Sempena hari guru tahun ini juga, marilah kita mengenang juga perjuangan para guru yang telah syahid menentang penjajah Inggeris dari England..
Ya..
England yanc kamu sokong dalam permainan bola yang disepak, ditanduk dan gembira takde aroh bila mencecah jaring ikan itu..

Tuan Guru Hj Mat Hassan atau Tok janggut di Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tuan Guru Hj Abdul Rahman Limbong dari Negeri Cantik Budaya Menarik, Tuan guru Haji Sulong Al-Fatani dari Negeri Melayu Islam Patani yang sehingga kini masih terjajah oleh Siam, sudah cukup 100 tahun pada 2009 ini, semenjak perjanjian Bangkok 1909 yang membahagikan Kelantan, Kedah dan Terengganu kepada Inggeris, dari England lagi..

Dan Patani yang sekarang dipecahkan oleh Siam supaya tak bersatu kepada Pattani (Petani), Narathiwat (Menara), Yala (Jala), Satun (Setul) dan Songkhla (Senggora) diserahkan kepada Siam. Perlis bernasib baik apabila menjadi wilayah terakhir yang termasuk kembali ke dalam Tanah Melayu.

Dan bagi koi dan anok2 Pahanc yanc lain, pelik jugek sebab hidup Tuan Guru Mat Kilau sebagai ulama tak pernah dihighlightkan sepanjang koi belajor sejaroh Tanah Melayu. Ada pendapat yang beliau meninggal di Kelantan setelah berundur merentasi Ulu Tembeling, Ulu Dungun dan terus ke Kelantan. Ada pula pendapat yang mengatakan beliau meninggal di Pulau Tawar. Kena cek dengan Dzul Menerung Paya ni sebab dia keturunan Mat Kilau dan anok jati Pulau Tawor..

Allahuakbar!!
Allahuakbar!!
Allahuakbar!!

27 ulasan:

  1. Agak keras komen tentang England tue... Hehe... Mujur Espana tak jajah Malaya sebab Belanda da amik dulu... Huhu

    Erks, Koi bukan sokong penjajah... Koi sokong team bola sepak di negara bekas penjajah dulu...

    Koi ingat lagi tym BTN, ada pembentang kertas kerja berkata-

    Malaysia dijajah oleh:-
    Nenek moyang C.Ronaldo (Portugis)
    Nenek Moyang van der sar (Belanda)
    Nenek moyang Rooney (Inggeris)
    dan
    nenek moyang sedara jauh Park Ji Sung (Jepun)...

    Huhu...

    BalasPadam
  2. Aduhhhh.... Terkene jugek koi tengohhari ni. Huk..huk..

    BalasPadam
  3. tak habis2 dijajah...
    wei..aok tak balik ke tgk konsert...
    fewwit....rm38 (duuit...kata bos kawan)hehehe
    bertambah sakit la org dalam wad kat hospitei tu..

    BalasPadam
  4. pahlawan dulu semua dr golongan bijak pandai..ngaji sampai habis walaupun x masuk u..tp segala ilmu dapaat digunakan untuk kebaikan.penjajah gerun tengok diaorang..tidak semacam sekarang bayak golongan skrg yg bijak hanya menggunakan kepandaian untuk kepentingan diri sendiri..(tidak dinafikan msih ada yang banyak menabur bakti)

    kepada guru2 selamat hari guru..

    P/s:tp kawe teringat guru BM yang nama norhafizah..mcm mn dia skrg ye..

    romeo kata cikgu hamidah wook sakit..ape khbarnye yek

    BalasPadam
  5. koi setuju jgn hina guru2 yg mengajor kita dan koi tau kala org yg dh besar panjang tak ada dah yg berdendam dgn cikgu2 wala pun bengang pepalih masa sekoloh dulu.

    kaoi doh lama tok jumpa cikgu2 koi terutama cikgu semsas dlu. rasanye xde dendam apa pun walaupun ada jugek yg koi x setuju mase sekoloh dulu..(ade ke patut apat panggil budok2 icu dgn psnggilsn bangsat).

    ada sekali masa koi matrik cikgu jafri datang ke sekoloh sesma pasal kursus. koi segan maleh nok tegur. tiba2 dia tegur koi dulu. rupanya dia ingat ke koi budok yg selalu melukih kartun masa dia mengajor gegrafi..gile malu koi padahey koi low profail je kt sekoloh cemana dia boleh ingat koi.

    tentang kubur mat kilau sebenornya memang kat pulau tawar tu la. org tua2 kg pulau tawar mengakuinya sebab ramai datang saksi masa kebumi dia.

    BalasPadam
  6. Duan..
    England memanc penjajah yanc bijok..
    jaranc negara bekas jajahannya benci all-out kepadanya..
    kecuali beberapa oranc machanc koi la..kuikui..
    Siap pakey sistem pendidikan dan undang2 deme serta bermati-matian mempertahankannya..
    Berbeza dengan Sepanyol..
    Sepanyol semua bekas jajahan meluat nok muntoh dengan sepanyol..
    Puncanya Sepanyol mengubah agama, bahasa dan cara hidup semua tanah jajahannya kecuali kurang berjaya di Filipina, itupun terima kasih kepada oranc2 Islam di Mindanao yang berjihad mempertahankan Kepulauan Melayu..
    Bagi Filipina agama dan cara hidup turut berubah, kecuali bahasa sahaja yanc kekal cuma perkataan2 Sepanyol diserap ke dalam Tagalog..

    Sepanyol berdosa besar juga kepada orang Islam. Selepas "Reconquista" semua orang islam dan yahudi yang enggan memeluk kristian dibunuh dan dihalau dari Semenanjung Iberia (Sepanyol + Portugal)..
    Masjid2 dibakar tapi tak semua..
    masjid Cordoba terlalu anggun dan kukuh untuk dibakar, lalau diubah menjadi Catedral sehingga hari ini.
    Kebelakangan ini ada beberapa insiden pelawat Arab ditangkap kerana cuba bersembahyang di dalam la "Mezquita" (Masjid) tersebut..

    BalasPadam
  7. Duan,
    Aok nok sokonc hey bola itu hak aok..
    cuma koi hanya menggaru sedikit hati2 wokme supaya peka dan membezakan sokongan..
    kerana selepas 50 tahun merdeka koi pernoh dngor ada oranc mengatakan mujur kita dijajah Inggeris, kala dijajah belanda nasib kita machan Indonesia..
    bagi koi takde mujur2nye kena jajoh..
    semua penjajoh gummed punk belaka..kuikui..

    Duan,
    Korea pun dijajah Jepun.. deme lagi 1000 kali lebih benci kepada Jepun berbanding oranc2 tua kita..
    Kita takde benci2nye pun..sebab tu kita tok pernoh menuntut apa2 pampasan dari jepun walau ramei rakyat Tanah melayu yanc mati jugek jadi buruh paksa di landasan Keretapi Maut di Burma..

    BalasPadam
  8. Webmaster a.k.a echanc,
    takde hey..
    gura-gura ujung minggu..
    Aok sihat doh ke?
    Koi demanc & selsema skek dari rabu lagi..
    tapi bukan selsema babi la..
    Mitok jauhla mende2 gitu..
    hey meningitis lagi..
    meniggey doh soranc di seremban..
    25 min je rumoh koi nok gi seremban tu..

    Az,
    Konsert?
    kalau metallica ke megadeth ke koi pegi.. kuikui..
    Padan doh la weh.. malu ke anok2..
    memanc la oranc putih setara koi 33 ni galok lagi..
    kita tokleh aa gitu.. hehe
    Mende nok jadi la jengka kita ni..
    (koi zaman skoloh dulu xpdc koi pegi jugek..kuikui)

    BalasPadam
  9. Benar Lae...
    Berjuanc kerana kebenaran Islam..
    Tok janggut tu koi sokonc bukan sebab koi ada daroh kelantan dari datuk sebeloh ayoh koi..
    atau hj sulong sebab koi ada daroh patani dari keturunan mok koi..
    (kala ikut kajian antropologi Kelantan & Patani adalah sub-etnik Melayu yanc sama, langsung tiada beza, hanya sempadan politik yanc memisahkan)..
    atau mat kilau sebab dia dari negeri dan daeroh koi yanc tercinta..
    Tapi sebab semua pejuang Islam dan mencintai negara itu sebahagian dari iman..
    argghh..koi agak emosi kala berbicara hal perjuangan bila mengenangkan pertumpahan darah di takbai, masjid Krisik dan lain-lain..
    Pada oranc kedoh (datuk sebelah ayoh koi ialah orang kelantan yanc lahir di kuala muda, kedah. Sampei sekarang masih ade woghih-waghoh koi di sana. Moyanc koi pula dikabarkan oranc seorang tuk guru jugek dari Bukit Tuku, Kelantan) yanc baca entri ni, insaflah.
    Sempadan Kedah dengan Thailand sebelum kedatangan Inggeris (arrgh England lagi) ialah di Pantai Chenak, cuba google sikit. Bukan di bukit kayu hitam sekarang. Berapa banyok Kedoh sudoh kehilangan tanohnye?
    Pulau Pinang dan Seberang perai angkara Francis Light (England lagi!!), Perlis yang dihadiahkan kepada Syed Husain Jamalullail oleh Siam, daerah Setul yanc sampai sekaranc masih di bawah Siam dan dikenali dengan nama Satun oleh pemuka-pemuka Siam..
    Banyak sangat dosa Siam dan England kepada tanoh Melayu..

    Cikgu Norhafizah tu anok arwah pok chu tokey rojok ayanc kan?

    Cikgu Hamidah Wok Awanc tu cer aok tengok website fadh-aku masih di sini, cikgu dia jugek tu.. 1995 di SABS kuantan. Lumpuh kata dia..
    cuti skoloh bulan 6 ni moh la kita pegi melawat..
    Ajok Az dgn Romeo sekali..

    BalasPadam
  10. Betul D-z,
    Sudoh-sudoh la maroh ke cikgu..
    demeh manusia bese jugek.. tok perfect..
    namun kita harus menyokonc..
    ada sebilanagn kecik yanc buat slack tu jangan la kita ambik deme sebagai sample utama..
    Guru tetap mulia..
    Semsas dulu koi dengan cikgu wan ali memanc koi bapok bengancnye..
    ada ke dia rotan koi masa koi tengoh tido sebab oranc doh start turun surau..
    Ustaz bakri pulok dia libas belakang koi dengan rotan semambu gamoknye masa tengoh mandi.. nok beguling menggeliat rasa.. ultra pedih woi bila basoh..
    balik jengka kena jugek lagi..
    libas jugek kes budok2 semsas hantor ke alamat sekoloh gambor koi tengoh bersemangat main bass di studio kat kompleks teruntum tu..
    kuikui..
    macanc2 nostalgia zaman sekoloh koi..
    tapi aok memanc low profile..
    budok baik la kira hehe
    kala ada sepe cari pasey dengan aok memanc koi kompom oranc tu la yanc saloh.. :)

    BalasPadam
  11. Hehe... Espana dulu pernah menjadi pusat ketamadunan Islam pada zaman Abassiyah kan?

    Terima kasih atas tunjuk ajar... Huhu... Aok balas komen orang macam nak buat entri blog.... hehe

    BalasPadam
  12. Ya benar Duan..
    800 tahun lebih islam di sana..
    dan term "reconquista" yang bermaksud "reconquest" adalah bullshit..
    sebab España tak pernah menjadi negara Kristian atau katolik sebelum itu..
    hanya ada negara kota yang berbalah dan menganut pelbagai agama tradisi..
    Punca kejatuhan islam ialah memutuskan hubungan dengan Khalifah dan mengisytiharkan negara sendiri..
    sampai jadi 22 negara kota kecik2 dalanc semenanjung Iberia..
    Umat Islam mesti bersatu untuk kembali gemilang!

    BalasPadam
  13. Bro Don Balon..
    Remaja sekarang liat dan likat dengan keseronokan.. mana masa hendak bertatih menjadi pemimpin atau pejuang..

    kecut.. bacul..


    * Sama macam koi! ni semua salah kerajaan..

    BalasPadam
  14. Lep,
    sampei bila nok saloh ke kerajaan weh..??
    kuikui..

    kena jugok ambik inisiatif sendiri..
    nerharap ke deme maknanya macam mengharap tikus membaiki labu.. :)

    BalasPadam
  15. tak tau ler betui ke pedoah je cite ni. masa kaih gi ikut ayoh kaih pi menjala kat sungai tembeling dekat jeram ampai berdekatan kg chebong ayoh kaih tunjuk kesan tapak kaki mat kilau pada batu kat jeram tuh. gile weh orang zaman dulu2 kuat sungguh. ce aok tanya orang dulu2 betui ke tu tapak kaki mat kilau?

    BalasPadam
  16. Don,
    Alhamdulillah, Koi doh beransur sehat le ni..

    Tok,
    Besor ke wehhh tapok kaki die tu???

    BalasPadam
  17. Baler tok..
    koi tok caya lalu..
    kat melaka deme cakak ada tapok kaki hang tuoh la..
    yang pelik deme tu oranc jugek.. bukannya besi pijok baru tinggey kesan..
    hehe
    oranc dulu2 saje je supaya self esteem kita naik sebagai anok melayu amnya dan pahanc khasnya.. :)

    webmast a.k.a echanc..
    koi pulok demanc dekat semenggu doh..
    tapi aktif jugek sana-sini..
    :)

    BalasPadam
  18. don, aku sokong jika tema hari guru adalah guru pembina negara Islam tapi aku nak ingatkan seperkara...xsemua guru di Malaysia beragama Islam...jadi puak2 kafir tue tentu membantah...lagi pun tok jib kita tengah kemaruk melaungkan 1 malaysia...xdek pun dia berike nak jadikan 1 agama...cikgu hamidah wok awang lumpuh selepas terlibat dalam kemalangan jalanraya, sekarang d kuantan umoh adik dia...nanti koi cuba dapatkan maklumat lanjut...koi kali terakhir jumpe dia pada tahun 1997 klau xsilap koi semasa dia jadi pengetua di abs atau smkt temerloh. dapat jek maklumat koi kabor ke awok.

    BalasPadam
  19. Fadh,
    Lemoh koi dgn stail pok jib..
    takde nampok fikrah lalu..

    ha.. ada apa2 info pasey cikgu hamidah aok update la sini..
    mekasih.. :)

    BalasPadam
  20. Kebykan drpd kita, tidak tahu ttg sejarah, terutama yg fakta/tidak diputar-belitkan, tidak mahu ambil tahu ttg sejarah, dan tidak peduli ttg sejarah.

    *yg kebykan ambil pusing;ttg rim keta...*

    BalasPadam
  21. Betui tu yanaz...
    koi sokonc sesangat kenyataan aok..
    koi bukan ngajok kita pegi berperanc di selatan Thai..
    cuma mengerti realiti kita hari ini..
    kita masih mengagung-agungkan keremehan dan kekarutan seperti rancangan2 nyanyian realiti sedanckan saudara-saudara kita disembelih di Patani, kashmir, mindanao etc..
    Just to create awareness..
    Moga Islam kembali gemilang di Nusantara dan seantero dunia.. :)

    BalasPadam
  22. sesungguhnya.untuk mengenal diri kita yg sebenar.kita perlu berbalik kepada sejarah.dengan sejarahlah kita akan megetahui dan menghargai asal-usul kita.ikhlas.

    BalasPadam
  23. Don,
    posting aok memang selalu macam ni, nampak simple, tapi very deep!
    koi membaca makna dilapisan kedua posting aok, dan koi terkedu, lalu terfikir, justeru tunduk dan insaf.. mekasih tuan!

    BalasPadam
  24. Saya juga tak hantar anak ke tuisyen. Cukuplah mereka bersama kita pula, selepas hampir separuh hari belajar disekolah.

    BalasPadam
  25. Padel,
    koi setuju 114%..
    Malancnya bebudok kita biasanya liat kalau nok belajor sejaroh..
    padehey diri kita sendiri adalah produk sejarah..
    Oranc Arab biasanya mencatat salasilah keluarga untuk rujukan generasi..
    kita orang melayu masuk dua pupu doh tok keney..
    Tapi mungkin juga kurikulum sejarah kita tidak menarik..
    tetamu-tetamu blog koi pun ramei yang cikgu..
    aok, fadh, yanaz, machista (ex), koi (ex) dan paling berpengalaman pokli..
    Bolehla kita bincang-bincang sket..

    Machista,
    Alhamdulillah la kala gitu..
    Koi belum mampu mengungkap kata sehebat Rahimin Idris..
    Usman Awang jauh sekali kuikui..
    Tapi rodonc.. koi sentuh hey Patani memang koi sangat tersentuh..
    Nok menitik air mata.. sebab koi nampok depan mata sendiri..
    takdir koi kahwin dengan orang sana..
    Orang umoh koi dulu nasionalis Thailand woo..
    malaysia lawan thailand dia sokong thailand..
    "menumpang tempat orang" itu doktrin yang selalu ditanam ke dalam cerebrum budok2 melayu sana..
    padahal itu tanoh kita!!
    Lepas tu koi basuh cukup2...
    brainwash kata orang England..
    Baru la sedor yang Patani secara geografi berada di atas semenanjung tanah melayu..
    Pernah di bawah takluk melaka..
    pernah menjadi pusat pemerintahan Langkasuka..
    semua itu Alam Melayu Islam..
    Bila kita pegi kita makan kedai tomyam..
    kita kata kedai siam..
    padahal itu kedai melayu patani..
    siam buddha weh..
    sapa nok masuk makan..

    Koi semenjak 2003 tok pernoh balik Sg Golok doh..
    Biras koi meninggal 3 tahun lepas koi hanya pegi setakat rantau panjanc..
    ataih nasihat woghih-waghoh beloh sana, yang pompuan je boleh masuk ke Golok, yang laki dinasihatkan jangan..banyok gangguan ..sama ada tentera siam atau pihak2 lain..

    kakak ipor koi meninggal pun setakat rantau panjanc jugek..
    sedih koi jangan cerita la..

    dulu bom meletup setakat kawasan2 hotel & keretapi je..
    kemudian melarat sampai ke pasor tempat koi beli buoh pauh, anok haruan sejabir seriyal, ikan...
    Naik pm baru ni takdek nampok beza pun..
    gitu jugek..

    BalasPadam
  26. Pokli..
    Koi setuju..
    Bagi koi..tuisyen menekan perasaan anak2..
    lepas belajor pagi.. petanc dia ke sekoloh agama.. balik sekoloh agama..
    bior la dia main..
    budak2 nalurinya main..
    malanc karanc buat kerja skoloh drumoh la dgn kita..
    kala malanc2 pun terpaksa melata ke rumoh oranc tuisyen..
    memanc tensen budok2 tu..
    kala yanc skoloh menengoh pun sama..
    suruh dia pegi main bolo atau main bolo jaring..
    main game tok payoh..buanc masa je..
    Tapi pokli..
    koi belunc ada pengalaman anok skoloh menengoh ni..
    Koi berdoa kepada Allah moga-moga anok2 koi sentiasa berakhlak mulia..
    yang sulung pun baru darjoh 1..

    BalasPadam
  27. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam

Komen ke komplen ke koi takdok masaaloh..kuikui