Ahad, Julai 21, 2013

Ulangtahun ke-9 Pembunuhan beramai-ramai Tabal (Takbai) 11 Ramadhan 1425 Hijriyyah

Assalamualaikum kaum keluarga, rodonc-rodonc dan saudara seislam sebangsa dan tidak sebangsa..

Setiap kali Ramadhan menjelang, hati koi merintih mengenangkan nasib abang-adik-pakcik yang mati dibunuh kafir Siam, musuh abadi Melayu Islam pada 11 Ramadhan 1425 Hijriyyah bersamaan 25 Oktober 2004 di Tabal (Takbai dalam bahasa siam).

Untuk pengetahuan semua, Tabal ini wilayah Kelantan sehingga tahun 1909. Begitu juga Mundok, Belawan dan Sg Padi, semuanya kepunyaan Kelantan sehinggalah perjanjian puaka Anglopuaka-Siampuaka 1909 memisahkan terus kawasan-kawasan ini dari Negeri Kelantan.




Perhatikan juga Jeli dan bahagian barat Kusial bukan kepunyaan Kelantan tetapi Negeri Legeh yang senasib dengan Negeri Reman yang dipotong dua, bahagian utara masuk Siam dan selatan masuk Kelantan dan Perak. Dua Negeri Melayu Islam yang terhapus terus dari peta dunia dan raja-raja mereka dibunuh Siam. 




Semalam, genaplah 9 tahun peristiwa pembunuhan Tabal yang tragis, sadis, tak terungkap dengan kata itu berlaku.

Sudahlah dibelasah, ada yang ditembak dan dipukul mati. 

Yang hidup diikat seperti biri-biri dan disusun empat lapis dalam trak Siam Laknatullah.
Dua jam perjalanan ramai yang mati sesak nafas, menjadikan jumlah kematian 85 orang.

Dan kematian mereka tak pernah terbela.

Hamba di Sintok pada waktu itu, terluka hati dan perasaan, cedera maruah diri, agama dan bangsa.
Namun masih mampu bersahur ke gerai tom yam Mat Chelsea dari Patani dan minum teh tarik macam biasa, sedang keluarga-keluarga mangsa meratap pilu kehilangan anak, abang, adik, ayah, mati dihina sedemikian rupa oleh Siam Laknatullah.

Jika di Palestin ramai yang cakna, Alhamdulillah, namun di Patani ini situasinya jauh berbeza, Astaghfirullah.
Entah di mana silapnya.
Sudahlah seagama, sebangsa, sebahasa, satu sejarah, satu semenanjung, benarlah kata orang Pula Tawor, like toad under coconut shell.

Adakah otak kita tidak sampai untuk berfikir sudah sampai masanya untuk cakna, untuk membantu meringankan beban?

Dari layan cerita seram, maharaja (tidak) lawak, cerita korea atau jalan-jalan asyik makan, baik tengok video yang berlaku pada tahun 2004 ini. Diulang ye, 2004, bukan 1784.

Tragedi Takbai Video 1:


Tragedi Takbai Video 2





5 ulasan:

  1. Kadang2 den rasa ekau ni macam sejarahwan plak

    BalasPadam
  2. Sahabatku Tap,

    sejarahwan atau tidak bukan satu pilihan, semua orang perlu mengenang sekurang-kurangnya perkara besar begini untuk bertindak seterusnya, atau sekadar menjadi iktibar bagi yang tidak mampu bertindak.
    Jika langsung tak ambil peduli bukanlah iman yang selemah-lemahnya.

    Pendapat hamba sahaja.

    BalasPadam
  3. tahniah don

    ambo pernah bagi komentar berkaitan salasilah tengku salleh pada 6 ramadhan ...

    ambo kalu sebut sejarah Patani suka sangat nak komen ...

    sebabnya Patani tu adalah warisan terakhir empayar langkasuka yang menguasai hampir seluruh indochina dan tanah melayu ...

    keduanya kelantan itu pun adalah sebahagian Patani yang dipisahkan semasa pemerintahan Dinasti Raja Jembal ...

    ketiganya tok nenek ambo pun orang Patani...

    bab negeri Legeh tu ... asalnya negeri tu besar, bermula dari Menara (narathiwat) sehinggalah bersempadan dengan sungai kelantan ....

    bab negeri Reman pula, sebahagian dari Jala dan sebahagian negeri Perak.... negeri Reman itu sendiri asalnya dari Jala (sebagaimana Legeh diwujudkan negeri2 kecil seperti Teluban (Selindung Bayu /Saiburi), Menara (narathiwat), Kelantan Barat dan beberapa kerajaan kecil lainnya ... Jala itu besar negerinya, kemudian salah seorang kerabat Patani telah membuka dari Rehman Jala membuka Reman sehingga ke hulu perak dan menamakannya Reman lalu mengisyhtiharkan sebuah pemerintahan berasingan dari Patani. Peritiwa itu berlaku pada awal tahun 1800-an yang menyebabkan perang Patani-Reman.... akhirnya patani termasuk Reman dijajah secara tidak sah oleh Siam ... dengan pertolongan inggeris

    tahnia sekali lagi saudara don atas kisah bersemangat tentang Patani Darul Salam bumi Cermin Mekah ....

    BalasPadam
  4. Terima kasih tanpanama..

    Mohon rujuk jawapan ambo untuk bahagian muat turun buku Nik Anuar, ambo amat berbesar hati untuk berutus dengan tuan hamba..

    Ma'assalamah...

    BalasPadam
  5. kebykn sejarah kelate patani bermula dr kurun ke 14 dn keatas, tp jarang ada penjelasan sejarah kelate patani sblum kurun ke 12,,pelik sbb kedatangan islam di patani dlm kurun 10 lg,,sejarah kelate patani terlalu lama ada dri kurun sblm kedatangan melayu sumatra ketanah melayu lg ( dipanggil kelate patani sebab tiada istilah khas nak panggil pda melayu kwsn ni,sbb kelate patani hnya merujuk pd tempat ,tu pn blum dipecahkn pd wilayah2 hak sdah tiada mcm reman,legeh ,singgora,lg)

    BalasPadam

Komen ke komplen ke koi takdok masaaloh..kuikui