Rabu, Disember 03, 2014

Sekitar temuduga anak-anak di Sekolah Agama Persekutuan Bentong (SUPERB) 02/12/2014

Assalamualaikum kaum keluarga dan rodonc-rodonc..

Selasa lepas, 9 Safar 1436 Hijrah bersamaan 02/12/2014 saya keluar dari rumah bersama seluruh ahli keluarga seramai 8 orang pada pukul 4.20 pagi untuk menghantar anak sulung kami Uzair Ziad bin Mahadhir ke temuduga kemasukan Program Ulul Albab di  Sek Agama Persekutuan Bentong (SUPERB) untuk sesi 2015.

Tulisan ini bolehlah dijadikan panduan untuk ibubapa yang akan menghantar anak-anak ke temuduga program Ulul Albab di mana-mana institusi pendidikan menengah.

Kami mengambil Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dan seterusnya susur keluar Kg. Sertik/Mempaga.
Pada lebih kurang pukul 6.10 pagi, kami sampai di hadapan pintu pagar sekolah tersebut. Kami bergegas masuk ke Felda Mempaga 1 yang terletak berhadapan dengan sekolah untuk mencari masjid untuk solat subuh.
Setelah berputar-putar lebih kurang 15 minit, kami terserempak dengan pasukan RELA yang mengawal pintu masuk utama ke Mempaga 1. Mereka memberi arah ke Masjid Mempaga 1 yang terletak nun di atas bukit.

Selesai solat Subuh, kami bersegera ke SUPERB dan ketika itu masih tidak ramai calon yang sampai.
Pendaftaran bermula pada pukul 7.30 pagi.



Makpak sahaja yang stress, beliau tersengih-sengih seperti biasa kuikui



Uzair sudah masuk ke dewan ketika ini

Uzair Ziad kemudiannya masuk ke dewan dan memulakan ujian bertulis bermula pukul 8 pagi sehingga 9 pagi.
Soalan-soalan yang dijawab ialah Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Jawi dalam masa 1 jam tersebut.


Kami ke belakang dewan dan bersarapan.
Isteri saya Puan Faridah Hamzah tidur sangat lewat sekitar 2 pagi untuk menyiapkan nasi sambal ayam goreng dan kuey tiaw goreng.


Uzair sempat bersarapan selepas solat Subuh tadi, Alhamdulillah..

Selesai ujian bertulis, anak-anak yang bersemangat tinggi semuanya ini menuju ke blok kelas untuk menjalani ujian hafazan dan temuduga dalam Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris. Set 2 iaitu calon-calon yang tergolong dalam kumpulan 7 hingga 12 terus mengenakan pakaian sukan dan melakukan ujian fizikal, iaitu ujian larian 100m.
Uzair tergolong dalam Set 1, iaitu ujian hafazan dahulu. Anak-anak diberi masa 30 minit untuk menghafaz sebanyak mungkin ayat dari satu muka surat Al-Qur'an.






Penguji iaitu para ustaz SUPERB sendiri kemudiannya menyuruh membaca apa yang sudah dihafaz beserta teguran. Ini diikuti dengan soalan dalam bahasa Arab yang sangat mudah dan kemudiannya dalam bahasa Inggeris. Temuduga kemudiannya diteruskan dalam bahasa Melayu yang bertujuan menilai kesungguhan murid, antaranya adakah murid yang dengan rela hati mahu menghafaz al-Qur'an atau dipaksa ibubapa sahaja.

Lebih kurang pukul 11 pagi, Uzair keluar dari bilik ujian dan bergegas menukar pakaian sukan.

Selesai menimbang berat badan dan mengambil bacaan ketinggian, anak-anak dikumpulkan dalam set 5 orang untuk melakukan ujian masa 100m.

Berbincang sambil menyaksikan para bakal hafizah memecut pantas

Para peserta mendengar penerangan pegawai pertandingan dengan penuh khusyuk

Selesai ujian, lebih kurang dalam pukul 12pm, kami pun bertolak pulang ke Selangor..

Moga menjadi panduan untuk ibubapa pada tahun-tahun akan datang.

Terima kasih...







5 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. Persekitaran sekolah yang bersih dan ceria. Tahniah pihak sekolah dan juga penulisnya,Don Balon

    BalasPadam
  3. semoga anak encik berjaya utk kemasukan ke superb. Suasana di superb insyaallah sgt mlangkaui kecmerlangan -valours, alumni SUPERB :)

    BalasPadam
  4. Terima kasih adik alumni Superb atas ucapan tersebut. Alhamdulillah anak saya telah diterima dan berjaya mengikuti pengajian dengan baik. Moga Allah merahmati, memberkati dan meredhai perjalanan pengajian serta hidup adik alumni dan anak-anak Superb lain dunia akhirat, ameen..

    BalasPadam

Komen ke komplen ke koi takdok masaaloh..kuikui