Homestay
Muar
Azrul Homestay Muar
Perlukan tempat penginapan untuk kenduri kahwin / untuk percutian?
Kepada sesiapa berkunjung ke Muar dan memerlukan tempat penginapan, kami menyediakan perkhidmatan homestay.
Jenis rumah: Semi-D satu tingkat.
Kondisi rumah: dalam keadaan baik dengan ruang tamu, bilik dan dapur yg luas.
Perlukan tempat penginapan untuk kenduri kahwin / untuk percutian?
Kepada sesiapa berkunjung ke Muar dan memerlukan tempat penginapan, kami menyediakan perkhidmatan homestay.
Jenis rumah: Semi-D satu tingkat.
Kondisi rumah: dalam keadaan baik dengan ruang tamu, bilik dan dapur yg luas.
Homestay ni terletak berhampiran dengan kg Kelantan (Jalan Tunku
bendahara/ Jalan Hj Jaib), Muar. Kurang 3 min ke pusat bandar dan kurang
10min ke tanjung emas/ketapang Muar. Sewa RM250 per malam. 3 bilik tidur dan 2
bilik air.
Pandangan hadapan rumah
Ruang tamu
Dapur
Sila hubungi Azrul: 019-6662355
Terima kasssseyyyy....















pembetulan. Tengku Daie bin Tengku Saleh ialah anak saudara Tengku Abdul Hamid ibn Tunku Abdullah Lebar. Dalam jaluran mereka memang tidak dijumpai nama Tengku Saleh ini kerana dari mulut Tok Wan saya sendiri, ayahandanya asal orang istana di Kelantan, menjaga urusan menghantar bunga emas ke Siam. Beliau turun ke Kuala Muda selepas dicari Siam kerana bunga emas tidak sampai/palsu. Hipotesis saya ialah Tengku Saleh dari Kelantan berkahwin dengan puteri Tunku Abdullah Lebar dan lahirlah Tok Wan saya yang lebih dikenali sebagai Tok Ei di Mahang. Di Bakau Tua bila saya pi sana depa masih panggey Tengku Daie, Tok Robe'ah binti Ismail, keluarga kami jugak, yang masih menetap di Bakau Tua mengakui nama penuh Tok Ei ialah Tengku Daie bin Tengku Saleh.
2 minggu lepas, saya berbual melalui telefon dengan Tengku Idham, dari Kerabat Long Gaffar Kelantan, beliau mengakui, melalui datuk beliau, Tokku Kg Lindungan Raja Pasir Puteh, Tengku Saleh ibnu Long Mansor ibn Long Seri ibn Long Gaffar berundur ke Kedah melalui Narathiwat setelah ayahandanya Raja Long Mansor, Raja Kelantan Timur (Istana baginda di Limbat,manakala Kelantan Barat di bawah keturunan Long Yunus, Sultan Mansor ibn Sultan Ahmad Tengah menjadi sultan pada waktu itu, istana di Kota Bharu) bersama Dato Bahaman ditangkap dan dibawa ke Bangkok, selepas British mengadu beliau melindungi "pemberontak" dari Pahang yang diketuai Dato Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan Mat Lela. Istana Bangkok 3 tahun kemudian mengatakan Baginda Long Mansor mangkat kerana penyakit "orang baik" (barah atau kanser), tapi keturunan Long Gaffar mengatakan beliau dibunuh. Yang menjadi kemusykilan saya ialah mungkinkah sumber bangkok yang betul kerana barah ialah penyakit keturunan. Tengku Abdul Hamid ibn Tunku Abdullah Lebar meninggal kerana barah hati pada tahun 1991. Saya mendapat maklumat dari anakandanya Tengku Abdullah Bukit Belah, Machang (digelar Pakku Kedah di sana. Ayahanda saya Mat Lazim meninggal dunia pada 28 Mac 2008 di Rawang, Selangor kerana barah hati pada pukul 12.00 tengahari, manakala kakak beliau Robiah meninggal sebelum itu pada pukul 11 pagi setelah koma berbulan-bulan kerana barah otak. Ini fakta, bukan cerita kartun. Gempar satu Mahang masa itu, orang Mahang tak dapat ke Pahang untuk pengebumian ayah saya, masing-masing menguruskan kewajipan masing-masing.
Saya bertanya kepada nenda saudara Sultan Muhammad V, Sultan Kelantan sekarang mengenai kisah Tengku Saleh ke Kedah, saya memanggil beliau Kak Lah sahaja, nama beliau ialah Tengku Fadzilah binti Tengku yusof ibn Sultan Muhammad IV, beliau turut mengakui ada catatan mengenai pemergian tengku Saleh ke Kedah. Kak Lah ini setiausaha Persatuan Kerabat Long Gaffar Kelantan, dari sebelah ibunya. Dia juga keluarga Kerabat Long Yunus yang memerintah sekarang. Sebab itu saya mengajak Tengku Hezli ibn Tengku Abdul Hakim ibn Tengku Abdul Hamid ibn Tunku Abdullah Lebar ke sana menghadiri istiadat pemahsyuran Kak Lah sebagai anggota Long Yunus semula pada cuti Isra' Mi'raj bulan Jun nanti, di Lundang, Kota Bharu.
Panjang catatan saya kali ini, tapi saudara-saudara di Kelantan amat yakin yang tengku Saleh moyang saya memang Tengku Long Saleh ibn Long Mansur itulah, sebab cerita bunga emasnya sama sahaja. Dan Tengku Saleh setelah mempunyai 2 orang anak di Kuala Muda (adinda tokwan saya Tengku Zaleha meninggal di usia muda), pulang semula ke Kelantan dan mangkat di sana. Saya ingin mencari saudara-saudara keturunan Tengku Saleh di Kelantan juga untuk mengesahkannya melalui ujian DNA.
InsyaAllah, moga Allah permudahkan urusan hamba ini. Bukan niat hamba nak menuntut itu dan ini, hanya merapatkan silaturrahim sesama ahli keluarga.
Allahu Akbar!!