Sabtu, September 15, 2012

Kebodohan dan keangkuhan terhadap Islam semakin menjadi-jadi!!!

Assalamualaikum..

Koi menyatakan sokongan beratus-ratus peratus koi kepada demonstrasi anti-penghinaan kepada Nabi Muhammad dan Islam di seluruh dunia!!


Peta Dunia Islam (Statistik sudah lama, tahun 2000, tapi dipilih kerana petanya yang sangat komprehensif)


 Kuala Lumpur, Malaysia

 Karachi, Pakistan

Gaza, Palestine

 Ipoh, Perak, Malaysia
Jakarta, Indonesia


Kaherah, Mesir

India

Sudan


Maldives


Afghanistan


Teheran, Iran


Amman, Jordan


Beirut, Lubnan


Istanbul, Turki

Sabtu, September 01, 2012

Cara-cara bakar lemang 30 minit oleh Raja Lemang Maranello..

Assalamualaikum kaum keluarga dan rodonc-rodonc..

Sabtu lepas, 7 Syawal 1433 Hijrah bersamaan tarikh Orang Putih 25 Ogos 2012, koi dan seluruh ahli keluarga kecik koi telah memaksimumkan hari terakhir beraya di Pahang pada tahun ini dengan sebaik mungkin.

Pukul 10 pagi komeh telah keluar ke rumah Makcik Ani, besan mak koi yang tinggal di Felda Kota Gelanggi 2 juga. Setelah 40 minit di sana, koi menerima panggilan dari rodonc koi sejak zaman sekoloh rendoh Encik Mohd Khairi bin Omar, bertanyakan "Mane aok weh? Kate nok beraya rumoh Najib..". Koi pun menggelepor membawa anak-anak ke rumoh Najib rodonc komeh di Kota Gelangi 2 jugek dan bersembang hal-hal santai hingga pukul 1.20 pm. Lame jugek weh, sempat la anok-anok koi menumpahkan secawan coca-cola ke permaidani baru beliau, sori rodonc kuikui..


Selesai bersalaman, komeh kembali ke rumah Makcik Ani dan mengambil isteri koi di sana. Kami bersegera keluar ke bandor Jerantut untuk beraya di rumah Azizi. Setelah solat jamak taqdim di Masjid Oren Jerantut, kami singgap di rumah beliau hingga pukul 4 pm. Kemudian kami bersegera ke rumah Encik Zul di Damak pula. Perjalanan dari Jerantut ke Damak mengambil masa 30 minit. Di rumah Zul, kami berbual selama sejam dan terus keluar menghala ke Maran yang dijangka mengambil masa 2 jam dari Damak. Koi sengaja mengambil Jalan Jerantut-Temerloh, kemudian turun ke LPT. Tepat berkumandang azan maghrib, kami sampai di Taman Maran Jaya dan disambut mesra oleh rodonc koi Fendi a.k.a Bede Lubuk Paku. 

Setelah menghabiskan sepinggan lontong yang sangat lazat (biasanya koi kuranc minat), komeh pun solat jama' taqdim, kemudian menyambung santapan lemang yang sangat-sangat menarik minat koi.  Menurut Pak Mahmud, pak mentua Fendi, lemang ini resipi istimewa beliau. Walaupun dibakar semalamnya, kulit keliling lemang tersebut tidak keras macam selalu, butir pulut tidak keras berbutir macam biasa. Mula-mula koi syak dia rebus dulu, tapi pak Mahmud menegaskan yang beliau tidak berbuat demikian. Maka, bermulalah sesi mengambil tips membakar lemang cara Raja Lemang Maran (gelaran ni koi yang bagi, sebab adik koi yang tak minat lemang pun kata sedap amat lemang dia). Komeh mencari pen dan sehelai kertas kosong untuk mengambil nota. 

Resipi Lemang Pak Mahmud Raja Lemang Maran


Bahan-bahan:

Beras pulut 1 gantang (3 gantang bersamaan 2 kilo, macam 2 batu = 3 kilometer jugek la kuikui)

Santan mesin di kedai, 1.5 kilo
Air dan garam secukup rasa, dicampur dengan santan, jangan terlalu cair, jangan terlalu pekat
Daun lerek untuk melapik pulut di dalam buluh. Lihat gambor di bawah.
Daun ini biasa ditemui di ladang getah. Bila dibakar dalam buluh lemang, baunya memang sedap. Gambor dirembat dari blog shahaimi.blogspot.com kuikui
Daun lerek yang telah dipotong dari pokoknya, tangkainya dibiarkan panjang


Proses menggulung daun lerek dan memasukkan gulungan ke dalam buluh. Amaran: Jangan potong ruas buluh pendek seperti dalam gambar ini, sila rujuk ilustrasi koi di bawah kuikui
Gambor-gambor dirembat dari blog KRT Taman Maran Jaya, kebetulan pulok demeh ada gambor ni.. Gambor yang koi ambik ander dalanc henpon tua koi, bluetooth tak jalan pulok kuikui Terima kasih KRT Maran Jaya.

Buluh lemang, takde buluh bukanla lemang namanya kuikui
Mula dengan pemilihan buluh. Jangan pilih buluh yang sangat muda. Sebabnya? Buluh muda sangat basah. Menurut Pak Mahmud, kita kerugian masa dan haba awal kerana haba dihabiskan untuk mengeringkan buluh sebelum haba betul-betul sampai ke beras pulut.

-buluh dipotong, dengan kelegaan 5-6 inci dari ruas bawah. Ini supaya pulut yang berada di bawah sekali tidak berada terlalu jauh dengan api. Sila rujuk rajah di bawah.



Langkah-langkah:

i) Beras pulut direndam selama 3 hingga 3 setengah jam dalam santan yang telah 
dicampur dengan air tadi.

ii) Toskan air, tetapi jangan terlalu kering, nanti susah nak masukkan pulut ke dalam buluh.
iii) Masukkan daun lerek yang digulung sedikit ke dalam buluh. Rujuk gambor di bawoh.


Lihat gulungan daun lerek di atas. Tercokeng tangkey weh, jangan potong, banyok gunenye weh kuikui Gambor ini juga dirembat dari blog KRT Maran Jaya.


iv) Masukkan pulut sedikit demi sedikit menggunakan pulut. Hentak pangkal buluh dua kali dengan perlahan bagi setiap 3 atau 4 sudu pulut. Ini untuk mengelakkan pulut tidak sampai ke pangkal sewaktu diisi, tetapi apabila diisi santan akan melurut ke pangkal dan tinggal sedikit. Jika ini berlaku, sangat sukar kerana santan telah masuk ke dalam buluh, paras pulut tidak diketahui dan jika hendak diisi semula, santan terpaksa ditoskan semula.

v) Nyalakan api dan sebaik sahaja api besar didapati, susun buluh lemang yang telah diisi dengan pulut. Tuang santan hingga melebihi suku inci paras pulut. Kawal kedudukan buluh supaya tidak hangit atau terbakar.

vi) Tambah santan dua atau 3 kali lagi apabila pulut dilihat mengering. Menurut Pak Mahmud, tempoh membakar tidak sepatutnya melebihi 1 jam dengan cara ini. Jika kita sudah betul-betul mahir, hanya setengah jam diperlukan.

vii) Satu perkara penting ialah, bakar lemang pada siang hari supaya kedudukan buluh dapat dikawal dengan lebih baik, beza buluh yang agak pudar warnanya apabila telah didiangkan dapat dilihat dengan jelas berbanding dengan buluh sebelah yang belum didiangkan. Pada waktu malam, memang sangat sukar. Putarkan kedudukan buluh pada sela masa 10 minit atau kurang sedikit, bergantung kepada warna buluh. Apabila sudah dua atau tiga kali membakar lemang, makin senanglah kita menentukan sela masa putaran buluh.

viii) Api perlu dipastikan sentiasa agak besar dan menyala, pulut yang sudah direndam sebelumnya agak senang masak berbanding pulut yang belum direndam. Yang penting, jarak buluh mesti sentiasa dipantau supaya tiada buluh yang hangit. Jarak ruas yang tinggi (5-6 inci) juga membantu mengurangkan masalah pangkal buluh tidak masak dengan baik.

Mengikut pengalaman koi, membakor lemang ni minimum 3 jam setengoh, tu yang tak daya kering sampei ke tulang koi rasa, dah la bulan pose. Tiap kali membakor, abang sulung koi encik Zaidi lah yang lama menunggu api, komeh lari tido bawoh tangga kuikui
Mana tak jadi 3 jam 4 jam weh.. komeh bakor kayu sampei tinggey bara, baru bawok turun lemang, susun mmolek, berdiang sungguh la weh.. kononnya nok masak slow and steady, tak daya la weh kita pose, kala membakor untuk raya haji tahan la jugek kuikui


Contoh cara memutor batang lemang. Tapi jangan potong pendek ruas, karanc payoh nok masak pulut di pangkey tu weh kuikui

ix) Cara untuk memastikan lemang telah masak ialah dengan mencucuk lidi bersih yang baru diraut ke dalam lemang, terus hingga ke pangkal. Kala rasa lidi tercucuk butir-butir, belum masak lagi la tu. Kala lancorrr je sampei ke bawoh, cantek amat dah la tu kuikui

Satu lagi kelebihan besor lemang daun lerek berbanding lemang daun pisang ialah kita tidak perlu membelah buluh lemang untuk makan. Haaa..pelik dak? Mende ke tidoknye..wokme tarik je tangkai pelepoh daun leret te, pulut yang terbungkus dalam daun canteeek je keluor dari buluh, memang menarik amat weh..sebak tu koi kabor tadi jangan potonc tangkey te kuikui

Lagi satu, apabila lemang telah masak, hentakkan pangkalnya ke tanah lima enam kali sederhana kuat. Pasey pulok kene buat gitu? Haaa.. bila wokme potong isi lemang te, takdok la berderai-derai.. Isi lemang akan padat dan cantik apabila dihidangkan kepada tetamu...

Koi ni membakor lemang dulu belajor dengan oranc perok, almaklumlah komeh ni keturunan kedoh, lemang kurang popular di kedoh, ketupat tiga segi daun palas je yang mayshurnya..
Ye la... Kelantan kan sepupu Kedoh dan adik-beradik terengganu..zaman sekarang ke Kedoh dengan Kelantan rasa terlalu asing, pada hey tu lah laluan masing-masing berulang-alik mencari rezeki, belajar agama atau menyambung silaturrahim sejak zaman dahulu kala lagi..lajok ke Patani, ke Acheh lagi...

Okla..
setakat ni dulu catatan koi kali ni..

Moga hasrat Pak Mahmud Taman Maran Jaya supaya ilmu beliau dapat dipanjangkan ke generasi akan datang dapat dicapai dengan asbab blog koi yang tidak seberapa ini..
Terima kasih daun keladi kepada Pak Mahmud, Fendi dan keluarga yang tidak kedekut langsung ilmu, malah begitu ikhlas menyampaikannya kepada komeh.. Tahun depan mungkin tips buat roti canai pulok, dan ambik sikit je baru ni.. kohot amat dah komeh masa tu.. kuikui

Ma'assalamah wa ilal liqaaaa'..


Khamis, Ogos 30, 2012

DATO’BAHAMAN - ORANG KAYA SEMANTAN


DATO' BAHAMAN

DATO’BAHAMAN [ORANG KAYA SEMANTAN]
(Diambil dari blog Tengku Muhammad Rahman)
Kaitannya dengan ahli keluarga Long Gaffar.

Pada tahun 1892, Dato' Bahaman atau Orang Kaya Semantan, menyerang dan menawan semula Lubuk Terua (satu tempat yang termasuk di dalam wilayahnya) dari kekuasaan Inggeris.

Meletusnya penentangan Dato' Bahaman secara aktif terhadap Inggeris adalah akibat dari tindakan gegabah C. E. B. Desborough (Pemangku Pemungut Hasil Semantan) menangkap tiga orang pengikut Dato' Bahaman dengan tuduhan mengumpulkan hasil hutan tanpa izin. Penangkapan itu dilakukan ketika Desborough dan Townson (Merinyu Lombong) mengiringi satu pasukan Polis untuk memperkuatkan balai Polis di Lubuk Terua, dan membawa ketiga-tiga tawanan itu untuk diadili di Lubuk Terua juga. Menyedari tentang hal itu, Dato' Bahaman yang memang menentang keras pembinaan balai Polis di kawasannya itu dan percaya bahawa pasukan itu datang untuk menangkap beliau, telah menyerang pasukan Desborough itu, membunuh tiga orang, melukakan beberapa orang yang lain Ialu, membebaskan orang-orangnya. Selepas itu Dato' Bahaman dan pengikut-pengikutnya menawan Balai Polis Lubuk Terua dan memusnahkan gudang-gudang bekalan makanan dan barangan kepunyaan Syarikat Lombong bijih Bentong dan Raub.

Sebelumnya, Dato' Bahaman memang memusuhi Inggeris kerana menyekat dan menuduh beliau (dalam tahun 1889) memungut cukai secara haram dan memberi amaran, . bahawa penerusan memungut cukai secara tradisi adalah terlarang,sedangkan itu adalah hak tradisi beliau sebagai pembesar di daerahnya. Inggeris juga menuduh beliau (pada tahun 1890) menulis surat kepada Residen Selangor, W. E. Maxwell meminta supaya Semantan dipersatukan dengan Selangor. Walaupun beliau menyangkal tuduhan itu Sultan telah memerintahkan Orang Kaya itu mengadap baginda di Pekan. Orang Kaya itu enggan Ialu menghilangkan diri di dalam hutan di tengah-tengah masyarakat orang-orang asli yang memang bersahabat baik dengan beliau, tetapi keluar apabila mengetahui orang-orangnya ditangkap oleh pasukan Desborough, menyerang pasukan itu dan membebaskan orang-orangnya.

Berikutan daripada itu pada 24hb Disember, 1891, Tengku Mahmud (Tengku Besar) bersama-sama dengan 200 orang pengikutnya, dan Hugh Clifford bersama-sama dengan 60 orang Sikh di bawah pimpinan Kapten Summer telah mengaturkan gerakan untuk menyerang dan menangkap Dato' Bahaman dan orang-orangnya. Bagaimanapun gerakan ini menemui kegagalan setibanya di Kelubi kerana keengganan pasukan Melayu bekerjasama dengan pasukan polis Sikh.

Berpunca dari kegagalan itu "Gerakan Sultan" dilancarkan pada 22hb .Januari, 1892 dengan kekuatan 800 orang (140 daripadanya mempunyai senjatapi) yang dipimpin oleh Tengku Ali, Rodger (Residen Pahang), Panglima Garang Yusof, Saiyid Ali Badoh dan Abdullah dari Bera. Gerakan ini juga menemui kegagalan kerana selain daripada hanya dapat memusnahkan 11 buah kubu kecil termasuk Kubu Batu Ampar, jejak Dato' Bahaman tidak dapat dikesan dan tidak ada tanda-tanda yang memungkinkan Orang Kaya Semantan itu dan pengikut-pengikutnya yang terdekat akan tertangkap. Pada awal bulan Februari, 1892, keadaan tegang dianggap telah berakhir. Tidak terdapat sebarang aktiviti pihak Dato' Bahaman di sepanjang bulan Februari itu. Untuk sementara daerah Semantan diletakkan di bawah jagaan Abdullah Bera. Tiba-tiba, pada suatu hari dalam tahun 1892 Dato' Bahaman menyerang lagi dan berjaya menawan semula Lubuk Terua. Dalam serangan itu Abdullah Bera balik ke Bera dan Kubu Lubuk Terua dikawal oleh orang-orang dari Cempaka dan Buluh. Ternyata mereka bersimpati dengan gerakan penentangan Dato' Bahaman terhadap Inggeris.
Tok Peramu yang dikatakan ialah Dato' Bahaman yang pulang mengajar agama di Pahang, di kawasan Peramu, Kuantan. Berbeza dengan Mat Kilau yang diiktiraf Kerajaan Negeri pada tahun 1970, beliau meninggal dengan nama Tok Peramu.

Bagaimanapun, kejayaan Dato' Bahaman itu hanya sementara kerana tidak lama kemudian pihak Inggeris mengambil tindakan balas dengan menghantar satu pasukan seramai 300 orang yang diketuai oleh Tengku Ali, Clifford dan Wise (Majistret di Temerloh). Dato' Bahaman dan pengikut-pengikutnya terpaksa mengundurkan diri sebagai satu strategi untuk melanjutkan penentangannya. Penentangan beliau itu ternyata telah merebak ke seluruh Pahang dengan melibatkan banyak lagi tokoh yang seperjuangan dengan beliau seperti Mat Kilau, Panglima Muda Jempul, Tok Gajah, Tok Jelai, Mat Kelubi dan lain-lain.

Dato’ Bahaman berundur sehingga ke Kelantan dan menemui salah seorang sahabatnya Tengku Ahmad ibni Tengku Long Seri ibni Long Gaffar [putera Raja Reman, Pattani dan Raja Kelantan berpusat pemerintahannya di Limbat]. Beliau tinggal beberapa ketika di rumah Tengku Ahmad di Kangkong, Pasir Mas. Beliau kemudiannya ke Pattani dan meninggal di sana. Tengku Ahmad punya ramai ahli keluarga di Pattani.

Long Mansor [Tengku Selia II] ibni Long Seri (1851-1890) Pusat pemerintahannya ialah di Machang. Tahun 1890 adalah merupakan tahun berakhirnya pemerintahan baginda kerana pada tahun itu baginda telah dihantar ke Siam bersama adindanya Tengku Ahmad ibni Long Seri [penguasa dan hakim di daerah sekitar Kangkong sehingga ke Pasir Mas pada masa itu] sebagai ganti kepada Datuk Bahaman [Dato' Kaya Semantan, Pahang] juga merupakan sahabat baik kepada Tengku Ahmad.

Peristiwa ini berlaku kerana penguasa Inggeris di Pahang tidak berjaya menangkap Dato’ Bahaman, atas dasar setiakawan; Tengku Ahmad sanggup mengganti tempatnya dan dibawa ke Bangkok. Pada masa itu Kelantan dibawah kuasa raja Siam. Mungkin juga mereka ada strategi tertentu.

Menurut cerita anakndanya Tengku Mariam [ketika itu masih kanak-kanak], sebelum berangkat ke Siam, ayahanda saudaranya Long Mansor [Tengku Selia II] memberi tahu kepada keluarganya bahawa baginda tidak akan kembali lagi ke Kelantan tetapi ayahandanya [Tengku Ahmad] sebaliknya, beliau mengatakan akan balik dan menghabiskan sisa hidupnya di tempat kelahirannya. Dengan izin Allah kata-kata mereka itu menjadi kenyataan.

Long Mansor [Tengku Selia II] dipercayai mangkat dibunuh 3 tahun kemudian semasa di dalam tahanan Siam. Adindanya Tengku Ahmad berjaya pulang ke Kelantan dan tinggal di kampung Kangkong, Pasir Mas hingga ke akhir hayatnya. Beliau juga dikenali dengan panggilan Ku Binjai kerana pernah tinggal di kampung Binjai bersebelahan kampung Kangkong.Tengku Ahmad dan isterinya Tengku To’ [dari keturunan Long Yunus] mempunyai beberapa orang anak iaitu Tengku Besar, Tengku Mariam, Tengku Kelthum dan Tengku Ibrahim. Tengku Mariam [meninggal 1970, dalam usia melebihi 85 tahun] telah menceritakan yang beliau masih ingat lagi, Dato' Bahaman pernah datang dan tinggal dirumahnya.

Dato' Bahaman memiliki ilmu batin yang tinggi dan seorang pendekar yang handal. Hanya ayahandanya sahaja yang mampu bermain senjata dengannya pada ketika itu. Tengku Mariam berkahwin dengan sepupunya bernama Tengku Zainal [meninggal 1959] dan mempunyai tiga orang anak Tengku Muhamad Amin [meninggal 01.07.1996], Tengku Hamid [meninggal 27.10.1995] dan Tengku Aminah [meninggal 27.01.2005]. Sehingga ke hari ini hanya beberapa keluarga sahaja dari keturunan Tengku Mariam yang masih tinggal di kampung ini, kebanyakan yang lainnya tinggal di Kota Bharu, Pasir Mas, Kuala Lumpur, Terengganu, Pahang, Selangor dan di negeri-negeri lain.

Rabu, Ogos 22, 2012

Salam Eidul Fitri 1433 Hijriyyah


(Gambor dirembat dari Blog Eeqbalz kuikui)

Assalamualaikum kaum keluarga dan rodonc-rodonc semua..

Koi walaupun sudah terlewat hampir 5 hari, memohon maaf atas segala kesalahan dan kesilapan hamba selama ini..

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1433 Hijrah

Moga hari kemenangan ini diteruskan dalam hidup kita seharian..Ameen..

Hayatilah bait-bait pantun yang koi karang sendiri ini..

Sayu melambai pada Ramadhan,
Ujar teruja Syawal menjelma,
Eid Mubarak hamba lafazkan,
Ampun maaf ikhlas dipinta.

Bangkit mentari di bening Syawal,
bergenang mata berampun salam,
Berkenaikan cermat dahulukan sesal,
Insaf sabar tuntutan Islam.

Dingin sumur menikam tulang,
Gema takbir mendodoi pagi,
Santap berhadap juadah berdulang,
Jangan dilupa kesihatan diri.
Terima kasssseeyyy..

Ahad, Ogos 12, 2012

Buka puasa bersama rakan sekerja dan keluarga di Pullman Lakeside, Putrajaya, 22 Ramadhan 1433

Assalamualaikum kaum keluarga dan rodonc-rodonc..

Semalam koi, isteri dan anak-anak menyertai majlis berbuka puasa anjuran bos pasukan koi GPO Openet, Luke McDonald di Pullman Lakeside, Putrajaya. Memang sangat cantik hotel dan resort ni. Sayang koi takde kamera, hanya berbekalkan Nokia C2 koi yang semakin bermasalah. Pembetulan, ada kamera tapi belum ganti bateri kuikui


Makanan memang puas hati. Daging kambing panggang, sate, kebab, nasi beriani, gulai beraneka, udang goreng tepung, roti john, minuman sejuk serta panas, pencuci mulut yang beraneka. Harga memang tinggi, nasib baik syarikat yang bayor. nak harap koi pergi sendiri kirim salam je la kuikui





Umair Fayed sedang menelan makanan berlatar belakangkan Luke kuikui

Uzair dan Uwais sedang minum berlatarbelakangkan Hong Sun dan Eason Lai, ahli GPO

Isteri koi senyum setelah kenyang dan se'eh kuikui


Dari kiri: Lukasz (rakan sekerja berpengkalan di Dublin, Luke (Sr. Director berpengkalan di Texas) dan Sameer Kapadia (Manager berpengkalan di Reston, Amerika Syarikat)

Di hadapan surau Pullman selepas makan, sejurus sebelum balik.
Menara jam Pullman.
Lukasz khusyuk dengan hidangan ke 48 beliau pada malam tersebut. Just kidding Lukasz :) 

 Dari kiri: Koi, anak perempuan kesayangan koi Nuzul Nasywa, isteri koi Faridah Hamzah, Yang Ariff dan Yang bertunang dengan beliau hehe
Senyum kekenyangan. Eason Lai, Fuad Hilmi Al-Beranangi dan koi.

a
Bahan minum lagi selepas tarawih di Masjid Putra kuikui

**bahan=belasah.

Kami sampai ke rumah lebih kurang pukul 11.30 malam...
Alhamdulillah..murah rezeki hari ini :)






Isnin, Ogos 06, 2012

Majlis berbuka puasa keluarga 15 Ramadhan 1433 di Beranang, Selangor D.E.

Assalamualaikum kaum keluarga dan rodonc-rodonc..


Sabtu 15 Ramadhan yang lepas, kaum keluarga sebelah isteri koi telah bergabung dan menjayakan satu majlis berbuka puasa di rumah koi di Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Selangor Darul Ehsan, 4 km dari sempadan Negeri Sembilan Darul Khusus (Daerah Seremban) di selatan.


Koi menjemput adik-beradik koi juga, tetapi kebetulan semua ada urusan masing-masing, tiada dapatlah saudara-saudara hamba hadir memeriahkan majlis yang ceria tersebut. Abang hamba Zaidi bekerja hingga lewat petang dan kemudiannya terpaksa menyediakan diri untuk peperiksaan akhir semester di Bangunan Peperiksaan UM (belajar di OUM), kakak hamba Rohayu terpaksa menunggu anak sulungnya Shaza Yasmin yang mengikuti kelas tuisyen di Serendah, UPSR pun sudah tidak lama lagi, adik perempuan hamba berbuka puasa di Kota Gelanggi 2, adik lelaki hamba pula telah awal-awal lagi pulang ke Kulim untuk berbuka puasa dengan keluarga ibu&bapa saudara.


Koi dan isteri Puan Faridah Hamzah (Ani) sekeluarga menyediakan ikan pari kecil (dalam istilah Kelantan ike tuko) dan ikan cencaru (keronge) bakar, air laici + nata de coco dan membeli kek coklat kerana Nuzul Nasywa akan menyambut hari lahir ke 9 sempena Nuzul Qur'an. Keluarga kakak ipar koi Puan Rohaya Hamzah (Kak Ya) dan suaminya Muhammad Abdul Latef (Abe Mat) menyediakan mi kari dan kuih kegeraman anak-anak koi akok serta rojak& kuah kacang. Serta kek untuk hari lahir mengikut kalendar Gregorian anak sulung mereka Muhammad Shateer Muhammad. Tetamu yang didatangkan khas (dengan belanja sendiri hehe) dari Tumpat, Kelantan Darul Naim, keluarga abang ipor koi Mohd Awi Hamzah (Abe Awi) dan isterinya Puan Iszam Rohayu Yahya (Kak Ayu) menyediakan daging masala (resipi turun-temurun keluarga), sayur kacang&udang, kuih nekbat istimewa dari Kelantan dan buahan-buahan pencuci mulut. Adik-adik beliau yang menetap di Lembah Kelang turut hadir sama memeriahkan suasana. koi mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi hadir merapatkan silaturrahim pada kali ini.
(Sesi makan kek hari lahir, gambor dirembat dari FB Abe Awi kuikui)



Adik ipar koi Elbe Kiswati Hamzah (Ana) dan suami Al-Fadhil Ustaz Hasmunir bin Che Ramli (Munir) datang jauh dari Tampin dengan ikan terbuk masin goreng dan joint venture dengan Kak Ya dalam menyediakan mi kari. Adik ipor koi sorang lagi Mohd Azman Hamzah (Amer) dan isterinya Puan Zuraida Awang (Ida) menyediakan salah satu resipi 'hit' pada maghrib tersebut, iaitu "cocktail buah-buahan Rinching" dan ayam goreng berempah.


(Isteri koi sedang mengambil makanan)


Turut serta dalam majlis ialah Mek (mak mertua koi) dan Ma (mak mertua Abe Awi) dalam majlis ini. Berselera Mek & Ma makan bersama-sama anak-anak dan menantu.


(Sesi makan pencuci mulut)
Gambar tidak banyak yang sempat koi snap sendiri, mungkin ada di FB Abe Awi, boleh koi rembat dari sana nanti kuikui..

Secara umumnya kami amat berpuas hati dengan perjalanan majlis walaupun plan asal ialah mengadakan solat tarawih berjemaah, namun atas sebab kesihatan anak Al-Fadhil Ustaz Munir, Aufa Mardhiah yang mengalami alahan kulit, beliau terpaksa ke klinik berhampiran diiringi oleh koi dan isteri yang pergi mendapatkan ubat batuk dan selsema yang telah kehabisan buat kali ketiga.

Tarawih sendiri di rumoh lepas tu. Anak-anak turut menikmati sesi naik hilux Abe Mat di bahagian belakang, tawaf Bandar Tasik Kesuma pada pukul 10 malam sebelum pulang ke rumah masing-masing.

Koi sekeluarga sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga yang hadir. Moga dijadikan acara tahunan, tambahan pula Kak Long anak Abe Awi kini melanjutkan pengajian di UPM Serdang, sambil-sambil jenguk anak bolehlah ke rumah kami yang sentiasa terbuka untuk seluruh ahli keluarga dan rodonc-rodonc.

Ma'assalamah wa ilal liqaa'.

Rabu, Ogos 01, 2012

Puasa hari ke 12, demam hari ke 8

Salam kaum keluarga dan rodonc2..


Semalam koi dan Uwais Munzir ke Klinik Kesihatan Beranang lagi..demam hari ke 7 semalam..
Dua-dua ambik daroh..test..Alhamdulillah..platlet koi 262 dan Uwais 217. Yang lain koi tak ingat..
Sebenarnya baru sangat lagi demam virus ni meninggalkan keluarga kami, penghujung Mei 2012 baru kakak sembuh, setelah dua kali masuk wad. Sekali di Hospital (pelatih UPM) Kajang dan kali kedua di Kajang Plaza Medical center. Tiga beradik sekaligus masuk, abang je yang terselamat walaupun demam virus juga. Koi dan isteri serta pembantu rumah demam teruk juga, sengaja tak mau masuk wad, takut menyukarkan keadaan.


Hari ini Uwais MC, koi pun MC..
Ikut hati nak tido je sepanjanc hari.. tapi tanggungjawab masih banyak..mengambil-menghantar anak sekolah tetap koi laksanakan..kesian..demeh posa walaupun kurang sihat..


Doakan komeh sihat weh.. kala dengan kuranc sihat gini Allah mengampunkan dosa-dosa kami Alhamdulillah.. Masuk fasa maghfirah dah bulan Ramadhan kita kali ni weh...


Ma'assalamah...

Khamis, Julai 26, 2012

2 hari di Kedah Menjejak Waris II

Assalamualaikum kaum keluarga dan rodonc-rodonc..


Atas nasihat kaum keluarga, saya telah memindahkan kandungan entri ini ke:
http://tengkuabdullah.blogspot.com/2012/07/2-hari-di-kedah-menjejak-waris-ii.html


Hamba terpaksa meletakkan kata laluan atas nasihat keluarga juga.

Kaum keluarga yang berminat membaca kandungannya, mohon hantarkan private message ke facebook hamba atau ke e-mel donlaurel@gmail.com


Sekian, terima kasih.


Ma'assalamah wa ilal liqaa'.


Yang Benar,
Mahadhir bin Mat Lazim
a.k.a don laurel kuikui

Sabtu, Julai 21, 2012

Ramadhan Kareem 1433 Hijri kepada semua umat Islam dan bakal Islam..

Assalamualaikum kaum keluarga, rodonc-rodonc dan seluruh umat Islam dan bakal menjadi umat Islam..


Moga Ramadhan kali ini berjaya menerbitkan taqwa dalam diri, lebih kerap muncul di rumah Allah, dirahmati, diberi keampunan dan pelepasan dari api neraka.


Ameen..

Khamis, Julai 19, 2012

2 hari di Kedah Menjejak Waris

Assalamualaikum kaum keluarga dan rodonc-rodonc..


Atas nasihat kaum keluarga, saya telah memindahkan kandungan entri ini ke:
http://tengkuabdullah.blogspot.com/2013/07/2-hari-di-kedah-menjejak-waris.html


Hamba terpaksa meletakkan kata laluan atas nasihat keluarga juga.

Kaum keluarga yang berminat membaca kandungannya, mohon hantarkan private message ke facebook hamba atau ke e-mel donlaurel@gmail.com


Sekian, terima kasih.


Ma'assalamah wa ilal liqaa'.


Yang Benar,
Mahadhir bin Mat Lazim
a.k.a don laurel kuikui

Isnin, Julai 09, 2012

Budak-budak di kebun nenas..

Assalamualaikum kaum keluarga dan rodonc2 semmer..


Semalanc setelah seharian di kebun sawit sekangkanc itik, koi dan anok-anok meragas bukit Rengat, Ulu Cheka dan Kole Krau berkelah di kebun nenas baka Sarawak hasil subsidi Lembaga Nanas Malaysia. Penyelia kebun ialah rodonc sekampung koi Encik Zul Ramli (bukan ustaz Zul Ramli abang Ustaz Rujhan yang dua-dua keluor TV sokmo te..). Anok benih patutnya 25 sen atau 30 sen satu, komeh bayor 10 sen sahaja. Minggu lepas selori anok nenas datang dari Pekan, anggaran 15,000 pokok. Terima kasih encik Azahari anok Kg. Lada, Jerantut Feri yang tak jemu-jemu memberi galakan dan tunjuk ajor.


Sedikit gambor kebun belum menjadi komeh untuk tatapan wokme...


Sila klik gambor untuk gambor saiz penuh, dari kiri: Umair Fayed, Uwais Munzir dan Uzair Ziad.

Longgokan anok nenas (gred B dan C) menunggu untuk ditanam. Boroh soranc je weh..kuikui

Anok nenas (gred A) yang akan ditanam akhir sekali kerana mengejar masa. Komplen telah dibuat kepada Lembaga, pembekal berdaftar telah berjanji menggantikan gred C dengan anok2 baru.

Uzair Ziad mencuba cermin mata hitanc milik Soleh boroh indon koi..


Anok nangka yang ditanam 7 bulan lepas, dalam keadaan baik. Inilah tanaman utama projek di Rengat ini. Tanaman sampingan ialah nenas, pisang, serai dan lalang kuikui..




Tanaman pisang dan lalang..


Anok-anok koi sedang gigih mengutip buah sawit relai dan menyusun pelepah di bawah seliaan nenek.

Isnin, Julai 02, 2012

¡Paella 4.....Pizza 0! España: Campeones Eurocopa 2012..

Assalamualaikum y buenos días para toda la familia y todos los aficionados del fútbol..


Vaya manera de coronarse Campeón de Europa de nuevo..


Creo que ya habéis leído por todos los rincones del internet del partidazo de España.. la selección que ha hecho historia..


Generación de Oro de España..


Disfrútaos de las mejores fotos de Marca.com, As.com y Sport.es de ese partidazo del mejor conjunto de la historia mundial.. España.


Gracias Xavi..
Gracias Iker..
Gracias Vicente del Bosque..
Gracias Iniesta..
Gracias Jordi Alba..
Gracias Xabi..
Gracias David Silva..
Gracias Piqué..
Gracias Sergio Ramos..
Gracias Sergio Busquets..
Gracias Pedro..
Gracias Torres..
Gracias Arbeloa..
Gracias Javí..
Gracias Santi..
Gracias Jesus..
Gracias Llorente..
Gracias Juanfran..
Gracias Reina..
Gracias Valdés..
Gracias Raúl Albiol..


Formáis parte de una España tan histórica que no sé si se puede repetir..
Aunque sigo echando de menos a Soldado..jeje


Paella 4....Pizza 0...