Ramadhan tiba lagi... Ada yang gembira,
ada yang duka..
Ada yang tak rasa apa-apa...
Ada yang tertekan, mula fikir belanja raya..
Ada yang tersenyum, rasa akan kaya seketika..
Ada yang buat tak tau main harung saja..
Ada yang berpuasa sungguh-sungguh, jaga mata, mulut dan telinga..
Ada yang setakat menahan lapar dan dahaga..
Ada yang sama sahaja puasa tak puasa..
Ada anak berpuasa seawal 4 tahun..
Ada yang anak darjah tiga pun biarkan makan minum..
Ada yang "It's up to you to take the decision"..
Ada yang tiap petang kerja meronda bazar ramadhan..
Ada yang kadang singgoh kadang drumoh je masak makanan..
Ada yang tak mboh lalu terlibat kemungkaran..
Ada yang bawak sampel kuih raya ke pejabat..
Ada jugak yang tunggu nak beli sahaja tak mahu sendiri buat..
Ada jugak yang bulan baik ni hanya mahu beribadat..
Ada yang tonggang-terbalik ambik upoh jahit baju raya..
Ada yang sibuk menempoh atau pegi beli sahaja..
Ada jugak yang selamba layan baju 4 tahun lepas punya..
Ada yang malam-malam menghidupkan tarawih..
Ada jugok yang datang dekat-dekat nok moreh..
Ada pulok yang dok drumoh layan seram tok abih-abih..
Ada pulok yang menjadi sahabat setia Al-Qur'an..
Ada yang kadang baca kadang terpaksa tinggalkan..
Ada jugok yang hebat "Ntoh la weh..koi ni sokmo tok dan"..
Ada juga bersahur mengharapkan barokah..
Ada yang takut perut lapar tekak merekah..
Ada juga yang malas bangun, pagi esok alasan "Lupa niat lah!!"..
Ada yang berbuka ala kadar..
Ada yang berbuka macam nak rak di hotel besar..
Ada pulak yang berbuka bila dengor azan Asar..
Ada yang berpuasa mengharapkan taqwa..
Ada pulok yang berpuasa tak lebih dari budaya..
Ada jugok yang posa lebih kurang bila raya dia la juara..
Soalan koi: Kita di mana??

































