Assalamualaikum seluruh kaum keluarga dan sahabat handai,
Al-Fatihah.
Dengan penuh rasa dukacita, hamba mengumumkan pemergian bapa saudara yang sangat kita kasihi, Abdul Razak bin Mat Da'ie yang meninggal dunia pada 26 Zulhijjah 1435 Hijriyyah bersamaan 21 Oktober 2014.
Almarhum meninggal dunia lebih kurang pukul 1 tengahari setelah lama menderita penyakit barah usus semenjak dikesan pada tahun lepas.
Pengkebumian Almarhum disempurnakan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Ulu Kerian, Selama, Perak DR dengan dihadiri sanak-saudara dan orang-orang kampung sebelah Kedah dan sebelah Perak. Hamba yang sangat terkilan tidak dapat pulang turut serta mengebumikan pakcik yang tercinta walaupun telah mengambil cuti kecemasan dan berkemas mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga kecil dan besar Almarhum.
Kita mampu merancang, hanya Allah yang menentukan. Adinda hamba mengalami demam yang agak teruk dan hamba yang masih lesu dalam tempoh 2 minggu menerima orang baru ini tidak mampu memandu sendirian 2 hari berturut-turut pulang ke Mahang.
Moga Allah merahmati roh Almarhum dan menempatkan beliau bersama orang-orang soleh.
Ameen..