
Inggeris ialah kata sifat bagi negara England dan apa-apa yang secara langsung berkait dengan England. Dalam Bahasa Inggeris ia disebut "English" dan koi kurang periksa bagaimana fonem /l/ boleh disebut sebagai [r] dalam kes ini memandangkan orang melayu tiada masalah menyebut fonem tersebut seperti orang jepun yang 'potong kepara!' pada zaman mereka menggila dahulu. Tidak juga seperti orang Tiongkok yang bermasalah menyebut fonem /r/ menjadi [l]. "Lu olang aaa.. sulah lama tatak tatang wa punyia kilai", ujar Ah Pek mesra kepada Usop dan Rozali.
Penduduk negara England digelar "Inggeris" dalam bahasa Melayu, iaitu English juga dalam bahasa mereka. Andres Iniesta menyebut "inglés" manakala ayah Zinedine Zidane menyebut "injlizi" sewaktu masih di negara asal tetapi bertukar menjadi "anglais" bila sampai ke negara baru. Perlu diingat dalam bahasa melayu hanya ada beberapa negara yang mempunyai kata sifat khas seperti inggeris ini.. portugis bagi Portugal, belanda bagi negara Nederlaand dan orang Siam bagi negara Thailand. Takde saper gatey panggil thai..kuikui.
Yang lain semua mengikut nama negara. Orang Itali bagi negara Itali, orang Sweden bagi negara Sweden, orang Jerman bagi negara Jerman (Deustchland).
Maka diceriterakan orang di negara-negara bekas jajahan Belanda, Portugal, Sepanyol dan Perancis, negara-negara bekas jajahan Inggeris sangat bertuah.
Inggeris membawa kemajuan fizikal dan mental, Empat Musibat membawa kemunduran dan kemiskinan.
Inggeris membawa keanggunan perundangan dan pentadbiran, Empat Musibat membawa kacau-bilau dan anarki.
Inggeris lembut dan bertatasusila dengan orang tempatan, Empat Musibat main sarbu sahaja.. Inggeris mengekalkan bahasa dan agama orang tempatan, Empat Musibat menyapu bersih bahasa dan agama masyarakat setempat kecuali Filipina gagal disepanyolkan sepenuhnya tetapi berjaya dikatolikkan, Indonesia pula disifatkan gagal oleh Belanda. Yang lain habis berbahasa sepanyol, dari California, Florida, Texas di AS hinggalah ke Argentina habis berbahasa Sepanyol kecuali Brasil (Portugis).
Perancis pula habis Maghribi, Algeria, Tunisia, Cote D'Ivoire, Cameroon dll berbahasa Perancis. Portugis pula Brasil, Timor Timur, Macao, Angola, Mozambique, Cabo Verde.
India dan Malaya adalah dua bekas "jajahan" Inggeris yang paling penting. Khoo kay Kim kata Malaya tidak dijajah atau ditadbir Inggeris, hanya di"nasihat" oleh para penasihat laknat Inggeris.
Koi malas nak komen, nasihat bermaksud kita boleh diterima atau TIDAK, Dalam kes Inggeris, tiada istilah tidak. Hanya ada istilah "Perkenan".
Di India, Inggeris menghasut orang Hindu supaya memusuhi orang Islam. Hinggalah terbentuk negara-negara Pakistan Barat dan pakistan Timur pada tahun 1947.
Di Malaya, orang Melayu letaknya di kampung-kampung, orang Cina di bandar-bandar dan orang India di estet-estet. Pendek kata perangai Inggeris ialah memecahbelahkan orang supaya tak mencabar mereka, supaya rakyat tempatan jadi berpuak-puak dan lemah.
Bukan itu sahaja, orang Melayu itu terpisah pula kepada beberapa serpihan ekoran fahaman politik masing-masing. Ada PEKEMBAR, ada PIS, ada PKR (baru)..
Sekarang, setelah 50 tahun lebih merdeka, orang Melayu menjadi tersepit. BN mahu menjaga hati MCA, PAS mahu menjaga hati DAP. Yang terbarai orang kita. Sila baca blog yang koi suka ni dan apa komen wokme?
http://msomelayu.blogspot.com/2010/08/gurau-biawak-hari-ahad.html