Jumaat, Oktober 26, 2012

Salam Aidil Adha 1433

Assalamualaikum kaum keluarga dan rodonc-rodonc..

Koi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha atau Eidul Adha atau Raya Haji atau Raya Korban kepada seluruh ahli keluarga dan saudara-saudara seIslam.. 






Moga kita semua mengambil iktibar dari seluruh kisah Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Siti Hajar, Nabi Muhammad dan seluruh para sahabat untuk menambah-baik kualiti diri dan hidup kita sebagai umat Islam, rakyat Tanah Melayu dan ketua keluarga atau sekurang-kurangnya khalifah diri masing-masing.

Allahu Akbar!




Nasif ceria dan bersedia untuk pulang ke Pahang kampung halaman abinya kuikui


 
Nasif nyenyak dalam perjalanan jauh kali pertama beliau

 Alhamdulillah..langsung tak meragam sepanjang 4 jam setengah perjalanan termasuk berhenti Beranang-Jelebu-Simpang pelangai-Kerayong-Temerloh-Jengka-Kota Gelanggi 2 hari ini..

Alhamdulillah..

Moga Allah merahmati seluruh umat Islam yang masih hidup atau telah meninggal dunia atau yang belum dilahirkan lagi..
Ameen..

Ahad, Oktober 21, 2012

Sukan Pasti Bandar Tasik Kesuma 1&2 dan Taman Pelangi Semenyih 2012

Assalamualaikum..

Lama koi tak mengupdate ekoran kekurangan idea dan masa..

Pagi tadi telah berlangsung acara tahunan PASTI yang telah koi sertai semenjak zaman Uzair Ziad 5 tahun dan Nuzul Nasywa 4 tahun dahulu. 5 tahun berturut-turut.

InsyaAllah bermula tahun hadapan rehat selama 4 tahun. Koi bercadang memasukkan Umar Nasif ke PASTI ketika berumur 5 tahun nanti, tak kiralah pada masa itu koi di Pahang atau Kelantan.


Umair Fayed menunggu giliran mengambil hadiah setelah menjuarai acara isi air ke dalam botol.

Rumah Kuning PASTI As-Syakirin Bandar Tasik Kesuma 2 sejurus selepas kemenangan. Umair Fayed nombor 6 dari hadapan.

Umair sedang menerima hadiah tempat pertama.

Sekian, terima kasseeeyyyyyyyy..