Rabu, Mei 30, 2012

Al-Fatihah untuk adik Muhrizah..


Assalamualaikum kaum keluarga dan rodonc-rodonc sekelian..


Semalam hati koi teramat sayu mengenangkan kemalangan yang melibatkan keluarga jauh koi, iaitu abang ipar dan anak-anak saudara adik ipor koi Azrul dari Muor.. Dah la anok2 demeh tu baya2 anok2 koi je.. Sebak dada koi.. Allah lebih menyayangi dia.. Mujor jugek kakok Azrul dengan anok bongsu yang masih menyusu tak ikut ke Perlis..

Siang tadi Muslihah yang koma sudah sedar walaupun doktor memberitahu ada pendarahan dalam kepala. Al-Fatihah untuk adik Muhrizah yang telah pergi, moga Allah menempatkan beliau bersama-sama para Rasul dan Anbiyaa'. Bersama kita doakan dalam solat kita moga Allah selamatkan ketiga-tiga beranak seagama dan sebangsa dengan kita ini. Ameen..

Pengarah IKM parah, anak terbunuh

Oleh Omar Osman
am@hmetro.com.my
 
SUNGAI PETANI: “Arwah bersungguh-sungguh nak ikut ayahnya balik ke Perlis kerana kedua-dua kakaknya juga ikut sekali kerana cuti sekolah. Arwah cuma cakap mak nak ikut ayah dan terus masuk ke dalam kereta.
“Saya tidak melarang kerana arwah ketika itu demam,” kata Zafrina Abdullah, 36, ibu kepada Muhrizah Marzuki, 3, yang maut selepas kereta dipandu bapanya terbabit dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 90.8, arah utara Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Bedong, di sini, awal pagi semalam. 
Dalam kejadian jam 6.10 pagi, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda Oddesey dipandu bapa mangsa, Marzuki Mohd Radzi, 36, yang juga Pengarah Institut Kemahiran Mara (IKM) Berseri, Perlis, merempuh sebelah kiri belakang sebuah lori balak sebelum kenderaan itu dirempuh sebuah kereta lain yang datang dari belakang.

Mangsa yang cedera parah di kepala, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, manakala bapanya, Marzuki patah kedua-dua kaki.



Sementara itu dua kakak mangsa, Muzfirah, 9, cedera ringan manakala Muslihah, 6, parah di kepala dan masih dirawat di hospital berkenaan.

Khamis, Mei 24, 2012

Lesen moto kereta biasa la.. Lesen ni aok ada??



Mengkala nok buat lesen moto kereta wokme gi ke JPJ, nok buat lesen ni mana wokme kena pegi??


Jawab..jangan tok jawab kuikui

Selasa, Mei 22, 2012

Jejak Waris II: Surat-menyurat koi dengan Christopher Buyers

Assalamualaikum kaum keluarga dan rodonc-rodonc..

Koi sengaja menyalin kolaborasi koi dengan sahabat dan saudara jauh di Kedah Darul Aman yang bernama Nik Ya Omar Nik Man.
(Blog Kerabat Tunku Long Putera http://nikyaomarman.blogspot.com). 

Betul, dia orang Kedah jati. Bukan baru. Sudah beratus tahun keturunannya di Kedah. Nama Nik itu menunjukkan hubungan Kedah/Patani/Kelantan yang erat zaman-berzaman, kebetulan darah-darah subetnik tersebut jua yang mengalir di tubuh ini, diperkuatkan dengan semangat Mat Kilau dan Tok Gajah yang kampung halamannya hanya secawan kopi dari kampung halaman koi Kota Gelangi.

Koi letakkan di sini, sekurang-kurangnya dapat menunjukkan Jejak Waris I yang bermula pada tahun 2009 ada kesinambungannya pada tahun ini, 2012. Dan kemajuan besar telah dicapai semenjak itu, hanya menunggu pengesahan orang-orang tertentu, yang sepatutnya lama dahulu boleh diperolehi. Kekangan masa, kewangan dan kesihatan anak-anak menjadi faktor yang membantu melewatkan pencarian. Ada hikmahnya tu..


  1. Assalamualaikum Nik Ya..

    pembetulan. Tengku Daie bin Tengku Saleh ialah anak saudara Tengku Abdul Hamid ibn Tunku Abdullah Lebar. Dalam jaluran mereka memang tidak dijumpai nama Tengku Saleh ini kerana dari mulut Tok Wan saya sendiri, ayahandanya asal orang istana di Kelantan, menjaga urusan menghantar bunga emas ke Siam. Beliau turun ke Kuala Muda selepas dicari Siam kerana bunga emas tidak sampai/palsu. Hipotesis saya ialah Tengku Saleh dari Kelantan berkahwin dengan puteri Tunku Abdullah Lebar dan lahirlah Tok Wan saya yang lebih dikenali sebagai Tok Ei di Mahang. Di Bakau Tua bila saya pi sana depa masih panggey Tengku Daie, Tok Robe'ah binti Ismail, keluarga kami jugak, yang masih menetap di Bakau Tua mengakui nama penuh Tok Ei ialah Tengku Daie bin Tengku Saleh.

    2 minggu lepas, saya berbual melalui telefon dengan Tengku Idham, dari Kerabat Long Gaffar Kelantan, beliau mengakui, melalui datuk beliau, Tokku Kg Lindungan Raja Pasir Puteh, Tengku Saleh ibnu Long Mansor ibn Long Seri ibn Long Gaffar berundur ke Kedah melalui Narathiwat setelah ayahandanya Raja Long Mansor, Raja Kelantan Timur (Istana baginda di Limbat,manakala Kelantan Barat di bawah keturunan Long Yunus, Sultan Mansor ibn Sultan Ahmad Tengah menjadi sultan pada waktu itu, istana di Kota Bharu) bersama Dato Bahaman ditangkap dan dibawa ke Bangkok, selepas British mengadu beliau melindungi "pemberontak" dari Pahang yang diketuai Dato Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan Mat Lela. Istana Bangkok 3 tahun kemudian mengatakan Baginda Long Mansor mangkat kerana penyakit "orang baik" (barah atau kanser), tapi keturunan Long Gaffar mengatakan beliau dibunuh. Yang menjadi kemusykilan saya ialah mungkinkah sumber bangkok yang betul kerana barah ialah penyakit keturunan. Tengku Abdul Hamid ibn Tunku Abdullah Lebar meninggal kerana barah hati pada tahun 1991. Saya mendapat maklumat dari anakandanya Tengku Abdullah Bukit Belah, Machang (digelar Pakku Kedah di sana. Ayahanda saya Mat Lazim meninggal dunia pada 28 Mac 2008 di Rawang, Selangor kerana barah hati pada pukul 12.00 tengahari, manakala kakak beliau Robiah meninggal sebelum itu pada pukul 11 pagi setelah koma berbulan-bulan kerana barah otak. Ini fakta, bukan cerita kartun. Gempar satu Mahang masa itu, orang Mahang tak dapat ke Pahang untuk pengebumian ayah saya, masing-masing menguruskan kewajipan masing-masing.

    Saya bertanya kepada nenda saudara Sultan Muhammad V, Sultan Kelantan sekarang mengenai kisah Tengku Saleh ke Kedah, saya memanggil beliau Kak Lah sahaja, nama beliau ialah Tengku Fadzilah binti Tengku yusof ibn Sultan Muhammad IV, beliau turut mengakui ada catatan mengenai pemergian tengku Saleh ke Kedah. Kak Lah ini setiausaha Persatuan Kerabat Long Gaffar Kelantan, dari sebelah ibunya. Dia juga keluarga Kerabat Long Yunus yang memerintah sekarang. Sebab itu saya mengajak Tengku Hezli ibn Tengku Abdul Hakim ibn Tengku Abdul Hamid ibn Tunku Abdullah Lebar ke sana menghadiri istiadat pemahsyuran Kak Lah sebagai anggota Long Yunus semula pada cuti Isra' Mi'raj bulan Jun nanti, di Lundang, Kota Bharu.

    Panjang catatan saya kali ini, tapi saudara-saudara di Kelantan amat yakin yang tengku Saleh moyang saya memang Tengku Long Saleh ibn Long Mansur itulah, sebab cerita bunga emasnya sama sahaja. Dan Tengku Saleh setelah mempunyai 2 orang anak di Kuala Muda (adinda tokwan saya Tengku Zaleha meninggal di usia muda), pulang semula ke Kelantan dan mangkat di sana. Saya ingin mencari saudara-saudara keturunan Tengku Saleh di Kelantan juga untuk mengesahkannya melalui ujian DNA.

    InsyaAllah, moga Allah permudahkan urusan hamba ini. Bukan niat hamba nak menuntut itu dan ini, hanya merapatkan silaturrahim sesama ahli keluarga.

    Allahu Akbar!!
    BalasPadam

    Balasan








    1. Waalaikumsalam...

      Saudaraku Don Balon

      Terima Kasih atas pembetulan kisah dan salasilah Tunku Da'ie.. semuga penceritaan ini boleh dijadikan landasan dan rujukkan nanti....saya amat terharu sekali dengan fakta yang disampaikan ...Alhamdulillah sekiranya Tunku Fadzilah Binti Tunku Yusuf adalah SUK Kerabat Long Gafar...sampaikan sembah salam dari saya apabila bertemu nanti diistiadat pemahsyuran kelak.
      Terima Kasih atas semua info

  2. Salam Nik Ya..

    Merujuk perbualan telefon kita tadi. Ada 3 orang yang saya tau setakat ini dengan nama Tunku Muhammad Sa'ad. Yang pertama pejuang jihad fi sabilillah kita yang disebut oleh Nik di atas, putera Tunku Daud. Yang Kedua Muhammad Assa'ad DO Kulim. Yang ketiga ialah Y.M. Tunku Muhammad Sa’ad bin Tunku Muhammad Akil.
    Sila rujuk Royalark Kedah4:
    ============================
    8) H.H. Tunku Ya’akub ibni al-Marhum Sultan ‘Abdu’llah al-Mukarram Shah [Tunku Embun] [Tunku Mom], Raja Muda, of Trang. b. before 1778 (s/o Cik Chandra Sari), educ. privately. Appointed as Heir Apparent with the title of Raja Muda 1815. Fled to Ligor when dissappointed by his brother who refused to appoint him as Governor of Perlis in 1815. Intrigued with the Siamese against his brother the Sultan, 1828. However, on their conquest of Kedah, they refused to install him as ruler, preferring to punish him as a traitor instead. He was k. by the Siamese, his chest cut open to expose the heart, at Alor Star, 16th June 1829 (bur. at the Royal Cemetery, Kota Langgar), having had issue, four sons:
    a) Y.M. Tunku Ja’afar bin ibni al-Marhum Raja Muda Tunku Ya’akub.
    b) Y.M. Tunku Sulaiman ibni al-Marhum Raja Muda Tunku Ya’akub [Tunku Anum]. He was k. with his father by the Siamese, his body disembowelled, at Alor Star, 16th June 1829 (bur. at the Royal Cemetery, Kota Langgar), having had issue, a son and a daughter:
    i) Y.M. Tunku Muhammad Akil bin Tunku Sulaiman. Fled to Ligor in 1865 but later permitted to return to Kedah. m. a Perak princess. He had issue, four sons and a daughter:
    (1) Y.M. Tunku Muhammad Sa’ad bin Tunku Muhammad Akil. (Wakil at Kulim, but this is probably an error for the above).
    (2) Y.M. Tunku Muhammad Jiwa bin Tunku Muhammad Akil.
    (3) Y.M. Tunku Hamid bin Tunku Muhammad Akil.
    (4) Y.M. Tunku Sulaiman bin Tunku Muhammad Akil.
    =========
    Namun, di situ terdapat nota oleh Christopher Buyers tuan punya laman Royalark dari England "Wakil at Kulim, but this is probably an error for the above". Saya kurang faham maksud beliau di situ, InsyaAllah saya akan bertanya kepada beliau melalui e-mail.

    Mohon ulasan Nik Ya berpandukan Al-Tarikh Salasilah. Terima kasih..
    BalasPadam
  3. Waalaikumsalam Ku.

    Terima kasih berpandukan Al Tarikh Salasilah yang disimpan terdapat catatan Tunku Yaakob (Raja Muda @ Tunku Embom) berkahwin dengan......(isteri tidak dinyatakan) mempunyai seorang anak yang bernama Tunku Sulaiman (Salasilah Terputus)tetapi dalam catatan Christoper Buyer ada catatannya...sebab itu ia harus merujuk kepada beberapa catatan yang ada untuk diketengahkan sebagai rujukkan....
    Balas
  4. Salam Nik Ya,
    Dah baca kan email saya kepada Christopher Buyers tuan punya laman Royalark dari England tu? Saya cc kepada Nik dan Ku Hezli.
    Apapun saya copy dan paste di sini untuk rujukan seluruh ahli keluarga besaq kita. Cepat sungguh orang putih balas email, kalau jabatan kerajaan kita jangan harap hehe
    ======================
    Ini jawapan dari Christopher 42 minit selepas saya hantaq email tadi

    ===============
    XXXXXXXXXXXX
    Telah dinasihat buang oleh pihak tertentu 
    XXXXXXXXXXXXXX
    ====================
    Untuk pengetahuan pihak Nik, saya pernah beberapa kali berutus email dengan beliau pada tahun 2009 dulu sewaktu saya mula mencari salasilah keluarga Tengku Daie bin Tengku Saleh. Memang saya kagum banyak pengetahuan dia tentang keluarga diraja Tanah Melayu ni.
    Jadi kesimpulan di atas, Tunku Muhammad Sa’ad bin Tunku Muhammad Akil tak wujud, sebab tu macam Nik cakap petang tadi, dalam Al-Tarikh tak ada nama dia. Keluarga Tunku Muhammad Akil tersilap masuk nama dia, padahal DH Kulim tu Tunku Muhammad (Asa’ad) bin Tunku Ahmad Tajuddin.
    Jadi saya Mahadhir dan Ku Hezli ambik keputusan guna salasilah yang Nik Ya letak di sini, sebab dah disahkan oleh Christopher Buyers selepas kajian dia.
    Terima kasih banyak-banyak Nik Ya..
    Moga Allah memberkati usaha Nik dan usaha kami jugak..
    Ameen
  5. Assalamualaikum Nik..

    Mohon maaf banyak2..
    saya tersilap buat kesimpulan di atas. Lepas baca email tu sekali lagi, bukan Tunku Muhammad Sa’ad bin Tunku Muhammad Akil tak wujud, cuma bukan dia yang jadi District Head pada waktu itu, Tunku Muhammad Assa'ad yang jadi DH.

    Mohon maaf atas kesilapan.
    Nanti saya cuba tanya pendapat Christopher lagi. Bukan saya mendewa-dewakan orang putih, tapi lagi banyak pendapat kita banding, lebih baik.
    BalasPadam
  6. Email saya kepada Christopher malam tadi memohon penjelasan mengenai Tunku Muhammad Sa’ad bin Tunku Muhammad Akil..
    ===================
    Dear Christopher,

    Thank you for the prompt reply. I was down there at the living room so I didn't check my e-mail earlier.
    So, from your research, Tunku Muhammad Sa’ad bin Tunku Muhammad Akil did exist, but did not serve as District Head of Kulim. Could you please confirm my comprehension here?

    Christopher,
    My initial hypothesis was great grandfather Tengku Saleh was married to one of Tengku Abdullah Lebar's princesses, so my grandfather Tengku Daie was then known as the anak menakan of Tengku Abdul Hamid bin Tengku Abdullah Lebar. Then came suggestion that Tengku Saleh was a prince of Tunku Abdullah Lebar himself from an earlier wife, as it was known that he married at least three times:
    A. Tunku Kalsom @ Chom
    B. Tunku Bunga binti Tunku Muhammad Chan
    C. Tunku Rahmah @ Nai Imah

    From this Tunku Rahmah born Tunku Abdul Hamid while there is no record of the first wife's children. Nobody knows which one is the truth.

    Last month I spoke to one of Long Gaffar royal family member, Tengku Idham, then to Persatuan Kerabat Long Gaffar Kelantan (PKLGK)'s secretary Tengku Fadzilah, they both confirmed that there is a record of Tengku Long Saleh ibn Long Mansur ibn Long Seri ibn Long Gaffar retreat to Kedah via Narathiwat circa 1902/03 due to his father and the Pahang Rebels capture by the Siamese, the rebels with Long Mansur were then brought to Bangkok and died there. This is in coincidence with W.A. Graham's "Kelantan : a state of the Malay Peninsula", 1908
    who clearly spoke about the Long Mansur's (Tengku Slia) capture with Dato Bahaman, as well as the existence of 2 "states of equal footing", feudatory to Siam, one led by Long Yunus' descendants (Sultan Mansur ibn Sultan Ahmad Tengah) and the other by Long Gaffar's descendants(Long Mansur ibn Long Seri).

    Tengku Idham also told me that there are descendants of that Tengku Saleh in Kelantan now from his 2nd and maybe 3rd or 4th marriage (Tengku Saleh returned to Kelantan after some time), so my chance to have a concrete DNA testing (y-chromosome) with them is crystal clear.
    I already have the consent of Tengku Hezli for his DNA test as well so it could prove or disprove my initial hypothesis that Tengku Saleh married Tengku Abdullah Lebar's princess. The key point of our conversation was when I told tengku Idham that our Tengku Saleh was in-charge of sending the golden flower to Siam and was seek by the latter due to a delivery failure, he was shocked as that was the same
    story they have in their side.

    So, to conclude this, please confirm my understanding of your
    statement in the previous mail and please give your opinion on my Kelantanese affaires.

    Thanks in advance Christopher and have a nice day ahead.

    Warmest Regards,
    Mahadhir bin Mat Lazim
    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
    Balas

    Balasan








    1. Mohon maaf saudaraku Don...post tadi terpadam semasa saya menjawab dan broad meragam....mohon hantar semula kelaman ini harap maaf...kesilapan taknikal belaku tadi

  8. Assalamualaikum....

    Saudaraku....Don Balon @ Tengku Mahadir....mohon masukkan semua yang diemailkan kepada Christopher Buyers kedalam blog supaya ianya nampak releven untuk dikaji oleh kerabat yang lain yang ingin mengetahui perkembangan seterusnya...walaupun ianya sekadar pertanyaan am.....sekurang-kurangnya menjadi panduan kepada waris dan kerabat yang lain...Royalark Kedah juga kita rujuk walaupun ianya dicatatkan oleh Christopher Buyers.mohon semua kerabat yang tahu akan kelansungan salasilah selanjutnya sila masukkan dalam blog ini agar ianya boleh dirujuk dan dijadikan ikatan pada persaudaraan yang terputus dahulu disambung dan dikaitkan kembali...jawapan dari Christopher Buyes juga perlu ditambah bagi mengesahkan penceritaan dan pencarian kita semuanya.
    Balas
  9. Assalamualaikum semua,

    Syabas ingin diucapkan buat Don Balon dan Nik Ya kerana usaha keras mereka membuahkan bibit-bibit jawapan kepada misteri keluarga besar kita. Saya berdoa agar langkah Don Balon seterusnya akan menghasilkan jawapan yang memberangsangkan.

    Harap Don Balon dapat berkongsi maklumat lebih lanjut dengan semua kaum kerabat.

    Terima kasih.
    Balas

    Balasan








    1. Salam Megat,

      Mohon alamat email dan no telefon untuk saya hubungi.

      Terima kasih..
      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

  10. Assalamualaikum saudara-saudaraku semua..
    Ini balasan dari Christopher Buyers yang Nik Ya terdelete kelmarin dulu.
    =====================
    XXXXXXXXXXXXX
    Telah dinasihat buang oleh pihak tertentu
    XXXXXXXXXXXXX

    With best wishes,
    Christopher
    =============
  11. Kemudian saya balas balik
    ===========================
    Mahadhir bin Mat Lazim Wed, May 2, 2012 at 11:48 AM
    To: Christopher Buyers
    Cc: yaomarman
    Reply | Reply to all | Forward | Print | Delete | Show original
    Dear Christopher,

    Thank you eternally for your time, commitment and efforts on helping
    us with all the data, opinions etc. This is getting lots more
    exciting...

    Regarding the name "Daie", yes, my grandfather was named under Kedah
    convention, so did Tunku Abdul Hamid, Muhammad Saad, Abdullah, all are
    distinctively of Kedah and could be seen repeated again and again
    throughout the whole database. (except for Daie :) )

    My curiosity is why my grandfather always stressed on his father
    "Kelantanness" and I regret not to dig deep into his knowledge while
    he was alive, poor still all this search and investigation started
    after the death of my father.

    Regarding Graham's "Kelantan..1908", I strongly believe he had a
    credible basis on what he put in the book, as the Limbat siege
    happened in 1902/03, not long before the book was published. A
    descendant of Long Gaffar (Tokku Mat Machang) died last year at the
    age of 90++ in Machang, related the same story and held some alat
    istiadat at his house. Please don't get me wrong, I normally don't buy
    such story as I always ask for evidence, just like Europeans, due to
    my science stream education. But, I don't reject oral traditions if
    they are of some credible basis.

    I'm negotiating terms with some of PKLGK members, and if possible,
    members from the Jembal and Long Yunus family for their DNA samples.
    We will run this test along with the Kedah family and hope this could
    be done before Ramadhan. I believe this is the only way to definitely
    prove things, and clarify them. One of my conditions is no absurd
    claim could be made after the test, either to me or the royal
    institutions, as my goal is only to gather pur family back, know each
    other, and reconnect the Silaturrahim as asked by Allah and the
    Prophet P.B.U.H.

    Christopher,
    Thanks again for all and hope to hear from you soon..

    Warmest Regards,
    Mahadhir bin Mat Lazim
    ======================
    BalasPadam
  12. Kemudian saya tunggu dia balas. Setelah beberapa jam, saya hantaq satu lagi e-mail kepada dia.
    =======================
    Mahadhir bin Mat Lazim Wed, May 2, 2012 at 4:51 PM
    To: Christopher Buyers
    Cc: yaomarman
    Bcc: firdaus fir , Mohamad Firdaus Mat Lazim , Rohaida Binti Mat lazim
    Reply | Reply to all | Forward | Print | Delete | Show original

    Good afternoon Christopher..

    To cut it short, I will take your suggestions then and restart the whole investigation from Kedah, as it's always good to follow a person
    who has done extensive research works internationally like you, apart from adding some Malay methods into it when it's appropriate.

    I will contact you, God's willing, from time to time along the course of the renewed research and really hope for your willingness to help,
    to give ideas etc and I understand your time constraints as you're currently working on lots of related researches..

    Regarding the attachment, I'm not sure if you read Jawi. I'll just transcribe the writing on Tengku Abdullah Lebar's tombstone for you:

    Line 1: Allahyarham : Allah blessed
    Line 2: Tengku Abdullah Lebar Al-Haj
    Line 3: Ibn Tengku Muhammad Sa'ad
    Line 4: telah kembali ke Rahmatullahi Ta'ala : Has returned to the
    Mercy of Allah the Highest
    Line 5: pada [unrecognizable] Hijrah 13x3 : on [ ] Hijrah 13X3 (lost number)
    Line 6: bersamaan 1923 Masihi : equivalent to 1923 Year of Jesus (Isa Al-Masih)
    Line 7: Al-fatihah : the name of the first verse in the Qur'an.

    Do you have any suggestion which Tengku Muhammad Sa'ad would it be?
    According to the timeline etc..

    Thanks in advance Christopher and hope to hear from you soon..

    Saludos desde Selangor,
    Mahadhir bin Mat Lazim
    BalasPadam
  13. Tak lama kemudian dia balas
    ============================

    XXXXXXXXXXXXX
    Telah dinasihat buang oleh pihak tertentu
    XXXXXXXXXXXXX


    With best wishes,
    Christopher
    BalasPadam
  14. Akhir sekali saya hantaq email ucapan terima kasih dan bagitau dia saya akan hubungi dia bila kajian baru bermula kembali di Kedah/Seberang Prai.
    ==========================
    Mahadhir bin Mat Lazim Wed, May 2, 2012 at 7:28 PM
    To: Christopher Buyers
    Cc: yaomarman , Mohamad Firdaus Mat Lazim , Rohaida Binti Mat lazim
    Bcc: donlaurel
    Reply | Reply to all | Forward | Print | Delete | Show original
    Dear Christopher,
    Thank you for the comments. I didn't notice the date error there.
    Anyway we could take 1923/24 as his year of death.

    Our extended-relative Nik Ya Omar Nik Man (descendant of Tunku Long
    Putera) suggested through his interview with older people around Sg
    Bakap and Kulim that our Tunku Sa'ad might be that one who fought the
    Siamese in 1838. Anyway, all the Sa'ad we have are pointing to Sultan
    Abdullah Mukarram Syah, so at least we know that we belong to one big
    family.

    Thank you again Christopher, I will contact you when we start the new research. Until then, have a nice day ahead and May Allah Bless for all the goodwill efforts we do.

    With Warmest Regards,
    Mahadhir bin Mat Lazim
    BalasPadam
  15. Salam,

    Setahu saya melalui pembacaan, Tunku bisnu ada 3 org anak ... refer balik dlm salasilah ... tunku muhammad akib salah satu drnya tp perlu ingat nama mereka selalu berulang2 hanya tunku bisnu sahaja yg tidak.... arwah moyang saya juga dikenali sbg tok raja di kuala muda. Sekian
    Balas
  16. Selamat datang saudara Tanjung (Tengku Muhammad Ghazali?)...

    Tunku Bisnu pun keturunan Sultan Abdullah Al-Mukarram Syah jugak..kita satu keluarga besaq..

    Tunku Muhammad Sa'ad ni yang penin, banyak kali ulang..Tengku Daie dalam salasilah di Royalark tu bukan tokwan kami, nama dan timeline lari..
    Apapun, terima kasih atas lawatan Tengku.. Moga kita bertemu suatu hari nanti merapat silaturrahim.. banting dengan beranang tak jauh sangat..shortcut ikut dengkil-bangi lama-semenyih je..

    Ma'assalamah..


    Keluarga nuklear Allahyarham (Tengku) Mat Lazim bin Tengku Dai'e bin Tengku Saleh

Sabtu, Mei 19, 2012

10 bulan setengah kemudian..

Assalamualaikum kaum keluarga dan rodonc-rodonc semua..



Setelah menanam anggur selama 10 bulan setengah, dan setelah menyelesaikan pengajian Sarjana Pengajian Bahasa Moden, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar, koi mula bertugas pada Selasa 15 Mei 2012 lepas di sebuah syarikat vendor telekomunikasi yang berpengkalan di Dublin, Republik Ireland. Tapi koi di KL je la.. kala demeh suruh jalan-jalan makan oksigen ke sana koi ok je kuikui..

Itu je la pengumuman koi le ni.. Jutaan terima kasih koi ucapkan kepada kaum keluarga dan rodonc-rodonc yang turut sama-sama mendoakan kesejahteraan komeh dunia akhirat.. Hanya Allah yang mampu membalas jasa tuan-tuan dan puan-puan..

Ma'assalamah wa ilalliqaa'..