Isnin, Oktober 18, 2010

"Misteri Mimpi Ayam"..satu ulasan karya oleh Don Balon de la Palma



Assalamualaikum rodoncs dan kaum keluarga..

Semalam hari minggu. Rodonc koi Rahimin Idris telah maju beberapa tapak dengan terbitnya cerpen beliau di Mingguan Malaysia semalam. (Klik link untuk baca) Biasanya sajak sahaja. Sebaik sahaja menerima sms dari beliau koi terus teruja untuk mendapatkan senaskhah akhbar yang jarang koi beli ini.

Sebaik sahaja pulang dari menziarahi sepupu koi, koi terus ke rumah kakak ipar koi untuk tumpang baca cerpen tersebut kerana akhbar tersebut telah kehabisan di kedai.

Koi tumpang bangga kerana rodonc koi berjaya menembusi bahagian cerpen utusan pula!

Pengenalan:

Koi mula tersengih bila membaca perenggan pertama, ekoran terdapatnya perkataan "telepon genggam" yang kerap beliau gunakan untuk merujuk kepada
teléfono móvil.
Seterusnya koi dapat membaca kisah yang ingin dipaparkan beliau. Pengguna memboikot beli ayam. Pada mulanya koi menyangka kerana harga ayam yang mahal, tetapi setelah diulang kembali, nyatalah atas sebab lain kerana pada perenggan kedua, peniaga ayam ingin memberi diskaun namun pembeli tetap tidak "hingin" membelinya.

Bagi koi, Rahimin Idris ialah seorang penulis muda yang kreatif dan tidak ingin akur kepada arus semasa penulisan cerpen. Bak kata pepatah koi "Asyik melihat batik Jawa, indahlah pula batik Jengka". Beliau bukanlah jenis penulis yang cuba mempersona khalayak pembaca dengan kata-kata bombastik yang menyebabkan pembaca terselak-selak Kamus Dewan dan Kamus Besar Indonesia. Bukanlah juga beliau orang yang mencintai nama-nama bandar di Iran dan Azerbaijan. Jauh sekali jenis yang memetik istilah-istilah dari kitab-kitab Fiqh mahupun hikayat Tun Seri Lanang. Beliau orang yang bermain kosa kata marhaen, dengan gaya bahasa yang ligat dan anggun.

Corpus:

Rupa-rupanya, masyarakat Malaysia dalam cerpen ini tidak membeli ayam kerana mereka didatangi mimpi aneh setiap kali makan ayam. Turut disentuh oleh Rahimin yang mungkin mimpi tersebut disebabkan oleh syaitan atau mungkin juga Allah ingin memberi pengajaran kepada golongan kapitalis ayam. Turut dipaparkan bagai mana pihak industri iaitu Persatuan Penternak dan Peniaga Ayam Nasional (PPPAN) merayu ganti rugi dari kerajaan sewaktu tersepit, sedangkan sewaktu kaya demeh makan sorang, langsung tak peduli kepada masyarakat. Bila terhantuk, masyarakat yang kena tanggung makan minum demeh, echeh..boleh belah la wei..

Mael Sabri dan Menteri Tani dan Ternak turut disentuh dalam karya ini. Terbelahak gamoknya beliau di Bera ehh di KL gamoknya..

Penutup:
Koi melihat karya ini sebagai sebuah karya yang amat bertenaga dan mampu mengajak manusia Melayu dan Malaysia berfikir tentang kapitalisme, samada kapitalisme ayam atau apa sahaja jenis kapitalisme, hatta politik sekalipun. Yang mahu berfikir je la.. yang masih nak menjadi fanatik U.N.K.O atau parti playboy tua atau parti elitis India...tak kurang sebagai peringatan kepada fanatik
parti chauvinis, parti kos rendah atau Parti Ikut Saja..
Ingatlah perjuangan, jangan jadikan kuasa sebagai maltlamat akhir!!

Bravo Rahimin!!!
Syakilllaaaa,aaa,aa,aaaaaaaa .... ooowwwwhhh...

Selasa, Oktober 12, 2010

Babi HARAM komeh tok makan, arak HARAM komeh tok minum, rokok HARAM komeh BAHAN semachanc..!!


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh..

Kaum keluarga dan rodonc-rodonc yang dikasihi di dunia dan akhirat..

Bacalah petikan artikel Syeikh Dr. Abdul Basit Bin Haji Abdul Rahman, a.k.a Abu Anas Madani mengenai rokok itu sebenar-benarnya HARAM!
Mengapa liat mahu berhenti?
Ohh..kerana kerajaan tak haramkan.. ohh..nanti kerajaan yang kena jawab kepada Allah di akhirat nanti..
Jawab la gitu kepada Allah..

Allah bukan bodoh..malah Al-'Aleem, Al-Ghoniyy Al-Hakeem.

Berikut ialah Artikel Syeikh Dr. ABHAR (bukan adik-beradik dengan UZAR walaupun kedua-dua anak Abdul Rahman dan kebetulan pula kedua-dua ulama' yang paling koi dan Malaya kagumi pada ketika ini bersama Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri) yang menerangkan mengenai perkara ini.

Semoga Allah memberi hidayah kepada semua perokok untuk berhenti dari kefasikan merokok dan semua bukan perokok menjadi Mukmin sejati.

Ameen.

Isnin, Oktober 11, 2010

Ya Syeikh, banglo misti ada Ferrari.. baru rumah berseri-seri..

Assalamualaikum rodonc-rodonc dan kaum keluarga..

Suatu petang yang sepoi-sepoi bahasa di Kampung Bukit Lada, Maran...

Mat Jenal: Ustaz Romeli ke Mekoh lagi ke weh tahun ni?

Brahim: Ah ye aok, doh dia mbawok oranc, mende ker tok gi nyer?

Jidin: ntohnye aok Jeney..paseynye weh? Aok nok kirim buoh kurma setandan ke mender? Ke aok kirim anok benih nok tananc di hutan simpan pusaka aok te? kuikui

Mat Jenal: Koi pepoh jugok ni karanc.. Saja jer la tanyer.. tahun lepaeh tukor Hondo Odesi, tahun sebelunc tu bbesor rumoh..tahun ni mende la pulok...

Brahim: lah! Yanc aok sakit ati pasey? Doh dia ada ilmu, sebak tu la demeh panggey dia mbawok oranc.. takkan nok panggey aok.. baca doa iftitoh pun tercungak-cungak machanc baca talkin kuikui

Jidin: betul amat tu Brahinc.. oranc kita ni berabih sikit hey agama tak mboh lalu.. kala bayor astro bulan-bulan 70 ringgit senyunc je...

MatJenal: ye la..koi sedor diri koi saper.. tapinya tok sedakla.. koi nampok machanc jadi peluanc buat duit pulok haji le ni.. Ntoh ikhlas ke tidok niat demeh bawok oranc..
Sekali gi beratus ribu syeikh untung.. cukup 10 tahun kira jutawan haji la demeh kuikui


Brahim: Aok jangan buruk sangka gitu.. berdosa.. Itu hanya Allah yang tahu... demeh tu menggunakan ilmu demeh untuk membantu jemaah kita menunaikan rukun islam kelima.. setakat dia ambik pat lima ratus soranc sebagai sedekah takde heynye..janji ibadah kita sempurna..

Mat Jenal: Ayoh aok gi dengan pakej ari tu dok Brahinc?

Brahim: Ho'oh..paseynye?

Mat jenal: Bukan dia ke bising bayor puluh-puluh ribu hotel machanc mender la.. Bas machanc bas Leng Huat la... makanan machanc makanan asrama sekoloh Maran dulu la..

Jidin: bete..bete..bete.. Dia kabor bila komplen syeikh kabor .."saborr...ini ujian Allah.." kuikui

Brahim: Aok sokonc koi ke Jeney ni Jidein?

Jidin: koi sokong England kuikui